Usul tersebut juga telah diperkenan untuk perbahasan oleh Speaker DUN Kelantan Nasaruddin Daud dan diluluskan setelah mendapat sokongan sebulat suara termasuk dari ADUN-ADUN Pembangkang (UMNO/BN Kelantan - mesti puak-puak UMNO/BN rasa "terhina" bila aku sebut "Pembangkang"... kah kah kah kah kah... terima la kenyataan wei...).
Itu cerita awal dan aku pun tak "stim" sangat nak publish "cerita pelik tapi benar" bila ADUN-ADUN Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) pun ikut sama menyokong usul tersebut sebab aku tau antara "keajaiban" yang mampu dilakukan oleh geng-geng Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) ialah silap mata ala-ala ssekut Chipsmore.
Memang benar macam yang dijelaskan oleh ADUN Nenggiri bahawa pada awalnya Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) menyokong usul tersebut iaitu membawa Isu Royalty ke Mahkamah tetapi menarik balik selepas dilakukan penambahan dalam pindaan iaitu "Memaksa Petronas membayar Royalti yang dituntut oleh Kerajaan Negeri secepat mungkin".
Sejak dari awal lagi pihak Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) memang komited dalam menekan Kerajaan Negeri Kelantan supaya membawa isu ini ke Mahkamah dan tujuannya memang kita sedia maklum tak lain tak bukan sebab UMNO/BN Pusat mempunyai "cable besar" dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia tak kira Mahkamah Sivil, Syariah ataupun Mahkamah Rimba.
Kebanyakan Penguasa Undang-Undang di Mahkamah berada dalam "tawanan" UMNO/BN sejak dari zaman TDM dan telah diperturunkan "warisannya" kepada Pemerintah-Pemerintah selepasnya termasuk Pemerintah sekarang.
Lihat saja apa yang berlaku dalam kes MB Perak DS Ir Nizar Jamaluddin vs DS Zambry. hari ni menang, esok kalah, lusa menang, tulat kalah, lepas tu kalah, kalah, kalah, kalah, menang, kalah... keputusan Hakim tak pernah konsisten.
Ada jugak kes, Hakim kena tukar. itu sistem Mahkamah Malaysia. paling menghairankan, detail sebab-sebab Hakim buat keputusan pun nak kena tunggu hampir setahun. tak tau la Hakim tu buat teks atau Novel.
Dalam kes kejap sokong, kejap tak sokong oleh ADUN Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) ni pulak, sama. sokong usul bawak Isu ni ke Mahkamah supaya dapat "main-main" dengan Undang-Undang dalam Mahkamah nanti.
Ini semua agenda Kepentingan Politik dan bukannya agenda Kepentingan Rakyat. sebelum tu perlu kita ingat balik apa yang dah berlaku di Negeri Terengganu selepas Parti PAS berjaya menawan Negeri Terengganu dalam Pilihanraya tahun 1999.
Sepantas kilat, pembayaran Royalti sebanyak 5% dari hasil carigali di Perairan Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu (PAS pada masa tu) telah dinafikan atau ditarik balik padahal sebelum itu, Kerjaan Negeri Terengganu telah menerima pembayaran tersebut sejak dari awal hasil Negeri Terengganu dikaut oleh Petronas mengikut Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1974/1975 (Akta PDA dan Akta Petroleum).
Kerajaan Negeri Terengganu telah membawa isu tersebut (pembayaran Royalti Minyak dan Gas) ke Mahkamah mengikut perundangan yang sedia ada dan sampai ke hari ini, kes tersebut masih belum selesai. Tuan Hakim yang mengendali kes entah kemana, Kertas Pendakwaan entah kemana, Lawyer sendiri pun tak tau perkembangan kes.
Dan kes ini pulak (Royalti Minyak dan Gas Negeri Terengganu) telah diambil alih oleh MB Terengganu sekarang Dato' Mat Said yang mewakili Kerajaan Negeri Terengganu masih juga komited menuntut pembayaran Royalti Minyak dan Gas seperti yang termaktub dalam Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1974/1975.
Sampai hari ni yang kita dengar cuma "janji-janji manis" dari Kerajaan Pusat "kununnya" Kerajaan Pusat akan cuba menyelesaikan Tuntutan tersebut sebaik mungkin. kalau ikut kenyataan dari Kerajaan Pusat, boleh jugak diklasifikasikan sebagai "mendahului keputusan Mahkamah".
Memang itu yang berlaku dan yang paling kita nampak, disebabkan usaha Mat Said itu "sealiran"dengan usaha Pembangkang (PAS Terengganu), maka sampai ke hari ini, Mat Said walaupun sebagai MB Terengganu yang perlantikannya mendapat restu dari Istana, menerima tekanan yang amat hebat.
Hampir setiap bulan kedengaran berita-berita angin (selalunya dinafikan oleh UMNO/BN Pusat) desakan supaya Mat Said meletak Jawatannya sebagai MB Terengganu. itu yang akan diterima oleh mana-mana Ahli UMNO/BN yang tidak sealiran dengan Parti "Keramat" itu.
Terbaru pulak kita dapat lihat tekanan demi tekanan yang diterima oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang juga Ahli UMNO. Ku Li sendiri menerima tekanan supaya diambil tindakan oleh UMNO Pusat supaya dilucutkan keahlian UMNOnya semata-mata kerana pandangan Ku Li tidak sealiran dengan UMNO.
Semua yang kita lihat selama ini membuktikan bahawa siapa yang lebih mementingkan Negeri atau tanggungjawab terhadap Negeri masing-masing walaupun ianya mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan Negeri atau Negara, akan menerima "habuan" masing-masing berbentuk tekanan.
Dipihak UMNO/BN sekian hari sibuk menonjolkan diri "kununnya" UMNO/BN lah "Juara Rakyat". siap buat program "Juara Rakyat" (bila sebut Juara, terus aku teringat dekat Orang Utan... tak tau la pesal...) tapi dalam masa yang sama, menatang UMNO/BN ni lah yang duduk bertimpuh dalam diam menafikan Hak Rakyat.
Terang-terang pentafsirannya ialah UMNO/BN hanya pandai bercakap berdegar-degar "akulah yang paling hebat untuk membela rakyat" tapi praktikalnya ialah - UMNO/BN cuma sekadar Parti Politik yang mementingkan "Survival Politik" melebihi kepentingan orang ramai atau Rakyat.
Kalau betul Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) mementingkan Hak Rakyat dan Negeri Kelantan, tak perlu main "ciku cak" dalam isu Royalti Minyak Kelantan. sama-sama perjuangkan Hak Rakyat Kelantan yang sepatutnya dan bukannya menafikan hal tersebut.
Tuntut supaya Kerajaan Pusat dan Petronas menyelesaikan bayaran Royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian secepat mungkin. kesemua individu-individu yang terlibat dalam merangka Perjanjian tersebut sudah tampil memberi penerangan masing-masing didalam pelbagai program penerangan dan tidak ada seorang pun antara mereka (yang terlibat dalam Perjanjian) yang menafikan hak mana-mana Negeri terhadap hasil bumi yang diserakah oleh Petronas.
Yang menafikan perkara tersebut cuma UMNO/BN dan juga seorang Pengkhianat Negeri Kelantan bernama Ibrahim Ali. selain dari Ibrahim Ali, Mustapa Mohamed dan juga Awang Adek pun turut sama menafikan perkara tersebut.
Siapa mereka-mereka ini yang menafikan perkara tersebut..? apa Jawatan masing-masing dan kedudukan masing-masing dalam masa Perjanjian tersebut dirangka sehingga ditandatangani..? yang aku tau, semua mereka-mereka ni bukan siapa-siapa pun masa tu. ada antara mereka-mereka ni masih memakai kasut sebelah lain sebelah lain masa Perjanjian tu dibuat (jangan marah Tok Pa..!).
Jadi atas kapasiti apa mereka-mereka ni bercakap, berhujah dan berdiri..? tak lain dan tak bukan - Kepentingan Politik. jadi "Pengkhianat" pun tak mengapa asal "survival politik" terjamin.
Ni nak ingatkan para Pembangkang (UMNO/BN Kelantan)... hari ni kamu masih berdiri atas kapasiti masing-masing yang kamu dapat selepas menang dalam Pilihanraya Umum ke-12, Pilihanraya akan datang belum tentu lagi kamu akan mendapat "mandat" dari pengundi kawasan masing-masing.
Kena ingat 1 perkara... yang mengundi kamu dulu bukan 100% ahli UMNO/BN. lebih ramai pengundi atas pagar dari Ahli Parti yang memenangkan kamu dan kita kena tahu bahawa pengundi atas pagar TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KEPENTINGAN DALAM POLITIK seperti kamu.
Korang naik pun puak-puak ni tak rugi, kamu turun pun puak-puak ni tak rugi. jadi beringatlah. nak "Dahulukan Rakyat" macam slogan UMNO/BN "Rakyat Didahulukan" atau nak teruskan "Kepentingan Politik'..?
Tepuk dada tanya "nafsu".
Kalau aku jadi Ahli PAS dan aku dilistkan sebagai pengundi DUN yang ditandingi oleh Ku Li atau Mat Said, SUMPAH aku tak segan dan aku jugak tak rasa bersalah untuk mengundi Ku Li atau Mat Said walaupun berlainan parti.
Sebabnya... Ku Li dan Mat Said lebih "Praktikal dan Komited" dalam memperjuangkan "Hak Rakyat" dan bukannya "Hak Parti". itu tanggungjawab Wakil Rakyat yang mendapat undi dari "Rakyat".
Aku yakin pembaca-pembaca lain pun sependapat dengan aku.
20 comments:
mungkin apa yg boleh dikata,
apa yang depa buat adalah BUKTI depa memang pandai berpolitik
juga BUKTI depa sebenarnya bukan nak bela sangat lebih 90% rakyat melayu di Kelantan dan Terengganu (ketuanan melayu?)
oleh itu menunjukkan BUKTI depa ni tak lebih daripada kongsi gelap memeras hasil mahsul negara (rakyat)ikut aku hampa selamat lawan aku hampa mampuih
LICIK dan ZALIM itu kesimpulan yang boleh dibuat
ZALIM wajib disanggah
Woiii...bangang.
Kalau nak bawak kes tu kat mahkamah, bawak aja lah.....buat apa nak goreng sana...nak goreng sini....buat muak aja dengaq.
Bawak terus aja lah....jangan nak bagi banyak alasan2 lagi lah.
Kalau hampa dah cukup bukti....kalau hampa dah ada banyak saksi2....nak tunggu apa lagi. Apasai nak tunggu bersidang pulak.....apa....hampa sengkek sangat ka....tak dak duit ka nak bawak kat mahkamah?
Kalau sengkek sangat....ambik la dulu duit ehsan tu....jangan la malu2 kucing pulak.....RM 20 juta woooooo....lebih dpd cukup utk buatkan modai utk bawak kes tu kat mahkamah....ha...ha...ha...
+Bangang.....+Bangang
Sapa yang bawa dan syorkan kes ni di bawa ke mahkamah malaysia, dialah manusia paling dunggu dan terencat akal yang di lahirkan ke dunia ini. Itu saja kesimpulannya.
Wahai manusia kamu di lahir di dunia ini untuk menjadi Khalifah untuk memimpin manusia ke jalan benar. Memperjuankan yang hak dan menentang yang batil.
Kalau itu pun dah boleh fikir jadilah kamu seperti hakim cekelat Hack. "tak relevan", "tak relevan", "tak relevan". Jadi jawablah kamu wahai hakim cekelat Hacks di hadapan Tuhanmu. Dan Tuhanmu juga akan berkata kepada kamu, "Kamu juga tak relevan, samalah seperti pencacai yang mengesyorkan kes ini di bawa ke mahakamah sampah Malaysia".
KNP BILA SEBUT PEMBANGKANG MESTI KENA ADA DLM KURUNGAN UMNO/BN???
HEHEHEH!!!!!
SEBABNYA,..HEHEHEH,..WAKAKAKAKAKA
Woii...bangang,
Hang berani sebut2 nama hakim coklat hacks....dia dah mati la....nanti dia bangun cari hang baru tau....jangan main2?
Alaaaa....tu nak bagi alasan la supaya tak nak bawak kat mahkamah?
Woiiiii.....kalau tak dak bukti cukup...pegi cakap kat sana....kat sini pasai royalti tu....buat letih orang dengaq ja. Hampa tak letih ka melalak sana....melalak sini.....tapi....kesudahannya tak nampak. Cakap berdekah2...tapi...habuk pun tarakkkkkkk.....apa punya ghapla laaaaa hampa ni.....
+Bangang....+Bangang
Aduahai awang bangang.
Sapa yg melalak-lalak.
Kat dalam tv tue dah puas aku dengar perkataan 3 batu nautika.
Macam2 iklan diorang buat demi nak dapatkan kepercayaan rakyat.
Satu full page paper diorang tempah.
Sapa yg melalak-lalak.
Duit rakyat dah bnyk abis buat promosi royalti kat dalam tv dan surat khabar.
Takker umngok yg kuat lagi melalak smpai awang adek bakal menteri besar kelantan(kononnya pru 2008)
masuk dalam tv.
BANGANG X 3
Malaysia Boleh..!!!
Imposiblle is posibble.. hehehe
helo wak dogolo..
sapa yg bangang ni. kau nak jadi pecacai UMNO lantaklah.
Ku Li yg dah veteran UMNO pun bejuang tuk dapatkan 2 bilion tu. kalau di ikutkan lebih baik dia mengampu. Tapi atas prinsip, berkhidmat utk rakyat, beliau sanggup berdiri atas pentas kerajaan kelantan demi memperjuangkan hak rakyat kelantan.
ni lah sifat org yg ada prinsip hidup buka jadi pecacai UMNO semata-mata.
Weiii... bangang2,
Kerana kerajaan BN ada duit la maka dia masuk TV. Kerana Kerajaan BN tak kedekut duit la maka dia siarkan dalam akhbar. Tujuannya nak bagi hampa yang bangang ni paham. Tapi nampaknya hampa2 ni dok bangang memanjang.
Tak payah la nak bersidang buang masa aja. Tak payah lah nak buat ceramah sana....ceramah sini...nak bagi tau orang kampung pasai niat hampa tu. Orang kampung dah tau dah. Tapi...sekarang ni orang kampung dok heiran...pasai apa...dari dulu sampai sekarang hampa tak berani langsung nak bawak kes ni masuk mahkamah? Orang pun tengok pelik hampa ni...cakap berdekah2...tapi...nak bawak ke mahkamah....tak berani.
Kan aku dah habaq dulu...kalau hampa sengkek sangat....ambik la duit ehsan tu buat kos perbelanjaan mahkamah. Takkan nak mintak sedekah masa setiap kali ceramah hampa tu aja. Dari dulu aku tengok hampa mintak sedekah kat orang ramai yang datang ceramah hampa....takkan tak cukup2 lagi kot nak buat belanja mahkamah. Mana duit yang hampa kutip tu? Jangan songlap cukup la....malu kat aku nanti....ha...ha...ha...
Hampa ada teloq ka nak bawak kat mahkamah?
+Bangang....+Bangang
bangang punya wak dogol, dah dla dogol, bangang pulak tu, rambut pun geli-geli aku tengok...
20juta tu, kalau pusat nk bagi direct kat kelantan, tu la yg dipanggil bayaran tunai aka ROYALTI... xde la nk dibawa ke mahkamah kalau dah tentu bayaran dibuat terus kepada kerajaan negeri... ada paham ke bangang??? sekolah ke tak ni? ke amik kursus typing + microsoft word + basic it skit2 terus dapat gaji rm1500 jadi pencacai siber umno??? kahkahkah kesian......
Weiii....bangang,
Nak bagi direct kat hampa RM 20 juta? Wooooo....jangan mimpi la. Hampa mana pernah pegang duit banyak2 cam tu. Nanti kalau bagi kat tangan hampa....habih hampa kaput duit tu.....bukan boleh harap puak2 hampa ni. Perangai jenis koboi punya.
Kalau hampa sengkek sangat nak pakai duit tu....hah...pegi lah jumpa wakil kami...Awang Adek. pandai2 la buat muka tak malu sikit noh. Jangan jadi macam si TB tu....nak pinjam duit kat kita orng...tapi...bila wakil kita orang suruh mintak ambik tanda tangan wakil rakyak kita...dia buat sombong bodoh pulak tak nak ambik....lepas tu dengan sipat bodoh dia tu...mengata pulak kat kita....porahhhhh...pigi jalan lah kalau orang macam tu.
Tunai ka...tak tunai ka....apa hang heiran. Itu ehsan kerajaan pusat pada hampa ja. Kesian tengok hampa ni....macam pengemis aja nak mintak duit. So, kalau nama ehsan....hang paham2 aja la....tapi...kalau hampa nak, hampa boleh ambik....kalau hampa tak nak....hampa boleh blahhhhhhh
+Bangang....+Bangang
Aku amat setuju dengan pandangan bangang Awang dogol... pemikiran kau sama tarafnya dengan Perdana Menteri Malaysia...otak penuh taik. Oleh kerana itu orang lain dipandang bangang.
Teruskan hujah Awwang dogol bangang... biarpun hujah kau macam sial aku tetap berada dipihak kau.!!
+Bangang....+Bangang
Awang dogol, lebih baik tukar namamu jadi awang mahkamah. tiap-tiap n3mu ada saja mahkamah. kau ni loyerbaru ke loyarburuk??? kau tahukah apaitu mahkamah hari ini???
Woiii Anon 7:58
Hang ni betoi2 bangang lah.....takkan maksud mahkamah pun hang tak tau....budak tadikapun kalau hang tanya diapun boleh jawap tau. Apa hang ni dah sunat ka belum? Sampai mahkamahpun taktau tempat apa?
Eh....eh...ehhhhhhh...terok betoi hang ni.
Han toksah nak bagi macam2 alasan lah.....kalau hampa dah tak dak points....tok sah nak berangan lah nak bawak kat mahkamah.....cakap aja betoi2 kat orang ramai cam tu...kan senang? Hampa memang tak ready lagi kan? Hampa takdak points nak berhujah ka? Hampa memang tak dak orang yang berkaliber utk berentap dengan kami kan? Hampa selama ni berbohong pada orang ramai kan?
Mengaku saja lahhhhhhhhh.....
Itu memang standard hampa kan....berani kat ceramah aja...tapi....nak bawak ke mahkamah....kecut masai habih...macam orang kena kencing manih.
+Bangang....+Bangang
wei awang bangang
klau guna duit rakyat utk tipu rakyat guna media takyahlaa
sakit telinga aku dgr kat tv umno menyalak-nyalak
org umngok nie suka putar belit jer
mmg niat diorang tk mau bagik hak kelantan
boring aku dgr kat tv ngan tgk suratkhabar
yg lagi mampoih awang adek ngan tok pa
ape nak jadi
hak sendiri tak mau pertahankan
awang bangang
teloq ko dah lari ker yg dengki ngan teloq org lain
kahkahkah
triple bangang
Saya setuju kenyataan anda. UMNO tak mahu bagi royalti kepada kerajaan negeri kerana kepentingan politiknya, dan PAS bersungguh-sungguh tuntut royalti supaya beri kepada kerajaan negeri pun kerana kepentingan politik. UMNO nak agih kepada rakyat dalam bentuk wang ehsan kerana politik, dan PAS nak agih melalui bentuk royalti pun kerana politik. Kedua-keduanya nak agihkan kepada rakyat dan bukan masuk poket sendiri. Baguslah!. Rakyat dapat habuan dan kerajaan dapat moral politiknya. Itulah hakikat yang tersirat dan terserat.
Saya cadangkan supaya kedua-kedua parti ini ambil jalan tengah supaya kedua-kedua dapat menyempurnakan kepentingan masing-masing. Iaitu ;
1. Wang tersebut beri kepada NGO untuk menguruskannya @
2. Bagi Kerajaan Negeri agih 10 juta dan BN agih 10 juta @
3. Tak payah masuk mahkamah, tetapi PAS terus masuk BN.
Kalau PAS masuk BN banyak kebaikannya :
1. Hubungan persaudaraan Islam sesama rakyat akan menjadi semakin erat.
2. PAS akan kekal memerintah Kelantan buat selama-lamanya.
3. Pusat akan menyalurkan bantuan mencurah-curah kepada Kelantan.
4. Kedah, Trengganu dan Selangor dah wajib diperintah oleh PAS.
5. Dakwah akan dapat berjalan dengan baik dan mudah melalui saluran-saluran dan peruntukan yang sedia ada sepeti JAKIM, IKIM, YADIM, YAPIM dan lain-lain.
6. Islam akan dapat ditegakkan di Malaysia dan PAS akhirnya akan jadi parti alternatif kepada Melayu-Islam dalam BN sekiranya UMNO tak mahu berubah.
Yakinlah, Umno tidak boleh lagi mempermainkan PAS seperti gabungan tahun 70an kerana rakyat sudah matang dan cerdik menilai mana yang baik dan mana buruk. Kalau UMNO main lagi, dia akan hancur.
“Kalau sejuk, selimutlah!, jangan dok degil sangat, lagi pun dah tahu kita ada penyakit asma”
BERSATULAH……..ALLAHU AKBAR.
woi...anon d atas. ko nei cerita apa. pei balik ngaji. buka sejarah pas tu br cerita pas msk umngok. pei tanya atuk kau ker bapak ko ker apa jd apabila pas msk umngok pd thn 1978. masa tu ko blm beranak kot. pas tu baru ko cerita proposal ko tu td.
awang dogol = KELDAI
awang dogol = LEMBU
Awang dogol sama ja dgn awang adek...depa ni suka tambah2 bangang...
+Bangang....+Bangang
+Bangang....+Bangang
+Bangang....+Bangang
+Bangang....+Bangang
+Awang......+Awang..
hahaha...+hahaha...+hahaha
Post a Comment