"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, May 07, 2010

2008: Husam Usaha Lemahkan Pak Lah Tapi Terengganu Masih Kalah

Peristiwa Kickdefella mendedahkan adanya sekumpulan orang-orang PAS yang telah membuat kerja melemahkan imej Pak Lah yang telah menyebabkan PAS kalah teruk di Terengganu. Tapi, usaha Husam telah berjaya meredakan imej “Islam” Pak Lah.

Secara logiknya, dikala imej Pak Lah lemah, ditambah dengan perpecahan UMNO Terengganu yang parah, maka PAS Terengganu patutnya mudah menawan kembali negeri Terengganu dari UMNO pada 2008.

Perpecahan UMNO Kelantan tidak seburuk UMNO Terengganu sewaktu menghadapi pilihanraya 2008. Namun Kelantan muncul dengan gemilang sekali berbanding Terengganu. PAS Terengganu cuma mampu menambah 4 kerusi dari tahun 2004 menjadi 8.

Itu pun satu kerusi (Ladang) menang sebab UMNO setempat meluat ke calon UMNO.
Artikel yang saya ambil dari Tranungkite sendiri menunjukkan bahawa “mood” rakyat Terengganu sekarang ini masih belum berpihak pada PAS. Yang lebih menakutkan adalah di ambang pilihanraya yang akan datang, Najib akan mencalonkan Mat Said untuk bertanding Parlimen dan menamakan seorang calon baru yang disukai berbagai pihak untuk menjadi MB Terengganu. Yang jelasnya, Najib tidak akan menamakan Mat Said sebagai calon MB Terengganu dalam pilihanraya yang akan datang.

Di kala itu, ada kemungkinan PAS akan hilang 2-3 kerusi lagi di Terengganu. Kita mesti ingat, perangai orang Melayu ni suka memaafkan. Maka, oleh kerana Najib masih baru jadi PM, aka nada pengundi-pengundi kita 2008 yang akan mengundi BN kembali kerana hendak memberi peluang kepada calon baru.

PAS Terengganu kelak akan membariskan pimpinan yang sama yang telah ditolak pengundi 2004 lepas. Tindakan melantik Ustaz Harun Taib sebagai PJ Terengganu benar-benar tidak membantu peluang PAS Terengganu untuk menawan Terengganu kembali.

Tidak hairanlah PJ Terengganu telah di booo penyokong sendiri di satu ceramah di Kemaman Terengganu. Begitu tidak popular calon-calon MB dan PJ PAS bagi negeri Terengganu.

Apa yang PAS Terengganu buat selepas kalahnya 2008 hanyalah mengacau kepimpinan PAS Pusat. Dengan geng-geng kayu, mereka telah merancang menjatuhkan Dr Syed Azman dan Husam Musa. Blog “Anti Husam” diwujudkan serta mesyuarat2 diadakan di sekitar Bangi dan Kajang bagi membincangkan bagaimana hendak menjatuhkan orang-orang seperti Husam Musa dan Dr Syed Azman. Terma “Geng Erdogan” digunakan bagi melabel orang-orang seperti Husam Musa.

Geng Kayu juga telah menggantikan Dr Syed Azman dengan Dr. Shamsuri Ahmad. Gaji Dr Shamsuri sebagai SU Presiden dibayar oleh SIGTECCH yang diketuai oleh Dr Khazani Abdullah. Kedua-dua Khazani dan Shamsuri adalah anak usrah kepada Dr Kamaruzzaman (Dr Kayu). Dr Kayu ini pula adalah SU Dewan Ulama sewaktu Dewan Ulama berada di bawah Ustaz Harun Taib.

Sejak akhir-akhir ini pula, puak2 Terengganu telah mendapat bantuan beberap blogger yang tidak dikenali siapa mereka. Blog ini telah menggelarkan mereka “Bloggers Pondan”. Mereka kecut untuk menunjukkan identity mereka kerana mereka hanya berani menyebar fitnah tanpa mahu bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut. Mereka tak berani tunjuk muka sebab mereka adalah pondan.

Adakah ini tarbiyyah PAS Terengganu? Tarbiyyah mereka mengarah mewujudkan pondan-pondan?

Namun, usaha untuk menampilkan barisan pimpinan yang diterima rakyat tiada dilakukan. PAS Terengganu terus melakukan pemilihan cara DAP menyebabkan kayu-kayu lama terus kekal. Jelas, mereka ini tidak kesah pasal jemaah ataupun pasal kejayaan Islam. Apa yang mereka kesah adalah mengekalkan penguasaan mereka terhadap PAS.
Mereka berbuat demikian dengan bergantung di belakang jubah Presiden.

Bayangkan UMNO yang mampu membuat perubahan pimpinan, tapi PAS Terengganu masih terus mengekalkan mereka yang jelas ditolak pengundi pada 2004. Apabila ditegur, maka diwujudkan bloggers Pondan untuk menyerang orang seperti saya.

Pada waktu yang sama, PJ Terengganu terus ditolak rakyat Terengganu sehingga ke tahap di booo oleh penyokong sendiri. Bagaimana hendak berharap menarik sokongan orang atas pagar ataupun orang UMNO?

Kalau PAS kalah di tempat-tempat lain pada pilihanraya umum yang akan datang, maka kesalahan tersebut kita patut letakkan di bahu PAS Terengganu. Mereka begitu ghairan mengacau kepimpinan PAS Pusat namun tidak mahu membuat perubahan di Terengganu sendiri, tempat mereka bertapak.

Kalau Terengganu kuat maka tempat lain juga akan kuat. Maklumat saya dapat, UMNO begitu konfiden mengekalkan kekuasaan di Terengganu, mereka telah memindahkan sebahagian pengundi-pengundi mereka kembali ke Selangor.

Kerana mereka tahu, hasil kerja tangan Geng Terengganu di PAS Pusat bakal memberikan laba yang cukup besar kepada UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Bukankah pada 2004 sendiri kita lihat betapa kumpulan “ulama” telah memberi kemenangan yang cukup gemilang kepada UMNO dengan “Dokumen Negara Islam” mereka? Nampaknya sejarah akan berulang kembali.

Tulang Besi

7 comments:

Anonymous said...

haritu geng2 pukida dan perkosa bukan main lompat lagi bila karpal cakap sultan/kerabat raja boleh disaman..sekarang AG pon mengaku yang sultan/kerabat raja boleh dibawa ke mahkamah...siap ugut lagi tu..

‘Let doctors see sultan’
2010/05/07

By Sean Augustin and Shuhada Elis


KUALA LUMPUR: Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail has requested Raja
Perempuan of Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid to allow a panel of doctors to check the condition of the sultan of Kelantan.

He said Tengku Anis had until “sometime this week”to comply with the request, which was made last month, or risk legal action. Gani, however, was quick to point out that the request had nothing to do with the events in the past few days.

He did not specify in detail the legal action which could be taken but said it was possible as it was practised in other countries such as Britain.

Anak Lenggong said...

Tengok lah sikap sebenar manusia yang bertopengkan dengan janggut sejemput dan berketayap bernama RAHMAN ni ...perwatakan luaran berlagak saorang yang berimam tetapi didalam hati penuh dengan hasad dengki dan busuk...

Sebenarnya bukan PAS kelantan tu kuat tetapi penyokong jumud kat kelantan takut disumpah tak masyuk syurga oleh PULAMAK PAS...orang kelantan terpaksa mengikut telunjuk orang tua yang dah nyanyuk tu...

Anonymous said...

perghh..ni artikel serampang dua mata ni..

- nak cover taik husam
- kutuk puak UG yg dipimpin Haji HAdi di terengganu..

Anonymous said...

Rahman;

nak jugak tengok Si Rahman tulang besi ni bertanding di Negeri Sembilan..

Berkokok berani kat Blog, macam dunia ini dia yang punya.. semua orang salah kecuali dia aje..

Ade tolo ke Man..

P/s Gerenti hilang deposit.

matstimketum said...

ganu kalah sebab geng pas ganu buat kerja tak amanah! mengaku ajelah.

leekingkong said...

gua pun tau pasal PAS Teganu. Ahli Pas yg kuat hanya kalangan orang Pas saja. klau buat program 90% yg datang orang Pas tahun 80-an. Klau ada yg muda itu pun yg dapat certified dari geng2 senior. Yang nampak boleh diketengahkan untuk bukan penyokong Pas dan bukan Melayu seperti Yb Wahid Endut & Yb Dr Syed Azman,..yang lain adalah Pas era 1980-an/90-an. Terutamanya Dato' Haron Taib, Dato' ABC, ABA, Y.Al, Azm Sh & geng. Klau ada pengikut yg berani mengkritik golongan ustaz2 ini,.. tunggulah bukan sekadar marah tetapi fatwa haraki/jama'i yg luar biasa akan dikluarkan. Inilah uniknya Pas teganu.Hidup teganu kite - hidup geng teganu..

Anonymous said...

Aku sejak kecik nyampah ngan PAS ni.. cuma bila reformasi baru aku sokong itu pun sebab join ngan PKR..

PAS ni (Teregganu) syok sendiri masa menang dulu kecoh.. habis semua nak rampas.. citt

tengok selangor.. dah menang tapi tak buat mcm PAS Teganu..

Sekarang aku dah jadi pengundi tetap di Selangor.. bye bye PAS Teganu dengan kuda tuanya.

Hidup PKR!!