"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 09, 2009

Terima Kasih: Ulangtahun Pertama Weblog Perisik Rakyat - malaysiakini

Ini adalah post pertama aku untuk weblog Perisik Rakyat sempena ulang tahun pertama weblog ini.

Pejam celik, pejam celik. dah setahun rupanya aku menyumpah seranah dalam blog ni. sepanjang kewujudan blog ni, seingat aku dah 4 kali blog ni "tenggelam" (angkara penakut cyber).

Aku nak cerita sikit sejarah blog ni. layan je la.

Mula direka pada 09hb. Mac, 2008 oleh seorang forumer dalam yahoogroups yang lebih dikenali dengan nick "snakekiller". masa tu ada 3 contributors dalam blog iaitu "snakekiller", "no2umno" (yang ni bukan wakraden) dan jugak aku.

Lepas tu 2 orang contributors tu hilang. bz dengan kerja masing-masing. maka tinggallah aku sorang. masih berjuang.

Dalam masa setahun, dah banyak kali bertukar link. pertama http://perisikrakyat.blogspot.com/, kemudian http://perisikrakyat1.blogspot.com/, kemudian balik semula ke http://perisikrakyat.blogspot.com/, kemudian http://perisik-rakyat.blogspot.com/, kemudian balik ke http://perisikrakyat1.blogspot.com/ kemudian balik dari PRK Permatang Pauh (P044) aku dapatkan server sendiri dan domain sendiri yang pertama iaitu http://www.perisik-rakyat.com/ dan yang terakhir yang aku guna pakai sampai sekarang iaitu http://perisik-rakyat.com/.

Semua perubahan dekat atas tu berpunca dari masalah hackers. bab benderakan blog korang tak payah cerita la. sebelum aku dapatkan domain sendiri, boleh katakan 2 minggu sekali gerenti kena bendera. tu pasal yang kerap bertukar link tu.

Sampai 1 masa, aku terpaksa standby 3 blog yang akan amik alih bila-bila masa kalau terkena bendera. cabaran beb.

Hari ni aku celebrate ulang tahun yang pertama blog ni dan jugak sedikit doa. semoga apa yang diperjuangkan mencapai matlamat.

Ni nak jugak ucapkan terima kasih dekat para pelayar yang sudi menjengok blog ni. aku perasan, ada pelayar yang jadi pembaca tetap dan juga forumer tetap dalam blog ni. ada yang pro PR dan ada jugak yang pro UMNO/BN. korang semua memang best.

Aku malas nak sebut nama sorang-sorang, takut ada yang tercicir dan kecik hati. hari tu pun ada jugak yang tercicir. sorry banyak-banyak beb. komen-komen tu semua jadik hiburan terutamanya dari zali dan tungaklangit.

Dan hari ni jugak adalah hari ulang tahun pertama kejayaan Pakatan Rakyat (tak seronok pakai nama Pakatan Rakyat... aku lebih suka pakai "Rakyat") menumbangkan KERAjaan UMNO/BN di 4 negeri, 1 wilayah dan juga mempertahankan 1 negeri dari dijajah oleh UMNO/BN.

Aku percaya pada "kuasa Rakyat". tanpa rakyat, Pakatan Rakyat bukan apa-apa. tanpa Rakyat, Pakatan Rakyat tidak akan bangun. tanpa Rakyat, Pakatan Rakyat tidak akan wujud.

Untuk ini, aku tak akan sambut dan sertai apa-apa perhimpunan yang menggunakan nama "Pakatan Rakyat". janganlah sape-sape cuba nak tonjolkan atau nak iklankan apa-apa acara yang menggunakan nama (contoh) "Sambutan 1 Tahun Kemenangan Pakatan Rakyat"... aku tak kan layan atau publishkan dalam blog ni.

Tapi kalau acara atau sambutan tu menggunakan istilah (contoh) "Sambutan 1 Tahun Kemenangan Rakyat", ya..! yang tu aku akan sokong 100%.

Ini negara Rakyat. tidak ada sesiapa yang akan bangun tanpa Rakyat. parti tidak akan mahsyur tanpa Rakyat. bas tidak akan ada tanpa Rakyat. keretapi tidak akan diperkenalkan tanpa Rakyat. Raja bukan siapa-siapa tanpa Rakyat. Pemimpin itu siapa tanpa Rakyat..?

Jadi ingatlah. Rakyat adalah KUASA MUTLAK DI NEGARA INI..! (di alam, kuasa mutlak ialah Allah) jadi... JANGAN SIAPA-SIAPA CUBA-CUBA NAK BERMAIN DENGAN RAKYAT..!

Pertama - Rakyat cuma akan beri AMARAN (PRU12).

Kedua - Rakyat akan BERTINDAK..!

Siapa mahu rasa penangan Rakyat? dipersilakan berpencak dalam PRU-13..!

17 comments:

Gelombang Rakyat said...

Tahniah

TopengPerak

Perisik Rakyat

Semoga lagi dan lagi...

Anonymous said...

bro...aku salah seorg pembaca setia blog nie...everyday online je bende pertama adalah amsuk blog nie....sbb blog ni up-to-date...harakahdaily & malaysiakini kekadang lambat update.

ape pun...selamat ulang tahun.

mari kita sama2 berjuang demi malaysia tercinta....mari kita hapuskan umNO, be end dan yg seangkatan dgnnya.

Anonymous said...

Wei.... Tak sangka plak blog ni pun dah genap setahun birthday...! Saing plak tu dengan birthday Kerajaan RAKYAT...

Bangga betul dengan web blog ni, KEEP IT UP....! Jauhi dari terkena badi blog-blog BPN yang GO...BLOG!

Teruskan perjuangan yang panjang dengan keikhlasan dan kejujuran yang sebulat-bulatnya. Saya akan turut sama berjuang....

maun said...

Tahniah Perisik Rakyat,

Komen: Blog saudara antara yang terkini dalam kebanyakan isu..suka melayarinya dan antara favourite blog.

Lin said...

Salam

Ingatlah dalam menyambut setahun berblog.. pastikan semua info yang disampaikan tiada unsur fitnah dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.. kadang-kadang kita lalai dalam kebanggaan dapat mengharungi setahun dalam blog ini.. tapi kita menyumbang kepada penyebaran fitnah yang amat hina

salam

ISA said...

TP,

Tahniah dari aku, baru umur setahun blog hang, dah boleh berlari..., ni nak kena bagi hadiah ke?

Mr Joker said...

Isa - hadiahkanlah doa kesejahteraan kepada para pejuang Rakyat.

Dari Rakyat, Untuk Rakyat.

kongkalikong said...

aku peminat blog ni,
but sedikit teguran..
pleasee kurangkan perkataan mencarut dalam posting,
aku tau, aku pun sama gak sakit hati kat pollis dan umno. but demi menjaga nama baik blog2 rakyat. kurangkan bahasa mencarut 2.

teruskan TP..!!

Che said...

bro..bro mmg cool..aku start masuk blog ni seminggu leps PRU 13 dan serasenye sejak aritu, amatlah jarang aku miss untuk bkk blog ni setiap ari..

Kalau bkk aku akan bkk sekali blog bro MSK ngn bro Isam..bagi aku, 3 serangkai ni dh cukup bg info yg paling latest dan terhangat dalam pasaran!teruskan usaha bro..
this is so cool..
but pemuda gerombolan berbaju batik is so uncool..hahahaha

Anonymous said...

tahniah, dan teruskan perjuangan demi Islam, keadilan dan keredhaanNya. semoga Allah bersama kita semnua

Anonymous said...

Taniah buat Mike... kerana mike adalah pejuang nasionalis... tanpa mike tempang la pakatan..

Teruskan pejuangan kome untuk pelingkup kapitalis-kapitalis UMNO nie yang tak dak pelior.. Gonyoh je deme tu..

Buat zali dan tungaklangit.
Kadang rasa getik pun ader, tengin pun ader.. tapi tanpa deme laman sesawang ni (bak kata radio 24) tak berseri.. seronok tengok deme melabun..

Anonymous said...

Salam ulangtahun yang Pertama PR! (Perisik Rakyat & Pakatan Rakyat)

Aku mewakili tranungkite.net & ukhwah.com yang selalu mencilok info dari blog ni, mengucapkan berbanyak Terima Kasih diatas sumbangan bakti kau dalam penyampaian maklumat yang tepat lagi terkini kepada Rakyat.

AGI IDUP AGI NGELABAN!

Anonymous said...

tahniah topeng perak!!

hot blog in town!!! hehehe
teruskan dengan perjuangan anda..

memandangkan blog ko pun dilayari oleh geng2 umno mcm zali n tukngak langit tu,aku nk syorkan ko bykkn artikel yg boleh mereka faham ttg perjuangan rakyat ni..supaya mereka dapat berfikir scr rasional n tidak membuta tuli kepada UMNO selama2nya..

akhirul kalam,majulah perisik-rakyat untuk negara!!

Anonymous said...

APA PUN TAHNIAH TP..TERUSKAN USAHA ANDA..TINGKATKAN PRESTASI,JAUHI FITNAH!!


HIDUP TP!!

Anonymous said...

Salam TP, tahniah sebab dah berusia setahun..masih banyak liku liku yg perlu dihadapi....terlalu banyak bengkang bengkok yg hendak dilalui... "Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai" salam perjuangan bro...be the best blog in Malaysia...i know u can do it....sentiasa update yg terkini.... setiap hari pasti akan tertunggu tunggu apa berita sensasi......teruskan sehingga ke titisan yg terakhir untuk rakyat..

Lin said...

salam

tungaklangit dan zali melayari blog TP ni sebab banyak kemungkaran dan fitnah yang perlu diperbetulkan, jangan pandai memetik ayat suci al quran tapi pelaksanaannya seperti mereka yang tidak pijak di bumi nyata..

salam

armzeli said...

Happy birthday to you...2X
Happy birthday to Perisik Rakyat
Haaapy Birthday tooo youuuuu....

Selamat Ulang Tahun...2X
Selamat Ulang Tahun Perisik Rakyat..
Slamat Ulang Tahunnnnn....

Hoo ray...meh kita potong kek..
(sori lambat )