"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 08, 2010

Harussani Menyokong Pembunuhan Kejam di Memali

Dalam sebuk2 Mufti Perak menjaja pentingnya perpaduan Melayu dan Islam, rupa-rupanya terdedah "kemunafikan" beliau. Beliau ini, seperti kata orang tua-tua, "Telunjuk Lurus Kelingking Berkait" atau "Lidah Bercabang" atau "Mengata Dulang Paku Serpih". dan sebagainya.

Kehulu ke hilir beliau menjaja kononnya PAS tidak sayang pada Islam tidak sayang pada Melayu kerana menolak "lamaran" beliau untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan Melayu di Perak. Alasan yang digunakan pun alasan dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Harussani dilaporkan berkata:
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu. Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini".
Ertinya, Harussani mentafsirkan bantu saudara yang zalim itu adalah dengan memberi sokongan politik dan kuasa kepada orang yang zalim. Betul tak?

KENAPA HARUSSANI TAK BELA USTAZ IBRAHIM LIBYA?

Kalau betul Harussani sayang sangat pada orang Islam dan perpaduan Melayu, sila jawab pendedahan yang dibuat oleh Ustaz Ahmad Awang di bawah:
“Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid.

Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
Betulah Mufti Perak ni Mufti Munafik. Sebuk2 nak wujudkan perpaduan Melayu dan Islam, tapi bila darah ulama yang Melayu dan Islam seperti Ustaz Ibrahim Mahmud ditumpahkan, beliau jadi juara mempertahankan pembunuhan tersebut.

Dosa membunuh nyawa yang tidak berdosa adalah dosa besar dan tidak akan diampunkan sehinggalah ianya diampunkan oleh waris-waris keluarga yang dibunuh. Kalau Haramsani betul-betul ikhlas untuk berjuang Islam dan Melayu, beliau patut memimpin delegasi mufti memohon ampun dan maaf dari waris Memali.

Cakap tak serupa bikin punya mufti. Bukan itu sikap orang munafik?

Eloklah Ustaz Ahmad Awang tolak pelawaan Haramsani. Saya takut nanti PAS Perak akan disambar api neraka kerana cenderung pada orang zalim.

Dengan mulut pembohong Haramsani ini, konfirm PAS akan ditipu di masa hadapan kalau PAS bekerjasama dengan UMNO tempohari.

Kalau Mufti UMNO pun kelingking berkait, inikan pula ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka yang lain.

Tulang Besi

12 comments:

Anonymous said...

nak kencing pasal peristiwa memali lak si TB ni..cukup la TB buat fitnah..

betul ke kubur mangsa memali tu mengeluarkan bau wangi atau ada arahan drpd pimpinan pas supaya kubur mangsa di tabur dgn wangian????

tabung mangsa tragedi memali tu sampai kepada mangsa ke TB???

Anak Lenggong said...

Awang Ahmad...sape dia tu..masa pilihanraya 2008 dulu tak boleh bertanding sebab bengrap..tetapi baru dua tiga bulan Nizar memerintah Perak...semua hutang situa berjanggut sejemput yang bengrap ni dapat dilansaikan dan sekarang siap pakai e-class lagik...mana datang duit orang tua tu...taukey cina kasi kaa..sebab rela jadik barua cina kapiaq..pemimpin PAS memang cam tu bila tengok duit dan pompuan ..kopiah diatas kepala boleh tanggal ooo....

Anak Lenggong said...

Nik Aziz mengatakan bahawa tindakan Mufti Perak mengaitkan namanya didalam kenyataan politik adalah tidak beretika. Apakah dia sendiri tidak pernah mengaitkan orang lain sama ada pemimpin atau ahli agama di dalam negara ini sewaktu mengeluarkan kenyataan politik?

Boleh dikatakan hampir semua pemimpin negara dan juga ahli agama yang tidak bersefahaman dengannya pernah di cemuh dan juga dihina olehnya. Wartawan, penulis, ahli akademik, dan juga rakyat yang menyokong kerajaan juga tak terlepas dari dilemparkan dengan pelbagai gelaran buruk oleh Nik Aziz.

Malah bukan tidak pernah sebelum ini mufti negeri dan juga para ilmuan agama yang menegur kenyataan celupar Nik Aziz dikutuk dan dicerca oleh ulamak politik nyanyuk ini.

Pernah dulu Nik Aziz menggelarkan Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Abdul Hamid Othman, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Dr. Ismail Ibrahim dan Mufti Perlis dahulu iaitu Datuk Mat Jahya Hussin sebagai barua, terompah kayu dan juga ulamak sapu ketiak apabila mereka menegur kenyataannya tentang ungkapan Allah samseng !

Jadi apakah kenyataan Nik Aziz pada ketika itu amat beretika???

Nik Aziz kini mempersoalkan tindakan Mufti Perak yang cuba mewujudkan jalinan ukhwah Islam dan juga tindakan Dato Mufti tersebut cuba mewujudkan kerajaan perpaduan Islam di Perak. Bagi Nik Aziz, tindakan Mufti Perak ini telah mencampuri urusan politik negeri tersebut.

Jika tanggapan Nik Aziz bahawa Mufti Perak tak berhak mencampuri urusan perpaduan islam dan juga penyatuan ummat negeri itu, ini bermakna Nik Aziz telah menidakkan dakwah islamiyah dan juga tuntutan islam bersaudara didalam agama.

Dengan kenyataan Nik Aziz yang juga mempersoalkan tindakan TS Harussani sebagai Mufti yang disifatkannya mencampuri hal politik, ternyata bahawa Nik Aziz dan Pas lah yang mengamalkan "politik suku, agama suku". Bukannya Umno seperti yang dituduhnya.

TS Harussani hanya cuba "menyelamatkan" kerajaan negeri Perak dari jatuh ketangan kafir DAP. Tentunya Mufti Perak itu tak mahu jika bangsa melayu/Islam Perak diperintah oleh golongan kafir harbi di negeri itu.

Ramai yang tahu sikap bermuka-muka kafir DAP dan juga tingkah laku biadap mereka. Cuma Pas sahaja yang pura-pura menafikannya hanya semata-mata kerana undi dan juga kuasa.

Nik Aziz juga menyelar Mufti Perak itu sebagai ejen politik sekular. Beretika sangatlah kenyataan Nik Aziz ini.

Bagaimana pula mereka yang mengaku sebagai ulamak serta syeikh-syeikh didalam Pas yang kini secara terang-terangan menjadi ejen kepada puak kafir harbi DAP ???

Jika Nik Aziz menyifatkan Mufti Perak telah hilang kemuliaannya hanya kerana mahukan umat islam bersatu di Perak, Nik Aziz dan juga para pemutarbelit didalam Pas juga telah lama hilang keberkatan ilmu agamanya kerana bersekongkol meruntuhkan institusi kemasyarakatan Islam di negara ini.

Nik Aziz dan gerombolannya didalam Pas kini juga telah hilang maruah dan kemuliaan sebagai seorang Islam kerana sanggup "sujud" menyembah dihujung kaki kafir harbi DAP.

Inilah kenyataan pahit yang perlu diterima oleh seluruh penyokong taksub Pas. Mufti Perak TS Harussani telah melakukan apa yang dituntut di dalam agama dan juga demi keharmonian bangsanya.

Nik Aziz dan juga gerombolan pengikutnya pula melakukan semua huru hara didalam masyarakat Islam negara ini hanya kerana kedudukan dan kuasa.

Nik Aziz sebenarnya tak layak untuk menilai tindakan TS Harussani sebagai Mufti kerana dia hanyalah seorang ulamak pencacai politik kepada kafir DAP !

Anonymous said...

setuju dengan pendapat anak lenggong...!!!!!!

sapien said...

piraah. sokonglah mufti kayu tu. Macam TGNA kata dia ni haramsani bukan mufti tapi mufta. Banyak auta. piraah.punya mufti muka duit.

Anonymous said...

TGNA = ulamak and tok guru..hahaha..teringat aku kat rasul melayu, ayah pin etc..

Anonymous said...

TGNA = Ayah pin (sesat)

So, bila sapa yang berlawanan dengan prinsip dan perjuangan orang lain, depa kan suka mengkafirkan orang lain dan suka haram mengharamkan perbuatan orang lain yang bertentangan dengan depa.

so tak kesahla..

sah2 pas sesat. TGNA tu lebih tinggi dari mufti, lebih tinggi dari nabi pa?

Anonymous said...

Panjang khutbah anak lenggong ni tapi isi dia ciput jeh...kononnya kemarahan seluruh orang melayu terhadap PAS yang bersekongkol dengan DAP dan membayangkan PAS sujud dikaki orang kapir.

Aku sekolahkan kau anak lenggong. Orang munafik adalah lebih berbahaya dari orang kafir kerana sifat bermuka-muka. Apakah perlu kita bersekongkol dengan orang munafik sedangkan orang kafir lebih gerun pada orang Islam dalam perjuangan jihad mereka daripada orang munafik?

Apa perlu kerajaan perpaduan dengan umno sedangkan mereka ini munafik? Apa perkara munafik yang umno telah lakukan?

1. Laungan pembela Islam bangsa melayu tapi mengunakan tipu daya.

2. Menafikan hak rakyat Kelantan.

3. Membenarkan hakim dari golongan kafir mengadili kes kalimah ALLAH.

4. Nazri Aziz membenarkan penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam di Malaysia Timur tetapi tidak di Malaysia Barat.

5. Menuduh pihak lain punca kemunduran orang melayu sedangkan diwaktu mereka memerintah melayu berada ditahap yang sama.

6. Tidak menyebarkan berita dengan betul.

7. Tidak mengamalkan pentadbiran telus didalam urusan kekayaan negara.

8. Tidak membenarkan campur tangan BPR (sekarang SPRM) didalam kes rasuah didalam parti lalu menukarkannya dengan nama politik wang.

9. Menganiaya rakyat yang tidak mengundi mereka.

10.Tidak menjalankan hukum Islam selaras dengan tuntutan agama.

Usah berikan propaganda yang akan menyebabkan rakyat bertambah meluat dengan kerajaan yang ada hari ini.


minangkabau

Anonymous said...

ha..ha...ha...anak lenggong kata harussani pembela agama islam..ha...ha...ha...memang tahap pencacai btul la ko ni. najib luluskan lesen judi apasal dia senyap jer??? ha..ha...ha... ada masyuuukkk ka???...ha..ha..ha...cukup2ler ko sorang jer bebal dan buta jgn nak suruh org ikut sekali....ha...ha...ha...kesian mak ko lahirkan ko sampai bertaruh nyawa tapi bila dah tua mcm ni jd buta dan pekak agama pulak...kesian2

tumpang lalu said...

sudah2 lah anak lengang lengong oi...


kalau dah bangsa nya dalam umngok...memang sah la bebal...

zaidi said...

Salam semua...lately, saya sedang menyelongkar balik kisah Memali dari lipatan sejarah hitam negara. Pada pengamatan saya :

1. Banyak perbalahan antara kedua belah pihak dan tidak ada bukti2 sahih dan nyata saya lihat yg boleh menyokong statement masing-masing.

2. tuan2 semua ingat mudah ke nak tembak orang sesuka hati! main tembak sesuka hati sahaja...kalau ialah, rasanya bukan 18 yang mati, malahan ramai lagi mangsa korban hari tu...

3. So, saya masih mencari dan terus mengkaji kisah ini secara mendalam dan sedang membuat kajian ilmiah terhadap kes tersebut...kalau sesiapa terlibat secara langsung dlm insiden tersebut, mohon untuk hubungi saya. Insyallah, nama dan butiran saudara/saudari akan saya rahsiakan.

Zaidi. 0192116900 @ zaidic1@gmail.com

Mahathir Kutty pembunuh Umat Islam said...

Tahukah saudara-saudari tentang kisah Memali.

Mahathir adalah syaitan yang merancang pembunuhan Umat Islam secara besar-besaran di Malaysia. Beliau merupakan ahli kehormat Bilderberg, iaitu sebuah organisasi Zionis yang merancang semua konspirasi penghapusan Umat Islam di seluruh dunia. Mahathir bertopengkan Peace Global Perdana Organisation, Pekima dan UMNO bagi mengaburi mata Umat Islam tentang penglibatan beliau di dalam organisasi sulit Zionis. Beliau merupakan penyembah Dajjal nombor 1 di dalam negara kita.

Mahathir juga seorang ejen rahsia CIA. Beliaulah yang merasuah ramai orang untuk membuat konspirasi rusuhan 13 Mei. Beliau juga yang membuat surat layang dan mengedarkan kepada askar, polis, UMNO dan mahasiswa bagi memfitnah Tunku Abdul Rahman. Ketika beliau dibuang daripada kabinet, beliau pernah tinggal di Australia dan dibiayai sepenuhnya oleh perisikan rahsia CIA. Ketika itu, beliau telah memburuk-burukkan Melayu dengan mengatakan bahawa Melayu adalah manusia yang paling pemalas di dalam dunia dan Melayu tidak tahu membuat jarum.

Manakala di Memali, beliau merupakan syaitan yang merancang pembunuhan Umat Islam di situ dan mengarahkan mahkamah supaya tidak melayan kes Memali ini.

Mahathir juga yang merasuah Tan Sri Rahim Noor dengan memberi wang sebanyak RM3.5juta bagi meletakkan racun di dalam makanan Anwar (yang ketika itu dimasuki lokap di atas tuduhan yang tidak pernah dilakukan oleh Anwar sendiri).

Pada tahun 1999, Mahathir menulis surat kepada PM Israel dengan memberi ucapan tahniah dan meminta Ehud Barak supaya memujuk Madelene Albright supaya memberi dana daripada tabung Clinton untuk membiayai UMNO dalam pilhanraya umum Malaysia dan membunuh semua Gerakan Islam di Malaysia.

Jangan percaya terhadap semua temberang di dalam media massa tajaan Tun Dr Mahathir .

Kini APCO menjelma. Maka sudah pastinya Umat Islam akan ditindas lebih dahsyat daripada kisah Memali tahun 1985.