Pertama, aku jumpa Dato' Nasa De Facto yang pertama yang mengetuai kelompok "propaganda" dalam siri rampasan kuasa (coupt de ta) di Negeri Perak Darul Ridzuan di sebuah gerai makan malam 5hb. Mac, 2009 - rujuk [sini].
Kemudian keesokan paginya, salah seorang Pimpinan Pakatan Rakyat khabarkan kepada kami bahawa Osman Jailu juga akan pulang ke DUN yang diwakilinya pada 11hb. Mac, 2009 dan khabarnya akan diadakan apa yang dipanggil "majlis menyambut wira" yang dijadualkan akan diadakan di Air Kuning dalam kawasan DUN Changkat Jering.
Khabarnya juga majlis yang bakal diadakan bukan sebarang majlis tetapi lebih kepada majlis mengiktiraf keahlian Osman Jailu sebagai ahli baru PEKIDA - rujuk [sini].
Semalam pulak dalam kekecohan isu PPSMI, ADUN Jelapang pula dikhabarkan telah kembali ke kawasan DUN yang diwakilinya dan sempat juga dia menjengah Pusat Khidmatnya untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan kawasan DUN nya.
Khabarnya juga kepulangan beliau disambut dengan meriah oleh para penduduk dikawasannya sehingga beliau terpaksa cabut awal dari Pusat Khidmatnya dengan "kereta barunya" - rujuk [sini].
Nampaknya macam yang dijangka dan dikhabarkan, dalam masa terdekat ni, semua trio lompat akan pulang ke kawasan masing-masing. khabarnya juga ada satu "rancangan besar" telah diatur oleh "orang atas" sebelum Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan juga Bukit Selambau.
Apa rancangannya?
Tunggulah...
Dalam masa "menunggu", ada baiknya diatur kembali jadual-jadual penting sehingga akhir bulan April. kalau perlu, percepatkan semua jadual penting sebelum akhir bulan Mac dan ada baiknya juga kalau semua jadual penting ditangguhkan selepas bulan April.
Kita lihat apa akan jadi bila 2 kapten berlainan "kepentingan" mengemudi 1 kapal...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, March 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Biasalah diorang gunakan falsampah "melayu mudah lupa". Nak bagi ingat balik senang je... hadiahkan terompah kat diorang...
Dia orang mesti buat apa saja untuk perut diaorang. Tengkok terlepas je, jalanlah agenda dia. Peduli apa dengan orang lain.
Salam
Setelah membaca setiap patah perkataan yang diucapkan dalam skrip DSAI, amatlah saya teruja dan bangga mendengar satu ucapan yang diluahkan oleh seorang pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat dan bangsa berbilang kaum..
Tapi sejarah tak melupakan saya mengenai siapa yang membaca skrip ini...
MP PR memperjuangkan kepentingan rakyat dalam Parlimen? apakah cadangan bernas yang dilontarkan sepanjang persidangan dijalankan.. selain Belanjawan Berhemah Rakyat yang tak ketentuan halanya..
Mengaku kerajaan negeri yang diperintah oleh PR berjaya meningkatkan kepentingan rakyat dan menyediakan peluang pekerjaan? apa ni.. orang bukannya tak ada mata dan telingga.. belum setahun memerintah maca-macam isu dan rasuah serta salah guna kuasa yang berlaku?
Ketuanan Rakyat? siapakah yang mengatakan akan merobohkan semua kuil hindu di Malaysia jikalau masjid di Penang diapa-apakan? cakap lain buat lain..
sebenarnya DSAI ni kalau bak berhujah memang Allah beri kekuatan kpdnya... beliau pandai menagih simpati dari pendengar ceramah yang dianjurkan.. dah terang2 salah masih mampu mengalih perhatian dan keyakinan orang ramai... bila diminta bersumpah ... macam2 diberi alasan .. ulama ni kata jangan buat... ustaz itu nasihat jangan lakukannya dll... takkan lah kita lupa semua itu...
beginilah saya rasa bagi yang sudah mengenali DSAI ini buatlah perhitungan sendiri dan bagi yang tak mengenalinya selidiki dahulu apa yang diperjuangkannya ... ada manusia mukanya lebih dari satu...
salam
TungakLangit akan dilantik menjadi Presiden BeeEnd yang baru pada 2013 kerana masa tu bekas2 Presiden & juak2nya dah cabut lari ke Negara Afrika kerana tak sanggup menghadapi kebangkitan Rakyat. Tunggak Langit akan mengetuai gerombolan orang2 yang masih berjalan "mengundur" serta muka "bertopengkan" iblis. TungakLangit...KHHHAAAKKKKPPTTTUUUUIIIIHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!
tunggak langit....
macam itu lah pencacai dan juak umno akan kata...
mereka sahaja yang hebatnya dan mereka sahaja yang mengamalkan islam walaupon sebenarnya pemimpin umno sendiri yang kuat mentedarah rasuah,seleweng,kroni,menipu..
tunggak langit..kah..kah..kah...
kau nie ibarat ludah ke langit kena batang idung sendiri lah tunggak langit...
salam
insyallah tungaklangit akan jadi presiden BN dalam tahun 2013 dan akan memanggil semua kaki fitnah, memaki dan sebagainya bgabung tenaga bagi membantu memertabatkan melayu islam di negara
darpada kita tuduh, fitnah, maki hamun dan anggap org tak betul sahaja maka eloklah bsama tungaklangit membuat kerja amal ibadat sebab di dalam kubur esok ada juga bekalan yg boleh menyelamatkan kita dari diseksa Allah.. amin
salam
"PEACEEE!!!" lagi sekali "PEACEEE!!! (tepat kat ko punyo lubang hidung!) Itu Melayu punyo Peace... ko tak tahu aku Songkok Tinggi , Ayahnda Bonda Kanda dari Ipoh mali...nah penangan "PEACEEE!!!" dari ko punyo kaum kerabat!
HARI KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W.
SEMPENA hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. 1430 sama-sama kita perbanyakan salawat ke atasnya sambil mengkaji dan menghayati segala ajaran dan sunnahnya. Sesungguhnya kelahiran Muhammad s.a.w. adalah membawa risalah untuk kesejahteraan dan kedamaian dunia.
Tuesday, March 10, 2009
Eksklusif Selasa
Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?
TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurui Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan.
Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.
Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.
Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan hampir 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.
Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!
Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.
Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.
Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahlijawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apa kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?
Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.
Ulasan dan analisa lanjut mengenai peristiwa
tungaklangit....ngko ni mcm baguih...tp...sebenornya apa pun x ada. ngko buat le solat sunat taubat..tarbiah diri ngko. jgn nak menggunakan quran utk ngko bantu puak umno. ngko semaklah sejarah umno yg suka menghina quran, nabi dan islam. ini ke yg d namakan islam hadari!!!!!.
Post a Comment