"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 04, 2010

Urusan Keselamatan Siap Diatur Untuk Hadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu

Urusan keselamatan kini siap diatur bagi memastikan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu bebas daripada sebarang kekacauan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat.

Beliau berkata selain polis, khidmat Rela dan Jabatan Pertahanan Awam akan digabungkan untuk memberi bantuan sekiranya perlu.

Bercakap kepada media selepas sesi temu bual dengan siaran Perkhidmatan Iban di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari Isnin, Jelaing berkata polis akan mewujudkan ibu pejabat taktikal mereka di kem Pasukan Gerakan Am Lanang di Jalan Lanang di sini.

Beliau berkata kira-kira 2,000 anggota dan pegawai polis dari beberapa kawasan lain akan ditugaskan di sini ke arah memperkuatkan kontinjen tempatan.

"Kami kini sedia berdepan apa jua kemungkinan. Bagaimanapun, kami tidak menjangkakan banyak masalah memandangkan penduduk di negeri ini agak kurang emosional dan tidak mudah naik darah berhubung isu yang dibangkitkan sungguhpun dalam saingan pilihan raya yang amat sengit," katanya.

Jelaing mengingatkan semua parti politik supaya mendapatkan permit polis dengan lebih awal bagi menganjurkan ceramah yang mereka rancang.

Beliau berkata mereka harus mengelak daripada menyentuh isu sensitif berkaitan kaum dan agama selain serangan peribadi.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata hanya 7,000 MyKad masih belum dituntut daripada 41,100 MyKad yang dikeluarkan di seluruh negeri ini tahun lepas.

Beliau berkata ini berikutan pendekatan baru kementerian dalam mengesan pemohon yang berjaya dengan bantuan wakil mereka di peringkat negeri atau pusat, polis dan Rela.

Katanya tahun ini Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak memiliki tujuh pasukan bergerak bagi membantu penduduk di kawasan pedalaman memohon sijil kelahiran dan MyKad.

"Jabatan diberi masa sehingga Disember 2011 bagi memastikan semua warga Sarawak mempunyai dokumen yang diperlukan. Mungkin peraturan baru diperkenalkan selepas ini di mana mereka yang gagal mendapatkan dokumen berkenaan akan dikenakan penalti," katanya.

No comments: