"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 04, 2010

Konsert Tarik Nyawa..?

Reactions: 
Kerja gila dan tidak ubah seperti ‘konsert tarik nyawa’ apabila dua kumpulan Mat Rock warga Indonesia menjadikan temasya terbabit sebagai gelanggang pergaduhan sehingga menyebabkan puluhan cedera, manakala seorang mati akibat ditetak hampir putus leher.

Lebih mengerikan apabila pergaduhan berkenaan yang berlaku di khalayak ramai seolah-olah diatur lebih awal apabila kebanyakan pendatang terbabit datang berhibur sambil membawa pisau, kapak, kerambit dan parang sebagai persediaan untuk `berperang’.

Difahamkan, lebih 100 warga Indonesia yang bertempur membawa hampir dua guni senjata tajam yang dijadikan bekalan untuk membunuh sesiapa sahaja yang diingini hanya kerana perselisihan faham kecil yang dipercayai ada kaitan dengan dendam lama dan perbezaan daerah.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 40-an, berkata pergaduhan itu tercetus kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, ketika ribuan warga asing, majoriti dari Indonesia menghadiri konsert kumpulan rock dan pop dari negara itu anjuran sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka tanah air Menurutnya, keadaan mula tidak terkawal sejak awal konsert apabila beberapa penonton gagal mengawal diri sebelum mencetuskan rusuhan.

“Mereka memecahkan pagar yang memisahkan penonton dengan pentas sebelum ada yang membalingkan pagar terbabit ke arah orang ramai.

“Berikutan itu, beberapa penonton tercedera hingga mencetuskan pergaduhan dalam stadium. Keadaan menjadi tidak terkawal walaupun pihak polis dipanggil untuk mengawal kawasan konsert berkenaan,” katanya.

Katanya, keadaan menjadi tidak terkawal apabila rata-rata pengunjung konsert terbabit mula bergaduh berhampiran tempat meletak kereta A berhampiran Stadium Nasional Bukit Jalil, berkenaan.

“Saya tak pasti apa sebenarnya berlaku, namun daripada maklumat yang saya dengar, dua kumpulan warga Indonesia bertempur di kawasan meletak kereta itu dengan menggunakan pelbagai senjata tajam.

“Pada awalnya mereka dikatakan cabar-mencabar antara satu sama lain sebelum ‘perang mulut’ itu berlarutan hingga kepada pergaduhan beramai-ramai,’ katanya.

Menurutnya, kebanyakan lelaki warga asing terbabit seolah-olah ‘hilang akal’ apabila menyerang membabi-buta dengan bersenjatakan pisau dan senjata tajam lain.

“Keadaan menjadi cemas apabila beberapa lelaki warga Indonesia bertempik sambil ada antaranya dilihat berlumuran darah akibat ditikam atau ditetak. Mereka seolah-olah dirasuk dan tidak teragak-agak mencedera atau membunuh sesiapa yang dianggap musuh,” katanya.

-myMetro

TPU - Indon memang gila..!

11 comments:

OCPA said...

Tak lama lagi bergaduh dan membunuh di konsert Jom Heboh pulak..
Byk kan lah konsert dlm negara ni supaya cepat negara ni ditimpakan BALA oleh ALLAH.. buat le maksiat byk2..bayi yg kena buang pun dah byk hasil ZINA yg berleluasa..
Inilah akibat apabila pemerintah menggalakkan MAKSIAT..

Anak Lenggong said...

Kat kelantan negeri serambi mekah selama ni diharamkan konsert jom heboh tetapi disebabkan konsep pas4all diciplak daripada israel for all ...semuanya dah dihalalkan...

Anonymous said...

awaq hang bodog sangat anak lenggong... hang tukar la nama hang dari L ke B
jadi anak Benggong...baru sesuai ngan hang nooooo...

anti anak lenggong

Anonymous said...

Anak Lenggong merupakan peminat setia TB dan PR , asal ada topik adalah dia .. setia sungguh hang hehe
kat sesawang umco nun disinun dah lama gersang, kalu bisnen maunye bangkrap .. maju majukanlah .. asyik muka hang je akt sini .. menyampah

Anonymous said...

Ibu segala maksiat adalah arak.
Pakatan Rakyat pun sama mcm BN.
Bila memerintah Selangor nak haramkan arak pun tak boleh. Selagi Pakatan Rakyat tidak berjuang berpaksikan Islam selagi itu Pakatan Rakyat tidak akan berjaya. Jgn tunduk dgn Ronnie Liu dan konco-konco yer. Tahniah pd Hassan Ali atas cubaan berani beliau. Jgn berputus asa. Kalau payah sgt, tinggalkanlah shj Pakatan Rakyat yg akan menjadi Pakatan Rapuh.

-Ahli Pakatan Islam -

Anonymous said...

Dia orang ni (INDON) datang ke Malaysia bukan datang saja. Nak cari duit, bawak kebudayaan, buat rumah haram, buka tanah haram dan jadi pekerja haram . Selain dari itu ada juga yang bawak cara hidup di Indonesia ke sini. Tags yng selalu di gunakan di Malaysia adalah saudara serumpun. Kenapa pulak nak bergaduh di sini? Ini hal senang aje. Pihak berkuasa kat Malaysa ini dapat dibukti hanya berani dengan rakyat Malaysia sahaja. Kalau dengan orang luar, penakut hampeh. Walau bukan semua , tetapi itulah hakikatnya. Kalau orang nak berdemo, Polis dengan segera bertindak dan menggunakan kekerasan kerana itu orang tempatan. Senang kata, Polis sekarang hanya ikut perintah orang pilitik. Polis tak ikut undang-undang yang mereka buat sendiri. Ambillah tindakan tegas pada PATI yang sudah melampau sekarang. sekarag Mat bangla dan awang hitam lebih jahatdan tak bersopan.Lagi satu nak cakap, orang Malaysia hanya garang kat orang tempatan aje. PUKIDA ke atau apa...alat orang politik aje. Lelaki Malaysia dah jadi bacul/dayus. Ada satu kes, berlaku kat Kelang 2/3 tahun dulu lah. Kisahnya ada seorang lelaki beli top-up. Isterinya cantik dan tinggal kat luar kedai. Pas tu, ada seorang lelaki bangla mengusik dan memegang tangan isterinya itu. Berlakulah tarik menarik. Bila suaminya keluar dari kedai, isterinya pun mengadu perilaku bangla yang mengacaunya itu. Tetapi dengan muka selenga (buat tak tau)mengangkat bahunya. Nak jadi kisah, ada seorang pemuda Indonesia yang berniaga di situ. Dia nampak kejadian itu dan bertanya dengan si suami kenapa biarkan hal itu? Takkan nak biar saja perilaku Bangla tu? Nampak muka seposen aje. Agaknya kerana geram sangat, mat indon tu membelasah bangla tersebut. Agaknya dia simpati dengan wanita tersebut yang tidak dibela oleh suami dayus tu. Dia berkata pada si isteri, sambil membelasah kakak, saya buat ini (pukul) bagi pihak kamu ya... Kalau tak ditahan, mampus bangla tu.

jon said...

POJI!!

KAU TERLUPA SESUATU...BUKAN INDON YANG GILA..


UMNO LAGI GILA!!! WAKAKA

Anonymous said...

Erk... jgn la kata indon gila... takkan pukul rata semua, mcm tu sama la kita. aku ni kerja d rantauan, semua keliling aku orang indon.... ok je dorang. hormat pun...aku susah ringan je dorang tolong. atas aku ni baru betul.... UMNO lagi gila babi...

nik aziz said...

nak tau pasai apa berlaku..abang polis dah mula berehat..padan muka hampa..polis ambil tindakan hampa kecoh jer

tuan komrad said...

polis takut nak tembok ketiak mat2 indon tuh..

takut dituduh zalim plak kang.....

jadi polis telah mengambil pendekatan mesra alam dengan menjentik cuping telinga gengster2 indon berkenaan...sebagai peringatan...

wakakakakakakakakakak......

lepaih nih polis peronda takyah bawak pistol...sisip je kat pinggang tuh dengan kerambit..takpon dengan sabit kait klapa sawit...

wakakakakakakaka

Anonymous said...

Bukan indon saja semua pendatang asing tanpa ijin .. kenapa kerajaan tidak mahu bertindak terhadap mereka ini ? kenapa sayang sangat dgn pendatang asing ? sekali adu sekali bertindak.. seperti rakyat malaysia pula jadi kaum pendatang.. nak kerja pun susah. kenapa kerajaan BN terlalu sayangkan pendatang asing ? pi lebuh pudu nun .. sama spt bandung