Malahan, saya mendapat jemputan terus dari Pemuda PJ Utara untuk menghadiri sebuah protes besar2an yang bakal dianjurkan oleh PERKASA MALAYSIA.
Jemputan tersebut boleh dibaca dibawah :
Mengapa saya panggil perangkap? :
- Keputusan ini hanya diperingkat Mahkamah Tinggi. Ertinya, keputusan ini masih boleh dirayu di Mahkamah Rayuan serta boleh pergi ke Mahkamah Persekutuan. Ertinya, keputusan ini masih belum muktamad.
- Berita terbaru, JPM telah menyatakan kehendak mereka untuk merayu keputusan tersebut. Sila klik di sini.
- Mahkamah adalah dalam penguasaan UMNO. Kalau Dato Seri Anwar boleh didapati bersalah dahulu, mengapa keputusan ini tidak boleh dipastikan mengikut kehendak yang sepatutnya?
- MEngapa UMNO mahu bising dalam isu ini, sedangkan apabila Najib meluluskan 10 lesen judi, tiada protes dari UMNO ataupun mana-mana NGO Melayu?
- Hukum penggunaan nama Allah oleh bukan Islam adalah Khilaf dan tidak sepakat. Hukum judi SEPAKAT SEMUA ULAMA Haram. Mengapa UMNO mahu bising pasal isu yang tak jelas, sedangkan isu yang jelas haram macam Najib lulus 10 lesen judi, mereka tak bising?
Menentang hukum Allah seperti yang UMNO telah lakukan selama ini lebih jelas Haram nya berbanding dengan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Hukumnya lebih jelas haram.
PENGALAMAN TULANG BESI DI MESIR
Waktu Tulang Besi bekerja di Mesir, Tulang Besi melihat semua orang Kristian Koptik di sana menggunakan nama Allah secara meluas. Mereka menggunakan nama Allah di dalam Kitab Injil mereka serta penggunaan harian mereka.
Malah, boss Tulang Besi, seorang Kristian Koptik bernama George Nushy, pernah menggunakan perkataan “inshaalah” di dalam email beliau kepada Tulang Besi.
Dan, setahu Tulang Besi, tiada satu pun fatwa dari Al Azhar mengharamkan Kristian Koptik (dipanggil “Church of Alexandria”) menggunakan nama Allah SWT.
Malahan di kalangan orang Islam pun apabila berjumpa kita kali pertama, mereka tidak akan tahu kita Islam atau tidak walaupun kita menggunakan ungkapan2 seperti "Inshaalah", "Allahuakbar", "Masyaalah".
Tulang Besi belajar bahawa cara terbaik menunjukkan kita orang Islam pada orang Mesir adalah dengan mengucapkan selawat nabi. Hanya berselawat dengan Nabi membezakan kita dengan orang Kristian kerana orang Kristian koptik tidak mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Nabi SAW.
PENDIRIAN TULANG BESI DI MALAYSIA
Walaubagaimanapun, Tulang Besi merasakan di Malaysia, tidak seharusnya perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam tetapi bukan atas dasar agama. Lebih kepada atas dasar budaya dan cara hidup. Ditakuti membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam akan menaikkan sensitiviti kaum serta dieksploitasi oleh pihak2 seperti UMNO.
Menjaga keamaanan lebih penting bagi Tulang Besi. Adapun hukum penggunaan pula masih lagi di khilafkan. Sebenarnya masa isu ni timbul, Tulang Besi telah buat ‘research” di internet, dan rata-rata artikel dalam internet yang dalam bahasa Inggeris TIDAK MENGHARAMKAN ORANG BUKAN ISLAM menggunakan nama Allah. Itu yang Tulang Besi teragak-agak dalam isu ni. Hukumnya tidak jelas haram.
Akhir kata, haruslah kita berhati-hati dari ditipu UMNO dalam isu ini. UMNO sendiri bertanggungjawab menghina Islam selama ini. Apa hak mereka untuk menentang isu ini?
Tulang Besi
19 comments:
pertanyaan saya pada org kristian adakah nama tuhan kamu berbeza-beza mengikut negara,di amerika nama lain di malaysia nama lain?
Tahniah TB, kerana dapat memberikan penerangan yang basic pada golongan pengikut2 agama umno yang rata-rata jahil belaka. Bila PM monggolia dituduh membunuh tiada juak haram jadah ni tampil menuntut pembelaan pada manusia yang telah di bunuh secara kejam. Secara umumnya tahu puak kristian tu adalah golongan ahli kitab, jadi tiada hak umno untuk berjuang menafikan keperluan orang kristian menggunakan nama Allah, kerana orang islam juga mempercayai akan kenabian Nabi Isa, cuma pemahaman mereka saja yang berlainan. Jadi tak perlulah umno mendabik dada membela islam tapi moral orang melayu di bawah pemerintahan umno lebih teruk dari orang kristian.
Tahniah TB kerana penerangan yg jelas.
Lepas nih kite bolehlah ajar anak2 kita yg di pra-sekolah tentang sifat Allah s.w.t.
1) Allah mempunyai anak iaitu Jesus. Jesus itu anak Allah
2) Allah itu terbahagi kepada 3 bahagian seperti dlm konsep trinity.
3) Allah itu boleh berubah-ubah sifatnya dan boleh mempunyai anak.
So kalo anak2 kecil muslim bukankah hal ini mengelirukan mereka? Dengan pemikiran TB maka anak2 kita di masa hadapan akan keliru akan sifat keEsaan Allah s.w.t yg termaktub dlm Al-Quran.
Knape TB menolak keeksklusifan kalimah Allah s.w.t kpd org Islam di Malaysia. Sy tidak mahu perkara ini mengelirukan umat Islam khususnya di Malaysia di Masa hadapan.
Untuk penerangan lanjut. Marilah kita dengar penerangn dr Ustaz Taib Azimuddin yg mempertahankan kalimah Allah di parlimen:
http://www.youtube.com/watch?v=XCSF0SvmV8Y
Knape perlu UMNO disalahkan lg dlm isu ini. Mahkamah itu UMNO punye ker? Kalo UMNO punyer dah lama Karpal Singh yg nak membela DSAI kene campak balik INdia.
Bersatula dlm isu ini.. untuk masa depan kesucian agama Islam yg dijunjung dlm perlembagaan kita.
Malaysiabaru.com said,
ZAMAN PEMERINTAHAN NAJIB :
1. BUMIPUTRA HAMPIR PUPUS
2. ALLAH DI SEPAK TERAJANG KE GEREJA
3. NYAWA TUBUH BADAN PEMBANGKANG DI LONTAR KE BUMI
4. APA LAGI NAK AKU KATA.... TAK TERKATA BILA TGK PENTADBIRAN NAJIB..
KINI 'ALLAH' JADI BAHAN GADAIAN NAJIB ....
BUKAN SETAKAT AWEK CUN MAGNOLIA DI GADAI TAPI TUHAN YG ESA DI JADIKAN BAHAN GADAIAN! NAJB OH NAJIB
NUKILAN
WWW.MALAYSIABARU.COM
"harapan tingal harapan"
Bangkai gajah mahu ditutup dengan Nyiru, Kau spin macam mana sekali pun orang kat Malaysia dah tahu bahawa DSAI, TGNA, Khalid Samad, Dr Zul, Dewan Ulamak PAS telah pun bersetuju Gereja Katolik menggunakan nama Allah. Kalau mereka-mereka diatas tidak memberi pandangan sedemikian, saya percaya Gereja Katolik tidak akan berani mengusulkan cadangan tersebut.
Tak usahlah kau nak salahkan UMNO dalam hal ini. Pemimpin UMNO konsisten dalam hal ini dan undang-undang sedia-ada telah termaktub tidak membenarkan agama lain menggunakan nama Allah.
Syukur lah telah ada suara membantah dari PKR dan PAS yang tidak senada dengan mursyidul kau dan Dewan Ulamak PAS.
Dalam hal agama, tak perlulah kita menunding jari, salah UMNO ke PAS. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya bersatu dalam hal ini sebab ianya soal akidah cucu cicit kita akan datang. Hendakke kau TB, sepertimana berlaku sekarang kat Indonesia,nama orang-orang Indonesia kau tak pasti samada orang Islam ataupun kafir, makanan pun tak pasti halal pun tidak, daging khinzir disediakan di kesemua hotel bersebelahan pulak dengan makanan halal.
Kalau suami isteri boleh berlainan agama, apakan jadi pada generasi anak-anak mereka?
Ambik iktibar dari Indonesia TB, parti-parti berlandaskan Islam telahpun manjadi lemah sekarang walaupun majoriti penduduk Indonesia adalah Islam. Salah siapa? Saya salahkan Gusdur kerana telah membenarkan kebebasan ini berleluasa.Dimanakah kedudukan PKB dalam pilihan raya yang lalu.? Mereka telah menjadi parti yang tidak signifikan kan?
malaysiabaru said,
KERANA 'ALLAH' PAS DAN UMNO BERGABUNG
- bodohnya PAS ni -
Salam,
Saya nk komen la skit, brdsarkan research sya dlm internet dan pembacaan, "Allah adalah Tuhan Sekelian Alam". Tiada satu pun fakta yang mengatakan Allah adalah hanya tuhan org Islam. Kalau kita kata Allah hanya tuhan org Islam maka seolah-olah ada lg tuhan selain Allah. dan kita semua sudah menafikan Keesaan Allah.
Malah dlam bahasa arab, prkataan 'Allah' merujuk kepada tuhan. sebab itu di benua Arab, sebarang agama merujuk Allah sebagai tuhan.
Kenapa perlu timbul polemik Allah tuhan org melayu. Allah tuhan sekelian alam, mana2 manusia xkira agama, bangsa, kulit dan parti boleh menyembah dan menerima Allah.
mungkin Malaysia masih mengamalkan budaya sempit beragama dan adanya puak2 yang mengambil kesempatan maka isu agama ini jadi begitu sensitif.
Pada saya, perlukan kita menjuarai isu kalimah Allah, sedangkan isu hukum, perintah dan larangan Allah, kita gagal untuk laksanakan dgn baik.
dengan itu pegi mampus la UMno bangsat laknat tu. sesapa yg terpedaya dgn dakyak UmNo xlebih drp org yg Jahil.
sekian...Utz pencen
TB dah sah sesat dan sesat. Atas keprntingan politik dia sanggup menggadai maruah agama dgn alasan yg tidak masuk akal. Celakalah kamu TB dan pergi jahanam kamu TB..
Agama kristian boleh pakai perkataan ALLAH kalau mereka pakai kitab Injil yg asal...Kitab Injil yg ada sekarang telah diubah suai isi kandungannya...Agama kristian tidak boleh pakai lagi perkataan ALLAH.
kalau dlm kes Dato' Sri Nizar & negeri Perak hakim2 menyebelahi BN...
skrip dirancang, menang dahulu, dikalahkan kemudian...
lepas tu rayuan diperap hingga sejuk, supaya org lupa & tempoh PRU12 melepasi 3 tahun... secara otomatik tiada pembubaran DUN boleh dibuat!!!
kini umno lahanat ingin menjadi juara lagi dengan memperjudikan YANG MAHA ESA ALLAH sebagai alat untuk kepentingan politik mereka...
yakin lah bahawa mahkamah akan mematahbalikkan keputusan yang telah dibuat ini...
maka umno akan dianggap juara selepas itu!!!
sampai sebegitu jijik nya umno...
tapi sayang masih ramai MELAYU yang layu & alpa... masih dlam mimpi...
Umno ni pandai berjuang isu Allah saja untuk kepentingan politik. Tapi kalau tanya pada pengikut2 mereka sembahyang lima waktu sehari pun belum tentu buat.
Saya sokong pandangan TB. Kalau nak tgk pandangan saya sila lawat http://www.makkalsakhti.blogspot.com
TB sesat lagi menyesatkan,.
Klu "Allah" bleh digunakan oleh gereja,. xmustahil nti ada "GEREJA RUMAH ALLAH",.. sama mcm masjid
Org kristian percaya Nbi Isa anak Allah,.
sedangkan kita belajar tauhid,. Allah tidak beranak dan tidak diperanakan,.
jelas Allah dlm kristian TIDAK sama dgn Allah dlm islam,.
Selalunya aku elak dari mencampuri masalah politik…namun hatiku bagai digaru-garu untuk turut menulis. Ia bukan masalah BOLEH atau TIDAK? Tetapi APAKAH NIAT sebenar penggunaan nama tersebut. Dinegara luar, nama Allah dihina-hina oleh orang bukan Islam. Apasal lak kali ni mereka beria-ia benar nak guna nama tu?? Motif??
Apakah UNTUNGnya mereka apabila gunakan nama Allah dalam penerbitan mereka? Dan apa RUGInya mereka, kalau tak guna nama Allah dalam penerbitan mereka? Inikan perkara sensitif…Kenapa perlu tukar dari Jesus ker…atau God kepada Allah? Tukarlah sekali nama God kepada Allah dalam semua Bible di luar negara ! Nak jugak dengar mereka menyebut nama Allah digereja.
Geli dan meluat melihat gelagat orang yang kononnya Muslim mencari publisiti murahan yang kononnya mereka orang yang sangat bertoleransi dan bijak. Malah turut serta mendatangkan hujah-hujah kononnya ianya telah lama diguna pakai dinegara Mesir lah dan bla..blaa..blaa. Pegi dah…Bukannya tak dapat tangkap permainan mereka yang ingin menimbulkan kekeliruan, tapi kalau dah gila publisiti nak buat cemana! Nak bodek rakyatlah tu..
Nasib baik AGAMA DIJAGA oleh Allah…kalau nak harap orang yang merasa diri mereka pembela rakyat…Huhh ..Hampeh.
Hadis dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-bangga keatas orang lain, untuk menjadi kaya atau mendapat nama – walaupun dengan cara yang halal, dia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah sangat murka kepadanya.
Sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, unutk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya melakukan kebajikan kepada jiran tetangga, akan bertemu Allah dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.” – (HR Baihaqi)
NOTA:
Sebagai seorang Muslim kita harus berhati-hati dengan perkataan kita. Takut percakapan kita membawa mudarat kepada diri apatah lagi agama.
Xsemestinya risaukan keturunan generasi akan datang keliru akan sifat keEsaan Allah s.w.t dalam Al-Quran lalu kita menghalang agama lain selain Islam menggunakan kalimah Allah~
Kita seharusnya menguatkan lagi keimanan dan akidah kita dan kita seharusnya mendidik generasi Muslim akan datang dengan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah~sudah semestinya generasi akan datang takkan keliru~InsyaAllah jikalau didikan yang kita berikan kepada generasi Muslim akan datang cukup dan benar,sudah semestinya tiada kekeliruan akan berlaku~
alhamdulillah hirabul alamin.. puji pujian bagi allah seru sekelian alam.. allah itu tuhan sekelian alam.. betoi la tu yg apa yg kritain laknatullah tu buat, itu kepercayaan depa... 73 pintum 73 jalan , yang sampai hanya satu jalan.. mau reti
umno ni tak boleh nak buat apa dah.... sebab dah bekarat... depa tak akan sedar kesilapan sendiri... pemimpin yang ada semua tak ikut islam... depa ikut islam yg depa ubah ikut sedap depa.. maka sama lah mereka dengan kaum yahudi dulu yg mengubah fakta kebenaran taurat demi kerana mereka tak mau trima rasulullah s.a.w...
1) adakah agama kristian sekarang adalah agama yg diturunkan allah atau agama ciptaan manusia yg punyai kepentingan kuasa dan harta? Saya nak tanya nabi isa ada ajar ke tuhan ada 3? Abis tu bahagian bible mana yg kata tuhan ada 3?
2) adakah nabi berdakwah mcm org pas berdakwah?
aku rasa penulis blog nie dah sesat sama macam anwar dan pemimpin PAS...lpas nie kau sembahyang boleh lar tukar nama Jesus yer TB...xpayah pakai nama Allah...sbb makna Nya sama utk korang. satu lagi aku nak tambah, lesen judi punyer hal utk org bukan islam...yg kau sibuk kenapa? org yg islam mmg x main judi..
Post a Comment