Beliau meminta agar pihaknya diberikan masa untuk membuat penelitian dengan terperinci berhubung perkara berkenaan.
"Saya harap jangan ada pihak yang buat apa-apa andaian lagi, bagilah kami ruang untuk teliti perkara ini dengan lebih mendalam.
"Jangan buat spekulasi berhubung siapa yang salah atau siapa yang betul, kita perlu buktikan dahulu dengan fakta.
"Memang ada tuduhan, tapi tuduhan itu tak semestinya benar," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor berhubung dakwaan terbabit.
Beliau sebelum ini mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima surat jawapan daripada Hassan dan beberapa lagi pemimpin Pas Selangor.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, Jawatankuasa Disiplin PAS akan bermesyuarat pada 23 Disember depan bagi meneliti mengenai dokumen-dokumen berhubung siasatan berkenaan.
"Saya sendiri dah tengok dokumen-dokumen berkenaan, tapi kami ahli jawatankuasa perlu duduk bersama untuk meneliti secara khusus.
"Lagipun saya baru pulang menunaikan haji di Mekah dan ahli-ahli lain juga ada yang ke luar negara... sebab itu siasatan ini tertangguh sebentar," katanya.
Tambah beliau, keputusan sama ada perlu memanggil Hassan dan beberapa lagi pemimpin lain untuk memberikan penjelasan akan diputuskan pada mesyuarat berkenaan.
"Bergantung pada hasil mesyuarat kita nanti, kalau ada kes terhadap beliau, mungkin kita akan panggil untuk beri penjelasan," katanya.
Topeng Perak® Unmasked - ya... aku setuju dengan kenyataan Tuan Brahim ni... kita kene bagi masa... kalau tak cukup seminggu, kita bagi sebulan, kalau tak cukup sebulan, kita bagi setahun, kalau tak cukup setahun, kita bagi sepuluh tahun... lama-lama penyokong pun lupa... bangkai boleh tutup, bau tak leh tutup... tapi tak pe sebab MeLAYU mudah lupa... PAS Reform..! Reform jadik UMNO..!
Bagos bagos... lepas ni boleh jalan lagi agenda Perpaduang..!
Agak-agak korang, jawatankuasa ni boleh pecah rekod jawatankuasa yang siasat kes-kes UMNO tak..? nak buat "countdown" ke tak ni..?
Paling aku heran, kes "khalwat dengan UMNO" ni dah kecoh sejak tahun lepas... paling jelas ialah Pak Lah dah sahkan benda ni berlaku dan yang paling best ialah kenyataan Tuan Brahim yang ni -
- "Memang ada tuduhan, tapi tuduhan itu tak semestinya benar,"
17 comments:
Aku pulak nampak tanda "Dacing senget" pada dahi TB/TP
Aku juga nak cadangkan pada Jawatankuasa Disiplin supaya si TB/TP ni dipanggil menjadi saksi.
Boleh ka...???
Sekarang ni aku nampak Perisik Rakyat tak ubah seperti blog2 pro- Umno aje.
Go to hell you.....!!!!
kita ni kalau nak tegur sesiapa kena bkhemah,walaupun bende tu kita rasa betul..tapi orang bertanggungjawab yang menjalankan siasatan ni kena pastikan segalanya dengan teliti, kita memang senang cakap, tapi apa tanggung jawab kita kepada islam..adakah dengan mengcela begini segalanya akan selesai..musahabah diri sebelum kita muhasabah orang lain...jangan hina ulama..apa yang ulama buat bukan ikut sedap mulut diaorang, mesti ada talian pertolongan dr tuhan...
alaaa
takkan x kenal lagi Tn Ibrahim Tn Man.... beballah jika kita mengharapkan pagar... yang memakan padi...
aku tertarik pertanyaan GB di blognya.
Siapa lantik Tuan Ibrahim sebagai Pengerusi J/K Disiplin? Ada ikut Perlembagaan tak?
hoi Poji kaki stim ganja...
bila kau nak isi borang masuk DAP !
Nak siasat sampai mati pun, siasatlah..!
Lantaklah..suka hati hangpa.
Nanti bila rakyat tak sokong PAS, pengundi tak undi PAS..mampuih pi!
Peduli apa, puak2 depa senang-lenang dok umah mahal, kereta mewah.
Bila buat ceramah, jadi macam UMNO hanya 50-60 orang je datang. Kalau nak ramai hadir, pi angkut dengan bas pastu jamu nasi bungkus..
Lawan Tetap Lawan
setiap orang ada harganya.
money talk ..
Tergambar aku akan sifat2 orang munafik sepertimana dinukilkan dalam beberapa buah buku iaitu antaranya sifat orang munafik ini lalah berpura2 bersikap baik bila berada di hadapan rasulullah atau para sahabat tetapi dibelakang mereka inilah duri dalam daging.
Begitulah aku nampak penulisan TB/TP dalam Perisik Rakyat ini...mengolah cerita yg molek2 diawalnya tetapi didalamnya diselitkan benda2 yg busuk yg berbau fitnah.
Good bye Perisik Rakyat....!!!!
Anon 1:11 PM - Good bye..!
TP ak nampak kt dahi hang lambang PENCACAI !!!!!!!!!!
SIASAT jangan SIAT SIAT..nanti adalah keputusan ..jangan gantung keputusan macam mahkamah negara BOLEHland tu..
Jangan pulak tutup kes...TAK SALAH..dari peguam negara Bolehland..
Islam tinggi..tak ada yang lebih dari NYA..jangan pi mai pi mai...sama macam BN Umngok jugak..
Anon December 16, 2009 1:11 PM
Selamat jalan..
:-)
December 16, 2009 1:11 PM
yes anon, you are right in every sentence you have mentioned.
anon said:
"Tergambar aku akan sifat2 orang munafik sepertimana dinukilkan dalam beberapa buah buku iaitu antaranya sifat orang munafik ini lalah berpura2 bersikap baik bila berada di hadapan rasulullah atau para sahabat tetapi dibelakang mereka inilah duri dalam daging."
Itulah sifat golongan UG sebenar. Bersama pemimpin UMNO mereka angguk, dengan pemimpin PR dia angguk. Mereka menyatakan kepada pemimpin UMNO, tadi kami di depan PR hanya berpura2!
TR/TB rasa mcm diri sendiri sahaja hebat, rasa mcm pendapat dia saja yang betul...orang lain semua tak betul...Dia rasa dgn satu undi dia PR boleh menawan Malaysia...
hebat betoi hang...ish ish ish....
Fitnah itu lebih jahat dari membunuh....
Insaflah. Jgn jadi lidah syaitan penyambung fitnah....
Anon December 17, 2009 12:12 AM
said:
Itulah sifat golongan UG sebenar. Bersama pemimpin UMNO mereka angguk, dengan pemimpin PR dia angguk. Mereka menyatakan kepada pemimpin UMNO, tadi kami di depan PR hanya berpura2!
Dear Anon 12.12AM
You may say what ever you like but in reality;
you know what i know
and you dont know what i know
and you know whaT i dont know..
so..lu fikirlah sendiri.
saya tak boleh tolong,lu bebas berkata apa yang lu suka. Ingat semua orang ada maruah diri kecuali those two..(you know WHO they are??%%##@@$$&&)
Post a Comment