"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, April 20, 2009

Buku Politik Pertama BloggersNetwork@Perak Dipasaran - malaysiakini

Buku Politik pertama yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak selamat dilancarkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar malam tadi. Buku yang mengupas secara terperinci episod rampasan kuasa di Perak ini wajar dimiliki oleh setiap pelayar yang mendokong keadilan. Lebih 500 unit telah terjual malam ini sahaja. Edisi Jualan online terhad kepada 200 unit.

Jualan buku seumpama pisang goreng panas di tapak ceramah malam tadi !

Serbuan peminat buku ke gerai Urusetia sebaik sahaja DS Nizar melancarkan dengan rasmi buku 'berhantu' itu. Edisi Terhad beb...

Buku yang bertajuk Rampasan Kuasa Negeri Perak yang mengandungi 156 muka surat ini mesti dimiliki.

Buku yang dijual pada kadar harga RM15 ringgit seunit (tidak termasuk belanja pos), mula dijual di kawasan tapak ceramah malam tadi dimana sambutan hebat telah diberikan oleh pembeli khususnya peminta politik Malaysia. Edisi cetakan sulung ini hanya terhad kepada 1000 unit sahaja.

Kepada mereka yang berminat sila buat tempahan anda melalui email-email berkenaan -
Harga jualan secara on-line akan diputuskan (termasuk belanja penghantaran didalam Malaysia sahaja ) paling lewat esok. Dapatkan segera, buku ini tidak dijual di pasaran terbuka. Tempahan dibuka sekarang !

2 comments:

sEmut said...

fuh. korang pun buat pesta buku jugak. tahniah! kalau ada kal pwtc sempena pesta buku kl ni mesti gempak

Anonymous said...

Buku ni dpt cop hisham KDN ke bro? Wa tk rs mcm dpt kot.. Huhuhu.. Nti depa rmps plak.. Hisham ni bkn blh caye, lebey krg Hamid Botak ajer belit dia..