"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, March 16, 2010

Laporan Pertemuan Dengan SU Agung....

NOTA EDITOR: Salam pada kesemua pembaca. Tulang Besi baru sampai ke rumah dan dalam keadaan penat lagi. Jadi, Tulang Besi akan memakan masa sikit di dalam memberi laporan berkaitan pertemuan dengan SU Agung berkaitan aduan dan laporan Tulang Besi.

Buat masa ini, Tulang Besi cuma ingin mengatakan:
a. Pujian pada SU Agung kerana sanggup berjumpa TUlang Besi dan nanti dengan Abdullah Karim berkaitan aduan2 kami walaupun ada pendapat dalam Dewan Harian hanya Kawasan dan Cawangan sahaja yang boleh melaporkan.

b. Cikgu Pa serta YB Salahuddin memberi jaminan bahawa kes ini akan di bawa ke DEwan Harian PAS Pusat untuk diputuskan samada akan diteruskan ke JK Disiplin atau tidak.

c. Ertinya aduan Tulang Besi tidak ditolak oleh SU Agung mahupun aduan Abdullah Karim. Cumanya, Abdullah KArim kena book tiket siap2 untuk pulang ke Malaysia bertemu SU agung.

d. Tulang Besi ingin meminta maaf pada YB SAlahuddin, Cikgu Pa serta Akhi Khairul sewaktu isu "Loci Standi" Tulang Besi dibahaskan. Tulang Besi tidak marah pada Cikgu Pa mahupun YB Salahuddin. Tulang Besi cuma marah dengan beberapa "lawyer cabuk" seperti di
sini yang mentafsir Perlembagaan PAS macam kanak-kanak Ribena. Lawyer2 cabuk ni kemudiannya "meracun" pemikiran beberapa ahli Dewan Harian.

Cukup Tulang Besi tanya: Apa "Loci Standi" Dewan Harian PAS Negeri Selangor untuk membuat laporan terhadap Khalid Samad tempohari yang membawa kepada hukuman pergantunggan 6 bulan?
Sila jawab wahai lawyer2 cabuk sekelian. Malunya saya kalau saya jadi Universiti yang mengeluarkan ijazah kepada lawyer2 cabuk seperti ini.

Cukuplah setakat ini. Tulang Besi akan mula memberi laporan sejurus selepas penat Tulang Besi hilang nanti, inshaalah.

Tulang Besi
Tulang Besi dipanggil beri penjelasan
Salhan K Ahmad
Mac 15, 10
4:50pm

Penulis blog PAS Abdul Rahman Talib dipanggil memberikan penjelasan berhubung aduan salah laku terhadap tiga pemimpin kanan parti itu yang dilaporkannya sebelum ini.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi tampil di pejabat agung PAS di ibu negara kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau sebelum ini membuat laporan laporan salah laku itu terhadap timbalan mursyidul am, Datuk Haron Din, timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Bercakap kepada media hari ini, Abdul Rahman berkata beliau secara umumnya berpuas hati dengan proses merakam kenyataan yang dijalankan oleh setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali.

"Setakat ini saya tengok semuanya ikut prosedur, tak ada sebab untuk saya tidak puas hati. Saya beri justifikasi kepada aduan saya dan (Mustafa) ambil nota dan beri komen beliau.

"(Mustafa) beri jaminan untuk putuskan sama ada aduan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat, sama ada akan diambil tindakan atau tidak," katanya.

Tambahnya lagi, keputusan sama ada aduan itu mempunyai merit untuk diketengahkan sebagai kes, hanya boleh diputuskan oleh Mustafa Ali.

"(Mustafa) beritahu, ini berdasarkan pindaan baru dalam perlembagaan parti tahun 2008. Jadi setiausaha agung bertindak seperti peguam negara dan dia berhak buat keputusan.

"Saya sedang cuba dapatkan apa kandungan pindaan ini dan akan dapatkan pandangan peguam," katanya lagi.

Tambahnya, beliau membuat aduan tersebut bukan atas dasar peribadi tetapi untuk menyelamatkan PAS.

Beliau dalam pada itu, juga menuntut supaya ketiga-tiga orang yang dinamakan dalam aduannya itu meminta maaf secara terbuka kepada ahli parti kerana didakwanya telah memburuk-burukkan parti dengan tindakan 'tikam belakang' mereka.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung, katanya, beliau bimbang akan ada kesan lebih buruk kepada parti dan juga Pakatan.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah seorang naib presidennya Salahuddin Ayub.

4 comments:

Anonymous said...

DULU ADA MAT FLIP FLOP (PAK LAH), SEKARANG ADA MAT U-TURN (NAJIB)..

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Penutupan sementara hentian bas Puduraya untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang dijadulkan bermula Jumaat ini ditangguhkan, menurut UDA Holdings Berhad.

Katanya penangguhan penutupan stesen bas ekspres utama itu adalah bersifat sementara sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

SUMBER: MALAYSIAN INSIDER 16032010

Manjung Mari said...

Aku menggesa dgn sekeras-kerasnya agar PAS segera membuang keahlian dua individu berikut:
1. HUSSIN MAT SALLEH,54 THN
2. SHAMSUDIN CHE DERAMAN, 41 THN.

Kedua-dua individu ini telah memalukan PAS dgn begitu terok kerana terlibat kes mengahwini kanak umur 10-11 thn di Kelantan baru2 ini.

PAS FOR ALL

Anonymous said...

On Mar 25 Mohd Saiful Bukhari going to be 'check-mated' during cross-examined by the defence. Remember Saiful, it was at a bright day time when you claimed Anwar closed the curtain and switched off the master bedroom lights. Bodoh, memang bodoh. Saiful, you so bodoh to follow the scripts written by ardent Hindi movie fan Rosmah and her ex-runner friend cum Saiful's 'God-mother in-law' Mumtaz Begum Jaafar. Both perhaps wrote up script after watching too many C-rated Hindi movies.

Anonymous said...

korang dah baca http://tulangbesi.wordpress.com ke belum?