Guan Eng berkata, hasil usaha Kerajaan Negeri dalam menjimatkan kewangan dan menguruskan kewangan negeri dengan bersih menunjukkan bahawa prinsip Cekap, Akauntibiliti dan Telus (CAT) yang dipegang oleh kerajaan menampakkan kejayaan dan perlu dicontohi selepas mendapat pujian daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia dan Ketua Audit Negara.
Menurutnya, sewaktu pembentangan laporan, Ketua Audit Negara menyatakan terdapat peningkatan pada Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2008 berbanding 2007.
- "Pencapaian cemerlang ini adalah disebabkan peningkatan aliran wang di dalam Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan wang Amanah Awam.
- "Bagaimanapun, deposit mengalami pengurangan sejumlah RM4.25 juta atau 2.1 peratus berbanding tahun 2007," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran majalah 'Penang Economic Monthly' di sebuah hotel di sini, semalam.
Beliau turut menyelar kekangan yang berlebihan yang diharungi media cetak sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Pusat lebih separuh abad hingga menyebabkan rakyat lebih cenderung untuk mendengar pendapat yang tidak berasaskan fakta.
- "Hasil maklumat orang awam, saya difahamkan fakta sering kali dilindungi daripada pengetahuan rakyat.
- "Lebih teruk lagi, sudah banyak kali fakta tidak sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri," katanya.
8 comments:
malaysia ooh
Harga Minyak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang RM100.00 hingga RM300.00 Seliter lapuran Juruaudit Negara?????????
itu kan untuk laporan bagi tahun 2007-2008, siapa yg memerentah ya??
bagus2 prestasi negeri2 kerajan PR terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang. Tahniah!!! x sia2 kami memilih PR..
Anon 514, laporan utk tahun 2008 dimasa kerajaan BN masih memerintah, jgn cuba nak putar belit pula. Kalau 2008 maksudnya laporan utk tahun 2007 la.
anon 514 2 anak haram hasil hubungan gerakan ngan umno.tu jadi bodoh macam najib.
lge buli syarikat2 bumi atas alasan tender terbuka. dipaksa menurunkan harga dan fight dengan sykt2 gergasi non-bumi. duit lebihan itu la yang di manipulasinya. sedangkan.. duit itu sepatutnya menjadi emolumen sykt bumi kpd pekerja2 yang kini terpaksa menanggung risiko pemotongan gaji atau diberi vss. melayu pr gembira akan kesusahan bangsa sendiri. tak patut..tak patut..
Freemasonry...bacalah sejarah...membuktikan hakikat sebenar pemerintah negara sekarang ini. Gunalah otak untuk menilai, bukan dengan benda-benda lain..
Post a Comment