Dalam recording dialog Hasan Ali/Nasa dengan Blogger UMNO/Fraksi UMNO, dikatakan bahawa Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan diadakan untuk membincangkan perkara2 yang bersangkutan dengan Islam dan orang Melayu.
(Sila klik disini untuk mendengar rakaman tersebut.
Namun, gambar di atas menunjukkan kepada kita bahwa usaha tersebut hanyalah sia-sia. Sejak bila UMNO kesah pasal Islam? UMNO lebih rela tengok orang Melayu semua berjudi, minum arak, berzina, menuduh orang berzina (qazaf), main sihir, menolak hukum Allah SWT secara terbuka (tolak hudud).
Tiba-tiba Nasarudin dan Ustaz Harun Din mahu PAS mengadakan perbincangan dalam gelap di belakang Pakatan Rakyat untuk kepentingan Islam? Adakah itu satu perkara yang praktikal? Adakah itu berpijak pada bumi yang nyata?
Lebih baik cakap Islam dengan DAP sekurang-kurangnya DAP hormat Islam lebih dari UMNO. Mereka lebih mudah di dakwah berbanding dengan UMNO. PAS sudah berdakwah pada UMNO sudah 50 tahun dah, semua dakwah PAS ditolak. Nak dakwah apa lagi?
Di bawah ini adalah antara artikel awal saya tulis berkaitan dengan usaha Fraksi UMNO untuk membawa PAS kepada UMNO atas dasar agama. Selamat membaca.
Tulang Besi
(BERMULA)UMNO ini adalah parti judi, parti arak dan parti kabaret/night club sejak penubuhan mereka lagi. Jadi, tidak mungkin UMNO ini boleh diubah lagi.
Kalau mereka ini baik sangat nescaya Ustaz Ahmad Fuad tidak akan keluar untuk menubuhkan Persatuan Ulama Setanah Melayu bagi memberi tekanan kepada UMNO.
Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.
Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.
Jelas bahawa UMNO adalah satu parti yang lumat dengan maksiat dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. UMNO bukan satu parti yang ditubuhkan untuk mengawasi batas-batas haram dan halal yang ditentukan oleh Allah SWT.
Malahan UMNO ditubuhkan untuk memastikan batas2 halal dan haram bebas dilanggar dan ditewaskan di kalangan orang Melayu Islam di Malaya.
Pendek kata, UMNO dengan Judi, UMNO dengan Arak, UMNO dengan Kabaret/Kelab Malam, UMNO dengan Sihir, UMNO dgn Syirik adalah bagai aur dengan tebing. Memisahkan UMNO dengan perkara2 haram dan syirik ini adalah umpama memisahkan lagu dan irama. Hancur Lemah tiada berjiwa. Hampa.
Nak Dakwah Lagi Ke Dengan UMNO Ni?
Jadi, sesiapa yang kata mereka hendak berdakwah dengan UMNO, kononnya PAS ini bukan setakat parti politik tetapi PAS ini juga parti dakwah, bahawa UMNO diperlukan untuk menjamin Islam dimartabatkan dalam Malaysia, kononnya kesatuan PAS-UMNO akan menguntungkan Islam.
Mereka-mereka ini harus masukkan diri mereka dalam workshop dan mengetatkan skru-skru yang telah longgar dalam kepala mereka.
Kalau UMNO menghormati Islam, nescaya PAS tidak akan ditubuhkan.
Kita mestilah berpijak di bumi nyata. Jangan terpengaruh dengan puak-puak oportunis yang hanya mahu mendapat laba, kontrak, projek dan juga wang dari "deal" ini.
Tulang Besi
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, November 27, 2009
UMNO Berjuang Islam? Sejak Bila? Ini Berita Baru Untuk Saya Ni.
Labels:
MalaysiaWaves
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Assalamualaikum !!!
Sebenar nya ada sesuatu yg. menarik pada gambar di kedai TOTO itu. Aku pernah tulis pasal gambar itu pada 5 July 2008. Kalau rajin, sila klik http://ahmadtarmizi.blogspot.com
Terima Kasih
Puak2 UG@fraksi umNGOK ni memang skru kt kepala memasing tu dah l0nggar blake.Demi atas nama perpaduan melayu dan islam k0n0n.KHAWWKKK PTUIIHHH!!BLEH BLAHH!!Anak TGNA,nik abduh tu p0n same je..
selamat hari raya haji
siapa kata umno tak berjuang islam? jangan merepek beb, kan ada ulama2 pas dah recognise yang umno berjuang utk islam. kalau tak, mana boleh harun din, nasha mat isa, stopa ali, hassan ali, memilih utk satukan saf dgn umno?
Kenapa muka Melayu ngok tu dipadamkan? Kan glemor tu.
Apakah berjuang untuk agama dengan membunuh Ulamak dan penjarakan Pendakwah?
Bodoh punya persepsi hee..hee.. persepsi?
52thn perintah malaysia judi bukannya di hapuskan tapi bertambah2,org malaysia patut tolak ubn
Kalau umno dari dulu mengharamkan judi.. tak akan lahir pemimpin melayu macam Mahathir Mohamad, Najib, Isa Samad, Khairi dan lain-lain..
Post a Comment