"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, October 24, 2009

Ketua Audit Puji Laporan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbangga dengan laporan kewangan negeri yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berbanding laporan tahun 2007 sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dalam pembentangan di Parlimen, baru-baru ini.

Guan Eng berkata, hasil usaha Kerajaan Negeri dalam menjimatkan kewangan dan menguruskan kewangan negeri dengan bersih menunjukkan bahawa prinsip Cekap, Akauntibiliti dan Telus (CAT) yang dipegang oleh kerajaan menampakkan kejayaan dan perlu dicontohi selepas mendapat pujian daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia dan Ketua Audit Negara.

Menurutnya, sewaktu pembentangan laporan, Ketua Audit Negara menyatakan terdapat peningkatan pada Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2008 berbanding 2007.
  • "Pencapaian cemerlang ini adalah disebabkan peningkatan aliran wang di dalam Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan wang Amanah Awam.
  • "Bagaimanapun, deposit mengalami pengurangan sejumlah RM4.25 juta atau 2.1 peratus berbanding tahun 2007," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran majalah 'Penang Economic Monthly' di sebuah hotel di sini, semalam.
Guan Eng berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu amalan bersih, cekap dan amanah serta usaha penjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malahan laporan Ketua Audit Negara.

Beliau turut menyelar kekangan yang berlebihan yang diharungi media cetak sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Pusat lebih separuh abad hingga menyebabkan rakyat lebih cenderung untuk mendengar pendapat yang tidak berasaskan fakta.
  • "Hasil maklumat orang awam, saya difahamkan fakta sering kali dilindungi daripada pengetahuan rakyat.
  • "Lebih teruk lagi, sudah banyak kali fakta tidak sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri," katanya.
Sumber - N37 Batu Maung

8 comments:

joegrimjow said...

malaysia ooh

Anonymous said...

Harga Minyak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang RM100.00 hingga RM300.00 Seliter lapuran Juruaudit Negara?????????

Anonymous said...

itu kan untuk laporan bagi tahun 2007-2008, siapa yg memerentah ya??

Anonymous said...

bagus2 prestasi negeri2 kerajan PR terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang. Tahniah!!! x sia2 kami memilih PR..

Anonymous said...

Anon 514, laporan utk tahun 2008 dimasa kerajaan BN masih memerintah, jgn cuba nak putar belit pula. Kalau 2008 maksudnya laporan utk tahun 2007 la.

Anonymous said...

anon 514 2 anak haram hasil hubungan gerakan ngan umno.tu jadi bodoh macam najib.

Anonymous said...

lge buli syarikat2 bumi atas alasan tender terbuka. dipaksa menurunkan harga dan fight dengan sykt2 gergasi non-bumi. duit lebihan itu la yang di manipulasinya. sedangkan.. duit itu sepatutnya menjadi emolumen sykt bumi kpd pekerja2 yang kini terpaksa menanggung risiko pemotongan gaji atau diberi vss. melayu pr gembira akan kesusahan bangsa sendiri. tak patut..tak patut..

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Freemasonry...bacalah sejarah...membuktikan hakikat sebenar pemerintah negara sekarang ini. Gunalah otak untuk menilai, bukan dengan benda-benda lain..