"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 19, 2010

Presiden PAS Lebih Popular Bila Tidak Bersama Dengan “Geng Perpaduang”/UG

Dalam isu “Kalimah Allah-The Herald” ini, Presiden PAS telah memilih untuk menerima pendapat Dr Yusuf Qardhawi. Beliau telah menolak pendapat-pendapat yang diutarakan oleh kepala-kepala geng Pro UMNO seperti Dr. Harun Din, Dato Harun Taib, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dsbnya.

Malahan, begitu keras pegangan kumpulan Pro UMNO di dalam PAS, sehingga Dr Harun Din menggunakan label “kufur” kepada mereka yang berkompromi dalam isu ini. Ertinya dengan otomatik, Dr Harun Din telah mengkufurkan AJK PAS Pusat serta Presiden PAS sendiri.

Sehingga hari ini, Dr Harun Din tidak menarik balik “fatwa” beliau. Malahan, jemputan pada mesyuarat Biro Politik pun beliau tidak mahu hadzir.

FORMULA PENYATUAN PAS TELAH DITEMUI

Formula penyatuan PAS telah ditemui. Yakni, dengan mengikut lunas-lunas Al-Qur'an dan Hadeeth ditambah dengan kefahaman “waqi’” yang jitu.

Dalam isu penggunaan “kalimah Allah”, jelas ianya adalah “perangkap UMNO” sejak dari mula. Mengapa UMNO begitu galak sekali memainkan isu ini seharusnya menjadi petunjuk kepada “waqi’” isu semasa ini.

Sehingga kenyataan Timbalan Presiden telah diwarwarkan oleh media UMNO secara meluas kerana UMNO mengharap PAS menyokong usaha UMNO melawan isu ini. Media yang memberi ruang yang besar kepada Timbalan Presiden PAS jugalah media yang sama yang telah memfitnah mangsa pembunuhan kejam bernama Ustaz Ibrahim Libya.

Alhamdulillah, Presiden PAS diberikan ilham serta petunjuk dari Allah SWT menolak gagasan geng UG yang sama dengan Gagasan UMNO. Dan, selepas itu, berlakulah trajedi pembakaran gereja seluruh Malaysia.

Imej PAS melambung naik. Imej Presiden PAS sebagi Presiden PAS yang penyayang juga melambung naik. Tiba-tiba Presiden PAS dilihat lebih baik dari Najib Tun Razak untuk memimpin negara Malaysia ini.

Dan kesan kepada dakwah Islam adalah orang bukan Islam lebih yakin kepada PAS berbanding UMNO untuk memimpin mereka di masa hadapan. Apabila orang bukan Islam yakin dengan kepimpinan PAS ertinya mudah bagi PAS menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada mereka selepas ini.

PAS juga BERSATU di belakang kenyataan Presiden. KAlau pun ada mulut-mulut jahat, ianya hanya dibaca dalam artikel-artikel yang diterbitkan oleh Songkok Putih di Laman Tranungkite sahaja.

KUMPULAN ERDOGAN HANYA MAHU PAS MAJU

Itu sahaja kehendak kumpulan Erdogan. Dan mereka mahu PAS maju TANPA mengorbankan prinsip Islamiyyah kerana kesemua mereka yang dikaitkan dengan “Kumpulan Erdogan” adalah mereka yang berakidah Ahlus Sunnah dan mempercayai kesyumulan Islam 100%. Ini termasuk juga Racip Tayyib Erdogan sendiri.

Kalau Presiden boleh nampak fakta ini, nescaya “Kumpulan Erdogan” akan menjadi pelantar untuk menjadikan Presiden PAS tokoh yang paling diingati serta dimuliakan oleh rakyat Malaysia di masa hadapan.

Presiden PAS akan dikenali sebagai BAPA KEAMANAN MALAYSIA kerana beliau telah menghalang berlakunya pertumpahan darah hasil dari isu “Kalimah Allah” ini.


Dan penggunaan Kalimah Allah ini tidak diharamkan oleh Islam. Mengapa kita mahu mengikut jejak langkah UMNO dan ulama2 mereka (seperti Haramsani)? Adakah ulama2 dalam PAS low-class dan terpaksa menyembah kaki ulama2 UMNO?

PAS PERLU BERSATU BERMULA SEKARANG

PAS mesti bersatu bermula sekarang kerana sudah hampir pilihanraya umum yang akan datang. Keadaan ekonomi negara semakin buruk dan Najib tidak akan mahu menunggu sehingga ekonomi menjadi lebih buruk sebelum memanggil pilihanraya seterusnya.

Jelas, formula penyatuan adalah PAS wajib membersihkan diri mereka dari kumpulan Pro UG/Pro UMNO. Wajib dibersihkan sehingga tiada lagi wakil UMNO dalam kepimpinan PAS yang wujud. Kalau tidak, kumpulan pro UMNO hanya akan menyebabkan PAS berpecah sesama sendiri terutamanya sebelum piliharaya umum nanti.

Jelas agenda geng Pro UMNO tidak disukai oleh ahli2 di peringkat bawah dan menyebabkan ahli2 di peringkat bawah serba salah dan lemah semangat.

Isu ini diberikan oleh Allah kepada PAS untuk menjadi pemimpin pada rakyat bukan Islam di negara Malaysia ini. Jangan sia-siakan peluang ini

Tulang Besi

14 comments:

Anonymous said...

Betul TB.Golongan UG ni lg bahaya dr UMNO,serangan langkah taktik dan bunga2 pencak mereka susah diduga.Sebab apa?sebab sama kem.......

Anonymous said...

Dr. Haron Din ni ape yang dia tahu? Yang dia tahu hanya buat air jampi saja macam kata Dr. Mahataik. Eloklah dua2 ni Dr kelentong orang saja, Dr. sampah. Memalukan, tak sepadan dengan gelaran mereka. Satu gelaran ulamak ular dalam semak dan yang satu lagi gelaran Dr segala taik.Menyampah!

Anonymous said...

Betul tu. Tapi ramai ke orang Melayu sokong PAS?

Ramai ke orang melayu suka PAS bersama PKR dan DAP?

Kat Selangor, ramai orang Melayu dah mula menyampah kat PAS. Mungkin para pemimpin PAS dan orang2 kuatnya tak sedar. masih berada di awan biru.

Berkaitan kalimah Allah, pula ramai ke pengundi bukan Islam beragama Kristian. Apakah mereka yang bukan Kristian setuju kalimah Allah boleh diguna oleh bukan Islam. Yakin kah mereka dasar perjuangan PAS? Atau mereka hanya mengambil kesempatan peluang melemahkan UMNO dengan mengundi PAS.

orang PAS sebenarnya bukan bijak politik. Atau memang terlalu bijak politik tapi ada udang sebalik batu?


PAS sepatutnya ikhlas "for Allah" tetapi dah sesat mejadi PAS for All.

PAS====sekarang Parti Ajaran Sesat. Serupa macam UMNOP . Dulu lain sekarang lain.

Unknown said...

Yelah, sedare2 lebih ulamak dr Dr Haron Din, Hamsani. Bila tak sependapat, kutuk abis2 kate Dr klentong lah. Kalau sakit, klamkabut carik ulamak tu mntak doakan, kalu spendapat, puja habis2an.

Knape nak dilabel ulamak Umno / Pas. Diorg mempertahankan aqidah umat Islam dr terpesong pon salah ke.

Anonymous said...

Anon 2.23pm, org selangor menyampah kat PAS selangor sebab ketuanya kat selangor..tau kan sape ketua PAS kat selangor? so paham2 sendiri la.. - Neo

mosabit said...

apa yg kecoh ni?...elok la orang kapir nak guna nama ALLAH...salah ker?...

Apek sebelah rumah aku selalu kata "Itu Tuan Ala punya kuasa.."
Tuan Ala bagi apek tu ALLAH lah tu....

ALLAH kan TUHAN seluruh alam?...
Babi tu bukan penganut Islam..tapi dia bersyukur pada ALLAH...

Dari percaya UMNOlah yg beri rezki pada orang melayu....UMNOlah yg selamatkan melayu...
takda UMNO semua melayu mampos??..

abis tu ALLAh korang nak letak kat mana ....wahai ahli umno????

Anak Raja Dagang said...

Group UG,Kelian nak patahkan pendapat Dr Yusuf Qardhawi pulak lepas ni?

Mengkudu said...

Woiiii.....hampa ni mimpi ka?
Mana ada UG dah.
Itu cerita lama la
Pegi basuh muka dulu lah...

Anonymous said...

KAlau pun ada mulut-mulut jahat, ianya hanya dibaca dalam artikel-artikel yang diterbitkan oleh Songkok Putih di Laman Tranungkite sahaja.

aku jwb:
blog malaysianwaves n PR lagi nauzzubillah...jahat mcm lidah setan

Yong said...

Pemimpin PAS yg. baca ayat sekerat-sekerat ikut kepentingan politik..awas ye! sorban besar bukan tak mesti masuk neraka...
Kamu ingat nik Ajis, hadi awang tu dah tentu masuk sorga ke??
Tau tak Bastita lagi handal agamanya dan lagi warak..lagi masuk neraka..ni pulak orang PAS yg. ramai dah sesat...dan kufur kata Prof. Dr. harun Din..

AntiHipokrit said...

Inilah tahap bodoh tak boleh diajar. Dr harun Din hanya berkata sesiapa yang menyokong Kristian menggunakan kalimah ALLAH itu BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUFURAn, bukan KUFUR. Bodoh sgt le penulis blog yang kaki mintak sedekah ni dgn anon2 yg mungkin akan masuk SYURGA dengan FATWA SESAT NIK AZIZ.

MymassaVoice said...

DAh tak boleh nak buat apa dah kat puak-puak penjilat jubor DAP-PKR nih! Ade terpikir ke puak-puak Kristian ni nak sangat guna Allah sebab nak kelirukan anak-anak ko besok (itupun kalu adela)? Bodoh piang! dah haron din, pemimpin ko sendiri cakap kufur sapa yang sokong, yang ko dok pertahan sgt ni kenapa? besar sgt ke keta dgn gaji yang guan eng kapir laknat tu bayar? boleh bawak kat akhirat?

eXception said...

Perisik Rakyat, blogger upahan Nga Kor Ming... Apa Nga Kor Ming kata semua angguk... Pasal Nga Kor Ming dah suap kasi kenyang-kenyang... Lu tipu sama olang, wa kasi lagi manyak uwang...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Anonymous said...

aku tak la pndai sngat tp reti la pasal kes nama Allah ni,,yang di cakap kan oleh harun din tu bermaksud......kalu perkataan Allah tu disalahgunakan oleh orang2 kristian khususnya paderi2 mereka yang memang nak membaptiskan anak2 islam kat bumi malaysia ni yang terang2 tak berapa kuat iman dia..salah satu contoh,dulu de kes pasal buku2 yang kita nampak cam buku agama islam dari kulitnye la,,tp isi dalam rupa2 nya dakyah kristian,,tu yang ditakutkan oleh harun din,,cube pikir ya,nape orang kristian ni sebok2 nak pakai gak nama Allah dalam sok kabar dorang?sbb kalu leh guna,dorang lagi senang nak keliru kan anak2 islam malaysia ni.pastu ramaila anak2 islam malaysia ni murtad masuk kristian,maka tercapai la hasrat org2 kristian ni,,.PAHAM!!!tu je agenda dorang,,nape baru skarang ni dorang yang kristian sebok2 nak guna nama Allah.?cube pikir,,jgan tengok benda ni dari sudut politik..sebb politik tu akan membutakan kite dari hal yang kita tak sedar yang hal itulah main point benda ni..aku tak peduli umno nak guna kes ni pecah belahkan pas ke hape ke yang merepek2..owg dalam pas nak begadoh pasal kes ni ke hape ke,,aku tak peduli,,pas ke umno ke same je,,,sume nak gunakan kepentingan benda untuk parti sendiri,dari ape yang aku peratikan la,,blogger ni plak tngok isu ni dari segi politik tu yang jadi tunggang langgang tu,cube ulas benda dari pandangan agama,,pikirla camne kite nak protect agama kita dari serangan org kapir ni,tak kesahla owg umno ke pas ke..cube pikir,,yang tuan blogger ni pown same,cube ulas dari segi agama pasal benda ni,,blek2 pusing pasal team tu la team ni la,,bosan aku tngok,,