"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 01, 2010

Royalti Minyak Kelantan: Khazanah Petroleum Kelantan (bhg i)

Joint Development Area (JDA) terletak dalam kawsan seluas lebih kurang 7,250 kilometer persegi dan ianya terbahagi kepada 3 blok dan ke 3-3 blok berkenaan berada didalam kawasan perairan bertindih yang melibatkan tuntutan diantara Malaysia - Thailand.

Jarak kawasan (JDA) dari daratan ialah 260 kilometer dari Songkhla, 280 kilometer dari Pattani, 310 kilometer dari Kerteh dan hanya 150 kilometer sahaja dari Kota Bharu. jauh lebih hampir dari Songkhla, Pattani atau Kerteh.

Pengeluaran semasa gas di kawasan ini dianggarkan berjumlah 790 juta kaki padu sehari atau 248 trillion kaki padu setahun dengan nilai lebih dari RM4 billion setahun manakala pengeluaran minyak pula ialah sebanyak 23,000 tong sehari.

Tuntutan Royalti Gas dan Petroleum melibatkan eksplorasi yang berada didalam perairan Negeri Kelantan.

2 daripada kawasan ini sudah pun memulakan pengeluaran Petroleum dan Gas asli bermula dari tahun 2003 dan tahun 2005 tetapi berada didalam kawasan pertindihan. 1 kawasan lagi berada di tepi pantai Kelantan tetapi dijangka hanya akan memulakan pengeluaran pada tahun 2011 dan tahun 2012.

Selain daripada itu, terdapat juga lokasi yang berada dalam kawasan persempadanan perairan Negeri Kelantan dan Terengganu, telah memulakan pengeluaran dan Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Kawasan-Kawsan Yang Dimaksudkan:

(i) - Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia - Thailand:
(a) - Blok A18 (9 zon) iaitu Pelantar Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudera, Wira dan Samudera North.

(b) - Blok A17 (9 zon) iaitu Pelantar Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.

(c) - B17-01 (3 zon) iaitu Pelantar Tanjung, Jinda dan Andalas.
(ii) - Blok PM3 Atau Commercial Arrengement Area.
Kerja-kerja pengeluaran telah bermula pada tahun 1997 bagi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan telah mencapai kemuncaknya pada tahun 2004. ini melibatkan kerja-kerja di Pelantar Bunga Kekwa West, Bunga Kekwa - Cai Nuoc East, Bunga Raya East, Bunga Raya West, Bunga Raya North West dan Bunga Seroja.

Kapasiti pengeluaran ialah sebanyak 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd gas. gas yang diperolehi oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip (pipeline) 24 inci sejauh 170 kilometer ke Pelantar Resak yang terletak di perairan Terengganu.

Petronas dan Kerajaan Pusat telah cuba untuk menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan dengan menimbulkan isu bahawa kawsan PM3 berada dilokasi bertindih antara Malaysia dan Vietnam dan juga PM3 berada di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (Malaysian Exclusive Economy Zone).

Sebagaimana dengan isu di zon JDA, aspek Perundangan dan Perlembagaan Persekutuan adalah jelas dan menyebelahi Tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan. jarak kawasan pengeluaran atau carigali tidak menjadi penentu atau syarat pembayaran Royalti kerana sebelum ini, Kerajaan Negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak juga terus menikmati pembayaran Royalti dari Petronas meskipun jarak pengeluaran atau carigali Minyak dan Gas 3 negeri tersebut lebih jauh dari kawasan tuntutan Kerajaan Kelantan.
NOTA: Pembayaran Royalti sebanyak 5% hasil pengeluaran dan carigali di perairan Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah dihentikan serta-merta sebaik sahaja Parti PAS mengambil-alih Kerajaan Negeri Terengganu pada Pilihanraya Umum tahun 1999 dan telah digantikan dengan pembayaran "Wang Ehsan" dan terus menjadi isu sehingga sekarang.

(iii) - Blok PM301 dan PM302.
Blok PM301 adalah bersempadanan dengan pantai Kelantan dan Blok PM302 pula bersempadanan dengan Blok PM301. menurut Petronas, pengeluaran gas di kawasan-kawasan PM301 dan PM302 akan bermula pada tahun 2011 atau 2012.

Operasi di ke 2-2 Blok ini (PM301 dan PM302) telah diserahkan kepada CS Mutiara Petroleum Sdn.Bhd. ini adalah sebuah Syarikat Usahasama (50-50) antara Petronas Carigali dengan Shell Exploration and Production Malaysia BV.

Setakat ini, terdapat sejumlah 8 kawasan yang telah disahkan mempunyai stok gas asli.

Pada 3hb. April, 2006, CS Mutiara telah mengumumkan bahawa kerja-kerja penggerudian (explorasi) lautan sedalam 67 meter telahpun bermula pada 18hb. Februari, 2006 dan sejumlah telaga telah ditemui.

Penemuan gas di Blok PM301 adalah di zon Bunga Kamelia, Bunga Zetung, Bunga Anggerik, Bunga Kesumba, Bumi South dan Bunga Melati sementara penemuan gas di Blok PM302 pula ialah di zon Bunga Dahlia dan Bunga teratai.
(iv) - Kawasan Ular, Gajah dan Bergading di PM302 serta Lawit dan Jerneh dalam Blok PM303.

Kawasan Ular dan Gajah Bergading terletak bersempadan diantara JDA Blok A18 dengan Blok PM301.

Sumber Petronas memanggil kawasan ini sebagai Blok PM30
2. bagaimanapun, masih tidak jelas samada ianya diusahakan oleh operator dari kawasan JDA atau oleh CS Mutiara kerana didalam data, tercatat bahawa Ular, Gajah Bergading tercatat Malaysia - Thailand Joint Authority.

Tetapi jika dilihat pada peta Seismis, ianya menunjukkan bahawa kawasan Gajah Bergading dan Ular terletak dalam perairan JDA dan ianya juga tidak berada dalam perairan tuntutan bertindih (perairan Kelantan).

Sementara itu, kawasan Jerneh dan Lawit yang dipercayai berada dalam perairan Negeri Kelantan juga cuba dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan menimbulkan isu bahawa PM303 berada didalam kawasan bertindih antara Malaysia - Vietnam (Contagious Zone sehingga 44 kilometer dari daratan) sementara PM302 pula berada dalam Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia (sehingga 370 kilometer dari daratan).

Bersambung bahagian ii

6 comments:

Anonymous said...

Tuan Topeng,

Seperti sedia maklum DUN Kelantan akan/sedang bincang tindakan yang bakal diambil mengenai isu wang Petronas ini.

Dipercayai semua fakta telah ada dalam tangan kerajaan Kelantan untuk tindakan mahkamah.

Selain fakta geologi, sebelum Kelantan ambil tindakan spesifik membawa isu ini kemahkamah, adalah dicadangkan kerajaan negeri cuba mendapatkan tafsiran mahkamah mengenai status wang yang dibayar oleh Petronas kepada Trengganu.

Saya yakin ada perangkap besar disitu.

Persoalan yang perlu dikemukakan untuk tafsiran mahkamah ialah:

1. Apakah sebenarnya status wang itu.

2. Dia (wang itu) dibayar atas ikatan apa antara Petronas dengan kerajaan Trengganu.

3. Jika wang itu tidak terbabit dengan Perjanjian Akta Petrolium 1974, atas klausa mana dalam undang-undang tubuh Petronas membenarkan wang itu diberi kepada Trengganu.

4. Jika tidak berkait dengan Perjanjian tersebut dan tidak terdapat mana-mana klausa dalam undang-undang tubuh Petronas, apakah tafsiran mahkamah keatas pembayaran wang tersebut.

Jika mahkamah buat keputusan bahawa wang itu bukan seperti yang terkandung dalam perjanjian berkaitan dan tidak ada mana-mana klausa dalam undang-undang tubuh Petronas yang mengizinkan wang berbilion itu dibayar kepada Trengganu, suatu penemuan baru terdedah iaitu Peronas telah mengeluarkan sejumlah wang diluar peraturan yang boleh ditafsirkan sebagai menyelweng.

Poin disini ialah:

1. Jika mahkamah memutuskan wang itu dibayar atas kuatkuasa Perjanjian Akta Petrolium 1974, maka keputusan itu memberi kesan positif terus keatas usaha Kelantan.

2. Jika didapati wang itu bukan atas kuatkuasa Perjanjian, ini menyebabkan Petronas berada dalam keadaan salah urus dan Petronas akan terdedah kepada tindakan undang-undang yang serius.

Diharap pehak yang berkenaan DUN Kelantan mengkaji tindakan ini sebagai salah satu alternatif.

Sape BN/Pakatan Rakyat yang nak besar dan panjangkan zakar? said...

takbirr

Awang Dogol said...

Woii..Bangang2 sekelian.

Bila la hampa nak bawak kes ni kat mahkamah hah...??

Dah berdesing telinga aku dengaq kata nak bawak2....dah mendidih telinga aku dengaq hampa dedah kat ceramah...tapi...tak bawak2 jugak...apa benda ni.???

Cepat la cikit woiiiii..... jangan la nak main wayang pulak...???

Bangang....Bangang..

Anonymous said...

Awang Dogol kembali daaaa...

Awang Dogol dah puas sama2 menyontot buntut saifool dgn papagay ke, baru sekarang kembali semula meneruskan perjuangan.

Awang Dogol jangan lupa samak diri tu dulu lepas bergurausenda dgn papagay dan saiful...

Awang Dogol said...

Apasal...kau rindu kat aku ka?? ka...ha..ha..ha..
Aku pun rindu jugak....lama dah tak hentam si TB ni.


Apa mau cakap beb...baru blk dpd rumah pak mentua. Lepas tu lawat saudara depa kat Israel...biasa laaaaa....

+Bangang....+Bangang

Anonymous said...

yang celaka mahathir kutty,,bangang dan celaka anak mkutty, merdeka kelantan terengganu, tau batalkan perjanjian ngan petronas berkenaan dgn hak carigali myk...emm leh ke dok weh