"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 04, 2010

Ustaz Idris Ahmad, GMC & RM4 Juta...

Reactions: 
Bila timbul isu peruntukan sebanyak RM4 juta yang Blogger Kickdefella timbulkan, 1 persepsi buruk mula timbul didalam PAS. ada yang masih tak tahu apa itu Global Media Channel (GMC) yang pengurusannya diserahkan kepada Blogger Kickdefella sepanjang beliau bekerja di PMBK.

Lebih teruk lagi apabila dikalangan Ahli PAS sendiri pun masih belum jelas akan kedudukan dan peranan Global Media Channel (GMC) di Kelantan. ramai yang fikir, Global Media Channel (GMC) ialah sebuah Syarikat yang dimiliki oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.

Ramai jugak yang salah sangka bahawa segala perbelanjaan dan juga pembiayaan aktiviti Global Media Channel (GMC) dibiayai oleh Parti PAS dan juga Kerajaan Negeri Kelantan. ini ramai yang masih tak faham sebabnya dikalangan Ahli-Ahli PAS sendiri ramai yang bodoh sombong - malas bertanya, tapi suka dengar cakap-cakap orang ke-3 atau khabar angin.

Ini memang mentaliti kebanyakan Ahli PAS. malas nak selidik sendiri. pemalas. penyakit Ahli UMNO dah banyak merebak dalam jiwa Ahli PAS. sebab tu makin lama makin banyak masalah dalam PAS.

Dekat bawah ni aku terangkan secara ringkas apa itu Global Media Channel (GMC) dan maklumat dekat bawah ni aku dapat dari Pemilik Global Media Channel (GMC) sendiri dalam pertemuan dengannya kelmarin di JKR 10.

Macam yang didedahkan oleh Blogger Kickdefella, Idea penubuhan Global Media Channel (GMC) bermula apabila beliau mula berkhidmat di Kelantan selepas melihat potensi sebuah Televisyen Internet (Broadcast) Kelantan TV.

Perkara ini (penubuhan Global Media Channel (GMC) kemudiannya dibincangkan dalam 1 mesyuarat di JKR 10 (Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan) pada bulan April, 2007. beberapa pihak agak tidak senang dengan idea meletakkan pengurusan dibahu Blogger Kickdefella kerana beliau adalah Ahli UMNO.

Setelah mendapat penentangan berkenaan dengan penyerahan pengurusan, 1 keputusan telah dibuat oleh Dato' Haji Husam Musa iaitu - Global Media Channel (GMC) ditubuhkan sebagai sebuah Entiti berasingan yang bukan dibawah Parti PAS dan bukan juga dibawah Kerajaan Negeri Kelantan.

Jelasnya ramai salah sangka sehingga sekarang dan ramai Ahli PAS beranggapan bahawa Global Media Channel (GMC) berada dibawah Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan. hakikatnya ialah - Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ialah 1 Syarikat Swasta yang tidak ada kena mengena dengan Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan.

Pendedahan yang tidak lengkap oleh Blogger Kickdefella sedikit sebanyak telah menimbulkan persoalan yang kurang baik terhadap Parti Pas dan juga Rakyat Kelantan lebih-lebih lagi apabila Blogger Kickdefella mendedahkan tentang pembiayaan bernilai hampir RM4 juta.

Ramai yang menyangka bahawa Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan telah membazirkan wang rakyat Kelantan untuk 1 aktiviti yang tidak berfaedah seperti yang telah didedahkan oleh Blogger Kickdefella.

Disini perlu dijelaskan secara lebih terperinci agar segala kekeliruan selama ini terlerai dan tiada lagi syak wasangka atau salah sangka dikalangan Ahli PAS sendiri.

Benar seperti pendedahan Blogger Kickdefella - Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dimiliki oleh pemimpin PAS (pada masa itu). Pengarah dan juga Pemegang Syer Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd (pada masa itu) ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kelantan yang juga Ahli Majlis MPKB - Abdul Rahman dan juga Timbalan Yang Di Pertua PAS Kubang Kerian yang juga Setiausaha DPPK - Mohd.Ridza.

Rekod tersebut ialah rekod ketika Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ditubuhkan dan pada ketika ini Pengarah dan juga Pemegang Syer Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd telah bertukar nama. harap Blogger Kickdefella sudi mendedahkan nama-nama Pengarah dan juga Pemegang Syer terbaru Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd selain dari Saudara Rosul.

Berkenaan dengan kewangan pula, dari awal penubuhan Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd sehinggalah ke waktu ini, baik Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK PERNAH menyumbangkan atau membiayai sebarang operasi atau projek yang dikendalikan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kerana Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada apa-apa kepentingan didalam Syarikat Swasta ini.

Semua pembayaran yang dibuat oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan kepada Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kalau ada pun hanyalah untuk kerja-kerja atau perkhidmatan yang menggunakan khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd. dalam ertikata lain - Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan hanya membayar charge yang dikenakan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd atas perkhidmatan dan bukannya "membiayai" operasi tersebut.

Tidak pernah timbul soal "pembaziran" oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan dalam hal ini kerana yang dibayar adalah "Khidmat" dan bukannya suka-suka beri dana.

Yang ini kena perjelas pada semua Ahli PAS biar faham.

Khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd yang pernah digunakan oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan pula tidak termasuk "operasi perang saraf" seperti yang didedahkan oleh Blogger Kickdefella. Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan hanya menggunakan khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd antaranya Event Management, Rakaman dan Pembuatan Video dan lain-lain yang berkaitan dengan media termasuk mencetak poster TGNA membaca doa dalam Munajat Perdana.

Tidak ada dalam kertas kerja Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd agenda memburukkan Pak Lah jelas pemilik Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd (sekarang).

Dalam hal pemilikan dan pembiayaan pula, memang benar pemilik asal dan sekarang Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd adalah Ahli PAS tetapi pemilikan itu adalah bersifat peribadi dan ianya tidak melibatkan kepentingan parti. ramai Ahli PAS yang mampu, berniaga dan masing-masing berniaga atas minat dan kepercayaan masing-masing.

Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dibuka oleh 2 pemilik asalnya dulu atas kapasiti peribadi dan bukannya atas kepentingan parti. saya ambil alih Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd juga atas kapasiti saya sendiri dan bukannya atas nama parti PAS. jadi apa masalahnya..? jelas Rosul.

Kesemua penyumbang-penyumbang dan juga pembiaya operasi Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd juga melabur. mereka tertarik dengan program-program yang dijalankan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dan mereka berminat untuk melabur. jadi semuanya tidak ada kena mengena dengan Parti atau Kerajaan Negeri. personal.

Kalau korang ada duit, korang berhak melabur dekat mana korang suka asalkan ianya halal. tak kan sebabkan korang Ahli PAS korang tak boleh melabur tak boleh meniaga..? susah beb kalau macam tu. kena masuk UMNO la ikut geng-geng UG...

Ustaz Nasa berniaga, Hasan Ali berniaga, Takiyudin berniaga, Nik Abduh berniaga sampai ke KL, Misbahul Munir berniaga jadi apa masalahnya..?

Yang ni jadi isu sebab Blogger Kickdefella timbulkan. tak tau sebab apa tiba-tiba lepas beliau dedahkan hal RM4 juta, semua Ahli PAS jadi "Haram" berniaga. yang Blogger Kickdefella ni pulak 1 hal. hang Consultant dekat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd, bila tak de modal hang carik pemodal. dapat modal, hang buat meniaga ,sampai masa - untung hang tibai, pemodal hang gigit.

Ni bukan perangai biawak. aku tak tau nak cakap apa.

Yang kita nak kena paham betul-betul dekat atas tu ialah -

1. Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd tidak ada kena mengena dengan Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan juga tidak pernah membiayai atau mengeluarkan dana kepada Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd. apa yang dibayar hanyalah untuk perkhidmatan yang diberikan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kepada Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.

3. Mana-mana individu yang melabur atau membiayai operasi Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd hanyalah atas dasar "personal" dan bukannya atas nama Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.

Pimpinan PAS sendiri pun tak jelas pasal hal ni. kalau tak, tak kan Ustaz Idris Ahmad boleh tulis artikel "kelakar" macam ni dalam Blog dia..?

Bikin malu Parti PAS je... hang tu Ketua Penerangan PAS Pusat. lain kali dapatkan maklumat yang tepat dulu baru la tulis dalam Blog... ni dengan tak de maklumat, dengan tak de fakta main bantai je Blogger Kickdefella.

Disebabkan tak de "maklumat", maka "lumat" la Ketua Penerangan PAS kena bantai dekat Blogger Kickdefella balik...

Macam ni ke "Kreadibiliti" dan "Kualiti" KETUA PENERANGAN PAS PUSAT..? patut la ramai Ahli PAS bengap... dah jadi kerja aku pulak yang tak de kena mengena dengan Parti PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan pulak buat research dan penerangan...

Aperla punya tuuurrr...!!!

22 comments:

tamingsari said...

GMC tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri ataupun dengan parti PAS? Kenapa pula perbincangan melalui satu mesyuarat di JKR.10 kediaman rasmi menteri besar pada bulan April 2007. Perancangan penubuhan di buat oleh Ahli Pas. Pemegang saham dan pengarah syarikat ahli Pas. Mesyuarat dirumah MB kerajaan Pas tapi kata tak ada kene mengena dgn parti dan kerajaan Pas.

Ini pendapat ajaib. Tinggi ilmu putar belit,itu pasal orang Pas jadi bodoh sombong dan bangang. Penjelasan yg diberi menambah kekeliruan. Ingatkan tulis menjela
jela benar2 menerangkan tapi putar belit rupanya. Sorry bro.

ore kelate said...

1. pointless.panjang berjela2 tp xde makna apa2 sbb ulang point yg sama.
2. tidak ada kene mengena tp meeting di jkr10, bua decision sume oleh org2 berkepentingan PAS.
3.lain kali bg fact lebih sket.
ni karangan nk bg nmpk pjg boleh la.
4.sekian terima kasih

matkambing said...

ketua penerangan tu tersilap pengamatanya dalam hal gmc ni!

putera gunung jerai said...

hai...awat nampak kalut ini.macam tegak benang basah je.kemudian guna gam cap gajah bagi tegak.sampah dah masuk mata.sampah besar pula tu.kalau lambat buang sampah itu bahaya.mata boleh jadi kelabu.bila kelabu lagi kacau.memang nasib la main politik.hari ini kita londeh kain orang.esok orang londeh kain kita.haram halal mainan orang politik.hari haram esok halal.apa ini semua.ini kah surohan agama.orang melayu dan islam rugi setiap masa.kes dia kelahiyang tiada penghujung.begitulah dengan isu GMC ini.

tok ggawo said...

Salam !

Nak mengingatkan sekali lagi.

Jangan tegur pemimpin PAS di blog dan internet.

Daftar jadi ahli dulu dan tunggu mana2 mesyuarat dalam tuh bolih tegur, ada paham..........?.

Anonymous said...

Tu yang orang kata pencacai UMNOAPCO ni bengap..macam Tamingsari tu..baca tapi tak faham2...GMC asalnya memang nak ditubuh bawah parti PAS atau kerajaan Negeri tapi lepas ramai tak setuju, jadi GMC ni ditubuhkan secara berasingan takde kena mengena dgn parti PAS atau kerjaaan negeri tapi tokey dia memang ahli PAS..faham ke tidak???... kalau tak faham meh aku sekeh kepala kau bagi faham...

Anonymous said...

jadi maknanya GMC ni macam PAS punya PLC (PAS Link Company)?

Topeng Perak® Unmasked said...

Anon 8:56... nak cakap PLC pun tak jugak sebab baik Parti PAS atau Kerajaan Negeri langsung tak de hak untuk tentukan hala tuju atau apa-apa aktiviti/program GMC.

Anonymous said...

klu begitu,.gmc ni sykt kroni lah,..

hahahahh,..mcm dlm UMNO

Anonymous said...

TP,.bangkai gajah nk ditutup dgn daun pisang,..

Hg kenal perkataan "PROKSI"??

Anonymous said...

TP ni dah biasa melondeh kain org,.tapi bila kain sndiri dilondehkan baru kenal perkataan FITNAH,.

NAMUN UNTUK INSAF TIDAK SEKALI,.. HATI DH HITAM SEHITAM-HITAMNYA,..

ADIOSSS

Anonymous said...

Sokong Tok Ggawo!!!

Anonymous said...

ALJUBURI
Gi mampos la PAS, celako..celako..celako...

tamingsari said...

Anon 8:25,
Nak sekeh konon. Bila dah tergolek dog baru nak kata tak ada kena mengena. Takkan bau-bau bacang pun tak ada? GMC adalah projek gelap PAS. Kerajaan Kelantan guna khidmat GMC dan ada buat bayaran 'charges'. Kerajaan negeri secara tidak lansung beri support kewangan. Duit profit guna juga untuk urusan syarikat. Tade kene mengena konon.

Kalau nak sembunyi tengah padang biar malam hari. Kalau waktu siang jadi macam berok bodoh. Anak haram taknak mengaku tapi kalau buat ujian DNA tetap sama dgn DNA PAS.
GMC macamtulah.

bokbong said...

KICK dah jadi barua UMNO menyalak sana sini macam anjing nak bodek tuan.

Aku lebih suka panggil dia biawak hidup sebab lidah bercabang..hehe.

Anonymous said...

Ura2 nak tubuhkan GMC .. tp husam putuskan tidak perlu GMC dibawah PAS. Lalu dia orang tubuhkan GMC dibawah teket bebas, macam Ibrahim Ali le. Q1- salahke ditubuhkan GMC ? ? salah ke perang saraf terhadap umco ? salah ke TV Prima menyerang PAS/PR ? Utusan ? BH ? Harakah ? NO ISSUE sebenarnya ...

Anonymous said...

Aku setuju dgn Anon 7:16 kat atas....no issue...kalau dari segi peraturan dan undang2, xde kena mengena dgn parti PAS atau kerajaan negeri...dorg nak guna khidmat GMC, lantaklah peduli hapa...Tamingsari ada faham????

Anonymous said...

perisik rakyat..sila gunakan bahasa yang sopan dan baik.setiap org ada kesilapan..awak pun ada.xkn sebab satu silap...org tu di cop 'bengap'.lagi parah.bukan ahli pas sendiri yg tegur.kalau awak org maki terus depan org ramai tanpa minta penjelasan..apa perasaan awak..ingat setiap huruf yg awak taip ni..akan DIHISAP OLEH ALLAH..BAIK N BURUKNYA..

Anonymous said...

saya tak berapa pasti apa tujuan topeng perak tulis ni,nak bela kick @ nak hentam Ust Idris? ,tak boleh ke kritik secara elok,jika kamu kritik secara tidak berakhlak begini,menunjukkan kamu tidak bermoral dan berintegriti.anda sebagai seorang muslim(saya yakin anda muslim),wajib berakhlak dgn akhlak muslim di mana sahaja anda berada,pada tulisan,percakapan dan perbuatan.di mana perginya akhlak seorang muslim pada diri individu muslim??? ...

Anonymous said...

TB/TP ni islam ke?? masyaallah dri penulisannya lgsung x de ciri2 org islam

putrabumi said...

ala biaq pila bape juta pun, mmg PAS nak tumbangkan UMNO dari dulu kini dan selamanya. takkan tak paham2...
depa tu sdg berlawan sapa yg layak memerintah. bila berlwn ade le caranya.

joostspring said...

poji..

lu isi borang keahlian pas,lpas 2 lu tawarkan diri tuk jawatan ketua penerangan pas...hahahahahhaha

hang kata hang terror..

mcm pundek aym lu punya penerangan dan auta GMC tu..

GMC kena tutup sbb aper???

wakakakakakak

fakta ke auta pas kelate berpecah kpd geng2 huse dgn nik ajis??

mu nak tipu org luar bleh r...