"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 19, 2010

Gegar Jamin Himpunan 100,000 Rakyat Kelantan Dapat Kebenaran

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak Rakyat Kelantan (GEGAR) memberi jaminan perhimpunan 100,000 rakyat Kelantan yang dijadual diadakan pada 28 Januari nanti, telah mendapat kebenaran pihak keselamatan.

Pengerusi GEGAR, Dr Abdul Halim Yusof berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa induk penganjuran yang akan diadakan di Kota Bharu Khamis ini.

Menurutnya, jawatankuasa itu melibatkan semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak polis dan agensi pihak berkuasa kerajaan tempatan.

"Kita memberi jaminan perhimpunan itu dapat diadakan mengikut jadual demi keselamatan dan keamanan semua pihak, dan keputusan itu akan diambil dalam mesyuarat lusa ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Dr Abdul Halim berkata pihaknya sudah mengkaji pelbagai aspek sebelum menganjurkan perhimpunan itu yang melibatkan semua pihak berkaitan, seperti polis, pihak berkuasa kerajaan tempatan MPKB bagi melicinkan perjalanan program itu.

Menurutnya, untuk program pertama, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi penceramah utama menjelaskan tentang isu royalti minyak di majlis penerangan di Stadium Sultan Muhammad Keempat pada 28 Januari ini.

"Program itu yang pada mulanya akan diadakan di Kelantan Trade Center (KTC) di sini (Kota Bharu) telah dipindahkan ke lokasi baru di stadium itu bagi memberi keselesaan kepada rakyat Kelantan menyertainya," katanya.

Menurutnya, ini diikuti program kedua akan diadakan debat terbuka di Balai Islam Lundang di Kota Bharu pada 13 Februari yang melibatkan pemimpin politik dan wakil rakyat.

Beliau berkata, antara pemimpin yang diundang menyertai debat itu ialah Tengku Razaleigh selaku Pengasas Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, dan Exco Kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, sebelum majlis bermula, para hadirin dijadual mengadakan solat hajat di padang Stadium Sultan Muhammad ke-IV bagi memohon keberkatan Allah menjayakan program itu.

Sumber - Berita Harian Online

6 comments:

Anonymous said...

hidup najib

Anonymous said...

hidup bn

Mengkudu said...

Aku pasti 150% si Mustafa Muhamad (pengkhianan Kelantan) tak akan datang. Mungkin dia bagi alasan sakit perut kena kolera.

Note:
Sepatutnya sebagai anak jati kelantan (Mustafa Muhamad) akan berjuang dan berusaha bermati-matian utk dapatkan hak royalti....Ini tidak...beliau bermati-matian untuk menafikan hak royalti tersebut.

Tak ka pemimpin biul namanya.....

Anonymous said...

bang kudu,
macemano tok nafi sebab dio parti
cap aye...bukan itu saja nazri bubuh
tu pun gerenti tok maghi...kawe raso ado ore ho nok kena pekong..kekeke

i'm no king

Anak Lenggong said...

DATANG LAH BERAMAI-RAMAI...SEBAB SESIAPA YANG DATAANG AKAN DAPAT KROPOK LAMBANG NIK AJIS DAN SELIPAR FREE...

Mata Sepet said...

Mustafa md kata dia tak boleh datang sebab musin hujang sekarang ni...nanti demam

Nazri aziz kata dia pun tak boleh datang sbb nak settlekan masalah anak dia yg keluar dlm YouTube tu - boleh memalukan dia sekeluarga.

Dia orang wakilkan pada Tg Razali Hamzah aje. Apa yg Tg Razali kata itulah pandangan mereka.