"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 28, 2009

The Tree: Nasihat TGNA Kepada Semua RAKYAT Malaysia

Pernahkah anda menonton filem yang dilakonkan oleh YAB Nik Aziz dalam 15Malaysia iaitu "The Tree".

Dalam filem itu, YAB Nik Aziz telah mengambarkan proses kehidupan manusia bagaikan menanam sepohon pokok.

Seseorang yang menanam pokok bukan sahaja dapat menolong orang lain tetapi juga akan membawa pahala kepada diri sendiri.

Penanaman sepohon pokok akan memanfaatkan hidupan yang bergantung kepada pokok itu contohnya burung. Selain itu, buah-buahan yang dihasilkan daripada pokok itu juga dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ini bermakna kita mestilah sentiasa "menanam pokok" sepanjang kehidupan kita, kerana tindakan itu banyak menolong orang lain. Tindakan "Penanaman Pokok" disini bererti kita mestilah membuat perkara yang baik dimana tindakan kita itu akan memanfaatkan orang lain.

Selain itu, penanaman sepohon pokok juga dikatakan membawa manfaat kepada diri kita. Kekayaan yang dipunyai sekarang tidak mungkin dibawa ke akhirat. Wang tidak dapat dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang akan dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang dimaksudkan disini ialah pahala yang dibuat oleh seseorang manusia sepanjang kehidupannya.

Selain itu, cara menanam pokok juga perlulah mengikut cara yang halal. Cara yang salah dari undang-undang tidak akan membawa pahala kepada kita. Sebagai contoh memberikan upahan yang tidak berpatutan kepada mereka yang telah menolong anda menanam pokok. Cara yang salah tidak dianggap membawa pahala kepada diri anda walaupun pada akhirnya "pokok" itu berjaya ditanam. Hal ini bererti kita harus menghayati sumbangan orang lain dan tidak cuba menipu, mencuri atau melakukan perkara yang haram sepanjang hidup kita.

Mesej yang dibawa dalam filem itu bukan sahaja kepada warga Islam sahaja bahkan kepada warga bukan Islam dan seluruh RAKYAT MALAYSIA.

Saksikanlah filem itu...

5 comments:

Anonymous said...

MACAM SIAL TUL KO NIE SI TOPENG...MEMANG KO NI BETUL-BETUL BATU API...CILAKA PUNYE ORANG...ELOK KO NI DIBUANG KERAKYATAN JE...BODOH NAK MAMPUS!!!!!!!!!!!!!!!

مَعهَدين الُمعلمْ said...

hahha...
kenapa datang mengamuk kat sini nie?
Ingin menunjukkan kesialan adiri ker??

Artis Muslim said...

isy! tiba-tiba je ada makhluk anonymous meroyan kerana tengok tok guru jadi artis ...

Anonymous said...

Sedarlah diri dan insaflah Nik Najis, mo tak layak jadi MB, duit gaji mo terima itu haram kajadah, mo tak amanah menjalankan tugas sebagai MB. Negeri Kelantan di bawah pimpinan mo, tidak menjadi kota Serambi Mekah, malah jadi kota Najis, kota kotor dan menjijikan, Kota kemunduran dan ke daifan, kota paling banyak kes2 jenayah, kota kemiskinan dan kota kuil2 buddha, Mo terima wang gaji, wang haram, tanya lah diri sendiri kalau dah wang haram mo makan, amal ibadah mo di terima Allah atau tidak. Kesian sungguh nasib orang Kelantan di kelentong dan diperbodo bodohkan oleh Nik Najis, Dajjal bertopengkan manusia, rela bersengkokol dgn Aljuburi peliwat tegar dan Parti DAP, Parti anti Islam dan Parti Anti orang Melayu. ishh ishh ishh bahalulnya orang2 Kelantan. Jangan lah mo rela membawa diri dan anak2 mo masuk ke Ugama Isle PAS, Ugama yg jauh berbeza di bawa oleh Rasullullah, ia itu Islam dan bukan Isle, ajaran sesat PAS. Nauzibillah

Anonymous said...

GELENG KEPALA KITA BACA. KEBENCIAN YANG AMAT SANGAT.