Katanya, Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.
Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir.
Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.
"PAS melihat bahawa komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin rapuh dan mereka kini sudah tidak memperdulikan lagi kehendak dan keperluan rakyat.
"Parlimen gagal dimanfaatkan sebagai tempat untuk membela rakyat dan mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji serta elaun mereka dibayar penuh mengunakan wang rakyat," katanya.
PAS, katanya, berharap agar penyakit ini tidak berjangkit kepada ahli-ahli parlimen Pakatan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat di masa hadapan.
Tu kata Ustaz Idris Ahmad pada MP BN yang tak hadir... dekat bawah ni adalah nama-nama MP-MP PAS yang "tiada" dalam Parlimen dan Pakatan Rakyat kekurangan 5 undi berharga pada hari tersebut.
- Pokok Sena - Mahfuz Omar
- Baling - Taib Azamudin
- Kuala Krai - Dr. Hatta Ramli
- Parit Buntar - Dr. Mujahid Rawa
- Hulu Langat - Dr. Che Rosli
Menjelang perbentangan Bajet yang seterusnya, tiap kali rakyat "kesempitan", wajah-wajah korang akan dikenang sebagai "pembela rakyat"...
Binawe sungguh..!
Thumbs Up pada TGHH sebab berada didalam Parlimen bersama lain-lain "pejuang rakyat" ketika undian sedang dijalankan.
15 comments:
terima kasih kepada ke lima-lima mp pakatan haram kerana ketidak hadiran anda telah menggagalkan usaha pakatan haram untuk menggagalkan usul itu...
terima kasih....
Aik mana pegi diorang, pegi jumpa Dr Hassan Ali kot kat SUK Selangor.. ni dah mula nak create penyakit..
Pandailah awak bermain lidah Ustaz DERIS...3 undi pun majoriti jugak..PAS yang beria2 bergelumang dalam POLITIK SEKULAR tu..boleh lepaskan PELUANG menjatuhkan kerajaan sekular apa hal..
Jadi politik ZAHIR dan POLITIK BATIN / Tasauf hendaklah seimbang..jangan dua kali lima dengan BN Umngok jugak...
Kalaulah ada semua MP Pakatan Rakyat dalam Parlimen semalam dan 1 usul undi tak percaya dibuat keatas Barisan Nasional, pasti dh tumbang BN hari ni... emmm... MP PR knapalh x abil peluang ni? atau ade udang disebalik mee??? - Aziz Al-Fayyed
Lah susah nak percaya kat PAS...PAS ada agenda tersendiri dan kecenderongan yang teramat kuat bergabung dengan Umno.
Lihat....pi mana lima lima member sepakat nie.....Kesetiaan PAS dalam Pakatan teramat diragui...
pasal mp BN ponteng tu aku tak heran.Tapi PR puny aMP ni apa ke halnya?
Jangan dok kutuk sangat 5 YB PAS tu mereka mungkin ada hal yang lebih penting,PKR dan DAP yang 15 orang lagi hampa tak sentuh pun,relevent lah sikit.
Woi.....hampa kalau tak tau cerita jgn seronok aje hentam tak tentu pasal mengenai 5MP tu.
Tulis artikel dan beri komen macam tak berilmu.....
Ni la fitnah siber zaman baru....
Betol la Allah kata...akhir zaman ni fitnah bertambah banyak.
Untuk penulis artikel dan pemberi komen "kalau tak tau cerita jangan tulis dulu. Dapatkan kesahihan sebelum menulis....kalau tak jadi cam ni la fitnah memanjang"
Tak takut ka hampa pada balasan tuhan..???
baser nate bewok sungguh Poji Stim Ganja ni...5 MP Pas dok hadir mu kata 'binawe'...
lagi 6 DAP & 7 PKR tu mung dok napok?
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo *
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui
kalau bn kalah undipun pok jib takkan letak jawatan, cayelah!
Sapa nak 'pedajal' sapa nih ?!!
MP BN nak pekena Najib atau MP PR nak pekena PR..
Toya betoi !
TP mana amik tau benda2 ni sume ...dapat information xbetul pun die publish..die kan bodo xreti check n selidik....
MANA NAK SELIDIK LAGIK KEPALA TENGAH BERDENGONG NGAN STIM GANJA...MESTI BANYAK STOK DIA BAWAK BALIK DARI KELANTAN TU..
kita jgn tunjukkan kat orang, betulkan kita punya dulu ler labuuuu
sebagai pengundi yang menyokong pr, saya minta tok wakil pr yang tak hadir ke parlimen semasa bajet 2010 diluluskan tempoh hari sila jawab kepada rakyat kemana anda pergi masa tu. Anda ahli parlimen, gaji dibayar atas tiket ahli parlimen, tiba- tiba mesyuarat tak hadir, tu kira makan gaji haram la tu. Jangan dok kelentong rakyat, lani rakyat cerdik, dan celik mata. Anda dicabar jangan masuk calon PRU 13 walaupun dicalon pleh part. Malu sama kat orang kampung kalau tak malu kat tuhan pun.
Post a Comment