Tapi hampa sekali, hajat aku untuk membuat rayuan berkenaan dengan masalah pembayaran pinjaman PTPTN terbantut buat kali ke 3 kerana kegagalan Peguam yang dilantik oleh pihak PTPTN untuk hadir kemahkamah semasa sebutan kes dibuat.
Pejabat peguam hanya menghantar surat untuk peminjam kes mahkamah, RM300 dah tentu PTPTN akan masuk ke akaun mereka tanpa perlu peguam itu ke mahkamah, tanpa peduli apa berlaku dimahkamah. wang sebanyak RM300 itu sebenarnya akan dicharge dari peminjam dan apa yang menghampakan ialah, peminjam terpaksa membayar bayaran tersebut walaupun tidak dapat membela diri dimahkamah lantaran kegagalan pihak peguam PTPTN hadir dimahkamah.
Sebelum ini memang banyak media massa menyebarkan pelbagai tarikan bagi peminjam membincangkan permasalah dengan PTPTN, tetapi nampaknya konsep management customer skill PTPTN masih dibawah paras standard... bukan setakat 20 kali menelefon tetapi 50-60 kali panggilan dibuat seharidan kadang-kadang tak dapat dapat berkomunikasi langsung, cuma kedengaran rakaman mesin - "pengawai kami sedang sibuk, talian anda akan disambung kemudian", kemudian sehingga hari yang berikutnya perkara yang sama juga berlaku.
Sebelum ini aku pernah beberapa kali buat rayuan untuk membayar sedikit demi sedikit tapi dukaciti apabila dilayan macam orang bodoh, "anda nak bayar bayar habislah semua tu", kata pegawai PTPTN. mereka sambil lewa sahaja tidak mahu membantu menyelesaikan masalah kita dalam melunaskan pinjaman. Apa yang paling menyedihkan ialah apabila pihak PTPTN mengambil keputusan menyenarai hitamkan nama peminjam.
Logikkah mereka membuat begitu..? apa yang lebih menjadi masalah nanti ialah majikan tidak akan menerima pekerja yang telah disenarai hitam. maka kami yang sememangnya sudah bermasalah dalam melunaskan pinjaman menjadi semakin tertekan.
Kisah ini terjadi kepada aku sendiri, setelah beberapa tahun mencari kerja, akhirnya aku berjaya mendapat kerja disebuah syarikat swasta... masuk 3 minggu aku bekerja, majikan telah dapat mengenal pasti kebolehan aku dan dengan itu, majikan telah memilih aku sebagai duta syarikat dan majikan juga telah menyenaraikan nama aku ke USA untuk 1 bulan dalam business trip.
Permasalahan bermula dan ianya menjadi tekanan kepada aku sebab aku juga telah disenarai hitam oleh imegresen, jadi, tiada lagi masa depan aku, dengan diam-diam aku tidak menceritakan masalah ini kepada majikan kerana takut di tendang kerana dalam application letter memang aku tulis semua klear tick no no no...!!!
Bermula dari hari itu (30 okt 2009) sehingga sekarang beratus-ratus kali dan berhari-hari aku menghubungi PTPTN sebelum majikan menghantar aku ke USA tengah bulan disember ini, apa jawapan yang aku dapat hanyalah - "perlu membayar semua itu kerana itu prosedure kami".
Kemana aku nak cari duit berpuluh K..? aku hanya ada masa beberapa hari sahaja untuk memberitahu kepada majikan masalah imegresen aku dan aku perlu terima takdir mencari kerja lagi selepas ini, inilah PTPTN memberi peluang berupa pengetahuan dan penutup periuk nasi peminjamnya.
Apa yang aku ingin rayu disini agar PTPTN lepaskanlah mereka, mereka tidak membayar bukan kerana degil, tetapi kerana betul2 menghadapi masalah... terimalah suara kami. PTPTN menuduh kami degil padahal peminjam seperti kami ini tiada peluang untuk bersuara membela diri dan melontarkan masalah kami.
Perbincangan sudah diadakan tetapi apa yang diminta lebih dari kemampuan peminjam. beribu masalah peminjam diluar sana, mungkin bukan aku sahaja yang menghadapi masalah ini, ramai lagi yang menjadi mangsa dihalang untuk keluar negara. aku bukan keluar melancong tetapi keluar untuk mencari duit bayar untuk membayar balik pinjaman PTPTN, tetapi meraka tak terima aku lagi...
Kemana lagi aku nak cari kerja sebab aku tiada semangat lagi untuk membayar duit PTPTN maupun hidup dalam keadaan tekanan ini, malu kepada keluarga dan masyarakat sekeliling...
Aku Rayu PTPTN pindalah syarat-syarat baru bagi menghapuskan konsep senarai hitam imegresen. banyak lagi cari boleh dibuat..!!! ini bukan sahaja memberi tekanan kepada peminjam tetapi juga merugikan lagi kerana kegagalan kami mandapat kerja boleh menggandakan lagi jumlah hutang...
Yang berhormat
Sedih Bin Pilu - Hafiz Abd Mahmud
1MALAYSIA - RAKYAT DIDAHULUKAN, TEKANAN DIUTAMAKAN"
34 comments:
bro...
gua pun sama dengan lu..ada masalah dengan ptptn@ pi ti pu ti pu...
gua pun dah kena blacklist dan tak leh keluar negara katanya...
tapi satu petang dalam tahun ni(bulan tak ingat),member gua yang sama2 kena blacklist oleh immigration tiba2 call gua...setelah bertanya kabor dia kata yang dia nak ke indon atas urusan kerja...
lalu gua pun terus kirim kat dia kain batik...tapi dia sound balik gua tanya "bhai kasi no i.c lu"...gua tanya balik "apa hal bhai?"
dia cakap..."gua nak cekkan kat kaunter immigration nama lu clear ke tak"...dan gua pun kasi la no i.c gua...peh tu dia pun cekkan kat kaunter tu dan terpampang..."no record found"...maknanya "clear"...
trus dia kasi tau wa, "beb,nama lu clear la,sama dengan wa,hahaha..."
tak lama member wa tu pun trus berangkat dan balik 5 hari kemudian tanpa bawak kain batik yang wa kirim...
hal ni gua tanyakan plak kat beberapa lagi member gua yang beberapa kali keluar negara,tapi still nama mereka wpun dah kena blacklist kat ptptn dan immigration,tapi masih bleh lepas pegi ke luar negara tanpa sekatan..
moralnya bhai, ikut pengalaman gua dan member kamcing wa tu, ptptn tu gempak je beb...baik lu pi cek kat immigration balik...kompem betul2...sebab kalu ikut firasat wa,ptptn sial ni memang penipu ...
jangan risau la bro...
Salam Bro,
Kesian dengar cerita engkau. Takyah susah2 pergi kaunter imigresen. Pegi lah masuk web imigresen malaysia, klik kat bahagian status perjalanan ke apa, pas tu masukkan ic number. Then kuarlah lu punya status tu.
ok good luck ya!
moralnya, semak kat imigresen dulu...klu takde apa2, teruskan perjalanan..dgr citer, pasni diorg nak gunakan LHDN pulak utk kutip hutang...- Neo
Adat meminjam kena bayor yop,bayor je la jangan banyak dalih.
btol bro..klik cni http://imi2.imi.gov.my/sspi/
hopefuly lu berjaya teruskan perjalanan bro..buat anon 11:56, mmg la utang kena bayor,tp xkan suroh bayor perabih kalo RM5 maka lain citer
PTPTN dah jd along... tu la bila pendidikan dijadikan perniagaan... dieorg leh wat untung... kenakan caj pentadibiran....
memng teruk pun ptptn ni...bulan2 dok bayar kat depa pun caj duit pengurusan pun x abeh2 lagi tau!!!! masa bagi pinjaman tiap2 sem dulu lambat nak mampus!!! caj pengurusan tiap2 bulan cepat ja!!! nak caj pun agak2 la!! ntah pengurusan apa la sangat!!!!!
1malaysia rakyat tergegar PTPTN tukarlah dasar baru..apalah x guna main2 blacklist,,,kes gantung sampai mati lagi bgus
setuju ngan anon 11.56pm ... adat meminjam kena bayar...jgn pulak lepas semak kat imigresen nama clear...hutang pun lupa...ingat..kita selalu bercakap tentang penyelewengan wang rakyat...apabila kena kat kita sendiri banyak dalih lak...ingat ini juga wang rakyat...masa nak pinjam ptptn lah segala2nya...dah abis belajar selamba aje kutuk...senang bro tolong canangkan kat satu Malaysia supaya jgn pinjam kat ptptn lagi...tengok ada sambutanke..ini lah adat manusia..orang buat...marah konon wang rakyat...sendiri buat..marah kat orang lain pulak..lain kali kalau tak leh bayar hutang cepat2 pergi bincang..jgn tunggu surat lawyer keluar..masa tu orang dah tak layandah....sama juga kalau korang hutang beli keta..kalau tak leh bayar..cepat2 pergi kat bank bagitau..jgn tunggu surat tarik keta keluar..masa tu baru nak citer nak marah kat bank no point...ini tip aku bagi...tapi yg best nya ialah..."hidup tanpa hutang" hidup bersederhana... sebab lepas ni banyak lagi godaan korang akan tempuhi...kredit kad..jgn sesekali nak pakai...saje cari penyakit...berbelanja bukan duit kita...belilah keta ikut keperluan..jgn pinjam banyak2...
aku beli keta selepas 6 tahun keje itupun secondhand umur 6 tahun.. tak pakai kredit kad.. tak dak duit jgn beli itu prinsip aku...sambung belajar selepas 19 tahun keje.....bukan ape kumpul duit sikit2..sebab tak nak berhutang..ingat"hidup akan lebih bermakna bila kita tak ade hutang" nak tahu betoike tak..tanyalah orang yg banyak hutang...
sudah terlambat,,,surat tarikh lain,cop kat stem lain,,,surat sampai lewat dari tarikh dlm surat berminggu-minggu kira terbang p USA 4 kali pergi balik surat belum sampai lagi,,,mn sempat bw bincang,PTPTN pakai hatam nama masuk blacklist tanpa fikiQ panjang..bukan sekadar x mau angkat fon,data pun x update... mungkin diaorg anggap kerja PTPTN makan gaji aje buat ape2 layan istemewa.PTPN bkn hutang org x harus tunjuk lutut bg penghutang.............
mat kawo
kelohan seorang siswa...saya yang masih melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah telah diberi notis bunga setiap bulan sebanyak rm39.95 untok pinjaman ptptn rm15000/-.ptptn pernah menghantar surat untok mengheret kemuka pengadilan jika saya gagal membayar jumlah tersebut.surat ini saya terima selepas saya menghantar bukti[dua kali] yang saya masih belajar[sehingga saat ini].dimana slogan rakyat didahulukan?ptptn adalah ALONG dari slogan rakyat didahulukan.
ciannye...
SLOGAN BARU PR...."PR MENANG,1MALAYSIAS SENANG."
DAH TAU BERUTANG BAYAR JEE LAA JANGAN BANYAK CENGKADAK PULAK...ORANG LAIN PUN NAK BELAJAR JUGAK DAN NAK GUNA DUIT PTPTN TU...BILA TAK DIBAGI DISALAKNYA TAPI BILA DAH DIBAGI TAK TAU PULAK NAK BAYAR BALIK..
KAT DUNIA NI MUNGKIN BOLEH LARI DENGAN TAK MELANGSAIKAN HUTANG TU TAPI KAT AKHIRAT MANA NAK LARI...KALAU CAKAP PASAL AGAMA DAN MENYALAHKAN ORANG LAINPUNYA LAA PANDAI...TAPI BILA DILIHAT KEDALAM DIRI SENDIRI RUPANYA HUTANG PINJAMAN PUN TAK DIBAYAR...
Anak Lenggong... kau ni betul-betul BANGANG dan keBANGANGan kau melepasi tahap keBANGANGan lembu...
baca ni - Perbincangan sudah diadakan tetapi apa yang diminta lebih dari kemampuan peminjam. beribu masalah peminjam diluar sana, mungkin bukan aku sahaja yang menghadapi masalah ini, ramai lagi yang menjadi mangsa dihalang untuk keluar negara. aku bukan keluar melancong tetapi keluar untuk mencari duit bayar untuk membayar balik pinjaman PTPTN, tetapi meraka tak terima aku lagi...
Paham..?
Sekali lagi - aku bukan keluar melancong tetapi keluar untuk mencari duit untuk membayar balik pinjaman PTPTN.
BANGANG..! bahasa MELAYU pun kau tak paham..! jadi LEMBU lagi bagus..!
ramai lagi manusia yang ke ipta/s ni yang pinjam ptpn.. bukan lu oarng aje.. orang lain boleh bayar apa hal lu banyak songeh..bayar la nanti adik ko, jiran ko nak pinjam pulak.. bile cerdik sikit macam-macam hal.. sem 1 dulu poyo je. Orang yang bagi pinjam lak kena maki.. apa hal bro. Kalu lu rasa boleh settle sendiri di ipta wak pe pinjam.. pegi pinjam along kalu nak rasa perit... lu kalu boleh ke oversea dah kira incom banyak..bro. tak seratus dua tak leh nak settle tiap-tiap bulan..
Bro jangan kita dok cari alasan. nak free belajar kat umah online degree belanmbak.. bro jangan kejam coz bro tak bayar mungkin mengelapkan masa depan rakyat malaysia yang lain. Pinjang bank rakyat boleh lak bayar.. dengan ptpn banyak citer lak. apa hal la nasib rakyat malaysia.. semua nak songlap.. kata pemimpin je yasng songlap , diri sendiri tak sedor.. perggggghhhhhh... tensionnya... dengan kelaku ko bro..
Ptptn ni cam along la beb..
sokong admin..
Blogger Anak Lenggong mmg bodoh,bengong mcm mayat anak lembu mati xcident x ada tuan....
awang kecik
Ayuh..!!satu malaysia berpakat2 push PTPTN ubah dasar baru(hapus blacklist.tukar pengarah PTPTn baru yg budi perimanusia..........
siapa sokong...tlg vote,admin tolong wujudkan poll untuk undian.trima kaseh
time nak pinjam duit ptptn lembik kepala isi borang nak buat pinjaman...
ptptn dah pun jelaskan dlm perjanjian mereka yg bunga akan dikenakan..lps tu nak ungkit lg..bodoh punya orng...
kl awl2 kerja kau dah start bayar sikit xkan jadi mcm tu.....mslahnya kau tu bodoh yg xnak bayar...bangang..kau keje operator kilang ke yg kau xleh nak byr tu!!!!
Bukan masa isi borang meleleh air liur tapi bila lambat sikit duit PTPTN masuk mula laa memaki hamun kata keje lembab laa...huhh banyak duit ko leh pi luar negeri..kalau duit perbelanjaan tu dibayar duit utang kan baik...kata laa saje tak nak bayar....tapi bila tersangkut mula gelabah dan cari alasan bodoh..
Anak Lenggong... makin banyak kau komen makin banyak nampak yang kau tak reti membaca...
-Kisah ini terjadi kepada aku sendiri, setelah beberapa tahun mencari kerja, akhirnya aku berjaya mendapat kerja disebuah syarikat swasta... masuk 3 minggu aku bekerja, majikan telah dapat mengenal pasti kebolehan aku dan dengan itu, majikan telah memilih aku sebagai duta syarikat dan majikan juga telah menyenaraikan nama aku ke USA untuk 1 bulan dalam business trip.
Majikan hantar maknanya perbelanjaan semua syarikat la yang tanggung... bukan pekerja...
Kau pernah kerja ke tak..?
Nampak sangat kau x de pengetahuan dan memang layak sangat taraf kau sebagai "PENCACAI" je sampai mamposss...
Kecik-kecik tak nak mamposs, dah besar mununjuk-nunjuk keBODOHan diri..!
bro TP, diorg2 yg komen kata "pandai pinjam, pandai la bayar" tu sebenarnya pemikiran sempit..bodo takleh diajar.. org tu keluar negeri, bukan pakai duit sendiri.. COMPANY HANTAR... bukan semua org nasibnya sama macam mamat yang kata hidup dia tak nak berhutang tuh..bukan ko sorang je buleh kumpul duit la.. kena pikir jugak situasi/keadaan semasa.. bukan semua sama.. aparaaaa... apa punya turrrr daaa... - Neo
SAMA JUGA PINJAMAN TEKUN
AMANAH IKHTIAR & PTPTN
YANG BERANI TAK BAYAR TU
ORANG KELILING YB BELAKA !!!
erm..klu diingat balik kes bank bumiputera dulu, sama le tu.. dok bg pinjam kat gerombolan.. alih2 hutang tak bayar..lingkup..terpaksa gabung dgn bank of commerce dan skrg dah kena telan jadi CIMB Bank...
Dengar citer kawan-kawan ada yang guna duit PTPN bayar muka kancil dan motor besar.. yang beli laptop kira okey gak...kalu tak cayer boleh buat servey.. tapi bila time bayo ... banyak punya citer..
Kebanyakkan peminjam kat sini aku rasa bukannya tak nak byr duit PTPTN tu, tapi disebabkan masalah nak dapatkan kerja, tambah2 time ekonomi tengah down sekarang, jadi terpaksa la tangguh gak. Aku pun salah seorang peminjam PTPTN gak. Lepas je tamat belajar, terus surat PTPTN sampai suruh bayar. Keje pun belum dpt lagi nak byr dgn ape?
Tapi alhamdulillah, menganggur pun tak lama, lepas 3,4 bulan dpt keje n start byr utang. Tp yang tak bestnya interest kira start abis blaja lagi. Nak cover balik pun mkn bulan2 gak tu. Tapi dulu aku pernah dgr (tahun 2008) cakap kos pentadbiran dah turun dari 4% ke 1%, dan PTPTN ckp tggu surat spai. Tapi spai sekarang habuk pun takdak. Lembab giler org PTPTN nih.
anak lenggong bangang cam lembu
kalau baru belajar melancap...jangan nak menyibuk...
bila org kata ko bodoh cam sungkai...ko marah..
kalau nak bodoh pun..biarlah comel...baru le tok ayah ko bangga..
ni dah le bodoh..pakai spender lembab pulaks..
sah2
ko ni geng kuda longkang...
da name pun PTPTN (PINJAMAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NEGARA) Ko pinjam ko bayar la..banyak cekadak lak ckp PTPTN Serupa ah long...klo lu nk free lu mintak la penaja support ko belaja dari token yg nk taja nik ajis g mekah tu...die banayk duit....
Kalau kerajaan BN dok kencing duit rakyat, takkan rakyat nak kencing duit kerajaan 1malaysia tak boleh kot? sekarang ni dok tengah gawat gara2 kerja mat monggolia ni. kencing jangan tak kencing, bila mat tuya dah bungkus nanti baru kau orang semua bayar. Bayar sekarang pun tak guna mat monggol tu akan kebas.
saya pun mengalami masalah yang sama, tak dpt keluar negara. Saya ni nak keluar negara bukan nak gi vacation, pasal kerja la..tu pun tak boleh. kalau PTPTN menghalang saya, i akan hilang kerja, lepas tu i tak ada duit, n i tak dpt bayar PTPTN jugak. pikir la sikit, sekarang kita bukan tak mau bayar, kita sedia mau bayar, tapi PTPTN keluarkan nama kami dr senarai hitam.
Ayuh..!!satu malaysia berpakat2 push PTPTN ubah dasar baru(hapus blacklist.
siapa sokong...PLS VOTE, ADMIN PLS WUJUDKAN POLL 4 VOTE
THANK YOU
Jangan menuduh & terlalu mudah mengata orang lain bodoh. Sila buat rujukan yang teliti sebelum mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kebodohan. Pendek kata, bahasa menunjukan bangsa.
wahai penulis surat ini,
knp marah? spt dikata dlm satu komen benda ni boleh dibincang dgn ptptn utk dpt pelepasan sementara. ada member aku buat mcm tu ok je x kena blacklist. dah ujung2 knp nak bising? anak lenggong tu betul. kau yg salah, anjing. dah pinjam buat la cara pinjam. ingat tu duit mak bapak kau ke? nak marah2 pulak anjing ni. sama la dgn anjing2 lain yg menghalalkan cara dia.
jentayu
Post a Comment