Tulang Besi dengan rela hati MENERIMA cabaran camel Pemuda PJS ini. Di bawah Tulang Besi membawa kata-kata Ustaz Nasaruddin sendiri. Mengapa? Kerana nak buktikan pada Pemuda PJS siapa dia yang memecah belahkan PAS.
Dalam dialog dengan Bloggers, Ustaz Nasa berkata:
"Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO".Saya nak tanya Pemuda PJS, bukankah tindakan ini yang telah menyebabkan PAS berpecah? Kertas kerja dibentang dalam Mesyuarat Syura yang tak rasmi, dan keputusan diambil TANPA MERUJUK kepada AJK PAS PUSAT seperti yang dikehendaki Perlembagaan Parti. Mursyidul Am pun tak tau keputusan ni tiba-tiba dah pergi berjumpa dengan UMNO dalam gelap.
Siapa yang bercakap dalam gelap dengan UMNO? Tulang Besi atau geng Pro UG? Sebelum berlaku perselingkuhan dan khalwat dalam gelap ini, bukankah PAS bersatu? Perpecahan hanya berlaku SELEPAS bercakap dalam gelap.
Jawab Pemuda PJS, jawab.
Geng UG ni tak tau beza antara benar dan bathil. Yang mereka tahu wala’, wala’, wala’. Sapa yang nak wala’ pada kepimpinan yang sanggup berkhalwat dengan UMNO dalam gelap, kemudian berbohong mengenainya.
Wala’ mesti ada Thiqah dulu. Sapa yang nak Thiqah pada pemimpin yang berbohong pada mereka. Ada seorang pemimpin Pemuda Selangor sorang tu, sampai pernah berdoa Ustaz Nik Aziz mati. Dia ni ke hulu ke hilir suruh orang wala’. Tapi bila Suyuti bagi salinan rakaman pada Tok Guru Nik Aziz dia marah. Suruh dikenakan Suyuti tindakan disiplin. Dia tak wala’ ke pada TGNA?
Dalam usrah mereka kena basuh otak. Husam jahat, Khalid Samad jahat, Anwar jahat, DAP jahat, PKR jahat. Sekarang ni tambah satu, Tulang Besi jahat. Semua bukan geng dia, semua jahat. Jumpa UMNO dalam gelap baik, berbohong pasal jumpa UMNO dalam gelap baik, buat kerja menguntungkan UMNO baik, langgar keputusan parti dalam isu Kalimah Allah baik.
CERITA DONGENG DICIPTA UNTUK MENYOROK KESAH MEREKA BERKHALWAT DENGAN UMNO
Sampai satu tahap, mereka sanggup buat cerita dongeng sebegini:
"June 6, 2009 9:02 AMYang tulis komen ni nama dia Afyan Mat Rawi. Dia ni Ketua Penerangan Pemuda Gombak. Dia tulis komen ni dalam blog saya untuk semua orang membacanya.
Afyan said...
PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.
Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.
Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini."
Tapi, sampai hari ni Afyan Mat Rawi ni tak bawa satu bukti pun. Beliau percaya fitnah ni bulat-bulat tanpa membuat walaupun sedikit pengkajian. Ini kerana cerita-cerita bohong dan penipu sebegini hebat disebar di usrah-usrah pemuda dan di kalangan pimpinan Pemuda. Para Pemuda2 ini percaya bulat-bulat cerita dongeng dan menipu ini.
Pernyataan Ustaz Nasa membuktikan:
a. Tiada konspirasi geng Anwar dalam PASBegitu jijik fitnah yang mereka taburkan demi melindungi perbuatan mereka yang kotor dan mual itu. Mereka tiada perasaan malu dan mencipta fitnah demi menjayakan konspirasi mereka yang jijik itu. Mereka tidak hirau PAS dan parti berpecah. Yang penting hubungan UMNO dan PAS dijalin.
b. Anwar tidak cemburu pada PAS
c. Tentangan kepada geng UG adalah atas tindakan mereka berjumpa dengan UMNO dalam gelap
d. Tindakan tersebut bukan sebab mereka mahu mengikut telunjuk Anwar.
Ada wakil Pemuda Pusat tu kata Tulang Besi bukan tarbiyyah PAS tulin sebab tak faham erti wala’. Nak bagitau wakil pemuda PAS Pusat tu, masa kamu kencing berak dalam lampin lagi, Tulang Besi dah ikut tarbiyyah PAS. Jangan mudah-mudah tolak pendapat orang. Nanti orang kata kamu takbur. Mereka-mereka yang menentang usaha PERPADUANG ni adalah mereka yang sudah MASAK dan MATANG dalam PAS.
PJS PUN PERNAH TIDAK WALA’ SECARA TERBUKA
Saya masih teringat bercakap dengan bekas Ketua Pemuda PJS sewaktu majlis perkahwinan anak Ustaz Taib Azamuddin. Saya bagitau pada dia, tindakan PJS tidak menarik calon mereka dalam PRU Taman Medan 2004 adalah tindakan ENGKAR.
Kalau dalam perang, tindakan seperti itu boleh ditembak mati “on the spot”. Tindakan mereka bukan sahaja merosakkan imej Presiden juga imej PAS dan imej Barisan Alternatif. Last2 calon PKR masa tu saman malu ke atas calon PAS sebab dia dituduh akan masuk UMNO.
Yang saya tahu, PJS ni marah sebab tak dapat bertanding kerusi Taman Medan. Jadi, mereka pun buat musuh pada PR, buat musuh pada sesiapa sahaja asalkan mereka nak dapatkan balik kerusi Taman Medan.
Ertinya, perjuangan mereka lebih pada kerusi dan bukan prinsip Islam lagi. Tapi, bukan semua lah. Cumanya PEMUDA PJS FB ni salah seorang dari nya.
Tulang Besi
p/s - Kalau tak puas hati, Pemuda PJS boleh dengar sendiri perkataan Ustaz Nasa tersebut di bawah:
1.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 01
8 comments:
Tulang Besi
Nampaknya penjelasan menarik. Pak Din nak copy tampal jerlah.
TB
Baru saya faham. Ingatkang wujud kumpulang yang dikatakan Erdogan ni. Cuma mengikut penjelasang TB, yang membawa perpecahan dalam Pas bukang kerana wujudnya kumpulang Erdogan, tetapi kerana nakkang perpaduang. Jadi kelihatannya yang ada sebenarnya adalah kumpulan perpaduang bukang kumpulang erdogan.
apa nak tunggu lagi,bawak le pas masok umno cepat cepat....bubarkan kan pas klu dah umno tu betul sangat,tak payah nak perpaduan2...dok aje ramai2 dalam umno tu....mama le tahu klu2 hj hadi nanti boleh dapat jadi PM,nasa pulak bolkeh jadiTPM,opsss hasaN ALI,MUSTAPHA ALI dan juga geng2 UG...DAPAT JUGA MENTERI HURU HARA KE,MENTERI KACAU BILAU KE APE2 LE TAK KISAH ASALKAN MENTERI,yg wala wala KAT UG TU,DAPAT AGAKNYA JADI JKKK ke,tak kisah le tu kan kankan...yg penting jgn bersubahat dgn anwar dgn dap nanti jadi pengkhianat bangsa melayu pulak,bangsa melayu ni kan ke satu bangsa yg berdaulat,yg dulu jadi barua poirtugis pun melayumyg jadi bini2 portugis2 yg sekarang keturunan2 tu ada kat ujung pasir tu melayu berdaulat,yg jadi barua belanda pun berdaulat,yg jadi barua inggeris pun berdaulat juga,yg jadi barua jepun berdaulat juga,yg jadi barua menggadai tanah2 org melayu pun bangsa berdaulat juga.....kah kah kah....cepat cepat cepat ...pas kena keluar dari pakatan rakyat...jgn bersengkongkol dgn anwar dan dap,nanti jadi pengkhianat bangsa pulak...BUBARKAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA cepat cepat cepat....jom ramai masok umno.....umno dah berubah sekarang ni,najib,muhyiddin,zahid,hishamuddin,noh omar,rais,zambrey kader,ali rastm,adnan yakcob dll ramai lagi dah alim sekarang ni,dia org dan pengikut2 sekarang tiap2 malam buat sembahyang tahjud qiamulail dan zikir tak tinggal,semua tu di bawah pimpinan harussana harussini dan jamil khir,kan dah alim tu,tak patut le pas menentang umno,jom ramai2 sokong umno....CEPAT CEPAT CEPAT....woi tulang besi kau taknak masok umno...jgn lupa pulak ajak aduka taruna sekali....
yang benar kita sokong..yang salah kita tegur..syabas tulang besi...
Ni ada lirik lagu untuk umno dan juak-jauknya:
Kali pertama aku
mengenalimu...
Mahu bersama
mahu bersama...
Raut wajahmu bersih...
Menyakinkan hati ini
aku terpaut...oohhhh.....
Semua dusta palsu
Aku tertipu...
Kerperibadianmu
berubah mengikut nafsu...
Panggilanmu gelaranmu
baru ku tahu...
Lakon layarmu hebat
terpukau ku melihat
Isihati upahan
sampai bila
kau mahu tersesat
Tidak kau penat
hidup penuh muslihat...
Mahkotamu Raja drama...
Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda..
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu...
Ini bukan kau yang
Pernahku kenal dulu...
Panggilanmu gelaranmu
baru kutahu...
Lakon layarmu hebat
terpukau ku melihat...
Isihati upahan
sampai bila
kau mahu tersesat
Tidak kau penat
hidup penuh muslihat...
MAHKOTAMU RAJA DRAMA...
Panggilanmu gelaranmu
baru kutahu...
KAU BERTAPA
BAGAI MAHARAJA DIATAS LEMBAH
LAKON LAYARMU YANG TERHEBAT
MEMUKAU MATA MELIHAT
TIDAK KAU PENAT
HIDUP PENUH DENGAN
TIPU MUSLIHAT...
SAMPAI BILA RAJA DRAMA
SAMPAI BILA RAJA DRAMA...
TIDAK KAU PENAT
HIDUP PENUH DENGAN
TIPU MUSLIHAT...
SAMPAI BILA RAJA DRAMA
SAMPAI BILA RAJA DRAMA...
TIDAK KAU PENAT
HIDUP PENUH DENGAN
TIPU MUSLIHAT...
Hayati lirik ini dan renung diri dalam-dalam.
Saya kenal org nama Afyan Md Rawi ni secara peribadi... personally orangnya biasa ajer... tak sangka dalam blog bukan main... Saya dah lama tak join usrah dgn diorang ni... nak sembang pasal politik pun tak bleh masuk dgn diorang... bila kita bela sikit Khalid Samad ... sudahnya kita yg kena pulau...last2 malas nak join aktiviti dgn diorang... lantak lah korang...
Selagi mana masih ada otak fanatik dalam PAS, selagi itulah PAS tidak akan berubah. Bila cakap dengan kumpulan ini, perkataan 'walak' sering saja keluar dari mulut mereka. Nak kata bodoh tidak nak kata cerdik belum tentu lagi. Geng T'ganu Kite adalah kepala2 kumpulan ini.
ALA...
KAU ORANG PERCAYE KE DENGAN CERITA BODOH SI TB NI?.
Post a Comment