"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 16, 2009

Royalty 1Malaysia: Cuti Umum Berbaju Merah..!

Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) menyeru penyokong mereka memakai baju berwarna merah setiap cuti umum sebagai membantah tindakan kerajaan pusat menafikan hak royalti rakyat Kelantan.

Mereka dalam satu kenyataan memberitahu, 'Hari Berbaju Merah' disarankan setiap hari Ahad bagi penduduk luar Kelantan dan hari Jumaat untuk rakyat di negeri itu.

"Pakai baju merah dan berkumpul ramai-ramai di kedai kopi, shopping kompleks dan sebagainya dan ambil photo untuk di letakkan di dalam laman group," kenyataan mereka dipetik.

Difahamkan mereka juga telah mengadakan perjumpaan sulung Sabtu lalu di sebuah tempat di Kota Bharu.

Selain baju, beberapa bahan cetak berkaitan maklumat tuntutan royalti juga telah disiapkan dan diedar khususnya melalui laman blog dan laman sosial facebook.

Sebelum ini, wakilnya Hasani Mohamed memberitahu, pihak mereka akan melancarkan satu laman web rasmi berkaitan tuntutan royalti Kelantan sebagai usaha menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Laman web yang sudah siap dibangunkan itu akan memuatkan himpunan maklumat berkaitan fakta, kronologi dan langakah seterusnya yang akan di ambil kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan bayaran royalti yang berjumlah 1 billion.

Ianya akan beroperasi sedikit masa lagi menggunakan alamat www.royaltikelantan.com dan akan memusatkan segala maklumat berkaitan tuntutan royalti Kelantan.

Menuruntnya GMRPRK juga sedang mengusahakan siri jelajah seluruh kelantan bagi memberi penerangan kepada rakyat berkaitan tuntutan hak royalti.

Sebelum ini mereka telah memulakan kempen mengumpul suara rakyat agar bersama menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti.

Kempen yang dimulakan Ogos lalu melalui laman sosial Facebook itu telah berjaya mengumpul ribuan ahli dari seluruh negara.

Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) merupakan pakatan generasi anak muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan royalti petroleum Kelantan yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat.

Selain itu mereka juga berperanan khusus sebagai pemasaran dan penggemblengan massa untuk rakyat kebanyakan menyatakan solidariti ke atas kempen royalti Kelantan.

Harakahdaily.net

9 comments:

Anonymous said...

Lepas ni mesti si botak Nazri Aziz kata ini semua kerja2 orang yg bodoh mcmana dia kata pada persatuan teksi itu hari

Prof. Era Pasca said...
This comment has been removed by the author.
Prof. Era Pasca said...

korang tunggu la pemandu teksi punya piket sekarang tengah meeting... baginda akan bri coverage sepenuhnya... Topeng nak ikut!?

Mr Joker said...

On..!

Anak Lenggong said...

kah kah kah...tak dapat nak jadik pengedar selipar..dah nak buat promotion baju merah pulak eks..

tulang ikan said...

baju merah baju penyokong bola kelantan tu huhuhu

moral : xde keje org gilo boleh la ikut...

Anonymous said...

"..pihak mereka akan melancarkan satu laman web rasmi berkaitan tuntutan royalti Kelantan.."

Laman web harap2 selalu dikemaskini dan mempunyai daya penarik yg sewajarnya.

Lawan Tetap Lawan

Anonymous said...

TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS




PILIHLAH BARISAN NASIONAL
PARTI KERAMAT
PERTI PENYATUAN BANGSA

TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS




PILIHLAH BARISAN NASIONAL
PARTI KERAMAT
PERTI PENYATUAN BANGSA

TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS
TOLAK PAS




PILIHLAH BARISAN NASIONAL
PARTI KERAMAT
PERTI PENYATUAN BANGSA

Anonymous said...

Lawan tetap lawan. Mari kita tumbangkan PM 1Malaysia yang di sumpah itu menjadi orang minyak.