Mereka sedang menggunakan segala instrumentkerajaan yang mereka ada seperti SPRM,Lembaga Hasil Dalam Negeri, MARA, Bank dsbnya. Mereka bukan sahaja menyiasat wakil-wakil rakyat, tetapi juga anak beranak dan kaum keluarga kepada wakil-wakil rakyat ini.
Misalnya, ada seorang MP dari Kelantan, isteri beliau sedang disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana kebetulan isteri beliau adalah seorang doktor. Seorang wakil rakyat PR dari Pahang sedang menghadapi penyiasatan MARA ke atas isteri beliau yang kebetulan pernah mendapat bantuan pinjaman pelajaran MARA.
Selain dri itu, pejabat “Attorney General” dan Polis digunakan untuk mendakwa beberapa wakil rakyat PR yang “strategik” dengan dakwaan jenayah supaya mereka tidak dapat bertanding Pilihanraya Umum yang akan datang. Tian Chua telah pun menjadi mangsa kepada konspirasi ini.
Dan ini bukan benda baru kerana kalau kita boleh ingat, sebelum 2004, calon2 PKR seperti Azmin dan Ezam, Irene Fernandez telah dihalang bertanding kerana beberapa tuduhan “jenayah” yang ringan dan tidak masuk akal. Taktik yang sama akan digunakan kepada beberapa MP strategik PR seperti Khalid Samad, Saifuddin Nasution, Dr Hatta dsbnya.
Selain dari itu, data-data dari Majlis Agama juga digunakan untuk menyiasat samada ada wakil-wakil rakyat ini ada skandal atau tidak. Mana tahu mungkin mereka pernah ditangkap basah atau pernah ditangkap basah.
Maklumat yang saya dapat juga, pekerja-pekerja hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor juga diupah untuk memerhatikan pergerakan wakil-wakil kita.
Pendek kata, mereka akan menggunakan apa sahaja untuk memaksa serta melemahkan semangat wakil-wakil PR sehingga ke tahap terpaksa menerima tawaran dari mereka dan melompat.
ZUL NOORDIN KONFIDEN SANGAT
Itulah sebabnya Zul Noordin dengan konfiden dilaporkan berkata:
"Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi," katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.”Perkataan “Firaun Kecil” ini dicedok oleh Zul Noordin dari Ezam Mat Nor. Namun, adakah Zul Noordin sedar Ezam Mat Nor makan duit Soros? Adakah Zul Noordin sedar kemungkinan Ezam Mat Nor ini adalah “bekas firaun” dalam PKR dahulu? Kalau dah makan duit Soros, takkan bukan firaun kot? Sampai hari ni Ezam tidak bagitau mana dia dapat duit beli Banglo mewah dia di Shah Alam tu.
Saya yakin Zul Noordin tahu akan perancangan jahat membeli 20 MP dan 15 ADUN ini dan saya yakin Zul Noordin sedar akan Modus Operandi perancangan ini. Itulah sebabnya beliau dengan konfiden mengeluarkan kenyataan ini.
KAEDAH CADANGAN
PR wajib mengadakan panel guaman serta melancarkan Tabung Guaman bagi melindungi wakil-wakil rakyat serta ahli keluarga mereka. DEngan bantuan guaman yang “percuma” akan mampu MENGHALANG majoriti dari percubaan puak-puak ini.
Cadangan kedua adalah perlu didedahkan SETIAP PERCUBAAN “Harrassment” ini kepada media. Kalau benar ada usaha mengacau ahli keluarga MP dan ADUN, WAJIB didedahkan kepada umum. Biasanya, apabila berlaku pendedahan, maka mereka akan berhenti, inshaalah.
Ketiganya, mari kita anjurkan solat hajat besar-besaran di setiap negeri bagi mendoakan kehancuran serta jahanam puak2 yang sedang berusaha membeli wakil-wakil rakyat PR serta mereka yang dibeli. Doakan juga supaya Allah SWT melindungi wakil-wakil rakyat PR dari mara bahaya dan bencana serta kuat iman mereka menghadapi percubaan membeli ini.
Kita lihat sendiri hasil dari doa dan solat hajat di Bagan Serai, Mohsin terpaksa hantar SMS dengan mengatakan beliau tidak akan sokong BN. Itulah sahaja tempat kita mengadu.
Cadangan keempat, supaya setiap ahli dan penyokong berdoa secara pribadi meminta tuhan mengagalkan usaha jahat puak2 yang mahu membeli wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dan doakan supaya mereka ini diturunkan bala kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Hud ke atas mereka.
Dalam berjuta-juta penyokong Pakatan Rakyat, takkan tiada seorang pun yang WALI ALLAH dan doanya mustajab.
AAAMMINNNN
Tulang Besi
20 comments:
inilah kerja bangang najib yang memperolokan sistem demokrasi negara ini! najib seorang pemimpin akal cetek. diharap mp bn yang tak setuju dengan tindakan najib meyatakan penderian mereka sekarang.
satu hapak pun aku x percaya cakap ko..pas dungu...-bekas orang kuat pkr
Tule Babi waya mu meme nok putuh doh. Ambo penin palo mu dok royak najib do beli mp pakate. Sbenanyo PAS/PKR doh takdok gapo dah le ni. Demo dok doa wi jahane samo isle wat gapo lagu tu..hok DAP mu saye cium, samo isle mu nok bunuh mati. ambo dah lamo dok perati de ambo sedih. ambo dok pakoh PAS sokmo tapi ambo doh insaf. ambo tok se lagi PAS sebab ambo saye isle dan ore melayu. ambo de anok cucu tok se PAS lagi doh. Allah hu Akbar!
paerggh..byk tu duit UMNO nak belanja nak "beli" MP2 & Adun ni..abis segla caci makian kuar, pengkhianat, makan rasuah, tak solat etc-ni ckp2 org yg slalu sembang kedai kopi baca harakah pastu biar bini keje sorg cari duit sara anak2 yg ramai..
agaknya suma MP2 and Adun2 ni mata kelabu asal tgk duit terus nak lompat..tula slalu sgt tgk bollywood, camni la daya pemikirannya..pastu pecaye yg tipu anwar..adoi..
ketika dipilih dan diangkat melalui manifesto pilihanraya, setiap mp2 ni ade perjuangan dia..banteras rasuah, menegakkan keadilan, hak sama rata, kebajikan masyarakat..bla..bla..bla..
bagi aku selagi MP2 ni tak lari dari tanggungjawab menunaikan manifesto dia, takyah labelkan dia pengkhianat.. adakah disebbkan terdapat sekatan2 dalam PR yg menyebabkan manifesto2 mereka tidak selari dgn perjuangan, maka mereka memilih "pentas" yg lain utk menunaikan manifesto itu?
ini bukan zaman tok kaduk dulu..bangun, ni zaman da maju..pemikiran kite takboleh ke belakang lagi..
anti-firaun..
amno parti haprak. tak malu, lubong jobor saifol di jadikan talian hayat survival politik parti yg dah nak terlangkup.
umno memang banyak duit la anti firaun. kalau x takkan pencacai umno kata tekun tu umno punya...ha...ha..ha...adun dan pemimpin hatta jkkk kg pun rumah besar2. mana ambik duit tu??? mcm x tahu duit rakyat malaysiakan duit umno..biasalah tu. dah terang lg bersuluh bak kata org tua2.
biasa la kalu dh pakai penasihat yahudi (APCO). cara pun dah dkat sama mcm yahudi. aku rasa kalu next pru pakatan rakyat masih kekal dan bertambah kuat mahu diaorang ni kena bom...ha...ha...ha.... nak tanya anti firaun sikit. kalu org pkr yg atur pemecatan zul nordin digelar firaun kecil, najib yg luluskan lesen judi utk naikkan ekonomi negaradan paki penasihat yahudi nak panggil ape ye??? sesuai x kalu aku gelar dia dajjal kecil???
anti-dajjal
ameno guno duit royalti la tu wak beli adun nge mp...ceh! bengong sungguh la sapo2 hok dok nok pakoh bn...memey geng roya putuh...bodo kepek...
cik anom 8:27
kalau mu rasa tak setuju ngan Pas
itu hok mu sebagai pengundi..mungkin ramai lagi yg suka dan kalau mu tok berapa suka apa yg TP tulis...
mu tok leh gapo2...itu masing2 pendapat la bro..or u play somewhere esle..kawe suggest kat demo gi masuk umno punyo
website..palo demo pun tok sakit..ko guano bro
i'm no king
Apa adahal nak lompat ke x...mana rakyat yang mementingkan masa depan keturunannya takan goyang dengan perkara lompat-lompat ni. Mana rakyat yang dalam jiwa ada taman atau jiwa kacau mungkin goyang la kot kena propaganda bodoh dari umno nanti.
Tulang Besi ..
Tu laa Perjuangan PR tidak berlandaskan ISLAM. Baru kena beli & ugut sikit sudah longlai...
Lihatlah perjuangan ISLAM yg sebenar. Mati shayid pun berani. Ikutlah contoh perjuangan Rasulullah yg sebenar.
KERAJAAN BN KAYA....APA YG HAMPA SAKIT HATI?
SEKARANG NI BN MEMERINTAH...PETRONAS KERAJAAN PUNYA....CUKAI2 KERAJAAN PUNYA....SBB BN YG MEMERINTAH. DUIT TU BN YG AKAN URUSKAN. SO, HAMPA TAK PERLU SAKIT HATI LAH?
NAK BELI MP HAMPA KA.....ADUN HAMPA KA...ITU STRATEGI BN. BN BANYAK DUIT APA TAKUT.
JADI...HAMPA JANGAN DENGKI LA. HAMPA TU MISKIN....PAPA KEDANA...
MISKIN BUAT CARA MISKIN....KAYA BUAT CARA KAYA...BETOI TAK???
+BANGANG....+BANGANG
Tu laa Perjuangan PR tidak berlandaskan ISLAM. Baru kena beli & ugut sikit sudah longlai...
Lihatlah perjuangan ISLAM yg sebenar. Mati shayid pun berani. Ikutlah contoh perjuangan Rasulullah yg sebenar
-----------------------------------
sepatutnya semua orh islam mesti jd cntohi rasulullah. tp buat masa skarang memang sukar nak dapat pejuang2 islam yg tulin. ko lihat isu Allah sahaja dh mencukupi. bukan nak pro mana2 tp ko cuba fikirkan. kat sabah dan sarawak kristian katolik boleh guna nama Allah tp kat semenanjung x boleh sbb nama Allah itu hanya hak org islam bak kata parti umno. so mcmana pulak hak org islam kat sabah dan sarawak??? adakah sbb kebanyakan mereka bukan org melayu atau itu hanya isu yang bukan isu. TGNA and the gang ckp semua manusia ada hak utk guna nama Allah SWT tapi utk masa sekarang ianya x berapa sesuai sbb umat islam ramai yg dah x kenal 99 nama dan sifat Allah SWT. dan TGNA and the gang jugak ade bg warning supaya mereka (katolik) tidak menggunakan nama Allah SWT sewenang-wenangnya. so ko pilih mana?? umno yg berjuang utk melayu sekerat islam sekerat x atau ko nak sokong satu pihak lg yg bagi aku fakta yg diberi logik dan masuk akal??? ko pikirla sendiri..
ingat tanpa politik sesuatu kerajaan xkan dapat didirikan...
Kan elok.. kita tubuhkan PAKATAN ISLAM. Kita amalkan politik ISLAM yg sebenar yg bersandarkan kpd perjuangan ISLAM. Perjuangan yg bersandarkan kpd rakyat tidak akan berjaya. Adakah PAS ingin bersekongkol jika rakyat mahukan penjualan arak yg berluasa, penjudian yg bertambah, sistem riba, penzinaan dan lain2 lagi.
PAS perlu perjuangkan ISLAM yg sebenar. ISLAM mampu berdiri sendiri. Tidak perlu kpd ideologi2 ciptaan manusia
PAS dahulu aku sokong.
PAS dlm PAKATAN.. aku masih memantau.
UMNO aku tak sokong..
BN lagi aku tak sokong..
PAKATAN Melayu pun tak kemana
PAKATAN ISLAM.. JAWAPANYER...
PAS yg dah tak PASS..perjuangan demi dunia yg lebih kurang sama mcm AMNO cuma guna nama Islam. PAS yg tak PASS bila byk perpecahan,adu domba dan fitnah yg melanda..kerana apa? GILA KUASA DAN KEMARUK NAK PEGANG JAWATAN!
oooh awang dogol
ko dah ngaku ker mp yg keluar pr kena beli ngan bn
kahkahkah
mmg dasar dogol
dogol sedogol-dogolnya
Dalam Fuckatan Rakyat mana ada wali Allah. Wali selipar ada, wali black forest fruit ada, Wali Pukey Face ada, wali Allah ada..??? Takde kan..!!! Yang menguntungkan kristian ada ramai dalam Fuckatan Rakyat terutama dalam parti PASberg. Tulang babi..oppss.. Tulang Besi, seorang fasik yang membawa berita.... sudah la tu. Rambut pun makin kurang, takkan otak pun maki kurang "RAM" dia. Nie la jadinya bila banyak makan besi dan asyik "TAKEBEER" ngan DAPigs.... otak pun dah berkarat. Sian ko....
Bangsat2 PASberg nampak dah bernanah telinga........
takebeer...takebeer..takebeer..
tulang besi apa yang kau merepek ni. kau ni antara firaun kecil yang dimaksudkan oleh zul tak? tak masuk akal orang macan zul norddin kena beli oleh umno. pas dalam kekeliruan dan serabut tak leh fikir logik lagi dah. PAS dinasihatkan keluar PR supaya nampak lebih mulia. NIK aziz sebelum bersama PR dihormati oleh setiap melayu islam tak kira pas atau umno. tetapi sekarang jadi bahan jenaka je? fikirkanlah tuan guru, bukankah ini bala?
maklumat lanjut artikal di atas sila baca disini, disini dan disini
Post a Comment