Lebih dari seminggu dah gua dok berkampung dekat Bandar Kuching. masalah pengangkutan agak kritikal dekat sini, sewa kereta boleh tahan mahal & memang tahap "diluar kemampuan". RM300 sewa sehari Proton Saga BLM yang ada masalah "Power Window" (mileage tak sampai 50,000 km) adalah harga "biasa" dalam mana-mana "Musim Perayaan Pilihanraya".
Oleh sebab bajet gua ciput, gua tumpang-tumpang kereta member-member yang "mampu bayar" je. jadi pergerakan agak terbatas. nak gerak sendiri jangan harap la. 1-1 lokasi penempatan jaraknya dari Bandar Kuching lebih kurang 20 km dan lokasi antara 1-1 kampung pulak lebih kurang 5 km. kalau ada kenderaan sendiri memang senang nak gerak, kalau tak de kenderaan lagiii la senang bersenang-senang buang masa dekat tempat persembunyian.
Dalam keadaan macam ni rasa agak cemburu dekat PenChaChai-PenChaChai Beer eNd yang ada serba-serbi kemudahan tiap kali bertugas diluar kawasan liputan.
Malam semalam gua cuma lepak-lepak dekat Kuching Waterfront sambil sembang-sembang dengan orang tempatan yang ada dekat sana... macam-macam hal... cerita Kek Lapis Sarawak paling menarik.
Nak buat Kek Lapis Sarawak perlukan kesabaran yang tinggi. bancuhan mau bagus, rasa kena sedap, tukang bakar kena kreatif dan paling penting nak kena tau, masa yang kita perlukan untuk masak Kek Lapis Sarawak ialah sekurang-kurangnya 4 jam. patutla harganya mahal.
Kek Lapis Sarawak dengan Politik Sarawak ada persamaan. 2-2 unik. macam mana susahnya nak buat Kek Lapis Sarawak, macam tu jugaklah susahnya nak paham Politik rakyat Sarawak. hanya anak Sarawak sahaja yang paham Politik rakyat Sarawak yang unik.
Ramai orang tempatan yang gua jumpa cukup-cukup menyampah dekat Pehin. semua survey yang gua jumpa sangat-sangat tahu akan kekayaan anak beranak Rambut Putih. harta anak beranak di sebut 1 persatu. setakat ni tak de lagi yang tak tahu kekayaan yang dikumpul oleh si rambut Putih.
Benci Taib Mahmud, Sayang BN, Sokong Pakatan Rakyat. itu yang gua dapat dalam survey gua semalam. jumlah survey gua dari petang semalam sampai tengah malam berjumlah hampir 100 orang. peringkat umur sama rata dari warga tua hingga para pemuda harapan bangsa.
Malangnya yang dah daftar sebagai pengundi tak sampai 50 orang. ramai anak muda dari bandar dah daftar sebagai pengundi tapi tak dapat mengundi sebab gerak kerja SPR yang sangat efektif. pendaftaran setahun lepas sampai hari ni tak setel-setel. nak kena gerakkan BERSIH 2.0 cepat-cepat kalau nak berubah.
Agak mengejutkan bila aku dapat tahu (dari survey rambang) bahawa sokongan kepada PAS di Muara Tuang agak membanggakan. itu yang aku dapat dari mulut penduduk Muara Tuang sendiri. rupanya kebanyakan penduduk Muara Tuang bekerja di Bandar Kuching dalam pelbagai sektor. sektor buruh paling ramai.
Masalah paling utama yang diutarakan ialah masalah Tanah Adat. agaknya kesungguhan Pakatan Rakyat dalam menangani kes-kes Tanah Adat di Sarawak berjaya menarik sokongan rakyat tempatan yang kebanyakannya mempunyai masalah ini.
Dalam sembang gua dengan sorang warga emas dari Muara Tuang, gua dapat tahu, geran Hakmilik Tanah lebih mudah didapati dan diluluskan ketika zaman penjajahan Inggeris di Sarawak dulu. paling lama 5 bulan dan paling cepat 3 bulan penjajah Inggeris akan keluarkan gerak Hakmilik Tanah pada pemohon yang layak.
Bila Inggeris kena halau, paling cepat nak dapat Geran Tanah ialah sebulan bagi Kroni Ketua Menteri & bagi yang bukan kroni pula kelulusan akan diberikan tak tau bila. nampaknya KERAjaan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sangat mesra rakyat dan sangat-sangat prihatin pada rakyat 1Malaysia.
Walau bagaimanapun, ramai yang tak serik untuk mengundi BN.
Rata-rata penduduk faham banyak perkara dan penyelewengan yang dilakukan oleh BN tapi mereka macam tak diberi pilihan untuk buat perubahan.
Sejak dari dulu dah ditanam dalam kepala bahawa Pilihanraya adalah medan untuk menunjukkan sokongan kepada "Kerajaan" padahal Pilihanraya ialah medan untuk kita memilih parti mana yang akan menerajui Kerajaan.
Mengundi selain dari BN sama macam mengkhianati Kerajaan.
Kalau di Semenanjung Malaysia, pengundi akan mengundi parti selain dari BN jika tak puas hati pada BN dan ahli parti komponen BN pun biasa mengundi parti lawan sebagai tanda protes kalau tak puas hati dengan BN. dekat Sarawak pulak berbeza keadaannya.
Bila penduduk tak puas hati dengan BN, mereka tidak akan keluar mengundi. walaupun tak keluar mengundi, mereka tetap menyokong parti lawan BN... macam mana caranya gua tak paham. mungkin sokong dalam hati.
Memang pening bila kita tau politik Sarawak. orang Sarawak agak terbuka dalam hal politik. tak macam dekat Semenanjung yang dekat setengah-setengah tempat, nak bercakap soal politik pun kena menyorok.
Gua pergi ke Pasar Satok dan cuba sembang pasal politik dengan peniaga dekat sana dan gua agak terkejut bila peniaga-peniaga dekat Pasar Satok boleh sembang hal politik macam jual ikan. tak de nak sorok-sorok pandang kiri kanan. ada jugak yang selamba je pakai baju BN dengan tengkolok dari bendera PKR.
Bila ada geng lalu dia boleh jerit "Hidup BN - Re4maC...!!!" lepas tu yang lain-lain sambut sekuat-kuat hati. aku yang tengok jadi makin pening.
Pening macam tengah belajar nak buat Kek Lapis Sarawak.
Macam mana nak gaul agenda Perjuangan Pakatan Rakyat biar jadi sesuai dengan kehendak rakyat Sarawak yang unik seterusnya menarik sokongan rakyat Sarawak untuk keluar mengundi Pakatan Rakyat, bukan sekadar "memberi sokongan".
11 comments:
Salam wbth.. Bro aku taktau nak mula dari mane..just nak info mintak ko siasat. kematian pegawai kastam Port Klang. Kwn aku ramai keje forwarding bagitau tadi kat wisma kastam kecoh,mcm kastam mogok pasal kematian ni.kaunter semua tutup.polis takeover wisma xbagi org masuk.tak kuar TV kot.. point aku adalah: Arwah si mati ni dorg ckp bila solat kat wisma dia selalu jadi imam..so mane logik org yg beriman nak bunuh diri..tu satu hal,dlm byk2 pegawai dia ni paling susah nak amek rasuah atau duit kopi.Isu dia di tahan pun (melalui sumber lisan org kastam)SPRM kantoi voucher RM30 jer dari sykt forwarding bagi dia.tapi bukti xsahih ade atau tak. kedua : ini adalah konspirasi Pengarah Kastam Negeri Sgor sengaja nak kenekan dia,( ko siasat lar,aku ni bagi ko sumber lisan jer )sebagai kambing itam.dan semua kastam tau pengarah dorg giler pangkat & kuasa. ketiga : geng2 forwarding ni ckp yg ske lari cukai,byr cukai tipu ni semua sykt2 tempatan yg dimiliki VVIP.Kalau company international semua byr proper. Aku juz nak inform kat ko supaya dgn skil yg ko ade ko bleh mintak rakan2 blogger lain siasat dgn lebih detail,tgk keperibadian si mati ni.majoriti geng fwrding kat port klang percaya dia clean,alim dan baik sahsiah nyer..lagipun dia dah pencen tapi sambung khidmat jer. ok gang,arios. =aku kakitangan gomen=
Dulu, Kini dan Selamanya...masalah seperti tak selesai selagi BN memerintah Malaysia. SPRM bukan lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tapi dah jadi "Saya Pembunuh Rakyat Malaysia". Salah guna kuasa oleh BN penyebab utama rasuah berleluasa bukan sahaja dalam POLIS, KASTAM, JPJ n etc tapi dalam SPRM sendiri.
Ada Pulak Yang Kata, Orang Sarawak Tak Terima Kaedah Meraih Undi, "Rumah Ke Rumah". DiJaja Dan DiKatakan Pula, Orang Sarawak Menganggap Lawatan "Rumah Ke Rumah" Ini, Sebagai Mengajar Mereka Mengundi.
Ini Adalah Satu Pembohongan Yang Nyata.
Budaya Politik Sarawak & Semenanjung Adalah Berbeda. Orang Sarawak Adalah Orang Yang Punyai ifat, "Meraikan Tetamu". Setiap Insan Yang hadir Ke rumah Akan DiSambut Dan DiSantuni Dengan Mesra, Tanpa Mengira Apa Latar Belakang Politik Mereka. Walau Sebesar2 Bendera BN Di Rumah, Peraih Undi Dari Pakatan Rakyat Yang Hadir Di Rumah, Pastinya Akan Di Layan Dengan Mesra, Tidak Sama sekali DiAnggap Sebgai "MENGAJAR TUAN RUMAH CARA MENGUNDI".
Persepsi Yang Menganggap Kempen "Rumah Ke Rumah" DiAnggap Sebagai "MENGAJAR TUAN RUMAH MENGUNDI" Merupakan Satu PemBOHONGan Yang Jelas. Ia Merupakan Pandangan Orang Politik Yang Bodoh Dan Tidak Memahami Budaya Politi Di Sarawak.
Para Petugas Pakatan Rakyat, Teruskan Berkempen "Rumah Ke Rumah", Berjumpa Seberapa Banyak Pengundi, Insya-Allah Cara Ini Berkesan Untuk Memberi Kemenangan Kepada Pakatan Rakyat Di PRN Sarawak 2011.
1.pada mat yang diatas sekali!!dengan duit kupang!!serbanka!hajika!lingkup oii!hangpa tenguk puak-puak tokey pak man telo!MLM!!kebanyakkan puak yang pakai serban!ustaz!haji!!apatah lagi dengan duit rasuah percuma!!depa letak duit tunai 5 atau 10 ribu tunai atas meja!!meleleq ayaq lioq!tok iman lepas kemana!! dari pengalaman!!puak-puak pas la yang paling pantang tenguk duit kupang ni!!lepas tu depa guna macam-macam hadis dan ayat Al-Quran untuk halaikan duit rasuah depa!!
2.betuila oii!!pengundi telah berubah corak!!sepatutnya puak pas kena letak calun dikawasan majoriti cina!!sebab yang dok pan gkah pas lani puak dap!!puak cina!!puak melayu dah muak dengan puak yang dok jual islam ni!!
3.hangpa tak sedaq lagika!!tak buat analisa pilihanraya kecik ka!!
anoy 2.19 ni.. sahih "broker ayaq hangat UMNO" yg tak dapat projek lagi..kepala hang dah serabai..fakta hang nampak sangat macam "lembu lapaq ayaq"
aku tak percaYa puaK2 yg serBan SEKILO atAIh kepaLa...sebAb PANGLAMAN aku, puAk2 ni paLing teror tUtup aktiviTi depa disebALik serBan SEKILO Tuh...
BaIK siasat aBIh2 KemaTian adik yg kaT ASRAMA PASik di PERLIS...
Ptuuiihhhh
siasat sama kes bekas ADUN permatang yg mati...takut kalo PR menang PRU13 ni..ramai pula puak UMNO nak ikut jejak langkah mcm tu..kalo bole dari la ni belajaq2 lah boh serban atas kepala..kalo bole biaq 2 kilo punya serban..sekurang2nya nanti kalo ada niat mcm tu...nampak juga lah 2kilo punya serban tu..
memang cara UMNO, bila terdesak sikit..BUNUH DIRI, kita tunggu bila vid sex pemimpin UMNO keluar nanti..sapa pula nak BUNUH DIRI.
yaa kita tunggu....kaLu takder jugak memang korang ni taik penipu laa..taik belit..taik putaq galaksi..
GAME OVER
Ptuuihhhh ahahahahahha
sekurang2nya serban itu dibasuh setiap 3hari sekali .. songkok mana bole basuh bro .. lunyai sebab tu dia jenis pakai buang,kecuali ko humno yg tak pernah buang, dok junjung benda kotoq ateh kepala siang dan malam .. lagipun benda tu jenis kedap udara, sebab tu pemikiran ko pun BINGAI ... haha
Mangkok ...
ko orang sarawak ke? Aku nak tergelak bila ko cuba racun tentang muara Tuang..
Ko kene cuba lebih lagi tambah adunan kalau nak menipu tentang fakta sokongan kepada Pakatan Penipu..hehehehee..
kalau dah pengikut pelakon porno..otak selalu kelabu..
kesian...tapi dapat la jugak ko makan angin kat sarawak tu..jadi le buat perabih duit HUSAM ...
Post a Comment