"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 03, 2010

Royalti Minyak Kelantan: Khazanah Petroleum Kelantan (bhg ii)

Sambungan dari bahagian 1.

Sebagaimana dengan isu di JDA, aspek Perundangan dan Perlembagaan Persekutuan adalah amat jelas dan mengikut pemahaman Pakar-Pakar Perundangan, tuntutan adalah menyebelahi Kerajaan Kelantan.

Ini adalah kerana jarak pengeluaran tidak menjadi faktor penentu kepada pembayaran Royalti kerana pada ketika ini, Kerajaan Negeri Terengganu (sebelum tahun 1999), Sabah dan Sarawak terus menerima pembayaran Royalti walaupun jarak kawasan pengeluarannya lebih jauh dari kawasan Tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan.

Kawasan Operasi Gas Asli di kawasan PM303, iaitu di Lawit dan Jerneh berkemungkinan berada didalam Perairan Negreri Kelantan tetapi Royalti dari hasil pengeluarannya dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Penjualan hasil Gas Asli dari Jerneh iaitu kawsan pengeluaran terbesar di Malay Basin bermula pada tahun 1992 manakala pengeluaran di Lawit pula telah bermula pada tahun 1997 dan ia berupaya menghasilkan pengeluaran sebanyak 450 juta kaki padu gas dalam masa sehari.

Ke 2-2 kawasan ini dikendalikan oleh ESSO Production Malaysia Inc.

Kawasan Perairan disekitar JDA dituntut oleh erajaan Malaysia berdasarkan kepada Sempadan Wilayah dibawah naungan Negeri Kelantan sementara Perlembagaan Persekutuan sendiri menjamin Wilayah milik Kelantan adalah Hak Milik Kerajaan Negeri Kelantan.

Kerajaan Kelantan telah menyerahkan Hak Meneroka Perairan kepada Petronas dengan persetujuan pulangan dalam bentuk tunai sepertimana yang dimeterai dalam Perjanjian pada 9hb. Mei, 1975 diantara Menteri Besar Kelantan (pada masa itu) Dato' Haji Mohamed bin Nasir dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Penegrusinya (pada masa itu) YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memberi Hak Ekslusif - mencari, mengeksploitasi, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai (on-shore) atau di luar pantai (off-shore) Malaysia kepada Petronas.

Salah 1 butiran dalam Perjanjian itu seperti yang tercatat dalam Seksyen 1 (rujuk Perjanjian 1974/1975).
(1) - Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati di Kelantan.

"Dalam Perjanjian tersebut, kita tidak panggil "Wang Royalti", yang sebenarnya wang tersebut dipanggil "Bayaran Tunai" (cash payment) sementara "Wang Ehsan" pula tiada dalam Perjanjian yang saya buat dulu. saya yang buat Akta Petroleum Negara 1974, tidak terlintas untuk menyebut mengenai "Wang Ehsan" kerana "Wang Ehsan" hanya diberi kepada orang yang minta sedekah (Tengku Razaleigh Hamzah - Sinar Harian, 1hb. Disember, 2010)
Keengganan Kerajaan Pusat memberi Royalti kepada Kerajaan Kelantan bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih bear dari itu dan ianya memberi kesan permasalahan melampaui Negeri Kelantan.

Dengan menidakkan Perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas, bermakna Kerajaan Pusat juga menidakkan Perjanjian sama yang ditandatangani oleh Negeri-Negeri lain sekaligus menafikan Hak Negeri-Negeri lain keatas perkara tersebut.

Selain itu, Kerajaan Pusat akan dipersoalkan kerana dilihat sebagai cuba untuk menafikan kewajipan Petronas untuk membayar sebanyak 5% dari hasil galian kepada mana-mana Negeri Pengeluar Minyak seperti yang termaktub dalam kontrak Perjanjian.

Petronas pada hakikatnya terikat dengan kontrak tersebut dan wajib membayar sejumlah 5% dari jumlah hasil galian secara terus kepada Negeri-Negeri yang terbabit. tindakan menyekat kewajipan Petronas oleh Kerajaan Pusat menimbulkan persoalan dan boleh memberi implikasi yang lebih besar kepada Negeri-Negeri Pengeluar Minyak dan Gas khususnya Sabah dan Sarawak.

Keadaan Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah serupa kerana Negeri-Negeri ini telah menandatangani Perjanjian yang sama dengan Petronas. jika Kelantan tidak diberi Hak Royalti, adakah ke 2-2 Negeri di Borneo itu juga bakal menerima nasib yang sama?

Jangan juga kita lupa bahawa Negeri Terengganu telahpun mengalami nasib malang ditarik balik Hak yang selama ini dinikmati hanya kerana Kerajaan Negeri Terengganu bertukar pada tahun 1999!

Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar sikap Kerajaan Persekutuan yang dilihat cuba campurtangan terhadap Perjanjian yang telah dibuat antara Negeri-Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dengan Petronas. tindakan campurtangan hanya akan menyebabkan rakyat meragui intergriti dan keikhlasan Kerajaan dalam menghormati kesucian kontrak dan Undang-Undang.
"Saya harus menegaskan bahawa Petronas terikat oleh mereka dan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak boleh campurtangan dalam pemenuhan mereka. jangan bercakap tentang pelaburan untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi jika kita gagal untuk memahami pentingnya mematuhi kewajipan kontrak".
[bersambung bahagian iii]

6 comments:

Anonymous said...

umno curi duit rakyat utk kayakan anak2 bini2 menjadi gemuk,rakyat harus bangun melawan umno yg gila kuasa...kuasa dapat duit,org tunduk...ampu..sampai mufti2 punasa yg tergoda dek parti jahanam ni.

Anak Bugis said...

rasa nya kalau minyak jumpa kat tengah bandar kota bharu sekali pun, sedara najib cakap kelantan tekde hak untuk dapat royalti, silap-sialp kota bharu jadi wilayah persekutuan.. hehehe

Anonymous said...

yeayy..kelantan dapat royalti minyak billion2..

but..bila?

tulih kat sini segala fakta makta (tau tau betul or cukup ke tak fakta tu) tp dapat ape? bak kata org, berbuih mulut, habuk pun tadak..

meraih simpati politik ke? skrg ni rakyat kelantan yg kebulur royalti, takyah nak politik2 lagi, go ahead sue government for breach of contract, right left center..lawyer kan da ade..

kalu tgk nik ajis nye gambar tgh berdoa tu mcm doa die je yg makbul (doa pecah perut?), ape nak tnggu lagi,itu belum campur "fadhilat" solat hajat yg rasenya melebihi fadhilat memuliakan rasul, aku rase by now da dapat da royalti tu..wat per nak berbuih kat sini?

anti-firaun..

Anonymous said...

Rejim ganas umno ni mane tahu hormat undang2. Undang2 negara ni telah mereka meliwat berulang kali. Kepala meliwatnya adalah Dr mahataik dan Mat Najibtuya.

Mereka ni anak Yahudi zionis israel yang tak tahu hormat undang2 dunia. Mereka ingat negara ni mak bapak mereka yang punya ka? Semuanya macam pundek!

Anonymous said...

Kemarin saya cadangkan YB Husam supaya minta mahkamah membuat tafsiran mengenai status bayaran oleh Petronas kepada Trengganu.

Sekarang ni pulak saya syorkan YB Husam tambah lagi kes supaya mahkamah membuat tafsiran keatas tindakan petronas membayar kepada Sabah dan Serawak berdasarkan perjanjian mana dan apa status pembayaran itu?

Anonymous said...

takyah suh mahkamah wat tafsiran pasal undang2 tu..saman je terus, kan da ade perjanjian tu kata kena bayar 5% tak payah kira jarak nautika ke menda..

suh da kira breach of contract..ape lagi? saman je la..kalu suh mahkamah wat tafsiran, nampak sgt kelantan pun ragu2 whether tafsiran mereka betul..

ape lagi, zasss...saman!!..

anti-firaun