- "Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.
- Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."
Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.
Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.
Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).
Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).
Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:
- Peristiwa 1 : Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah.
- Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
- Peristiwa 2 : Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil.
- Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu.
- Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.
- Peristiwa 3 : Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi.
- Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan.
- Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
- Peristiwa 4 : Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau.
- Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid.
- Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.
- Peristiwa 5 : Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran.
- Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.
Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi.Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.
Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008.
Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu.
Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.
Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).
Sumber - Ustaz Ahmad Awang
35 comments:
Orang semuo dah tau perangai manusio yang bernamo harussana sini sojak lamo dulu.
Ni la ujian Allah pado manusio yang suko guno agamo untuk kepentingan diri sendiri, hukum Allah boleh la kamu permainkan tapi janji Allah tidak...
inilah yg d namakan syaitan bisu. menggunakan agama utk kepentinagn peribadi. ufti ni ckp x serupa bikin. x berpiahk mana2 parti politik tp bersungguh2 nak satukan umno dgn pas. wahai mufti...setiap tingkah laku kamu akan d catat oleh kedua2 malaikat dan kamu akan d pertanggungjwb kan d akhirat kelak. jgn dekati puak2 yg zalim itu...sesungguhnya umno itu sama dgn yahudi.
KEHKEHKEH BILA DH TAK SEKEPALA DGN PUAK KORANG..HABIS DIA KENA KUTUK..DIA TU GOLONGAN ULAMA JUGAK..AIKK??..NIK AJIS AJAR PENCACAI2 MCM KORANG KUTUK GOLONGAN ULAMA JUGAK KE?? KEHKEHEH...
Kesian Harussani. Terpaksa sorang diri menerima kutukan Sedangkan hakikatnya ade lagi Mufti yang sekepala dengannya. Yang paling dahsyat, ade pemimpin PAS yang juga terima idea ini. Pemimpin ni pulak masih dok ade ateh sana...
'Firman Allah- Apabila langit terbelah,serta mematuhi perintah tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;dan apabila bumi diratakan, serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong, serta mematuhi perintah tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;-(Maka pada saat itu, tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah(menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu,kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu(tercatit semuanya). Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya; Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya(dengan tangan kiri); dari sebelah belakangnya, maka ia akan meraung-raung menyebut kebinasaannya, dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang kufur ingkar). Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali(kepada kami untuk menerima balasan)!(Sangkaannya itu tidak betul)bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya! Maka Aku bersumpah, demi mega, Dan malam serta segala yang dihimpunkannya, dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama, Sesungguhnya kamu tetap melalui beberrapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya( sebelum kamu menemui tuhan-menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya). Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman? Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud? (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang kafir, semata-mata mendustakannya;Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati. Maka kabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus0putus (al-quran surah al-insyiqaaq ayat 1-25)
jangan mengutuk! entah-entah orang yang dikutuk itu lebih mulia di sisi Allah kerana amal ibadatnya..sifat tawadhuk yang harus dimiliki oleh seorang muslim dah pergi mana?
beristighfar banyak-banyak..ingatkan Allah banyak-banyak..itu adalah lebih baik daripada mengutuk Tan Sri Harusani atau sesiapa juga..
Dasyat kamu mencerca mufti.
Apabila amalan menyatukan Islam dipertikai, dicari dan digali sampai ke sejarah, atas alasan untuk diputar belit(walaupun sudah terbelit).
Penulis pun saya rasa belum tentu lagi hebat amalannya berbanding TSHZ, malah kerana penulisan juga mungkin bertambah banyak beban di kiri bahunya.
Terlalu banyak alasan dari pihak PAS, dan jgan menggunakan nama Islam dan Rasullah jikalau perjuang yang ditagih hanya berlandaskan kuasa semata2.
"ISLAM FOR ALL" mungkin menuruti Islam dan Rasullah, tetapi "PAS FOR ALL" hanya motif berpolitik bersama DAP dan PKR.
Saya benci bercakap ttg moto dan apa2 berkenaan Parti Politik, tetapi terpaksa menulis juga, kerana pada saya PAS telah melacurkan agama dan senjatanya ialah Nama Islam dan Rasullah.
Wallahualam, sekiranya benar penulisan saya diharap dapat memberi input terhadap pelayar blog ini,yang bruk dari diri saya, yang baik dari Allah..
Sakit hati saya membaca perkara ini,
jika saudara terlalu melihat sejarah, kenapa di ikut resam Saidina Umar, yang dengan sejarah sebelum memeluk Islam??Tetapi sungguh kuat keimanannya setelah memeluk Islam.
Jangan la terlalu mengikut hati dan amarah menulis.
Sekian
hai ya... itu tulisan ustaz ahmad awang la. bukan perisik rakyat. dia tidak mencerca mufti pun. lg pun mufti tu kawan baik dia. cuma berbeza pendapat/pendirian. aku lebih suka bekas mufti perlis memberi komen tentang politik. dia tidak berpihak kepada mana2 pihak. adil dalam memberi pendapatnya. tegas dalam menyampaikan pendirian nya. hujah2 yang berfakta, bernas. bukan macam mufti perak sekarang nie. pendapat yang di keluarkan berat sebelah, tidak adil. kalau nak keluarkan pendapat, jgn la menyebelahi mana2 pihak. cube la jd neutral. mana yg salah ditegur, mana yg betul dipuji. bukan hanya keburukan sahaja di highlightkan.
wahahaha..nak claim g beijing untuk bini aku skali lah..!!hmmm..?? bley ke cam tu?
Inilah betapa buruknya perangai mereka yang menggelarkan diri Pakatan Rakyat...yang tak menyokong mereka akan dikutuk habis-habisan sehingga TKO. kalau yg menyokong walaupun si kafir laknat akan ditatang macam minyak yang penuh..PAS adalah parti politik kalau betul nak berjuang menegakkan Islam kenapa dah dapat 5 negeri termasuk 2 yg solid PAS api masih sama seperti dulu walaupun dah nak masuk dua tahun pemerintahaannya kecuali di Kelantan yang begitu lama..dalam muktamar kenapa tak pakai saja keputusan Syura dalam melantik pimpinan tertinggi...sibuk nak rebut jawatan buat apa????lepas tu ada pulak unsur2 rasuah seperti isu pembahagian ladang rakyat oleh kelantan..nak tahu lagi, sebab tu husam dan calon2 kelantan kalah dlm muktamar PAS yg lepas di shah alam tu! Lu pikirlah sendiri!
ni apa isu pakatan rakyat ni..tak sedor lagi ke si Laknat Lim Guang ENg nak menjahanamkan orang Melayu yang cuba menentang dia..nak tahu baca lah ini :
http://www.malaysiakini.com/news/107524
ha...perisik-rakyat apa lagi..ulas le cepat. nape? takut? dahlah si Fairuz dulu dicampak keluar. Bagi pula pada si suara itik jadi TKM 1 supaya mudah dicucuk hidung....!
umngok akan memperalatkan sesiapa sahaja untuk menjayakan rancangan keji dan zalim mereka. umngok memang jahat.
betul tuh... umno ngok memang paria dan memualkan.
kapal UMNO dah nak karam..pakat2 rebutlah harta UMNO..
NAK TAU SIAPA YANG LANTIK HARUSSANI JADI MUFTI.PUAK2 UMNO JUGAK KAN.JADI PEMIKIRIN DIA MESTI BERAT KEPADA KEPENTINGAN UMNO.DIA NI ULAR DALAM SEMAK...BUKAN NYA ULAMAK
Raja Petra adlh seorg yg free-thinker.Sahabat baik Anwar. Berkenalan dan berjumpa dgn isterinya dlm disko.Kaki botol dan minuman kesukaan adlh Chivas Regal.Rumah beliau bersusun botol arak. Mempunyai rumah di Melbourne, Australia hasil duit projek dgn Anwar dan US.Tak percaya tanyalah kawan2 rapat dia termasuk si Anwar??? Sokong Raja Petra ker!!!!! Hahahaaa...kaki botol kaki burit!!!
pernah jd kawan
RPK
Aku mmg tak suka kaki botol beb...
tak pyh bercakaplah wahai perisik rakyat kaki ganja dan kaki arak.
mufti teman lbh mulia dari hang.
hang hari2 dok tipu org kutip derma atas nama perjuangan tapi dok pakai buat beli ganja ,arak dan beli ekor.
mufti teman dan hang bagai langit dan bumi.
muka tak malu. dok kutip duit dgn org ramai suruh masuk ac.
KAMI MENYOKONG KEPADA MEREKA YG BERBUAT KEBAIKAN,ADIL,MENENTANG KEZALIMAN,BERCAKAP BENAR.TIDAK KIRA DIA TU SAPA.WALAUPUN DIA PECACAI ANGKUT NAJIS SEKALI PUN.TP MANUSIA SPT INI DIBERI AMANAH TP TIDAK BERANI BERCAKAP BENAR ADALAH LEBIH HINA DR ORG KAFIR!!!
itulah namanya koje menipu oghang yop..mintak duit derma sbb org2 PAS ni penderma yg baik hati..senang lenang hidup dgn menipu oghang yop. kononnya berjuang atas nama keadilan tapi sebenarnya kutip derma utk diri sendiri...cehhh...kalau takdak duit mintaklah dgn kawan baik hang tu. Dia tu kan kaya sekarang....hahahaaaaa..
Satu persoalan yang harus kita fikirkan.... Mengapakah Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria dikutuk dibumi Malaysia yang majoritinya orang Islam. Bukankah sepatutnya, sebagai seorang ulamak, didoakan dengan kebaikan, tetapi sebaliknya dikutuk? Fikirkan sejenak.... Kita tidak mahu bersangka buruk kepada beliau, tetapi kita sangat-sangat hairan, sebagai seorang ulamak, mengapa ini yang beliau terima.... Sebarang kemungkinan, ini semuanya kerana atas tindak-tanduk beliau sendiri yang ada cacat celanya dengan tindakan yang sepatutnya sebagai seorang ulamak, apalagi bergelar sebagai MUFTI yang menjadi sandaran umat Islam. Saya teringat kata-kata seorang ustaz sewaktu saya dibangku sekolah dahulu, bahawa kedatangan DAJJAL, boleh dikenali melalui dakyah kekuatan kuasa pemerintahan. Atas nama kuasa pemerintahan, sedikit demi sedikit amalan Islam yang syumul dihapuskan sebelum ditolak sepenuhnya. Dengan kuasa yang ada juga, menyebabkan segelintir umat Islam akan menjadi lebih takut untuk menentangnya, malah akan ikut dan cenderung menyokongnya walaupun mereka ini mempunyai pengetahuan dan tahu mengenainya. Dakyah melalui kekuasaan ini, bukan sahaja terang-terangan menolak Islam, tetapi juga akan menjadikan orang Islam yang mempunyai pengetahuan agama sebagai alat untuk merealisasi tujuan kuasa mereka. Inilah yang seharusnya kita fikirkan semula....
jadikanlah Al- Quran sebagai panduan..
Kembalilah kepada Allah
kerja kutuk mengutuk, fitnah memfitnah ni kerja syaitan..
jangan seronok sangat mencerca orang..nanti kat akhirat jadi tak seronok..
Allah Maha Berkuasa, tidak pernah lali dan lupa..
syaitan memang suka umat muhamad s.a.w berpecah belah..
SYAITAN SUKA MELAYU
syaitan akan mengisi hati-hati manusia yang tidak beriman..dan mengajak mereka melakukan keburukan dan menghiaskan di dalam hati mereka yang perbuatan mereka adalah baik dan benar, sekiranya ada orang ingin berbuat kebaikan kerana mematuhi perintah Allah, mereka akan tolak dan syaitan akan berada di hati, minda, hujung jari, lidah dan seluruh pancaindera mereka untuk memutarbelitkan kebenaran itu..menjadi yang tidak benar dan yang tidak benar atau perbuatan keji/buruk itu baik..
akan binasalah orang-orang yang fasik-derhaka kepada perintah Allah..neraka jahanamlah tempatnya..
di hari pembalasan, mereka akan tunduk malu di hadapan Allah, sedang di dunia mereka megah, angkuh, bongkak dengan perbuatan jahat dan berasa seronok dengannya..
Syaitan bisu konon, Bodik ko mcm baguih, Ulama2 PAS (Ulama ker...?) bila berkata2, sure ada ayat yang memesongkan akidah, asyik menyesatkan umat Islam, berserban, berjubah, menyimpan janggut tetapi buruk perangai, pendusta, penyesat akidah, terbaru giler seks. Bini bendera merah pun 'NAK' juga......
Bodo punya olang......
Buat Bull Shit The HamPAS, bersara je la. Buat balaci2, hadi bawang, mat sabut, mamfuz O'mak kau, Badol Ah Meng, Nizar Namrud, teruskan usaha anda menjadi pembancuh kopi si Al-Juburi.
PKR-Parti Kronisme Rasuah..
Habis berpecah belah orang Melayu kerana ada org mcm al-sodomy ni...disokong pula si jeli suka jubur Perisik Rakyat ni...lagilah!!!
lubang kunyit ko dah bg al=liwati sondo; ker...hahhahaaa..mesti sedapppp kan!mnuummmnkljlkj!
ya...inilah suasana politik sekarang....xguna PAS brsama PR...keluar dr PR...kembali sperti asal...cabaran luar memecah belahkan umat islam.sudah tidak relevan perjaungan PAS dlm PR,,DAP Kedah mula tnjuk belang,,lps ni mana tau PKR plak.ada pihak cb lagakn pimpinan PAS dn ulama@mfti2..last2 ada dbelakang brtepuk tngn....mari sama2 fikirkan
si fauzi penagih ganja ni tak berani jawab pasal duit derma yg disalahguna utk beli ganja
salam.. daku memang respek ngan TSHZ ni bila dia mmperjuangkn Islam SEHINGGALAH daku terlihat rancangan dokumentari tentang keluarga beliau di televisyen.. Dokumentari tu memaparkan salasilah dan pengenalan seluruh ahli keluarga beliau.. Di situ hilang rasa hormatku beliau.. anak-anak dan isteri beliau tidak MEMELIHARA aurat sepertimana yang disyariatkn.. bukan maksud saya 'tidak menutup aurat' tetapi tidak MEMELIHARA aurat.. @ menutup aurat tapi tak sempurna.. tudung pun 3segi jer.. pada fikiran saya, bagaimanakah beliau hendak menegur kebatilan dan kemaksiatan diluar sedangkan kebatilan dalam keluarga sendiri pun tak dapat ditegah dan diselesaikan.. fikir2kanlah..
Perisik Rakyat.. aku cukup kesian kat kau.. begitu ramai orang bodoh kat Malaysia nie..Kau letak artikel berasaskan ilmiah pun diorang tak paham. Kutuk THSZ la kutuk ulamak la.. macam sial. Ini lah dia..si luncai terjun dengan labu2nya. Islam konon tapi taksub dan bangga dengan perkauman.. Kalau mulia sangat la THSZ tu, kenapa tak cakap apa2 pasal ISA? Kenapa tak tegur Sultan pasal rampasan kuasa kat Perak? Bukankah orang yang munafik atau hipokrit itu dikeji Allah?
Just because dia labelkan diri dia ulamak..dapat dilantik jadi mufti kita tak boleh nak kritik? Ustaz Ahmad Awang dalam artikel dia secara hormat menyatakan perbezaan pendapat. Saya rasa, terlalu hormat pasal si mufti tu, tidak lain dari hanya menjadi hamba balaci bagi pemimpin unmo yang korup.
Senang sgt orang melayu kita kena tipu...Ada lak sekor dok cerita pasal bini dia tak jaga aurat.. apa le bodo punya komen. apa kena mengena dengan artikel yang di pos?
Perisik Rakyat.. thank you. Kepada yang bangang dan buta hati yang lain..pirah mabuk!!
udah le jgn dok bertengkar,yg penting semua org kena taubat tok mufti ke.raja petra ke ,musa hassan ke,ini semua nama2 besar yg Allah akan persoal nanti,subahat dgn geng2 curi harta negara aku tak nak...
Kapir,Yahudi,Nasrani,Iblis,Syaitan amat gembira dengan situasi begini..sedor sedor ler..kite seagame ni dah jauh berpecah..bukan Tok Mufti teman jer kena kutuk.Habih semua ulama kena..Tok Guu Nik Aziz,Haji Hadi dll.Habih semuanye kena kutuk.Kalu tak mau ulamak,ertinya menentang pewaris Nabi...tobat le mengkomer hoiiiii
inilah politik..tak sokong mereka maka dikutuk lepas sokong akan dipuja dan dipuji.contoh: anwar, zaid ibrahim..kena kutuk kaw2 haji hadi dan ustaz nasha sebab timbulkan isu perpaduan...kalau inilah sikap kita, tak tahulah kalu negara golongan ini yg kuasai nanti...tak ubah macam bintang tiga yg membunuh semua org yg menentang mereka selepas ma=endpt kuasa sekejap..ini pun ada hati nak buat balik chin peng lepas tu kata sejarah diputar-belitkan...woi....bukan atuk aku pun nak menipu pasal sejarah ni????sedorlah org PKR yg tak bermaruah! tiada asas perjuanganmelainkan berjuang utk kepentingan semdriri!!!
Sedihnya bila mufti yang berilmu tinggi dianggap pencacai...Semoga TSHZ tabah menghadapi ujian dan terus bersemangat untuk kemakmuran Islam sejagat.
Inilah yang jadi bila niat bai dipolitikkan.
Orang yang kutuk TSHZ ni bagus sangat ke? Tolong periksa Amal ibadat, akhlak & ilmu agama tu dulu sebelum nak memaki orang.
Post a Comment