"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 30, 2009

Ulama Indonesia Mengharamkan Gosip2 Artis (Infotainment)

Diberitakan dari Indonesia :
Di Indonesia, terdapat satu jenis hiburan yang dipanggil “infotaimen”. Ianya adalah rancangan2 di TV yang memaparkan gossip2 serta kesah-kesah pribadi dan kehidupan para artis. Biasanya kandungan laporan tersebut samada benar ataupun berasaskan khabar angin semata-mata.

Maka, fatwa Nahdatul Ulama itu adalah sangat-sangat difahami dan dialu-alukan. Ianya wajib dibawa ke Malaysia untuk diamalkan. Walau sebagaimana jelek kehidupan artis itu, ianya tidak sepatutnya dijadikan bahan hebahan umum.

Ini kerana kejelekan perangai para artis itu sekiranya dihebahkan bakal dijadikan ikutan serta contoh tauladan oleh masyarakat umum yang jahil dan lemah pegangan agama mereka. Ini adalah salah satu perancangan Barat untuk menghancurkan Islam. Berapa ramai belia dan beliawanis kita yang berpakaian serta berkelakuan seperti tauladan yang ditunjukkan oleh artis-artis kesayangan mereka?

Juga, sememangnya definasi “Al Ghibah”(mengumpat) adalah aib serta kelemahan seseorang yang tidak diketahui umum. Sebagai contoh, sekiranya seorang saudara kita itu minum arak, tetapi ia dilakukan dalam keadaan tertutup, maka haram bagi kita menghebahkan perkara tersebut kepada orang ramai.

Namun, sekiranya saudara kita itu meminum arak di khalayak ramai, maka selepas itu menceritakan tentangnya tidak lagi merupakan mengumpat (Al Ghibah). Begitulah juga kehidupan pribadi para artis. Selagi kejelekan serta aib para artis itu masih tertutup dan tidak diketahui ramai, maka HARAM hukumnya kita menceritakan kepada rakyat umum.

Maka, inilah asas kepada pengharaman “infotaimen” ataupun dalam bahasa kita di Malaysia, “Gossip Artis”. Secara mudahnya, pengharaman “gossip artis” ini diasaskan kepada beberapa sebab yang cukup baik :
  1. Supaya kejelekan serta kebobrokan kehidupan artis tidak dijadikan contoh tauladan oleh majoriti umat Islam. Contoh tauladan pada umat Islam adalah para ulama, para pemimpin yang soleh, para politikus yang amanah, para intellek yang mahir dalam ilmu mereka. Bukan artis. Artis hanya menghibur bukan menunjukkan bagaimana hendak menjalani kehidupan sehari-hari.
  2. Supaya para artis dijamin kehidupan pribadi mereka dan menjamin hidup mereka terjamin dari segi kerahsiaan dan privasi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat umum
KESAH MAWI DAN INA – CONTOH KEHINAAN MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA

Saya kata betapa hinanya orang Melayu di Malaysia pada masa itu. Kenapa kita orang Melayu nak sibuk mengapa Mawi dan Ina putus tunang? Mengapa peristiwa itu harus diadakan satu sessi program sejam dalam bentuk temuramah?

Saya cuba untuk menonton temuramah Mawi dan Ina tersebut dan saya dapat nampak Mawi tidak berapa selesa dalam temuramah tersebut. Jelas, Mawi terpaksa mengadakan temuramah tersebut atas dasar mengikut kontrak beliau. Saya tak dapat menonton lebih dari 5 minit.

Penghabisan sekali saya tukar channel dan menonton “Discovery Channel” yang lebih berfakta dan membina minda.

Saya tak faham apasal orang Melayu sibuk sangat pasal kehidupan pribadi Mawi? Dia nak putus tunang ke, dia nak bercerai ke itu antara dia, keluarga dia, keluarga Syikin dan Syikin sendiri.

Mengapa perlu disensasikan? Hanya kerana beliau sebagai artis maka segala dalam kain beliau harus dikeluarkan?

Minda orang Melayu telah dirosakkan dengan budaya gossip artis. Kehidupan pribadi artis disensasikan dan menjadi bahan bualan orang Melayu sepanjang hari. Hasilnya yang rugi adalah orang Melayu sendiri yang terkebelakang dari segi pembangunan dan kemajuan dunia.

Mengapa tokoh2 Melayu yang berjaya dalam berbagai bidang professional dan intelek tidak diagungkan oleh orang MElayu? Mengapa hanya artis yang menjadi keagungan orang Melayu? MAcamana orang Melayu nak jadi hebat?

Zaman sahabat dahulu, para hero mereka adalah Nabi SAW dan para Anbiyya. Tidak heranlah para Sahabat dapat menjatuhkan empayar Rom dan Parsi dalam masa tidak sampai 50 tahun selepas tertubuhnya Negara Madinah.

SALAH SATU KEJAYAAN UMNO

Penghabisan sekali, inilah kejayaan utama UMNO yakni menjadikan orang Melayu menjadi pemuja dan pemuji artis.

Ulama dikeji, artis dijunjung. Itulah kejayaan UMNO paling besar. Selama UMNO memerintah, ulama dikesampingkan, dibunuh, difitnah, dinista, dikeji, diketepikan dan segala yang keji yang boleh dilakukan kepada manusia telah dilakukan oleh UMNO kepada para ulama.

Manakala para artis diberikan status yang cukup tinggi di minda orang Melayu. Segala cerita dalam kain para artis hendak dijadikan pengetahuan umum.

Oleh sebab itu, demi membersihkan pengaruh dan kesan tarbiyyah UMNO ini, maka Malaysia perlu menerima serta melaksanakan fatwa Nahdatul Ulama ini secara menyeluruh.

Biarkan para artis hidup dengan cara hidup mereka. Kita umat Islam dan umat Melayu tak perlu sibuk menjaga tepi kain para artis. Kita ada kerja yang lebih besar, yakni membersihkan Malaysia dari pengaruh anti Islam dan anti Melayu UMNO.

Tulang Besi

17 comments:

Anonymous said...

UMNO lagi .. kalau orang Melayu suka gosip artis, salah UMNO ye, kalau orang Melayu suka benda benda tahyul salah UMNO jugakle, ikut logik bangang kau ni..

Orang PAS yang dok suka kawin lebih , dah tu tinggalkan bini tu salah UMNO jugak le, orang PAS yang kawin dua tanpa restu dah tu mahkamah telah paksakan pisah sementara, tapi pemimpin PAS tu buat dek je, salah UMNO jugak le.

Nampak sangat busuk hati kau ni pada UMNO, kalahkan DAP ni..aku ingat orang yang ada master (mesti dapat biasiswa gomen) seperti kau ni cerdik pandai tapi sebenarnya bangang nak mampus.

Anonymous said...

Biduk Pak Malau si kayu lama
Mencari bubu di Teluk Gadung
Hidup kalau tidak beragama
Seperti lembu dicucuk hidung

Pagar lama dibina-binakan
Batas di kuala berisi halia
Jika ULAMA dihina-hinakan
Binasa segala isi dunia

Ambil cendana muatan sampan
Roboh pondok tepi barongan
Artis durjana dijadikan umpan
Poltikus mondok mencari sokongan

Anonymous said...

TB besi yang mulia.. saya melihat bahawa kamu saja mengaitkan apa saja perkara negatif untuk menunjukkan kelemahan umno. Saya tak tau apa tujuannya sama ada untuk melemaskan UMNO.. Tetapi saya fikir lebih baik fokus kepada kepada agenda politik dan perkara positif yang boleh dilaksanakan oleh PR yang akan menjadi kerajaan.. Perkara yang tidak boleh diterima akal anak muda jika diketengah akan memakan diri dan akhir menjahanmkan PAS sendiri. Pendekatan Pas untuk menarik anak muda dalam keserderhanaan (tdk extream) akan terkubur bergitu sahaja. Orang lain letih mengatur strategi kamu mudah-mudah menghancurkannnya. Fikirkan TB untuk kebaikan bersama. Sekarang ni ada orang umno tersenyum lebar dengan kebodohan PAS sendiri.. Bukan PAS tetapa TB

Anonymous said...

Salah satu kejayaan PAS dalam memimpin selama 20tahun adalah melahirkan pengikut yang fanatik yang tidak dapat berfikir secara logik dan suka melemparkan fitnah tanpa ada sebarang bukti kukuh kepada orang islam sendiri..

Tahniah kepada kepimpinan Ulama PAS kerana berjaya melahirkan masyarakat islam di malaysia yang saling musuh memusuhi antara satu sama lain.

Tahniah juga kepada Ulama PAS kerana berjaya menggadaikan HUDUD ISLAM dengan berkawan secara rapat dengan DAP. UMNO adalah kafir.. DAP adalah 'ISLAM'.. Marilah kita semua menjawab dengan-NYA nanti kenapa tidak memerangi musuh ISLAM..

sekian
~ahmadrazmie~

Anonymous said...

Persoalan yang tak faham ....
Orang pas ramai yang pandai agama.. orang islam lain bolehlah jadi pengikutnnya.. kenapa orang yang pandai agama tidak main peranan untuk berdakwah kepada menuju kepada jalan yang baik.. kenapa berdakwah dengan cara ektream begini ?
Itulah saya lihat pas ni adalah satu pertubuhan politik sahaja..yang penting kuasa
Yang paling penting saya lihat pas telah mengadaikan maruahnya semata-mata untuk bersama DAP dan PKR ?
Satu lagi PAS hanya suka mungumpul statistik..berapa orang murtad, berapa orang penagih dadah, berapa orang rasuah, berapa orang pelacur, berapa disco, berapa pondan, berapa kahwin lari, berapa orang tutup aurat, berapa rempit, berapa bohsia, berapa gothic, berapa black metal .. tetapi tak de pulak strategi untuk berdakwah mengatasi masalah ini. Unit amal pAS tak de lak pulak nak cegah mat rempi la, bohsia la. yang ada buat apa.
Saya rasa pas ni banyak sangat cakap politiking... tapi kosong je

mankeldai said...

apa jenis gosip pun adalah haram kerana ia lebih membawa kepada fitnah! rakyat perlu berubah. jatuhkan kerajaan ubn pada pru 13 nanti. najib akan jatuh pada bulan april depan, cayelah!

Anonymous said...

Aiik!!
Cakap tak serupa bikin!!Yang dulu dok jaja mawi ahli pas tu sapa!!!Yang dok panggil mawi pi Kelantan dulu sapa!!!!Jangan dok pusing fakta la oiii,nanti terpusing leheq sendiri oiiii!!!!Bila mawi orang dok sanjung ,mengaku ahlul pas!!!bila mawi terhempap,ahli umno!!!TB,tak usah tunjuk kebodohan hangla.....

Anonymous said...

KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT
KAJANG HAMBA MENGKUANG LAYU
TELANJANG PAK MALAU TELANJANG BERTEMPAT
TELANJANG PAK AJIS SATU DUNIA TAHU

KEHKEHKEH

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

Anonymous said...

AKU PON SOKONG GAK PAS & PR WALAUPON BKN AHLI TP TAKDE LA SUMER NAK SALAHKAN UMNO...
BAGANG BETUL KALAU AHLI2 PAS CAMNI MENJATUHKN MENTALITI & IMEJ PAS KE LUBANG JAMBAN JER...

pemerhati bebas

abe MIE 'TERJAH' said...

Gossip Ulama PAS lagi baik...

Rosli pun sepatutnya kena gosip


pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

siapakah yg menyediakan acuan rakyat kalau bukan pemimpin. cuna lihat Sirah, Rasulullah berjaya memimpin umat Islam. tanpa kehadiran Rasulullah, negara Islam Madinah xkan wujud. olehh itu setiap dasar kerajaan datangnya dari pemimpin. dalam skop msia, siapakah pemimpin kita? Apakah pemimpin kita telah lakukan pada ulama. kenapa pemimpin kita mengagung-agungkan artis dan sistem ekonomi kapitalis. kepada yg menyatakan bahawa kita akan menjawab segalanya di depanNYa, bolehkah anda menjawab persoalan ini.

Anonymous said...

Gossip macam perkahwinanZizi Izzet dengan Bung Moktar ......cerita hangat tue....!!

tulang ikan said...

syabas TB kerana hujah akal sempit anda ini.sekali lagi malaysia melihat kebodohan anda.klo sume benda umno jadi penyebab susah la bro so benda lu nk tibai salah umno..nanti suatu hari batang ko mati pucuk pun ko nk salah umno..

Anonymous said...

lately ni byk artikel TB menerima respond yg negetif dari kalangan pengkritik/pembaca blog ini.Hal ini menunjukkan kredibiliti TB semakin lemah dan org sudah kurang mempercayainya lagi.kini artikelnya bukan dijadikan bahan rujukan atau informasi mengenai sesuatu isu tetapi hanya layak dijadikan sebagai artikel hiburan yg mengarut!!!

Anonymous said...

"Penghabisan sekali, inilah kejayaan utama UMNO yakni menjadikan orang Melayu menjadi pemuja dan pemuji artis. "

Awal2 lagi, kejayaan utama PAS yakni menjadikan orang Melayu menjadi pemuja dan pemuji pemimpin kafirun DAP.

Anonymous said...

Segala musibah dan bencana yg berlaku dinegara ini adalah salah UMNO yg disebabakan perbuatan UMNO..

Tapi Nik Aziz yg 'mencelakakan bloggers' salah siapa? UMNO jugak....

Oleh itu hanya PAS saja yg betu segala-galanya. Nik Aziz Ulama 'Celaka' pun betul dan akan sentiasa betul dgn 'CELAKANYA'

Begitu juga Tulang Besi blogger yg sama 'CELAKA' yg telah dicelakakan oleh Nik Aziz Tok Guru dan Ulama Celaka...

Anonymous said...

BUKAN BARAT YANG NAK HANCURKAN ISLAM, tetapi media Malaysia yang membawa masuk budaya barat supaya masyarakat ikut. Sikit2 cerita artis luar, cerita paris hilton kene penjara pun jadi berita utama. Banyak berita lain yang lebih penting dari berita bodoh camtu. Nilah dajal yang duk dewa2kan artis barat lagi kafir. Sial!!