"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 28, 2009

Hasan Ali Kata Beliau Naikkan Isu SELCAT Kerana Hendak Membela Melayu

Itulah alasan yang diberikan oleh Hasan Ali sewaktu Mesyuarat Khas bagi menyokong tindakan beliau baru2 ini di dalam isu SELCAT. Malahan, Hasan Ali member amaran bahawa terdapat banyak lagi isu Melayu yang beliau hendak dedahkan selepas ini yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Itulah sebenarnya motivasi Hasan Ali di dalam membawa isu SELCAT ini, yakni untuk membela Melayu dan hak orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri. Tetapi, yang hairannya, Hasan Ali tidak bagitau apa hak orang Melayu yang telah terhakis di dalam isu SELCAT ini?

Apakah membela pegawai2 yang terlibat dalam korupsi UMNO dan Barisan Nasional itu satu bentuk pembelaan orang Melayu? Adakah membela tindakan UMNO/BN menggunakan wang rakyat sewenangnya dalam kempen pilihanraya mereka sebagai satu bentuk perjuangan Melayu?

Tapi itulah sebenarnya asas kepada tindakan Hasan Ali mengikut Hasan Ali sendiri tentang sebab mussabab beliau mempersoalkan SELCAT. Ertinya Hasan Ali menyokong korupsi dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pegawai2 lantikan UMNO ini hanya kerana mereka adalah melayu.

Begitu bengap Hasan Ali dan begitu bodohnya PAS mempunyai pimpinan seperti Hasan Ali ini. Sejak bila Islam mengizinkan umatnya mempertahankan orang-orang yang melakukan kefasadan dan kemungkaran seperti ini? Sejak bila Islam mengizinkan umatnya meletakkan kepentingan bangsa di atas agama?

Alasan lain yang diberikan oleh Hasan Ali adalah kononnya DAP memperjuangkan hak kaum Cina. Apa salahnya beliau memperjuangkan hak Melayu? Soalnya sekarang, bilakah DAP memperjuangkan hak kaum CIna sepanjang wujudnya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor? Apa bukti DAP memperjuangkan hak kaum Cina?

Setahu saya, kaum Cina di Selangor hanya mahukan apa yang menjadi hak mereka sebagai rakyat Selangor. Itu sahaja. Mereka tidak meminta apa-apa kelebihan berbanding rakyat Selangor yang lain

Memperjuangkan Korupsi Dianggap Memperjuangkan Hak Melayu oleh Hasan Ali

Semua ini adalah cerita karut yang yang dipercayai bulat-bulat oleh Hasan Ali dari perjumpaan "Promis" yang sering diadakan di rumah beliau. Oleh kerana pegawai kerajaan yang disoal itu adalah Melayu, dan Pengerusi SELCAT adalah Teng Chang Kim, seorang berbangsa Cina, maka tindakan SELCAT ini dianggap sebagai tindakan menentang hak Melayu.

Padahal pemikiran macam ini adalah pemikiran UMNO 100%!!!! Pegawai2 ini telah bersubahat memberikan UMNO wang yang banyak dari kantung wang rakyat untuk kegunaan kempen mereka yang mana kempen mereka telah menyebabkan lebih 15 calon PAS kalah dalam pilihanraya baru-baru ini.

Begitu dungukah Hasan Ali apabila beliau tidak sedar bahawa yang menjadi mangsa utama kerakusan dan nafsu binatang UMNO ini adalah PAS dan bukannya parti2 lain dalam komponen Pakatan Rakyat?

Bantuan dari D.O. ini menjadikan PAS sebagai mangsa utama kerana parti2 lain menang dengan gemilang di Selangor? Sanggup Hasan Ali mengkhianati PAS itu sendiri?

Wala' Dicanangkan Lagi, Walaupun Hasan Ali Itu Terbukti Tidak Maksum

Ada juga beberapa YDP lain yang bersuara kononnya perlunya wala’ (ketaatan) kepada pimpinan. Soalnya sekarang, bolehkah kita memberi ketaatan kepada pimpinan yang tidak menghormati keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam?

Dan Hasan Ali dalam kenyataan selepas mesyuarat khas semalam menyatakan bahawa beliau mendapat dokongan padu. PAdahal terdapat suara yang ramai mengkritik serta menentang tindakan Hasan Ali baru2 ini.

Malahan, YDP2 yang menyokong Hasan Ali pun jumlahnya tidak banyak dan YDP yang menentang Hasan Ali lebih ramai. Bagaimana HAsan Ali boleh mendakwa beliau mendapat sokongan dan dokongan padu dari mesyuarat tersebut?

Kita semua mesti bersedia kerana selepas ini Hasan Ali akan terus membuat kenyataan yang berlawanan serta bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat demi untuk membela “Melayu”. Tapi, seperti dalam isu SELCAT ini, Hasan Ali tidak ada bukti menunjukkan bahawa hak Melayu terhakis atau Melayu dikesampingkan Yang adanya hanyalah pegawai2 pro UMNO berpeluh kerana terpaksa membela parti mereka yang sudah semakin rapuh dan bocor itu.

Alasan “wala” juga amat kita kesali kerana adakah semua pimpinan dalam PAS ini maksum? Ada YDP yang tak faham beza “maksum” dengan “wala”? Wala’ tidak bermakna kita kena taat senantiasa. Wala’ bermakna kita mesti menegur pimpinan apabila mereka melakukan kesalahan. Itu yang diajar oleh para sahabat selepas Nabi SAW wafat.

Adakah Saidatina Aisyah berdosa besar kerana menubuhkan bala tentera menentang Ali dalam Perang Jamal? Adakah Saidatina Aisyah tidak mengerti maksud Wala’?
PAS seluruh Selangor wajib bangun kerana kalau tidak PAS akan kalah dalam PRU yang akan datang. Akan kalah teruk.

Hanya kerana impian Pesuruhjaya mereka mahu menjadi MB di Selangor, maka PAS Selangor terpaksa menurut kehendak beliau mengikut apa yang UMNO kehendaki? Adakah itu taraf PAS Selangor, menjadi balachi kepada mereka yang mempunyai kepentingan pribadi dan poket semata-mata?

Tulang Besi

27 comments:

man kajang2009 said...

janganlah bagi alasan giler.dah banyak kes orang melayu tergadai dek kerana kepimpinan pas yang giler kuasa .jadi ketua kampong kena joint dengan orang umno.katanya nak perpaduan org melayu.masa umno perintah dulu x pun sibuk nak ajak orang pas jadi jkkk atau ajk masjid.
konon katanya pkr tak melayu tulin. harap mb selangor buang jer orang nie.jadikan khalid samad @ dr zolkefli jadi timblan menteri besar lagi bagus..otak lagi power

Liza said...

masih tidur lagi ke PAS selangor? anak BTN UBN tu dah meroyan-royan seluruh Selangor, PAS Selangor masih mimpi ke? PAS Pusat masih leka dok menang ka?... mata pancing UBN dah kena kat hidung Hassan Ali, tunggu UBN nak sentap je lagi...masih enak diulik mimpi ka? apa ni RACIST dah muncul dalam Hasan Ali nih? PAS memperjuangkan kedaulatan Islam dan bukan keBangsatan seperti AM=NO dok terpekik terlolong tuh! woi bangun woi! mata pancing UMno dah kena kat Hasan Ali... pemimpin PAS masih dok tengok saja kaAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!

mosabit said...

jangan marah hassan ali oiii.....kesian dia...dia pejuang melayu tu.....bukan pejuang islam...
tapi bila aku pikir balik..mana mana nama yg ada bunyi HASSAN dan ALI ni agak anih perangainya la....
contohnya :
(1) HASSAN ALI
(2) musa HASSAN
(3) berahim ALI
(4) ALI rostam poi
(5) yg lain korang carilah sendiri........kah kah kah kah

Anonymous said...

dia tu pakar motiwasi bukan aktivis polotik tengah2 nak prk bagan pinang meletop pula isu selcat, hai bagi bola tanggung kat umnola

Pak Oncu said...

sey tunggu hassan ali di bagan pinang, dia akan jadi pemimpin PAS pertama yg akan sey baling dgn telur tombolang,,,,,,,,,,,, wait i see,,,,,,,,!!!!!!!
poie jahanam dgn melayu hasan ali,,,,!!!!!!!

Anonymous said...

Kalau dah tak ader aper alasan lagi, konar baring sana sini dak tak jalan lagi, kita tibai orang Cina dan India, kita pertahankan hak hak istimewa Melayu, gerenti rakyat sokong.

Hasan Ali bakal Menteri Besar Selangor !!! Umno bakal kembali !!!

Anonymous said...

"...Hassan Ali membela melayu" hebat Si Tulang Besi berjam-jam mesyuarat cuma satu isu ajer keluar 'nak bela orang melayu'.

Lepas tu dia kata 'tak ramai ypd yang sokong Hassan Ali'. Memang cun Tulang Besi bubuh ajer apa2 reason janji hujah aku nampak hebat

Woit!! tulang Besi...enko belum dapat ker apa-apa projek dari Hassan Ali (setidak2nya cleaner pejabatker). Dari mula lagi enko tak puas2 dengan Hassan Ali.

Dah berapa lama orang JIM dok attack pimpinan PAS (Khalid Samad. Saari sungip). Kali ni tekanan bertambah kuat maklumlah wang dan kuasa semakin hampir.

Cuba tengok Mohd Sabu. Dia lebih banyak tahu perangai buruk dalam parti...tetapi beliau tetap jalan kerja dia. Tak ada pun nak tersinggung apa.

Sekarang kamu happy Tulang Besi. Dapat telanjangkan PAS dikhalayak ramai.

DAP tak buat begini pada pimpinan partinya.

Ahli PAS Bah. K Jaya.

Anonymous said...

buat malu ahli pas jer ko hassan ali oii...kami malu ader pimpinan seperti kamu...pi mengaji semula laa..kalu dah bengong bengong jugak

Ahli Pas Kecewa....

zambri mandela said...

Dalam kempen PRK 12 dulu kat gombak, beberapa hari je lagi sebelum pilihanraya...

hassan ali ada cakap (bertaklik talak)'jatuh lah talak tiga (3) pada isteri kami jika kami terkeluar dari landasan perjuangan kami''ini merupakan bukti betapa seriusnya perjuangan kami'

beribu ribu manusia jadik saksi.

aku rasa mat motivasi ni baik check dengan pejabat agama... takut takut dah sah jatuh talak 3 ...nanti kang balik umah, gesel gesel dot dot dot....uuuih dah kira zina tu...talak 3 tu bhai

sape sape ada rekod kempen malam tu boleh konpemkan... haha lagu wind of change pon ada...

Anonymous said...

hassan ali bahlul pencacai umno bangsat

Anonymous said...

Kalau masa bagi motivasi berapi2 tak bagi mak bapak tegur anak di depan orang ramai.

Tapi dia lak yg tak amal....

penat penat

Anonymous said...

AKU NAK SAMBUNG..
5. MUSTAPHA ALI

tengala said...

Tulang Besi
Apakah zikir kau tiap2 hari hanya mengutuk Hasan Ali...
Dan mengajak orang lain sama2 menghayati zikir kau tu...
Orang yang sokong PAS pun belum tentu masuk Syurga kau kena ingat tu....
Sekarang nie terlalu banyak dosa kau pada Hasan Ali sekiranya apa yang dia buat tu ikhlas...
Kau tanggunglah sendiri...

Anonymous said...

Aku dah kata dah mat hassan ali ni barua umno, bukan nak bela islam, nak bela melayu umno haram jadah.

Kalau benar apa yang di katakan di sini, sah mamat ni asabiyyah yang lebih teruk dari umno dan ini menjatuhkan maruah Pas. Ingat! kami di sini pun melayu tapi kami tak boleh kompromi dengan manusia hassan ali ni kerana sifat perkaumannya yang melampau, kerana diskriminasi kaum sangat di tegah oleh islam seperti dalam surah An-Nisa dan Surah An-Nahl.

Oleh itu lebih baik Pas suruh dia letak jawatan Adun sepertimana Ibrahim Ali supaya maruah PAS tidak tercemar di mata rakyat Malaysia.

Walaupun kami bukan penyokong Pas tapi tindak tanduk Hassan akan menyebabkan PAS akan tersungkur pada PRU13 nanti.

Anak Bugis said...

Dia nak jadi MB.. hehehe tp dia lupa tanpa sokongan dari komponen pakatan yg lain, peluang PAS di selangor sebenarnya tipis.. harap dia mengutamakan kepentingan parti dari segalanya.

Anonymous said...

Korang yg komen kat sini, memang bodoh betul la....kamu orang tahu ke apa yg Hasan Ali tak puas hati sangat pasal SELCAT tu? kalau tak tahu, eloklah buat kerja rumah sikit dan baru komen....

Jangan main tibai orang aje...nampak sangat bodoh.

Hassan Ali , bagi aku sama seperti macam 2 orang bekas EXCO Perak dari PKR yg keluar parti dan menjadi ahli bebas. Beliau akan mendedahkan kepincangan kerajaan PR dan macam mana orang Melayu/Islam tidak dapat pembelaan yg sewajarnya dari kerajaan PR selangor...

DAP dan Pemimpin Bukan melayu dlm PKR terlalu berkuasa dan paling menyerlah. Pemimpin melayu dlm PKR dan PAS hanya angguk kepala aje. Ikut telunjuk DAP. Orang Bukan melayu dlm PKR, bila-bila masa aje boleh keluar parti dan join DAP.

Kalau ditakdirkan jumlah kerusi DAP dan PKR (yg dimenangi oleh bukan melayu) melebihi 28 kerusi, maka semua bukan melayu dlm PKR akan keluar parti dan join DAP untuk membolehkan DAP membentuk kerajaan secara sendiri tanpa perlu membentuk kerajaan campuran seperti sekarang ini.

Anonymous said...

Kepada orang melayu dlm PKR dan PAS, sedarlah dari mimpi....Kuasa orang melayu sedang dalam bahaya.

Sekiranya mereka berjaya menguasai 2/3 kerajaan, maka senanglah bagi mereka meminda undang-undang yg melibatkan orang melayu.

Anonymous said...

Pandai ler hangpa nie, Hasan Ali bukannya nak bela Melayu, TAPI bela TOYOL,....maka kaum lain kena dituduh.......

TOYOL, TOYOL.....

Syawal bertaqwa said...

Salam 1taqwa,
Jom 'puasa setahun'

Jom fikir2 sebelum tulis

Lihat balik apa yang anda tulis

Semuanya akan ANDA jawab di depan Qadhi Rabbul Jalil

Saudaraku,

Ramai org yg dkritik @ ditegur menghabiskan masa utk berbahas tentang cara dia dikritik hingga akhirnya dia lupa akan isi kritikkan itu. Begitulah cara mereka berterima kasih pd org yg mengkritik / menegur...

Ada kritikan yg membina, ada yang menyakitkan, ada yg menghancurkan, ada yg sekadar amaran, ada yg mungkin pesan, ada yg mungkin pujukan...

apa jua bentuknya,
HAYATILAH isinya....
Mudah2han jiwa yang tersentuh, Nafsu pula jangan gemuruh
Moga Iman dan Taqwa bertambah

Lihat dengan MATA HATI

Wahai semua saudaraku

wassalam

Anonymous said...

penink2, betoika apa hang kata, jangan main tudo2 je, belasah orang mmg best, fitnah tu lebih bahaya dari membunuh.

Anonymous said...

penink2, betoika apa hang kata, jangan main tudo2 je, belasah orang mmg best, fitnah tu lebih bahaya dari membunuh.

Anonymous said...

penink2, betoika apa hang kata, jangan main tudo2 je, belasah orang mmg best, fitnah tu lebih bahaya dari membunuh.

Anonymous said...

pasal pinda kuasa inilah ramai orang melayu tertipu, cepat sangat melatah tak tentu pasal. UBN pancing korang dengan benda benda cam nielah supaya dia orang boleh terus berkuasa dan makan suap.

KLOROX PAS... said...

Udah udah lah tu...wahai Tulang Besi..jangan provok dan buat spekulasi lagi...tunggu dan lihat sahaja...Hassan tu...kalau dia masuk Umngok pun bagus juga...manalah tahu dia lebih hebat dari ANWAR...yang mula2 masuk Umngok...nak bersihkan tahi melalui tong tahi...mana kita tahu kebolehannya...

Nyampah Sket2 Melayu said...

aku sokong pas sebab ameno mcm sial. tapi org mcm hasan ali bikin undi aku jadi lebih sial...cehh

Anonymous said...

perangai PAS makin terserlah...siapa yg bersuara lantang akan dihina dikutuk maka dia nak pemimpin mcm khalid samad yg bacul, khalid brahim yg lembut gemalai, jantan mcm ronnie liu, lantang mcm terssa, seksi mcm elly....maka penjilat2 PR akan agngkan pemimpin yg mcm ni...sapa2 yg sentuh je isu melayu akan dicop x islamic...myb DAP akan perjuangkan Islam dlm PR takbirrrrrrrrrrrrrrr

Anonymous said...

nak nak cerita pasal bangsa melayu,umno tak layak cakap pasal perjuangan melayu,hak melayu umno dah gadai kan,mana pergi nya sebuah negara yg dulu nama nya persekutuan tanah melayu,bahasa melayu dah takde yg ada bahasa malaysia,dulu tanah simpanan melayu dan tanah adat tak boleh beralih tangan ke bangsa bukan melayu tapi sekarang lihat lah wahai pejuang2 melayu dlm umno,atas jasa ghafar baba yg telah menggubal kanun tanah negara,tanah2 adat dan simpanan melayu telah di ambil alih atas nama pembangunan telah di bina kawasan2 industri dan taman2 perumahan mewah yg sememangnya hampir2 tidak mampu di miliki oleh org2 melayu,maka jatuh lah tanah2 itu di miliki oleh org2 bukan,ianya boleh di lihat di mana2,nasib baik org melayu masih belum di tukar nama nya bangsa lain,kalau nama melayu akan di suratkan dalam lipatan buku sejarah,umno terjerit2 terpekik terlolong konon nya nak perjuang daulat nya bangsa melayu,bangsa melayu akan hilang kehebatan nya satu persatu.....hanya islam lah yg masih membuat kan org melayu masih dapat bertahan kedaulatan nya hingga hari,islam itu adil untuk semua...jangan dato hasan ali cuba pertahankan pegawai2 kerajaan yg telah khianat pada bangsa melayu dan rakyat malaysia semata2 krn mereka2 itu melayu....yg khianat telah khianati melayu ia lah umno dan pegawai yg khianat itu ada lah pendukung totok umno...orang2 mukmin takkan melakukan kesilapan yg sama berkali2,hasan ali tahu semua itu tapi dia pertahankan juga pegawai yg khianat itu