"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, May 07, 2010

UMNO: Buang Pekerja PETRONAS. Serah Minyak Pada Brunei

Sudahlah selama ini kita tak tau apa sudah jadi pada wang minyak kita, tiba-tiba kita dikejutkan oleh berita di bawah. Bahawa pekerja-pekerja Petronas akan dibuang dan diberhentikan.

Sedar atau tidak, kita tidak tahu apa sudah berlaku kepada wang minyak kita selama PETRONAS ditubuhkan. Berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu berapa hasil minyak yang didapati Malaysia semenjak 1974? Yang lebih teruk, berapa ramai yang tahu ke mana wang minyak yang berjumlah beribu-ribu juta ringgit telah pergi di bawah pentadbiran UMNO?

Sedikit maklumat yang kita dapat dari hasil wang minyak kita adalah dalam bentuk beberapa bangunan baru yang runtuh di Terengganu.

Soal lagi satu adalah mengapa wang minyak tidak ditabungkan untuk masa depan? Sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan Norway dengan hasil minyak mereka. Hasil minyak Norway diletakkan dalam Tabung Pencen yang mana apabila minyak Norway habis, hasil minyak itu masih mampu menjana wang untuk menjaga kebajikan rakyat Norway.

Adakah Malaysia mahu menjadi seperti Indonesia. Yang mana Indonesia menjadi papa kedana apabila wang minyak mereka habis dirompak Suharto dan keluarga? Apabila wang minyak habis, rakyat Indonesia terpaksa melacur semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Adakah sehingga anak-anak gadis kita mula melacur baru kita hendak menolak UMNO dan BN?

UMNO adalah perompak dan kita memberikan kuasa kepada perompak untuk menjaga kekayaan kita? Esok nanti bila anak-anak gadis kita terpaksa melacur untuk mencari sesuap nasik, barulah kita akan menyesal kerana memilih UMNO sebagai kerajaan.

Langkah Petronas di bawah adalah satu petanda awal bahawa wang minyak kita sudah hampir habis. Hanya menunggu waktu sahaja bagi anak-anak gadis kita melacur dan rakyat Malaysia merempat. Jangan ingat perkara ini tidak akan berlaku. 20 tahun dahulu, tiada siapa dari kalangan rakyat Indonesia yang menyangka mereka terpaksa melacur untuk mencari sesuap nasik.

Marilah kita berterima kasih pada UMNO kerana pemerintahan mereka kelak akan memaksa anak-anak gadis kita melacur untuk mencari sesuap nasik dan rakyat Malaysia terpaksa hidup merempat.

Saya ada bercakap dengan aktivis zakat di Indonesia dan percayalah cakap saya. Majoriti pelacur di Indonesia adalah orang Islam dan mereka melacur kerana mereka mahu mencari wang untuk membeli makanan dan menanggung hidup sehari-hari. Semua ini adalah lantaran habisnya wang minyak Indonesia setelah dirompak Suharto dan keluarga.

Kita mesti ingat Suharto adalah rakan baik UMNO dan Mahafiraun satu masa dulu cukup rapat dengan perompak bernama Suharto ini. Perangai Suharto tiada beza dengan UMNO dan Mahafiraun.

Tulang Besi

p/s - Kenyataan terbaru dari Petronas Dagangan tidak menafikan akan terjadinya pembuangan secara besar-besaran ini. Kenyataan tersebut hanya menafikan pembuangan itu dilakukan atas inisiatif Petronas. Mereka cuba menyalahkan agen yang mengambil pekerja kontrak bagi pihak Petronas.

Soalnya, agen-agen ini tidak mungkin akan memberhentikan pekerja mereka sekiranya Petronas sendiri tidak mahu meneruskan khidmat pekerja-pekerja kontrak tersebut. Agen-agen ini mendapat keuntungan dari setiap pekerja yang diambil Petronas. Lebih ramai pekerja yang diambil Petronas, lebih banyak keuntungan mereka. Adalah bodoh sekiranya agen-agen ini memberhentikan pekerja-pekerja kontrak ini tanpa sebab kerana ianya jelas akan mengurangkan keutungan mereka.

Bersiap sedialah wahai rakyat Malaysia sekelian.
Pekerja kontrak Petronas bakal hilang kerja

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Warga pekerja kontrak Petronas seluruh negara bakal berdepan dengan potongan gaji dan kehilangan kerja bermula 1 Jun depan.

Demikian dinyatakan oleh seorang pekerja Petronas yang mahu dikenali sebagai Hopeless Bapak dalam satu surat kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pekerja yang bekerja hampir 25 tahun langsung tidak dihargai dan berdepan dengan potongan gaji kira-kira 40 peratus atau bermula pada gaji pokok walaupun telah bekerja lama sehingga ada yang menjangkau 25 tahun.

Ada pekerja di sesetengah bahagian tidak disambung kontrak walaupun telah lama bekerja dengan Petronas.

“Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan oleh DS Najib yang mewar-warkan ke arah negara berpendapatan tinggi?

“Ke mana keuntungan Petronas yang beratus billion dibelanjakan. Tiadakah sedikit penghargaan kepada pekerja yang telah menaikkan nama syarikat,” soalnya.

Baginya, alasan mereka pekerja kontrak dan mengurangkan kos tidak dapat diterima sama sekali.

Justeru, katanya berkemungkinan piket akan diadakan pada 1 Jun nanti di seluruh negara sekiranya kezaliman itu diteruskan.

4 comments:

merbok said...

kepada pekerja petronas yang dok sokong UBN, PADAM MUKA HAMPA!!! HAMPA SOKONG LA LAGI UMCO..

kepada pekerja petronas yg yang sokong PR, bersabarlah.. sebab rezeki Allah ada dimana-mana. insyaAllah bila PR mengambilalih pentadbiran kerajaan malaysia mudah-mudahan ekonomi malaysia akan bertambah baik kerana akan berlaku perbelanjaan berhemah dan tidak membazir dengan projek-projek yang menguntungkan individu dan kroni.

matkambing said...

walaupun petronas disenarai dalam fortune 500, tetapi jika pengurusanya tak amanah, akibatnya inilah yang terjadi! rakyat usahlah bermegah dengan kejayaan petronas!

Najib said...

Salam...

Wahai saudara kenapa kita nak saling menyalahi dan menuding jari ke arah orang lain..bukan kah satu jari kite menuding ke arah orang lain 4 jari lagi menuding ke arah diri kita sendiri?

mengapa mentaliti rakyat Malaysia suka menyalahkan orang lain daripada mamikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah...

contoh terdekat, kalau seorang anak dalam sebuah keluarga berkelakuakn tidak elok maka sudah pasti sama ada si ayah akan menyalahkan si ibu kerana terlalu memanjakan si anak tersebut ataupun si ibu akan menyalahkan si ayah....biasa dengarkan?

Dalam kes ini kenapa kita perlu menyalahkan kerajaan sekarang? adakah anda pasti bahawa kerajaan baru kelak akan dapat mentadbir dengan baik? walaupun orang kata jangan menghakimi sebelum melihat sendiri hasilnya. Namun, kita harus juga mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada untuk mengelakkan pisang berbuah 2 kali..

Saya tidak pula menyatakan bahawa kerajaan akan datang adalah tidak baik namun, setakat yang saya dapat lihat di beberapa buah negeri yang ditadbir oleh mereka masih menampakkan kepincangan dan ketidaksefahaman antara parti gabungan mereka. malah saya melihat DAP adalah lebih menyerlah daripada PKR atau pun PAS..

Namun, saya tidak menafikan bahawa kerajaan sekarang ada melakukan banyak kesalahan yang saya mengakui ada masanya saya sendiri tidak dapat menerima alasan yang diberi. Tetapi sekurang-kurangnya dengan pengalaman selama 53 tahun mentadbir sehingga kita dapat hidup seperti sekarang ini kita mengharapkan agar mereka akan dapat membawa perubahan dan kebaikan kepada kita kelak...

amin....

dins said...

najib,
banyak dah projek kerajaan UBN yg bangkrap. kalau nak senarai kat sini tak larat nak baca.

kita cuma nak kerajaan yg lebih telus, berintegriti bukannya kerajaan yang banyak membazir kepada benda yang tak perlu dan banyak berlaku ketirisan.

beri peluang pada PR untuk mentadbir negara.. kalau tak telus jugak kita tukar balik kerajaan!!

sapa-sapa jadi pentadbir kerajaan pun tak salah, mereka semua rakyat malaysia bukannya pendatang! bukannya komunis dan sebagainya.. jangan takut untuk tukar kerajaan..

bila rakyat berani untuk tukar kerajaan, aku yakin pak-pak menteri akan buat kerja betul-betul untuk jaga kebajikan rakyat.. bukannya seperti sekarang banyak songel malah ada yang sombong dengan rakyat.. tak sedar diri makan duit gaji ambik dari duit rakyat!