"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 03, 2010

ANALISIS BEBERAPA FITNAH YANG SEDANG DIHAMBUR PADA TULANG BESI

Beberapa hari lepas ada seorang blogger (Blogger X) memberitahu saya beliau mendapat satu email dari seorang kenalan. Kenalan Blogger X itu memberi amaran kepada Blogger X supaya jangan mempercayai Tulang Besi.

Hujjah-hujjah juga diberikan oleh kenalan Blogger X itu. Kebanyakan diambil dari web site picisan milik orang yang tidak dikenali. Ironinya adalah fitnah-fitnah ini dicipta oleh puak-puak yang mengaku menyokong dan mendapat tarbiyyah ulama. Maka, saudara lihatlah sendiri puak-puak yang mendapat tarbiyyah ulama PAS menebar fitnah macam mereka ini tiada agama. Orang kapir pun tak buat fitnah macam mereka ni buat. Persoalannya sekarang, apakah jenis tarbiyyah puak2 ni dapat dulu?

Artikel ini ditulis untuk menunjukkan akhlak dan perangai sebenar puak-puak yang mengaku memperjuangkan kepimpinan ulama dan wala’ kepada jemaah.

JAWAPAN PADA FITNAH FITNAH

Izinkan saya melanggar fitnah-fitnah ini:

1.0 - Tulang Besi ahli PAS Cawangan Taman Melewar.

Jawapan: Taman Melewar tu saya tak pernah duduk pun. Kecuali Markas Tarbiyyah, saya tak kenal pun penduduk Taman Melewar tu.

Kepada pemfitnah, sila bawa bukti dengan membawa nombor ahli dan borang permohonan ahli saya. Demi Allah, saya tak pernah isi borang UMNO. Koyak poster UMNO pernah la.

Saya memohon Allah SWT menurunkan bala kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut ke atas orang yang mencipta dan menyebarkan fitnah jahat ini. AMIINNN.

2.0 - Tulang Besi marah Hasan Ali sebab tak dapat jawatan CEO.

Jawapan: Tulang Besi pun dedah pasal kepimpinan yang lain i.e. Suwardi Yaakob, Roslan SMS, Ustaz Nasa dan banyak lagi. Apa kena mengena diorang dengan permohonan Tulang Besi?

Permohonan Tulang Besi masih “pending” dan belum ditolak. Kenapa Tulang Besi nak marah? Sehingga hari ini tiada surat mengesahkan permohonan Tulang Besi ditolak. Standard la kena tunggu bertahun-tahun dalam permohonan begini.

Lagi pula, TB menawarkan diri. Bukan TB nak pun jawatan tu. Tak dapat lagi TB suka sebab bukan tinggi mana gaji pun.

Masa TB hantar permohonan tu, TB dah dapat kerja lain yang LAAAGGGIIII menarik tawarannya. Suwardi,Suwardi. Apasal murah sangat taraf kau ni. Tak puas kau tipu MAIS ke, nak tipu semua orang pulak?

3.0 - Datuk Tulang Besi adalah Sosialis. Pakcik TB pun Sosialis.

Jawapan: Allahyarham Rustam A. Sani, beliau adalah pakcik pada Tulang Besi kerana telah berkahwin dengan makcik Tulang Besi. Bapa pada Allahyarham Rustam A. Sani adalah Allahyarham Ahmad Boestamam.

Bukan ke Rustam A Sani penulis kolumnis Harakah selama bertahun-tahun. Malahan, Harakah pernah memberi anugerah Penulis Terhormat pada Sambutan 20 Tahun Harakah di Hotel Grand Seasons?

Harakah pun kita kena panggil Sosialis juga la? Ni semua fitnah budak-budak mentah. Kena balik muka dia.

Ahmad Boestamam adalah rakan seperjuangan kepada Allahyarham Burhanuddin Al Helmi:
"Pada Februari 1946, ketika semangat menuntut kemerdekaan sedang meluap-luap, Ahmad bersama dengan Dr Burhanuddin Al Helmi juga menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf (API), sebuah pergerakan kiri yang radikal di Malaya dan memimpinnya sehingga pertubuhan itu diharamkan oleh pihak British".
Kalau nak marah kepada Ahmad Boestamam dan Rustam Sani kerana mereka Sosialis, kenalah juga marah kepada Dr Burhanuddin al Helmi sebab beliau pun pernah menjadi Pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

Orang yang buat fitnah ni desperate dan tak pernah belajar sejarah. Hubungan Ahmad Boestamam dengan pemimpin-pemimpin PAS amat rapat dan intim. Arwah Ahmad Boestamam menjalin persahabatan dengan pemimpin-pemimpin PAS seperti Prof Dzulkifli Muhammad, Dr Burhanuddin Al Helmy, Ustaz Hasan Adli, Dato Asri Haji Muda.

4.0 - TB ikut usrah tak sampai dua tahun di kampus di USA. TB tak pegang jawatan di USA, kecuali ikut usrah.

Jawapan: Lagi kelakar tuduhan ni. TB mula ikut usrah PAS waktu umur TB 12 tahun di bawah PAS Negeri Sembilan dan di USA, TB jadi Naib Presiden MISNA. Nampak sangat amatur dalam membuat fitnah. Kan dah malu.

Rasanya, ni semua kerja geng cybertrooper UMNO tajaan Suwardi Yaakob.

5.0 - TB menjadi kontroversi lebih 5 tahun sehingga hari ini. TB menyerang ulamak dan kepimpinan PAS.

Jawapan: PEMBETULAN. TB menyerang FRAKSI UMNO dalam PAS. Yakni mereka yang berselingkuh dan berbohong kepada ahli PAS.

Mereka yang marah dgn TB ni sebab TB mendedahkan pekung mereka. Siap ada rakaman audio lagi. Jadi, dihantarlah geng Suwardi ni untuk fitnah TB dan buat kesah dongeng yang amat jijik ini.

Juga, tukang buat fitnah ni konfirm yang fraksi UMNO dalam PAS adalah kumpulan ulamak?

6.0 - Tapi sebelum tu dia ambil kesempatan mendekati YB Dato’ Dr. Hassan Ali sehingga dia berjaya menjadi Pegawai YB Hassan Ali sebab dia ada kepentingan peribadi. Apabila permintaan untuk menjadi CEO satu anak syarikat Selangor gagal, maka dia serang peribadi YB Dato Dr. Hassan Ali.

Jawapan: Fitnah ni saya “pick up” dari salah satu blog picisan yang takda maruah.
Saya jadi Pegawai Khas kepada PJ Selangor sebelum PRU 2004 lagi. Apa kaitan saya dgn permohonan CEO yang gaji jauh lebih rendah dari apa yang saya dapat sekarang ini?

Pembuat fitnah ni iri hati sebab beliau tidak akan sama sekali diambil kerja oleh mana-mana pihak sebagai CEO. Nak fitnah orang pun, biarlah berfakta. Jangan lah sampai orang nampak kita bodoh

6.0 - Menurut seorang rakan TB yang sama-sama belajar di Missouri USA di awal tahun 90an, sebelum TB kenal orang itu, dia pernah ambil kesempatan di USA dengan mendekati orang-orang yang dekat dengan TGHH, TGNA, MA, ABC, Ust Hassan Shukri, Ustaz Nasa, TG Harun Taib dll.

Jawapan: Aikk bukan TB kenal pimpinan2 PAS Pusat ni masa kat Malaysia lagi ke? Di Fort Wayne, Indiana Cikgu Pa yang kenal TB bukan TB kenal Cikgu Pa. Sebab Cikgu Pa kawan pada arwah bapa Tulang Besi. Tuan Haji Subky Latiff kenal TB masa TB kecik-kecik lagi. Datuk Hishamuddin Yahya kenal TB masa TB di bangku persekolahan lagi.

Kan dah malu. Buat fitnah tapi kena muka sendiri.

7.0 - Aku dok baca tulisan hang sana sini, memang hang tak pernah serang DSAI dan pimpinan MT PKR. tapi dengan PAS, hang hantam buta semua. Presiden PAS, pimpinan kanan, ulamak..habeh hang ludah dan hina. Macam hang hantam buta UMNO.

Jawapan: Bukan ke TB hentam Salehuddin Hashim dan Wee Chee Keong? Karpal pun TB pernah tegur.

Kalau orang tak salah, kita nak serang macam mana? Boleh bagi idea sikit?

8.0 - TB marah sebab Dato’ Mustafa Ali (MA) kata “16 Sept hanya gimik politik”.
TB hanyalah manusia “simbolik” yang wujud sebagai alat dan peluru satu kumpulan taksub yang mahu melumpuhkan kepimpinan ulamak, pendukung ulamak dan penyokong gagasan ulamak dalam PAS.

Jawapan: Bukan Tok Guru Nik Aziz pun marah sama ke? Cuba klik di sini. Kalau betul wujud kumpulan tersebut, maka kumpulan tersebut adalah PAS tulin sebab TB adalah PAS tulin.

TB sudah ikut tarbiyyah PAS waktu pembuat fitnah ini masih terkencing dan terberak dalam seluar.

Tapi, rasanya pembuat fitnah ni adalah cybertrooper UMNO yang diupah Suwardi Yaakob.

8.0 - Jangan lupa yang manhaj PAS adalah manhaj hizbiah. Kalau hizbi ringan-ringan tak pe. Tapi TB ni adalah contoh seburuk-buruk orang yang taksub dengan akidah hizbiah. Lebih teruk dengan PAS sendiri pun dia hentam semata-mata PAS tidak menurut kehendaknya. Lebih malang dia tak pernah nak beralah dan berlapang dada.

Jawapan: Nak berlapang dada dengan perselingkuhan, pengkhianatan dan pembohongan? Itu bukan lapang dada, itu bodoh namanya. Islam tak ajar macam tu.

9.0 - Abdullah bin Saba’ adalah org yg memeluk islam tetapi mempunyai agenda yahudi, ataupon dgn kata lain MUNAFIQ. dia menyalakan fitnah dan memecahbelahkan umat islam pada zaman Uthman bin Affan. dialah yg menyebabkan umat islam yg berpecah kpd 4.

ini berlaku kerana dia tidak wala’ pada pemimpin, slalu menghasut dan menjatuhkan akhlak pemimpin.

Jawapan: Baca Tafseer Ibnu Katseer dalam bab kepimpinan. Biar saya naqal:
"He said, `Collect some wood,' and then he started a fire with the wood, saying, `I command you to enter the fire.' The people almost entered the fire, but a young man among them said, `You only ran away from the Fire to Allah's Messenger. Therefore, do not rush until you go back to Allah's Messenger, and if he commands you to enter it, then enter it.' When they went back to Allah's Messenger , they told him what had happened, and the Messenger said,

«لَوْ دَخَلْتُمُوهَا مَا خَرَجْتُمْ مِنْهَا أَبَدًا، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوف»

(Had you entered it, you would never have departed from it. Obedience is only in righteousness.)'' This Hadith is recorded in the Two Sahihs
.
Dari hadeeth di atas, jelas Islam tak ajar wala’ membabi buta. Tulang Besi difitnah sebab Tulang Besi nak amalkan hadeeth di atas. Sedihnya….

PENUTUP: Cukup sampai di sini sahaja. Yang lain tu tak payah layan. Biasanya TB tak layan benda-benda fitnah ni, tapi sengaja TB nak tunjuk betapa desperate dan tiada maruah puak-puak ni.

Konon mengaku memperjuangkan kepimpinan ulama dan Islam tapi buat benda haram. Itu point sebenar TB. Puak-puak ini merasakan mereka tidak tertakluk pada hukum Allah dan Sunnah nabi SAW semata-mata kerana mereka rasa mereka memperjuangkan ulama.

Saya memohon Allah SWT menurunkan bala kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut ke atas orang yang mencipta dan menyebarkan fitnah-fitnah jahat ini. AMIINNN.

Tulang Besi

4 comments:

Anak Lenggong said...

Apa yang betulnya..siTB ni cuma sedang melobi dirinya untuk diperkenankan oleh nik ajis dengan bantuan husam untuk menjadi calon pilihanraya ..tu jee..

weii..Rahman..yang ni apa pulak komen ko..apa pulak perkara busuk yang telah dilakukan oleh adun Bagan Serai Mohsin Fadli Samsuri bila sebentar tadi mengumumkan keluar parti untuk menjadi MP Bebas.

Anonymous said...

harap ape2 yg kau post kat sini suma jauh dari fitnah kerana geng2 PR sendiri juga meragui kredibiliti saudara..atau diorg yg kaki fitnah? tak kira la, adakah fitnah di balas fitnah..hahahaha

simpan aje cerita sensasi yg belum ade bukti yg sahih..da ade bukti then share2 kan la kat sini..

terus kan karya saudara..

anti-firaun

Abu_Banjar said...

Bahhhh...wahinie si YB Mohsin pulak malompat leh.

Maka bapalanya urang tuha ni leh. Muha kaya kalimut ayam. Halam bapandir bukan main...wahinie...malompat manipu kulaan leh.

Kaina kauk....kau matie kania...kubur mo tu ako hambur dangan tahie ayam aje. Kurang ajar punya urang tuhak?

matgeram said...

sedih dan menyampah tengok muka yb mohsin!