"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 29, 2010

Hasan Ali Dedah Rahsia PAS Juga. Apasal Tak Kena Gantung?

Saya sedikit pun tidak terkejut atas keputusan JK Disiplin PAS. Bagaimana Hasan Ali boleh dikenakan hanya Amaran Bertulis sedangkan 70% AJK PAS Pusat mahu Hasan Ali ditukar dari menjadi PJ Selangor.

Padahal, Hasan Ali juga telah mendedahkan rahsia parti di hadapan blogger UMNO.

Sila dengar rakaman tersebut di atas.

Kita tahu perkara mendedahkan rahsia parti ini telah pun sampai kepada Tuan Ibrahim Tuan Man. Rakaman ini juga telah sampai kepada Tuan Ibrahim Tuan Man melalui Al Banjari.

Juga, pendedahan berkenaan rakaman ini telah menjadi maklumat umum.

Sedangkan tiada bukti pun Khalid Samad mendedahkan rahsia parti. Mengapa Khalid digantung manakala Hasan Ali terlepas?

SEPATUTNYA SAYA TIDAK TERKEJUT

Setiuasaha kepada JK Disiplin adalah Dr. Supyan Husin. Beliau ini bekas Exco Pemuda Pusat. Beliau terkenal sebagai seorang yang anti Anwar Ibrahim dan pernah melahirkan sikap anti beliau dalam Mesyuarat Exco Pemuda Pusat.

Jadinya sepatutnya orang seperti Dr Supyan Husin tidak patut duduk dalam JK Disiplin PAS Pusat. Sepatutnya beliau menarik diri. Namun, beliau terus mengadili YB Khalid Samad sedangkan beliau jelas seorang yang anti Anwar Ibrahim sampai hari ini.

Ini kerana setiap pimpinan PAS yang pro PR sering dilabel sebagai “proksi Anwar” dan Khalid adalah salah seorang darinya.

Jelas, ini suatu kezaliman, pada pandangan saya dan sebagai ahli PAS saya tidak dapat menerima keputusan seperti ini.

Lebih-lebih lagi, BUKTI KESALAHAN HASAN ALI TERBENTANG DI DEPAN MATA JUTAAN RAKYAT MALAYSIA.

Kalau Khalid Samad kena 6 bulan, sepatutnya Hasan Ali mesti kena 12 bulan. Bukan hanya amaran bertulis. Mengapa JK Disiplin begitu TIDAK ADIL?

Apakah perlu Tulang Besi mendedahkan KESELURUHAN rakaman KUTUKAN serta NISTA Hasan Ali terhadap KERAJAN NEGERI PR dan juga PARTI-PARTI KOMPONEN PAKATAN RAKYAT SELURUH SELANGOR?

Rakaman yang penuh dengan FITNAH dan MEHNAH terhadap Pakatan Rakyat yang membuktikan TANPA SYAK Hasan Ali melanggar keputusan Muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.

Adakah selepas itu baru JK Disiplin dan PAS Pusat mahu mengambil tindakan yang betul dan benar?

Beri saya sampai hari Isnin untuk buat keputusan.

Wallahualam bissawab.

Tulang Besi

p/s - kalau Khalid benar2 bersalah, saya pun tak sokong dia. Tapi apa sebenarnya kesalahan Khalid? Saya ingin bertanya.

49 comments:

Sumo Piar said...

How improper for PAS to be biased like so.

Anonymous said...

Yang bersalah sebenarnya Husam. Bloggers balachinya telah membuat serangan besar-besaran terhadap Hasan Ali supaya kelihatan HA yang bersalah.

dugong_darat said...

aku rasa dah sampai masa orang tahu la TB... elok di keluarkan untuk memudahkan kita semua meneraju Malaysia... Buang semua pemimpin korup dalam Pakatan Rakyat...

Anonymous said...

Setuju. Gelagat Hassan Ali tidak menunjukkan beliau seorang yang boleh menjadi Khalifah untuk memimpin umat Islam. Orang yang berjuang kearah islam adalah manusia berakal dan siuman yang tidak akan melakukan perkara-perkara bodoh seperti Hassan Ali. Seseorang individu itu dapat di nilai secara mudah melalui segala perbuatan dan percakapan mereka.

Apabila seseorang itu mengambil apa-apa tindakan, tindakan itu mestilah meliputi kepentingan semua orang. Dalam dunia demokrasi kepentingan parti dan kepentingan rakyat terbanyak yang menyokong parti berkenaan mestilah di ambil kira dan dijaga sebaik mungkin.

Tapi malangnya manusia yang bernama Hassan Ali adalah manusia hipokrit yang berpura-pura berjuang kearah islam tetapi agenda peribadi dan kepentingan musuh dia letakkan sebagai asas perjuangannya.

Kami sebagai rakyat terbanyak boleh menilai siapa yang ikhlas berjuang untuk kepentingan ummah dari manusia yang berjuang untuk diri sendiri. Satu pesanan untuk Hassan Ali, beliau telah merosakkan maruahnya sendiri dengan gelagatnya yang dilihat sebagai tindakan bodoh yang terus menerus menelanjangkan dirinya di sebabkan oleh kebodohan dirinya.

Harris said...

Keadilan apekebenda la ni wahai parti pas.Amat la memalukan skali wat penyokong2 diluar pas cm aku nih mau pun pnyokong bkn islam.Keadilan islam konon!!!Cmni ke parti pas nk tnjuk keadilan dlm islam??Ckp je bdegar2 tpi HAMPEH!!!TIN KOSONG nestum smate2!

Anonymous said...

SMP BEGITU SKALI ORG PAS BEPOLIITIK??? LOMPAT PARTI BOLE JATUH TALAK?? ASTAGHFIRULLAH...MURAHNYA NILAI DIRI ISTERI ADUN2 PAS DAN MUSLIMAT PAS KHASNYA. HENTIKAN BAI'AH INI. PERKAHWINAN ADALAH SGT SUCI DLM AGAMA ISLAM. JGN LIBATKAN POLITIK DLM KEHARMONIAN RUMAHTANGGA..

zu mdnor said...

Inilah peranagai hodoh puak pas pro perpaduan ni...keputusan mereka tidak cerdik dalam politik dan gagal menaut hati golongan muda yang cerdik dan boleh mikir atas apa yang berlaku..aku sokong nik aziz n geg tapi yang pegang jawatan tinggi di pas pusat tu..tunggulah pru13 ni kalau tak caya..

taipingmali said...

Kenapa Dr Hassan Ali tidak diambil tindakan? Jawapan mudah jer. Tak cukup 4 orang saksi.....nanti kena hukum qazaf pulak...heheheh

zu md nor said...

geram betul la aku dengan keputusan bodoh ni.
aku sokong aduka teruna,TB,perisik rakyat dan beberapa lagi blog yang agak vokal nak perbetulkan pas ni..sayang mereka ni cerdik bodoh belaka...terlalu dunggu dengan kepututsan mereka dan kadang2 tak tahu apa yang mereka buat ni...

Mengkudu said...

Sekarang AJK disiplin dah bagi kata putus dan parti dah beri kuasa pada AJK. So. apa yang lu orang bising2 kat luar. Apa dan kenapa kau orang tak hormat apa yang telah diputuskan. Mandat telah diberikan kepada mereka. Jadi, tak perlu nak ungkit2 lagi. Kita berdoa aje la semoga apa yang diputuskan akan memberikan kebaikan pada Parti. itu yang di ajarkan.

Aku rasa kalau perangai macam TB ni, sampai bilapun perkara ni tak selesai. Even, dia joint UMNO pun, kalau perkara yang sebegini dimana mandat telah diberikan pada AJK Displin dan telah diputuskan dan kalau dia (TB) berperangai macam ini, apapun tak akan selesai.

Jadi, dimana dimana pelajaran agama yang kau pelajari di Asia Barat tu. Apakah kau tak belajar hidup berkumpulan? Apakah kau tak belajar hidup berpasukan?

Ya, memang kita tidak nafikan dalam kehidupan berpasukan, ada benda yang kita tidak berkenan mengenai seseorang. Tapi apabila kita telah memberi mandat pada seorang ketua yang dilantik untuk mengetuai pasukan itu, maka, semua ahli mesti mematuhinya. Apa yang telah diputuskan oleh ketua maka kita sepatutnya ikut dan berlapang dada walaupun cadangan kita tak disetujui. Kalau dah tak taat pada ketua yang di lantik apa akan jadi...kacau bilau jadinya.

Jadi, kepada TB, sepatutnya awak berlapang dada dan banyakkan berdoa semoga apa yang telah diputusklan oleh Jawatan Kuasa Displin itu akan memberi kebaikan pada parti dan semua meskipun apa yang awak rencanakan atau cadangkan tidak menepati kehendak awak.

Diharap saudara TB tidak lagi memanjangkan perkara ini demi kebaikian parti.

ahmad said...

Malu lagi..
Semua boleh nampak kebodohan PAS.
Semua nampak Stopa Ali dan gengnya (Agen/Barua UMNO) berkuasa..

Orang yang masih buta (taklid buta) memang susah nak nampak.
Harap Khalid bersabar.

Anonymous said...

Tak salah Yong ada blog yang tulis AJK disiplin PAS tu AJK haram sebab cara perlantikannya pelik dan tak ikut perlembagaan PAS. Kalau gitu tak payah le ikut keputusan AJK nih. Buang mase je.

Mengkudu said...

Tuan,

Bukan setakat bersabar, tapi hendaklah menerima keputusan dengan berlapang dada dan doakan semoga apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin itu dapat memberi kebaikan dan diberkati.

Itu yang kita inginkan.

Anonymous said...

BABAI PAS...... hehehehe..... selamat bersaudara dengan UMNO , aku dengan rela hati ke PKR.

Yong said...

Yong pernah baca kat satu blog, cara perlantikan AJK ni tak ikut perlembagaan. Kalau macam tu, AJK ni haram dan tak perlu akur keputusannya.

Macam mana nak berlapang dada dengan keputusan yang tidak adil dari AJK yang membuang tuduhan pecah rahsia kepada blogger UMNO dan membuat tuduhan baru yang pelik.

Yong menyampah tengok golongan hipokrit dalam PAS.

Monkey Code said...

Ha ha ha...itu le hakikat orang Melayu....semuanya mengaku islam dan beriman, tapi bila di uji....(sekali lagi HA HA HA)...'habok pun tak rak'....dari Sultan, PM, AG, IGP, Hakim, Mufti, Ulama, VC, Professor, UMNO, PAS, PKR.... Name it apa saja, CONFIRM...memang semuanya baka bangsa "HIPPOCRATES". Dah tak kuasa lagi aku nak layan kaum ni .............PUT STOP

Mengkudu said...

Tak payah la Yong risau.
Bila semua pemimpin2 atasan dah setuju Jawatankuasa Disiplin tu mengendalikan kes2 mereka, maka kita sepatutnya serahkan pada kebijaksanaan Jawatankuasa itu. Apa yang akan dan telah diputuskan itulah keputusannya. Itulah dinamakan semangat berpasukan.

Mengenai UG yang suka dilaung2kan oleh TB dan groupnya tu, tak payah la kau orang termakan dengan ketidakpuasan hati mereka. Kan TGHA dalam menyuarat itu hari dah khabarkan kepada seluruh negeri bahawa tidak akan ada lagi UG. Bermakna UG tidak akan dibincangkan lagi atau dah ditamatkan.

Saya tak faham kenapa TB dan groupnya ni masih memainkan issu ini. Apakah penerangan TGHA masih tidak jelas. Atau terfikir di dalam fikiran ini (sekali-sekala: naizubillah) apakah masih ada rasa dendam pada mereka TGHA. Atau, si TB dan groupnya sengaja tidak mahu mengerti dan sanggup memainkan isu2 basi yg sedemikian.

Saya suka memberi satu contoh: Katakan ada satu pasaraya membuat promosi utk selama 1 bulan. saudara menerima flyers mengenai promosi tersebut. 6 bulan kemudian saudara pergi ke pasaraya itu untuk membeli barangan yg dipromosikan dahulu. Tiba di kuater pembayaran harga bukan haraga promosi. saudara memarahi jurujual tersebut kerana kenapa tidak menjual harga promosi. Saudara bertekak dengan suara yang nyaring mempertahankan pendapat saudara sehingga didengari pelanggan2 yang lain. Jadi, apakah pelanggan2 lain yang melihat itu tidak kehairanan melihat saudara tu? Sudah tentu ada diantara pelanggan di situ yang akan katakan saudara ni orang gila kot. Promosi dah sebulan dulu dah habis baru nak datang.

Jadi begitu lah keadaanya. Semoga sasudara faham dan memahami keadaan yang ada. dan bukan terpengaruh dengan seseorang ygn tidak berpuas hati.

haisara said...

Salam.

Terlalu berat utk menerima keputusan ini. Namun saya berazam akan terus berjuang menegakkan keadilan. Pimpinan PAS harus bertanggung jawab sepenuhnya atas keputusan ini. Saya dan rakan-rakan walaupun sekadar ahli biasa akan pasti menuntut keadilan. PAS harus ingat kami sentiasa dan biasa menongkah arus, jangan jadi buta, tuli dan bodoh. Apa kah mereka fikir mereka boleh berbuat sesuka hati mereka dengan isu dan fakta yang jelas seperti ini.
Buat YB Khalid sabar kami pasti akan membantu. InshaAllah.

Anonymous said...

Dedahkan saje weii...FUCK THEM ALL!!!

abdrahim kassim said...

Kalau puak-puak tu terus pimpin pas, alamat punahlah....

Anonymous said...

....Mengapa JK Disiplin begitu TIDAK ADIL????

Kau baru tahu ke PAS tak adil...aku sejak bayi lagi aku dah tahu PAS tak adil...so apa tunggu lagi.

Humbankan PAS!..Humbankan PAS!

Anonymous said...

lantak pi laa... yg aku nak tanya, apasal umno bakar gereja? nape? takde keje ke? bodoh tul lah umno ni... usung paler lembu, bodoh cam lembu la umno ni...

Anonymous said...

Askm sdra TB,semakin hari semakin nampak mereka2 yang lebihkan bangsa dari Islam.Di Akhir zaman ni memang ramai yg fasik menjadi ketua & yg menegakkan kebenaran di sisihkan.Kalau ada yg nak tubuhkan Parti baru PAS REFORMED saya setuju jadi Ahli.Takpe lah kita tak ramai pun macam PAS asalkan kita berada dijalan yg di Redhai Allah.Saya cadangkan Tok Guru Nik Aziz sebagai penasihat.Tak payah pilih ketua ke ,AJK ke,Dewan tu, Dewan ni. Semua pangkat2 ni ciptaan barat/yahudi untuk memesongkan kita.Apa2 keputusan kita Musyawarah atas sunnah Rasulullah.Wskm

JebatModen said...

salam TB!

dedahkan jer perbualan tuh. jgn nnti pas semakin parah baru nk bertindak. aku benci semakin benci pemimpin pas pusat!

kata org berdegar2, diri sendiri lebih hampeh!

Anonymous said...

TB tolong lihat dari segi pengundi Melayu. Orang Melayu Selangor ramai tak suka Khalid Samad. Dia beban kepada PAS pada PRU akan datang kerana orang Melayu ramai tak suka kat dia.

Nanti PRU akan datang, Khalid Samad cuma harap undi bukan Melayu untuk pertahan kerusi dia. Orang Melayu Shah Alam ramai dah tak dapat terima dia. Kes kuil , lepas itu kalimah Allah. Khalid tidak jaga hati orang Melayu. Kalau dia nak berdakwah, jadi ustaz bukan jadi ahli politik. Kalau nak jadi ahli politik, kerja macam orang politik. Jaga hati pengundi. Mungkin PAS kena gugurkan nama nya PRU akan datang, sebab tak tentu dia boleh menang di Shah Alam. Mungkin PAS letak dia kawasan majoriti bukan Melayu baru ada peluang menang PRU akan datang.

Yang Hassan, itu sekurang2nyua dia cuba juga nak halang jualan arak, walaupun gagal tetapi ada usaha juga. Dia betul atau salah, kita tak tahu tetapi dia bakal dapat banyak markah bonus dari pengundi Melayu dan hilang pula undi bukan melayu.

TB pengundi Pakatan Rakyat masih mengundi ikut kepentingan kaum. Lihat dan kaji betul2 keputusan PRU lepas. Ada kemungkinan PRU akan datng, PAS lingkup habis, jika tiada perancangan strategi untuk dapat undi Melayu kerana BN dah mula kembali mendapat peningkatan soongan bukan Melayu dengan program 1Malaysia.

Monkey Code said...

Nama berbin kan islam, pakaian berserban macam islam, mengaji dan menghafal al'quran macam islam, sembahyang macam islam, puasa macam islam. haji umrah macam islam, bezikir macam islam, berceramah dan berdawah bercakap pasal islam, sambut raya melebihi islam....TAPI BERTINDAK MACAM "MUNAFIQIN" YANG BENCI KAN ISLAM....APA BEZA NYA PAS DENGAN UMNO?

Anon....January 29, 2010 10:09 PM,
you le salah satu contoh yang saya maksud kan di atas.

Anonymous said...

aku melayu. aku tinggal di selangor. kawan2 aku pun di selangor.

aku, kawan2 aku, keluarga kami semua pun menyampah dgn gelagat hassan ali.

anon January 29, 2010 10:09 PM jangan nak buat dongeng la!!

Anonymous said...

Sape2 tak puas hati dan asyik tak betoi je ape org buat, pi keluaq la. org cam korang tak perlu ada dlm PAS.

Kalu korang tak suka sgt dgn pimpinan PAS, keluarlah PAS, abis cerita. jgn duk bok bek, bok bek. sampai bila tak abis cerita.

korang kata korang betol, korang pi tubuh parti yg bole korang handle ikut kepala korang.

timbulnya persepsi kerana korang yg creatkan.

mankeldai said...

geng ganu macam lembu yang dicucuk hidung. yang pegang talinya ialah pemimpin umno pusat. he,he........

Anonymous said...

klu pemimpin ko, ko tak percaya so apa tunggu lagi jom semua masuk umno.

Anonymous said...

Bru Allah uji ckit ngn kmenangan dh mkin besar kpala kepimpinan pas pusat ni.Tgok la PRU13 nti!!Kempen jatohkn pemimpin2 pas yg pro-umno!!Dia ingat nk hrap ahli pas je ke yg dok undi dia??

Ali Zaidan said...

Khalid dedah hal mesyuarat PAS negeri. Jadi dalam soal ini dia dah tak amanah.

Hasan pulak, kes baiah itu bukan rahsia pun. Dan orang dah tau sebelum dia bagitau lagi. Cuma jadi heboh bila orang UMNo popularkan dia.

Hasan ni dibicarakan dlm kes selcat. Kes selcat ni lebih kpd kerajaan negeri punya masalah. Macam jawatan CEO gak la. heh heh.. Jadi, terulang pd TSKI nak pecat dia or tak.

Ko ni cubalah paham isu sikit sblm nak bantai orang. Jgn kau ni termasuk golongan blog celaka pulak!!

BigFoot said...

Aku cadangkan kau orang tubuh Parti baru lagi patut iaitu PAS REFORM

Pesuruhjaya Pas Reform: Aduka Taruna
Timbalan Pesurujaya Pas Reform: TP
Bahagian Undang2: edyesdotcom
Bahagian Penyiaran: Mountdweller
Bahagian Agama: TB

Jangan tunggu lama2, nanti PRU terlepas pulak.

Dia orang ni semua lulusan tinggi2..PHD semuanya

kah..kah..kah...

Anonymous said...

Yang pegi sekolah itu student...
Yang tak pegi sekolah itu stupid....
TB ni rasanya... yang STUPID kot..??
"ORG-ORG KUAT AGAMA" dlm PASberg nie banyak yang pandai tapi lebih ramai yang BONGOK... Agama pun depa dok main-main.... STUPID..!!!

Anonymous said...

Tajuk: "Hasan Ali dedah rahsia PAS juga. Apasal tak gantung ?

Kenapa ramai tukang komen masuk blog ini kebanyakkannya membantah keputusan tersebut kecuali "mengkudu" bersungguh mempertahankan keputusan Jawatan Kuasa Disiplin PAS..?

Mengkudu faham ke apa itu erti keadilan...? Keadilan yang dimaksudkan adalah hukumannya yang dikenakan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan.

Kalau ada dua orang pesalah dan mereka melakukan pekara yang hampir sama maka hukumannya juga mesti hampir sama. Tetapi apa yang berlaku adalah hukuman kedua mereka itu langsung tidak mencerminkan satu keadilan.

Sebagai penyokong PAS, kita tidak mahu mengikut jejak langkah mengkudu bersikap bodoh sombong seperti...

"Sekarang AJK disiplin dah bagi kata putus dan parti dah beri kuasa pada AJK. So. apa yang lu orang bising2 kat luar...?"

Itu adalah kata-kata seorang yang wala' tapi bangang membezakan antara keadilan dengan kezaliman.

Mengkudu said...

Untuk anun 12:39

Aku ingin bertanya apakah jika Jawatankuasa Disiplin membuat keputusan mengikut apa yang dikehendaki oleh kau itu maka kau rasa tidak akan ada orang memprotest?

Kau mesti ingat dan faham bahawa sebagai sebagai ketua atau mereka yang telah diamanahkan oleh pemimpin berbagai sudut dan pendapat mereka telah mengambil kira sebelum membuat keputusan. Dan aku amat yakin bahawa mereka telah menjalankan tugas dengan baik dan amanah. Semoga Allah merahmati.

Soalan saya untuk anun 12:39

Apakah kau pernah hidup berpasukan?
Apakah kau pernah menjadi leader dan handle permasalahan anak2 buah you?

Jika kau pernah, aku tak rasa mempunyai sikap yang sedemikian.

adijagat said...

Kawe heran bin ajaib PAS sebuah parti yg memperjuangkan Islam dan keadilannya tiba2 bertindak tidak adil...mengikut kenyataan Pengerusi JK Disiplin kedua2nya terbukti bersalah tapi kenapa YB Khalid saja yang kena sepatutnya Hassan Ali lebih berat hukumannya kerana 1.mendedahkan rahsia parti 2.mempertikaikan tindakan/keputusan kerajaan PR(selcat)
Ini yg membuat rakyat bertanya di mana keadilan dan kesaksamaan yg diwar-warkan kalau masalah seperti ini pun tak boleh selesai..apa istimewanya Hassan Ali pada kacamata JK Disiplin???

Anonymous said...

Dulu mengata hukuman Ali rustam dan KJ tak sama. Sekarang?? Apo nak dikato? Ulama2 dah bersidang. Adil atau zalim. Allah sahaja yang membalasnya.

Mengkudu said...

Tuan2,

Sebelum aku masuk tidor, dan sebagai seorang sahabat, aku ingin cadangkan agar kalian yang rasa tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin, pergilah kemana2 kursus yang banyak dianjurkan kini mengenai "HOW TO BE LEADERSHIP" ( contoh salah satunya). Saudara2 juga boleh membeli buku mengenai tajuk tersebut dikebanyakkan toko2 buku terkenal.

Semoga saudara2 faham.

OK, good night....Assalamualaikum dan semoga Allah merahmati perbezaan pendapat kita ini.

dILA said...

keputusan majlis disiplin pas ini SAMALAH dengan keputusan hakim heks agustin paul yg menjatuhkan hukuman salah kepada anwar bila SELURUH DUNIA tahu anwar dianinyaya, cuma kali ni Khalid samad pulak yang jadi mangsa!!!

tujuan mersyuarat khas yg nik aziz anjurkan adalah untuk menghukum Hasan ali, mustafa & nasarudin - the 3 stooges of UG movement in PAS. tup…tup.. khalid samad pulak yang kena hukum!!! GILA APA????!!!!

tahap bangang gila babi!!!!!

macammana pas nak menegakkan keadilan di malaysia ini bila diapun tidak boleh berlaku adil kpd ahlinya sendiri????

Ayuh, kita mesti LANGGAR PUAK UG DARI PAS SEGERA!!!

CALL FOR EGM NOW!!!!!

Anonymous said...

kali ni mampuih la kalid samad... pru 13 nanti bungkuihhhhh

Anonymous said...

ini adalah balasan kepada doa pecah perut orang2 pas bongok... kan dah pecah.... Allah jawab permintaan korang... doa la lagi yang bukan-bukan...

Mengkudu said...

Tak payah la nak sibuk2 nak langgar..
Tak payah la nak sibuk2 nak menghentam AJK Disiplin yg telah dipersetujui oleh pemimpin.

Tanyalah diri kita dulu, apakah kita layak menjadi seperti mereka? Tanyalah diri kita kenapakan kita sendiri tidak mahu menawarkan diri kita utk menjadi AJK tersebut sebelum penghakiman dimulakan dahulu?
Tanyalah diri kita kenapakan kita tidak dicalunkan utk menduduki AJK tersebut?
Tanyalah diri kita apakah kiranya aku menduduki kerusi AJK tersebut maka tidak ada seorangpun yang akan membuat komplain atau tidak puas hati seperti mana aku tidak puas hati sekarang ini?

Jadi, muhassabah lah diri kita dahulu sebelum jari-jemari dan mulut kita cuba nak memunasabah orang lain. Mulut bagitu mudah utk berkata, jari begotu mudah untuk menulis , tapi, mampukah merialisasikan seperti mana kita kehendaki. Mampukah kita memuashatikan semua ahli yg berjuta bilangannya tanpa ada seorangpun yang merungut (sebagai contoh pandangan2 dalam article di ruangan ini).

So, belajarlah menjadi seorang leadership yang bagus dan cemerlang.

Anonymous said...

PAS PIS PUS!!hamPAS!!Keadilan dlm islam konon!!Hakk ptuiihhh!!Pi mampos la ngn dongeng keadilan islam ala pas ko tu!!Nek myampah aku tgok muke2 pmimpin pas pusat ni.!PRU13 tau la ko cmne nk ajaq!!

kolonikof said...

TB tolong senarai nama gang-gang hassan ali supaya PRU 13 rakyat tak pangkah mereka lagi.

Meriam-buluh said...

TB/TP

Pegi buat parti sendiri la...
Cakap saja pandai
Tubuh la Parti Reform kau tu
Tengok berapa kerat yang sokong kau plk...

Mana geng2 PAS Reform...??? Berani ka tubuh Pari baru masa PRU-13 nanti?
Jangan jadi jantan di blogs kau orang aje, tapi..bila suruh bertanding menggunakan khayalan Pas Reform kau tu, telor terus masuk kedalam.

Aku sokong penuh apa yang Awg Dogol selalu kata, blogers PR yg ini (Pas Reform) bangang- bangang belaka. Sana bantai, sini bantai, BN hampa tibai, PR hampa kutuk. Tak ada pendirian langsung. Konon menjaja keadilan, menjungjung undang2, tapi cakap dan tulis serupa bontot ayam busuknya. Orang2 serupa kau orang ni semua parti pun tak nak terima.

BANGANG...BANGANG..BANGANG

Anonymous said...

hamPAS!!!Byk retorik khayalan je pas woi!Ptuihhh!!

anak jati pahang said...

Dulu aku respek gak kat Tuan Ibrahim tapi skrg ni sorry la nak respek. Dah terang lagi bersuluh. Jgn ingat kami bodoh. Konon Hassan ali bagus sebab usaha hapus arak.... Woi hassan ali and geng yg bodoh! Islam pentingkan wang rakyat dibelanja dengan berhemat tanpa penyelewengan la bodoh..lawan rasuah supaya anak korang tak melacur dan mengangkang jual puki nak cari susu anak la bangang...selamatkan harta rakyat lebih penting dari isu hapus arak...nampak sangat PhD Hassan Ali dibayar dgn duit kopi... kuikuikui...

mlayukrala said...

ajk lebai2 ni mana ada lulus matematik,,,tambah2 geng ganu tu,,,,kalu univ syaratkan matematik jd teras alamat tak masuk u le mamat2 ganu tu. si pj sel tu pun masalah urus bini pun tak selesai jd cmna nak tadbir organisasi