"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 09, 2009

Kenyataan Akhbar Pengerusi PAC - malaysiakini

Kenyataan Akhbar Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak, YB Wong Kah Woh pada siding akhbar yang berlangsung di Pejabat Dewan Speaker, Bangunan Kerajaan Negeri Perak pada pukul 1 petang 28.02.2009

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak (Public Account Committee- PAC) telah mengadakan mesyuarat kami pada 27.02.2009 pukul 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Kerajaan Negeri Perak.

Negeri Perak kini sedang mengalami satu krisis politik yang serious, yang mana telah menyebabkan banyak isu menjadi tidak tentu. Secara spesifiknya, Barisan Nasional telah mengisytiharkan mereka sebagai Kerajaan Negeri Perak yang baru dengan YB Zambry sebagai Menteri Besar manakala pihak Pakatan Rakyat pula berpegang kepada pendirian bahawa mereka masih Kerajaan yang sah atas sebab-sebab tertentu khasnya berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

PAC tidak akan mempersoalkan siapa yang betul dan siapa yang salah dalam perkara ini. Sebagai satu Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Perintah 70 Perintah-Perintah Tetap DUN Perak, PAC mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua wang yang diperuntukkan dan dibayar dalam suatu keadaan dan suasana berkrisis ini adalah berpatutan dan berlandaskan undang-undang dan prosidur.

Jawatankuasa kami telah berpendapat dua perkara penting harus ditangani.

(a) Pelantikan Penasihat-Penasihat kepada YB Zambry dan Ketua Penerangan Negeri

Pertama, PAC akan mempersoalkan pelantikan 3 orang “penasihat“ iaitu En. Chang Ko Youn, En. Veerasingham, YB Najmuddin kepada YB Zambry dan Ketua Penerangan Negeri YB Hamdi dari beberapa sudut.

Dalam konteks ini, PAC telah mengambil pengetahuan bahawa ketiga-tiga “penasihat” telah dilaporkan mempunyai status EXCO seperti yang diumumkan. PAC berpendapat bahawa ia adalah sesuatu yang amat luar biasa kerana ia sememangnya akan melibatkan wang Rakyat yang besar dan suatu penyoalan dan penyiasatan harus dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:-

(i) Apakah dasar undang-undang berkenaan dengan pelantikan tersebut;
(ii) Apakah rasional dan tujuan pelantikan?
(iii) Apakah emolument yang dibayar termasuk gaji, elaun, kemudahan dan lain-lain
(iv) Apakah manfaat dan samaada perlunya pelantikan tersebut.

Kedudukan dua orang bukan ADUN dilantik untuk menerajui jawatan “penasihat” dan kelayakan kedua-dua ADUN sebagai Ahli Pentadbiran Negeri amatlah diragui.

(b) Kedudukan YB Mohd Nizar sebagai MB dan EXCO Pakatan Rakyatnya dan YB Zambry sebagai MB dan EXCO Barisan Nasional

Negeri Perak sekarang menghadapi krisis politik dan dalam proses ini, adakah wang Rakyat akan dibazirkan oleh pentadbir-pentadbir politik dan/atau kakitangan Kerajaan.

Dalam keadaan sedemikian, PAC amat mengambil berat tentang barisan EXCO mana yang harus dibayar gaji dan elaun dan diberikan segala kemudahan-kemudahan yang diperuntukan dalam undang-undang.

PAC telah membuat keputusan untuk memanggil YB Nizar dan Barisan EXCOnya dan YB Zambry dan Barisan EXCOnya, YB Penasihat Undang-Undang negeri dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, jika diperlukan, untuk memberikan keterangan dan penjelasannya.

Dalam masa krisis ini, PAC mempunyai tanggungjawab dan perlu memainkan suatu peranan dalam melindungi hak Rakyat.

-kah woh's chamber

17 comments:

tok iskandar said...

Eloklah bulan Mac ini kita memerangi UMNO-BN dengan mendedahkan segala kelemahan,skandal,rasuah,salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.Tak lupa di manakah sumber kekayaan mereka,berapa aset yang mereka miliki dan kat bank mana mereka simpan.Kita dedahkan satu persatu.
Pegawai-pegawai kanan kerajaan dan hakim-hakim yang bersekongkol dengan UMNO-BN juga kita bongkarkan kelemahan dan skandal mereka.

Bulan Mac kira bulan panas kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding di dalam pemilihan UMNO hujung bulan ini.Tok cadangkan beberapa nama seperti Mat Taib,Rahim Thamby Chik,Zahid Hamidi,Hishamudin,Hamid Albar,Khir Toyo,Mukhriz,Khairi dan Ismail Sabri.

Jangan lupa kat negeri pasir dua butir yang dirampas dan kini di bawah jagaan menteri pasola @ zambri.Dedahkan segala kelemahannya,sumber kewangan dan aset yang dimilikinya sampailah dia angkat bendera putih.

Rakan-rakan bloggers perlu bersatu dan bekerjasama mengumpulkan bahan-bahan bukti mendedahkan segala kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh polis selama ini.Satu gerakan boleh dibentuk untuk mendesak Musa Hasan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatan kerana kekejaman polis dan FRU terhadap peserta-peserta perhimpunan 100 ribu membantah PPSMI sabtu lepas.Cara yang sama yang digunakan terhadap Rashid,bekas Pengerusi SPR boleh digunakan.Desakan beliau meletakkan jawatannya berkumandang di dalam parlimen oleh MP-MP Pakatan Rakyat.

GMP atau gerakan memansuhkan PPSMI perlu diteruskan dengan siri-siri ceramah jelajah negara dan penyerahan memorandum kepada Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Sebagai menghargai perjuangan rakan-rakan kita yang masih ditahan di dalam lokap kerana membantah PPSMI,eloklah semua rakan-rakan blogger memaparkan gambar penangkapan seorang anggota unit amal yang dipukul dan ditahan oleh polis ketika cuba menghalang orang-ramai keluar dari Masjid Negara.Gambarnya ada disiarkan di dalam BBC News.(www.bbc.com).Berita terkini ada menyebut hanya tinggal dia seorang sahaja lagi yang ditahan di dalam lokap dan akan dibebaskan pada hari Selasa.Tidak lupa gambar-gambar mereka yang dibelasah polis dan FRU dan yang terkena gas pemedih mata.Paling penting gambar gas pemedih mata yang dilepaskan ke dalam masjid negara.Ini boleh jadi modal kempen Pilihanraya Kecil dan juga boleh dihantar kepada Amnesty International dan media-media asing seperti Al Jazeera,BBC,Gulf News,Jakarta Post dan banyak lagi.Biar satu dunia tahu sekarang Malaysia diperintah oleh sebuah kerajaan yang barbarian dan tidak menghormati undang-undang negara dan lunas-lunas demokrasi.Semalam tok baca laporan tentang demo PPSMI yang disiarkan dalam hampir kebanyakan media antarabangsa.

Rakan-rakan bloggers juga boleh sediakan satu ruang di dalam blog mereka untuk pembaca blog menghantar segala maklumat tentang kelemahan,rasuah,skandal dan salahguna kuasa pemimpin UMNO-BN dan tidak lupa juga pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bersekongkol dengan mereka.

Pembentukan bloggers united atau kesatuan bloggers sangat penting terutama untuk berkongsi maklumat dan juga membentuk semangat setiakawan yang jitu sesama rakan bloggers.

Lin said...

Salam

Saya rasa bagus sekiranya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak (Public Account Committee- PAC) yang telah mengadakan mesyuarat pada 27.02.2009 jam4.30 petang di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Kerajaan Negeri Perak membuka fail samada semua ADUN PR telah membuat pengisytiharan harta sebagaimana yang wajib dilakukan oleh mereka dan dilaungkan oleh mereka sebelum mendapat kuasa ..

salam

Anonymous said...

ko tk yah la suruh orang istihar harta...
suruh kaum ummnoo ko tu buat dulu kalo brani..

Lin said...

Salam

Inilah perangai orang pembangkang kita minta sesuatu yang baik dia salahkan orang lain...

kepada cuping merah

cuba lihat dendangan lagu popular masa lampau BANGAU OH BANGAU

persis macam saudara..

salam

Anonymous said...

erm..teringat kata2 pak lah bila dia kata anak beranak dia tak perlu isytihar harta.. sedangkan masa tu dia suruh semua YB BN isytuhar harta... kepimpinan melalui teladan? entah le...-Neo

Anonymous said...

aa tungaklangit..
ko nk ckp ape g...
insafla wei...
jgn ckp membuta tuli
berdosa..
jgn memainkn perasaan rkyt yg xbersalahha

Anonymous said...

Istihar harta! Jangan!!! nanti ramai tahu enthe punyo harta million-million...masa enthe belum joint BerukJaan dulu, kira macam rakyat marhain juga tapi sejak jadi ketua bahagian ni...banyak projek masyuk, fulus pun banyak masyuk...Janganlah istihar harta hoi! enthe nak jumpa SamDolLah supaya dikecualikan cam anak beranak dio tu...TunkatLangit! ko tu habuk harta pun tak ada nak istihar apo bondo...duit hutang makan roti canai kedai mamak zambry tu ko dah bayor ke belum...?

Anonymous said...

hai tok,.. gmbar bogel eli xnak siasat ke?

Sapa pemimpin PR yg 'rajin' mengulang rumah eli xnak dedahkan ke?

Hehehehe,..benda sedap kan,..

Anonymous said...

aku bertambah yakin pac kini bukan lagi jaga kira-kira rakyat....tapi lebih kepada kira-kira pakatan pas dap pkr...macammana nak tambah kaya lagiiiii....itu pun baru setahun kalau udah sepenggal mau rakyat ternganga dan pakatan pas dap pkr asyik tersengih....

Lin said...

Salam

Songkok Tinggi said:

TunkatLangit! ko tu habuk harta pun tak ada nak istihar apo bondo...duit hutang makan roti canai kedai mamak zambry tu ko dah bayor ke belum...?

Tungkatlangit said:

benarlah kita makan duit yang diberikan dari rezeki halal macam mana nak dapat harta yg banyak..

lagi pun kita tak pandai buat overtime atau partime kan.. kalau kita perempuan bolehlah buat jadi model partime macam kawan songkok tinggi kat bkt langan tu.. ni dengar cerita dah keluar gambar 8 keping yg terbaru.. tapi tungkatlangit malas lah nak ambil pot.. itu hal dia tapi janganlah salahkan orang lain kalau tempat sulit disebarkan kpd org lain.. songkok tingi nasihatlah bos u tu janganlah sokong org yang jelas tak beretika sbg pemimpin siap pujuk jangan letak jawatan lagi tuu

salam

Anonymous said...

Yes! Tungaklangit memang betul...(betul-betul Bingai)...apahal tak pandai buat part time...apa punya haprak UMNO bingai, semua pemimpin UMNO kaya raya ko pengikut yang no 1 setia tak berharta?!...bingai betul ko ni...kau tak belajar ke cara bos ko cari makan? makan gaji makan jugak, makan sorok2 makan jugak, kau ni memang UMNO bangang tak reti menipu rakyat! pemimpin UMNO semua pandai2 (menipu rakyat) kau tak pandai...Heran betul dengan kebingaian ko!

Ko belum kena "Peace" Melayu dari Songkok Tinggi ye? Nah ko "PEACEEEE!!!" tepat kat lubang hidung ko! nasib baik lubang hidung ko luas men'gua' kalau tak mahu semput ko! LAGI SEKALI "PEACEEEEE!!!"

Lin said...

salam

setahu tungaklangit maksud peace adalah keamanan .. terima kasih memberi salam keamanan walaupun kita berlainan pendapat ..

Yang songkok tinggi marahkan tungkatlangit kenapa kita kan Islam, nasihat menasihati itu adalah tanggungjawab kita tak rujuk surah dalam al quran ke?

kenapalah suka tuduh org makan rasuah.. sdr mana tahu semua pemimpin UMNO makan rasuah.. ke sdr jadi org tengahnya?..

fitnah adalah satu perkara yg amat dibenci oleh Rasul kita.. semlm baru kita sambut maulidur rasul.. hari ni dak nak maki hamun org..

saya rasa nak belajar dgn pemimpin PR sebab mrk ni nampak bersih dalam segala aspek khasnya dari mata sdr.. mungkin ilmu yg nak dituntut ialah ilmu mengelapkan mata pengikut apabila kita melakukan kesalahan..

salam

Anonymous said...

tungaklangi, ko jgn la wat fitnah
kita org islam knela rujuk kembali ng al quran dan sunnah..
jgn la mkn rasuah jgn tipu rkyt
allah laknat org cmt..
kita mentadbir kne jujur dan adil
br aman..
cubela ko renung2kn
lapangkn dada ko..

Anonymous said...

tungaklangit, org umno balaci yg patut istihar harta....bkn adun pr. bapak segala pemimpin yg d atas sana tu yg byk mkn duit haram. dpn rakyat pijak semut pun x mati....itulah,rasuah dtg dr mana bkn ke UMNO. org nak buat hukum hudud x bg.... dah baguih sgt ke nak ttg hukum Allah...

Anonymous said...

tungaklangit, ngko nak rujuk surah dlm quran!!! jgn ckp aje...org nak buat semua perkara dlm quran org umno x suka. apa cerita!!!. puak2 umno yg hina hukum Allah, ngko nak bela buat apa!!!. sedor le sikit. ngko tu yg x tau apa. aku tau le, ngko tu org umno. yg haram pun ngko kata halal. yg halal pun ngko kata haram.

Lin said...

salam

bodik oh bodik

saya nak cakap satu perkara kpd anda, saya pun tak suka amalan buruk yg dilakukan oleh org UMNO ke apa ke tapi kalau saya menegur satu pihak tak semesti saya sokong satu pihak... kalau kamu islam kamu faham maksud saya ini

saya tak menuduh sesiapa .. kenyataan saya umum dan saya hanya ingin melihat reaksi org suka menuduh apa dia org akan btindak balas kalau dikatakan sebegitu..

kalau tak cukup ilmu jgnlah nak cuba org nampak dangkal tahap kamu ni..

malulah diri sendiri.. bukab malu pd org lain pada diri kamu sendiri kerana msia-siakan anugerah Allah dalam diri kamu dan menyalahguna segala penberian Allah pd kamu..

ni takut tak faham maksud ayat saya ni pulak

salam

Anonymous said...

SELAMAT MALAYSIA
Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
“U” Punya Bapa YIP KUM FOOK melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
“U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
“U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
Sekian, Terima Kasih.
YANG BENAR,
RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR

SAVE MALAYSIA
MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
"U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
"U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
"U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

Thank you,
THE TRULY,
People Who Love Malaysia
Gombak