"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 04, 2010

Kisah Seorang Mat Ezam - Reformis Jalanan

Reactions: 
Oleh: Reformis Jalanan
"Cabaran masa kini ialah rasuah dan penyelewengan. Kerana tak ada maruah, sebab itu melarat hidup kita." "Bangun, bangkit, berdiri sebagai seorang insan yang mempunyai maruah."
Kata-kata inilah yang saya akan ingat sampai bila-bila. Orang yang bertanggungjawab menyedarkan saya betapa pentingnya maruah seorang bangsa yang merdeka ialah Ezam Mohd Noor. Saya mula rasa bersemangat sebaik saja mendegar rakaman ucapannya yang dirakam di Johor, 3 tahun lalu. Sebab itu kenapa saya selalu tekankan di dalam blog ini mengenai maruah. Saya selalu sebut mengenai maruah. Bab integritilah yang paling saya tekankan.

Berbalik pada kisah Ezam. Dahulu saya sangat menyanjungi beliau. Ezam meninggalkan pengaruh yang begitu mendalam pada diri ini. Tentang kisah beliau menghantar laporan rasuah setebal 632 mukasurat yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan kepada PM waktu itu, Abdullah Badawi. Saya mana pernah jumpa Ezam. Sempat bertentang mata dan berjabat tangan saja sewaktu beliau dijemput berceramah di Perkarangan Masjid Rusila, satu pentas bersama Azmin Ali yang turut dijemput (kali terakhir Ezam-Azmin satu pentas). Itu pun hampir 3 tahun lalu.

Tapi setiap bait-bait katanya saya ingat. Ketika itu beliau menenkankan soal maruah dan integriti. Beliau menyoal di mana maruah dan martabat kita selaku bangsa yang merdeka tatkala pemimpin-pemimpin UMNO bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan. Adanya pemimpin macam itu kerana kita (rakyat Malaysia) tidak meletakkan maruah diri di tempat yang tinggi.

Negara lain yang tidak Islam begitu pentingkan bab integriti. Jika seorang pemimpin dituduh rasuah dan dikumpulkan bukti yang tidak dapat dijawab, rakyat tidak perlu mendesak pemimpin tersebut meletak jawatan, tapi dia sendiri yang letak. Tapi di Malaysia ini? Dah jenuh suruh letak jawatan - tak letak-letak juga. Orang Islam apakah ini yang tiada maruah?

Saya sudah bawakan contoh di dalam blog ini mengenai bekas Presiden Korea Selatan (Roh Moo Hyun) yang bunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi kerana malu dengan rakyat Korea tentang amalan korupsinya. Bandingkan maruah rakyat Korea yang kafir dengan Malaysia yang bermajoritikan Islam.

Ezam juga pernah membandingkan Korea dengan Malaysia dengan diceritakan pengalamannya berkunjung ke Gwangju. Tak mungkin saya lupakan. Beliau menerangkan sebelum tahun 80-an taraf Korea Selatan dan Malaysia lebih kurang sama. Sama ada ekonomi mahupun sukan. Tapi, Korea Selatan jauh meninggalkan Malaysia selepas daripada tahun 80-an. Kerana apa? Kerana bermulanya kebangkitan rakyat Korea yang melawan pemerintah sehingga mengorbankan ratusan nyawa. Sebab itu sehingga kini mereka menjadi bangsa yang bermaruah.

Mereka menghukum mana-mana ahli politik yang rasuah. Di Korea Selatan, ramai pemimpinnya masuk penjara. Di Malaysia, hanya boleh mimpi saja Menteri masuk penjara. Dan kerana bermaruah, rakyat Korea hingga sekarang hidup senang. Pendapatan selesa, jauh beza dari segi taraf hidup dan pendapatan berbanding rakyat Malaysia. Kerana apa? Kerana mereka ada maruah, kita tak ada maruah.

Beliau menukilkan pula ayat dari Surah al-Hajj yang bermaksud, "Jangan kamu biarkan harta itu berlegar-legar di kalangan kamu yang berkepentingan" - oleh kerana tak ada penghayatan mengenai ayat ini, sebab itu masyarakat kita menjadi kosong, tak ada maruah. Orang kafir mana ada pegangan. Tapi mereka cukup marah kalau pemimpin mereka rasuah. Yang salah tetap salah.

Seterusnya beliau memetik kata-kata Ibnu Khaldun (Muqaddimah) : Hancur tamadun ini apabila pemimpin kena penyakit berkejar-kejar dengan kemewahan.

Ezam ketika itu kuat mengutuk pemimpin-pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan yang melacurkan jawatan mereka kepada tauke-tauke dadah. Pengalaman beliau di Penjara Kajang apabila diberitahu oleh seorang banduan yang bakal dihukum gantung kerana membawa dadah. "Tauke dadah tak akan masuk penjara kerana mereka boleh main golf dengan ketua-ketua polis".

Perkara-perkara inilah yang membawa kesan di dalam diri saya. Sudah berapa banyak saya sebut tentang maruah di dalam blog ini? Boleh kira sendiri. Tapi ini adalah hasil daripada kata-kata Ezam yang baru mengangkat sumpah menjadi senator pada hari ini ke dalam diri saya. Yang saya perjuangkan ialah pembasmian rasuah dan penyelewengan di dalam negara ini.

Tapi cukup mengecewakan bila beliau memilih untuk menyerahkan borang UMNO kepada orang yang kuat dikritiknya kerana lembab dalam pembersihan rasuah dalam pentadbiran (Abdullah Badawi). Saya berfikir banyak kali. Daripada sumber yang dipercayai, sudah nyata Ezam sendiri belot dengan perjuangannya. Bermula dengan krisis dengan pemimpin-pemimpin PKR sehingga beliau keluar parti, menjadi tidak berparti, bergerak atas platform Gerak, berceramah di atas pentas PAS, dan akhirnya terjun kembali ke lubuk asal.

Yang nyata, Ezam bukan Trojan Horse Anwar. Ezam khianat kerana tidak dapat perhatian dari bekas bossnya. Hishamuddin Rais menyifatkan sebagai penyakit KKS - Kurang Kasih Sayang. Kasih sayang daripada Anwar. Khalid Jaafar kata Ezam sudah tidak yakin dengan perjuangan parti.

Ezam pula dalam salah satu ceramahnya mengatakan sebab dia keluar parti kerana sudah dapat lihat ada elemen-elemen yang tidak elok yang boleh merosakkan perjuangan kerana terdapat segelintir pemimpin parti yang mempunyai cita-cita lain.

Pernah dulu ucapan Ezam keluar dari rakaman VCD hampir 3 tahun lalu mengenai desas-desus beliau menyertai UMNO. Dan jawapannya ketika itu ialah, "Macam mana nak masuk UMNO sedangkan sayalah yang paling kuat membuat laporan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO?"

Akhirnya serah juga borang kepada yang lembik lawan rasuah dengan alasan, "Saya berpuas hati dengan usaha PM yang mahu membasmi rasuah,"

Hari ini Mat Ezam sudah jadi senator. Dan tadi saya tinggalkan komen pada wall Facebook beliau,
Salam Mat Ezam. Dah jadi senator ni, jalankanlah tanggungjawab dan pikul amanah dengan sejujurnya. Flashback balik apa yang anda ceramahkan di Tenggara, Johor dahulu. Flashback lagi tentang pengalaman anda di Gwangju, Korea serta perjuangan rakyat Gwangju pada 80-an. Walaupun saudara sudah berlainan parti, saya harap saudara tidak bacul dalam mempertahankan maruah umat.
Walaupun Ezam sudah khianat, tapi saya akan teruskan usaha mempertahankan maruah rakyat Malaysia dan perjuangan menentang penyelewengan dan korupsi.

9 comments:

Awang Dogol said...

Dalam diri si Ezam ni mana ada perkataan RASUAH lagi....itu cerita lama la...

Sekarang tuntutan RASUAH ni dah tak ada apa2 makna bagi dia lagi. Masuk telinga kiri....keluar telinga kanan aja dibuatnya.

Maklum la....macam abang Mat Sabu kata "Kalau dah masuk dalam tong taik tu....bau taikpun dah tak rasa lagi"....ha...ha...ha..

Anonymous said...

hahahah,..

kena suruh Nik Aziz terjun bangunan krn dia sndiri mengaku terima RASUAH HAJI RM65,000

Anonymous said...

bagaimana dgn menyokong org yg TAK BERMARUAH(PELIWAT)??????

tu dianggap bermaruah ke?

Anonymous said...

awang dogol,..

Mat Sabu yg pernah berduan dgn isteri org dlm bilik hotel tu ke??

Yg mempopularkan perkataan "ALJUBURI" tu ke???

Anonymous said...

itu kapal selam punya komisyen 354 juta lu tannak cerita ka bai????...

Anonymous said...

Tong kosong biasanya cakap berdegar tapi habuk pun tadak..tak boleh pakai punya.

3 ekok jenis macam ini..Ezam kotak, Brahim katak dan Zul biawak.

zane said...

Awang dogol yang bangang,

Kalau anda tak nampak lagi apa yang UMNO BN buat untuk menghodohkan parti pembangkang, anda memang bangang tahap gabang!

Kes mat Sabu dah lama berlalu dan orang pun tahu apa yang sebenarnya berlaku. Orang sedar akan pementasan yang dilakukan UMNO dengan kerjasama TV3, memerangkap Mat Sabu yang ketika itu sedang meneliti diari aktiviti ceramahnya sewaktu diserahkan oleh perempuan upahan itu. Dan peristiwa ini berlaku di hadapan kakitangan hotel yang sedang bertugas!

Hakim telah melepaskan beliau dan memangpun Mat Sabu diperangkap untuk mengalihkan isu ketua pemuda UMNO ketika itu Rahim Thamby Chik merogol budak berumur 15 tahun sehingga melahirkan anak!

Awang Dogol, jangan ingat kami semua bodoh macam awak!

zane said...

Ooops sorry awang dogol, bukan awak tapi anon 11.12 am yang bangang itu. Maaf terkasar bahasa..sakit hati ngan fitnah punya pasal.

Anonymous said...

punya la marah zane sampai terbalun geng sndiri,..hahahahha

Itulah contoh pencacai barua DAP yg gelojoh dan rakusss,..

klau hati dh ditutup oleh jubur anwar mmg susah dh terima hidayah,.

hya keburukan org shj yg mahu didengar tapi keburukan sndiri semua dinafikan,..