"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, February 07, 2009

Awas UMNO & Agenda Jahatnya - malaysiakini

-tok iskandar

Fokus utama BN sebenarnya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum Perak.

Isu 48 ekor lembu korban yang dituduh MB Selangor kononnya salahguna kuasanya untuk kepentingan peribadinya. Hasrat nak pergunakan Sultan Selangor desak Khalid Ibrahim letak jawatan tapi gagal kerana Khalid lawan balik dan gertak nak saman Khir Toyo.

Tok nak peringatkan Khalid, elok kau tukarkan SUK Selangor tu pasal dia spesis yang sama dengan SUK Perak.

Kemudian di Perak, UMNO peralatkan Sultan Azlan untuk halang pembubaran DUN Perak. Akhirnya UMNO berjaya merampas kuasa pemerintahan negeri.

Kemudian, UMNO menghantar orang-orangnya menghantar memo kepada Sultan Kedah mendesak diambil tindakan terhadap exco Kedah yang dituduh bela perempuan simpanan. Taktik UMNO gagal kerana perempuan tu bini mudanya.

Nampak tak? UMNO menyorok belakang Sultan pasal tak cukup jantan nak lawan kebangkitan rakyat. Jika menentang balik akan dituduh derhaka.

UMNO akan memainkan sentimen derhaka kepada Raja Melayu. Seingat Tok dulu UMNO yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu.

Kerajaan Pakatan rakyat perlu lebih berhati-hati dengan kakitangan awam termasuk SUK yang jadi musang berbulu ayam.

Mulai sekarang tiada lagi lembut hati atau belas kasihan, tukarkan sahaja mereka. SUK Selangor sekarang terlibat dengan perjanjian menyambung kontrak membekalkan air kepada Syabas ketika DUN Selangor dah bubar untuk membolehkan PRU12 diadakan pada Mac 2008.

8 comments:

Anonymous said...

entah la....aku rasa yang bodohnya sebenarnya PR, PKR, DAP, PAS..yang hampa nak lawan SULTAN pasai apa? Nak laksanakan HUDUD pun kena mintak kebenaran DAP.Elok la tu slow-slow hampa nak buat negeri perak macam negeri bapak hampa..nak cabar bagi tanah 1998 TAHUN konon. Dah la bodoh walaupun mengaji pakai duit biasiswa kerajaan...hang tau dak tanah kalau dah dapat kat DAP mampuih kerah la nak boleh balik...kalau nak buat pembangunan larat ka nak bayaq pakai duit pok hang. Sudah2 la, sebenaqnya hampa ni tak pandai pun nak mentadbir negeri...sembang boleh la...mana janji hampa 16 september 16 SEPTEMBER 16 SEPTEMBER 16 SEPTEMBER ramai ahli parlimen BN akan lompat LOMPAT masuk ke PR mana.....!!!

EQUILIBRIUM said...

cik anon yg malu,

org pandai je dapat biasiswa ni. duit biasiswa pun duit rakyat. skrg ni budak melayu nak masuk kolej swasta pinjam ptppn. dulu kena 4% bunga lagi tu.

amno pejuang melayu jadi kena la hadiahkan pajakan 1998 tahun kat org amno. takkan tu pun takleh buat. amno kena la tunjuk depa lagi hebat dari pakatan.

jadi 1998 tahun tu kira ok le. hehehe amno memang pandai. pandai cilok. abih semua depa nak cilok. teman tak lupa depa cilok tanah sawah kerpan dulu2.

rasanya sawah melayu tu. depa juai kat tok arab buat ternak udang rimau. dengar citer udang tu semua dah jadi rimau. org kerpan nangih takut kuar rumah.

teman tak tau org kerpan buat apa la ni. mgkin2 bulan2 makan pencen amno bayar kot.

Anonymous said...

Memang...kalau dah buta hati..taksub ke umno/melayu...tak sedar malang yg menimpa..walaupun kaum puak umno sendiri...Yang aku risau kot2 suatu hari nanti..bila sebut je umno..kena samak...haaaaaa.malang sungguh..Harap2 tak sampai jadi lagu tu laa..ok

Anonymous said...

BANGSAAT PENJILAT AMNO,HANYA PEMIMPIN RASUAH SAJA YANG LAYAK PIMPIN AMNO.DAH NAK JADI FILEM SIVAJI THE BOSS LAHH NI...

Anonymous said...

congak AMNO;(congak kasar)

eurocopter; (nak beli 12 biji)
Brazil beli 800juta/biji
Malaysia beli 1600juta/biji

PAC (azmi) kata berpatutan
Najib kata( dia tak kata tapi dia sign kontrak masa 1 minggu)
SAMDOL-lah kata (dia tak kata tapi terus tukar kementrian ke Menteri Pertahanan)
SAMDOL-lah kata (dia tak kata tapi terus buat kontrak SCOMI maintain setahun 300 juta selama 30 tahun (300 X 30 = 9000 juta = 9 Billion)

Najib dah gigit jari sebab "komisyen" masuk dah terlepas (kita kira berapa) 1600 juta - 800 juta = 800 juta komisyen / biji . Najib (Menteri Pertahanan masa tuh) nak beli 12 biji, 800 juta X 12 biji = 9600 juta komisyen = 9.6 Billion komisyen. Engkom boleh bayang tak berapa banyak duit tuh 9.6 billion...aku rasa kalau setakat rumah ko teres 2 tingkat tu mungkin penuh satu rumah! tapi kalau setakat rumah orang kampung tu, kena buat rumah 2/3 biji nak letak duit tuh sebab tak muat... sign kontrak seminggu jo tapi komisyen tak habis makan bukan setakat anak cucu ko tapi cicit, cirit,birit, bibit,pipit ko tak habis makan tahu! setakat ko yang mengampu tu, celah gigi je bagi tu kat kau... tu pun kau dah rasa tak jejak bumi... setakat tanah sekangkang anak kera tu, CIH! Pulau Batu Putih diGadai! Iskandariah diLelong! ini kan pulak tanah untuk rakyat sendiri. apa punya bodoh matematik ko nih... untuk kepentingan rakyat ko berkira, tapi untuk kepentingan Ko, diam jo ke?

Anonymous said...

mintak maaf cakap, selagi kakitangan SUK especially SUK tu sendiri berfahaman BN..susah la PR nk mentadbir... dah terjadi pun kat Perak, sejak kes Pengarah JAIP yg nk kena tukar tu...

Anonymous said...

Dikhabarkan bahawa kemelut politik negeri perak ada kaitan dengan pembesar istana perak bernama "MOHD. ANUAR ZAINI"

Orang ini dikatakan pencetus idea kepada Sultan Azlan agar tidak membubarkan DUN Perak tetapi memaksa Datok Seri Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan UMNO tidak perlu bersusah payah menghadapi pilihanraya.

Ada sesiapa yang mengenali orang ini..? Sila siasat pegerakkannya disebalik tabir..?

Kalau dia benar-benar terlibat menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri Perak, maka kita semestinya heret dia kedalam kancah politik.

Telanjangkan dia dihadapan rakyat sebagaimana pencacai UMNO telanjangkan pemimpin Pakatan Rakyat melalui media arus perdananya.

"LAWAN TETAP LAWAN"

Anonymous said...

KO cite pasal kerajaan perak bagi tanah 999 tahun kat cina, tp ko tau yang BN melayu bagi selama2nya tanah kt bukan melayu kira ok la yee...Kerajaan perak bagi tu pun untuk buat sekolah atau yang boleh digunakan unutk rakyat perak, tapi kalo BN untuk tembolok sendiri je beb...
Lagipun bila mana lak PR lawan Sultan PR hanya mengikut apa yang telah diperuntukkan di dalam undang2 negeri..ko x paham lagi ke???