"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 23, 2009

20 Kes Salahguna Kuasa Khir Toyo - malaysiakini

1. Meluluskan projek membina jalan merentasi bendang termahal di Sekinchan, Selangor sejauh 20.5 km bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenarai hitamkan iaitu Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan iaitu Cabaran Wangsa, di miliki oleh Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/Tirai Gemilang/Samasys dan Usahasewa Sdn.Bhd.) dan setiap daripada syarikat tersebut salah seorang dari pengarahnya adalah Samsuri Rahmat. seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa yang singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb November, 2000 dan 4hb. Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun Menteri Besarnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15hb. Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn.Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam, malah reban pun tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17hb. -18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn.Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn.Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip, jadi berapakah keuntungan JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50%. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuarters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn.Bhd. Ini bercanggah dengan surat aku janji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27hb. September, 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25 tahun 2001 pada 26hb. September, 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn.Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1hb. Feb, 16hb. Mac, 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

11 comments:

Anonymous said...

Halloo..kau orang nak kena faham..ini semua bukan salah guna TAPI perniagaan TOYOL & family sdn bhd. Itu tak salah tapi yg salah ialah guna duit rakyat buat korban. Kalau menyamun tu kira ok mengikut kamus Persatuan Toyol SeMalaysia (PTS) ....

Anonymous said...

apa sebenar niat kau??? kau nak membenarkan salah guna kuasa yang dibuat oleh khalid ker??? maksudnya khir toyo boleh buat, khalid pun boleh lah. maksud kau macam tu lah. atau kau cuba nak alih kan perhatian kes khalid kepada kes khir toyo??? apa pun niat kau, yang pasti rakyat telah muak dan rasa jijik dengan cakap berbelit-belit pihak pakatan rakyat. pakatan rakyat = penderhaka + kemaruh kuasa + jahil perlembagaan + jahil ilmu + buta hati + angkuh + riah + sombong + rasuah seks + pengedar gambar bogel + ambik gambar orang tidur bogel + bersekedudukan tanpa ikatan sah + pembelit + penipu + penculik + peliwat + rasuah lembu korban

Anonymous said...

toyol grab millions for himself and his cronies...then spread crumbs of hundreds to kampung folks and stupid people like you all... then you treat him as god.

hey stupid people, toyol and gang has cheated millions off selangor people's money. some of us dont really need it. it's those poor folks in the kampungs whose money toyol has taken. and you treat him like god!!

is it something to do with ketuanan melayu?? well, you can take your ketuanan melayu and put it up your ass.

in twenty years time, when malaysia becomes worse than zimbabwe...then you can beg in the streets and at the same time yell ketuanan melayu.

toyol and gang will be living in their castles in austrlia and europe. and he might also change his name to michael or john.

hahaha!!

carmanio.

Anonymous said...

Salam sahabat, anon 11:21 ko kalu tak faham jgn menyampuk. Ahhhh............ malas nak cite lu fikir lah sendiri apa maksud tersirat dari artikel ni. MNM4774

IdrisMobin said...

mana la yang betul ekh.. pas ni mengundi bebas la..ha3.. mcm parlimen pasir mas lagi sempoi

Anonymous said...

biasela 2 ..inikan memang keje toyol curi duit org..nak wat mcm maner..

Anonymous said...

Helo Pakatan Rakyat,

DS Khir Toyo adalah bekas Menteri Besar yang amanah dan jujur terhadap rakyat negeri Selangor.Dia tidak pernah menyelewang seperti apa yang kamu katakan.

Kalau benar apa yang kamu tuliskan itu adalah hasil perbuatannya mengapa sehingga hari ini dia bebas tanpa ditahan oleh pihak polis atau SPRM...? Kenapa dia masih bebas....?????????????

Kalau kamu dipihak yang benar aku cabar kamu dakwa DS Khir Toyo di mahkamah ! Kalau mahkamah kata dia bersalah, ok aku terima. Tapi kalau mahkamah menolak kes itu untuk dibicarakan bermakna Pakatan Rakyat adalah Pakatan Penipu Rakyat.

Jangan cakap tak serupa bikin bro!

Anonymous said...

kp sprm tak berani nak ambil tindakan kerana beliau bekerja bukan atas dasar amanah. anak lelakinya tidak diberhentikan dari menjadi juruterbang mas setelah sebuah mahkamah di australia mendapati dia bersalah dalam jenayah child pornography. kp terhutang budi dengan kerajaan bn.

Anonymous said...

anon february 23, 2009 2.32 PM adalah orang yg paling bengong.

hellooooo....anybody home???..is your head got brain or its empty???

there have been lot of corruption & police reports on khir toyo...but as usual in this boleh land there is no action taken against him....because he is the kroni of umno.

to this bengong anon...next time please do some homework in police & BPR offices....dont make people laugh at you because of your stupid comments.

Anonymous said...

anon february 23, 2009 2.32 PM

mana punya budaklah ni...dah tau polis , SPRM ,Mahkamah semuanya ikut arahan kerajaan BN...lagi buat2 bodoh...kau ni baru nak belajar hidup ke..atau kau ni dah tua tapi bodoh sampai kau nak mati..

Anonymous said...

to "...anonymous February 23, 2009 2:32 PM ..."

i pray that you take the full brunt of toyol IF he comes back to power.

toyol = no open tender. at least open tender among bumi contractors, i am happy. i want the best bumi contractor to get. not chinese-crony or malay-crony or indian-crony.

toyol = millions of adun monies spent within 2MONTHS of2008. the remaining 10months, pokai. this is what malaysia gonna be like in 10 years time, under BN.

toyol = rich selangorians dont fcuk him that much. we fcuk toyol bcos he took money from POOR KAMPUNG folks!!! those poor kampung folks who hardly have 2 square meals a day...

every ringgit toyol stole from these pakciks/makciks, may be spend a year in neraka. so..toyol spend millions / BILLIONS of years in neraka. hahaha!!

toyol = toyol.

carmanio.