Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak. Iklan
Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.
Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.
Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.
Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos dan penamaan calon pula pada 17 Ogos.
Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan penyandangnya Dato' Hamdan Abdul Rahman, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 31 Julai lalu.
Dalam pilihan raya lalu, Hamdan berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib bulan lalu.
Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun 1999. Pada 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.
Salahuddin mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.
"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegasnya.
Info : HarakahDaily
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, August 11, 2009
PRK Permatang Pasir: PAS umum Calon 14 Ogos...
Labels:
Pengliporlari.,
Umum calon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Anwar diserang hebat..Isu perkauman melampau dimainkan..itulah bersungguhnya umngok bila dah lemah ni nak memburukkan pembangkang dimata rakyat bagi menutup keburukan mereka.
Targetnya agar pengundi di permatang pasir memilih mereka.
Dengar kata Jeff Ooi calon PAS?
Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.
Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.
Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.
Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.
Fikir2 kan
Ada yang habaq Hassan Ali jadi calon DAP.
makcik2 d simpang pmtr ara..tentu seronok dgn prk dapat duit raya..rumah meriah dgn kedatangan puteri2 entah anak raja mana..kj tentu dtg bawa ezam dan ramai lagi pak sanggup..madey jgn lupa turun sama..madey ni pelampau agama yg menahan bantuan ke sekolah agama semasa pemerintahan kuku besinya.
wa tujukan pada wak labu aug 12,2009 12.03pm, disebabkan otai-otai nyanyuk yang terlalu lama berpolitik dengan perangai penyangak,suka tabur janji cth memfitnah DSAI sampai la ni tak terbukti dan macm mcm lagi terserlah perangai buruk depa selama 51thn memerintah, kami org muda bakal menggantikan orang lama yang berpolitik sempit seperti wak labu yang sebenarnya cetek ilmu politik,kami tahu mana yang benar sebab kami bertanya,kami tahu mana yang palsu sebab kami selidik,kami tahu mana yang hak sebab kami belajar.....kuasa allah melebihi kuasa politik dan kuasa melayu umnongok,dengan izin beliau PRU13 siapa perintah saalaaaaaammmmmmmmmm.
Post a Comment