"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, March 18, 2011

Jawapan Balas "Judi Jejas Undi" - Dato' Anuar Tan

KENYATAAN AKHBAR YB DATO HJ ANUAR TAN BIN ABDULLAH SEBAGAI JAWAPAN TERHADAP AKHBAR SINAR HARIAN 17 /3/2011 ‘JUDI JEJAS UNDI’

Sebagai pimpinan dalam PAS yang berjuang berteraskan Islam, kita tidak mengambil kira soal undi sebagai pertimbangan dalam hal perjudian, sebaliknya ketakwaan kepada Allah SWT wajib diutamakan. Menang kalah dalam satu pertandingan hanya merupakan perkara duniawi tapi ketakwaan akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Encik Hu Phang Chaw adalah pandangan yang memberi gambaran kepada masyarakat lain bahawa masyarakat Cina hanya akan memberi undi kepada PAS sekiranya mereka diberi peluang atau hak untuk berjudi adalah amat mengelirukan.

Kenyataan ini jelas akan memalukan masyarakat Cina seolah-olah orang Cina terlibat dengan aktiviti perjudian. Ini tidak benar, hanya sebahagian kecil orang Cina dan bangsa-bangsa lain di dunia ini terlibat dengan aktiviti perjudian.

Dalam konteks masyarakat Cina Kelantan, saya berani katakan bahawa majoriti orang Cina tidak berjudi kerana dasar kerajaan PAS untuk mengharamkan dan tidak mengeluarkan lesen premis untuk berjudi telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lepas kerana masyarakat Cina di Kelantan mempunyai moral dan pendidikan yang tinggi.

Saya sendiri dan sebahagian besar masyarakat Cina mendapat pendidikan di sekolah Cina, dididik oleh guru-guru orang Cina supaya jangan terlibat dengan gejala judi. Dan saya yakin tiada satu guru di dunia ini yang mengajar murid mereka berjudi. Sudah menjadi amalan dan budaya institusi keluarga orang Cina terutama ibubapa mereka daripada awal lagi mendidik anak mereka untuk menjauhi daripada judi.

Yang terpenting, semua agama termasuk agama dan kepercayaan yang dianuti oleh orang Cina semuanya mengharamkan judi kerana judi satu masalah sosial, satu fenomena tanpa mengira agama, kebudayaan, adab resam, falsafah, bangsa dan negara yang perlu dibenteras oleh umat manusia.

Sebagai kerajaan negeri, tanggungjawab kita bukan hanya untuk mentadbir negeri, berkhidmat kepada rakyat dan ianya juga merupakan tanggungjawab kita seboleh mungkin untuk mendidik masyarakat dengan unsur-unsur dan amalan yang murni dan luhur.

Penyokong-penyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang bersama dengan perjuangan PAS sepatutnya memahami PAS merupakan satu gerakan untuk menyebarkan syariat Islam untuk membina satu masyarakat yang adil, saksama kepada umat dan bukan hanya untuk meraih undi tanpa mengambil kira hukum halal dan haram.

Isu tiket loteri ini perlu difahami dengan lebih teliti. Tiket loteri yang diperkenalkan dalam tahun 50-an sudah diswastakan dan hari ini namanya adalah ‘ Big Sweep’ seperti TOTO, Magnum 4 Digit dan sebagainya merupakan judi yang membayar cukai dan lesen kepada Kerajaan Persekutuan seperti jenis perjudian yang lain.

Apa yang masyarakat Cina nilaikan terhadap kerajaan negeri, yang penting adalah ‘good governence’ iaitu kerajaan yang adil dalam semua aspek kepada masyarakat berbilang kaum.

DHPP perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan melalui kerajaan tempatan supaya tidak meluluskan lesen premis perjudian. Inilah perbezaan di antara kerajaan PAS dan Barisan Nasional (BN) yang perlu kita jelaskan kepada masyarakat untuk menjadi pilihan mereka.

Sekiranya dasar kerajaan negeri dikatakan bercanggah dengan dasar perjudian Kerajaan Persekutuan yang membenarkan perjudian dan dasar kerajaan Persekutuan boleh memaksa kerajaan negeri untuk membuka ‘flood gate’ dan membenarkan pelbagai aktiviti perjudian di Kelantan, maka serahlah kepada pemimpin Kerajaan Persekutuan untuk menjawab di akhirat kelak kerana pimpinan kerajaan negeri telah melakukan segala yang boleh dan termampu dalam hal perjudian ini.
Sekian, terima kasih.

Dato’ Hj Anuar Tan bin Abdullah
Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan & Perpaduan Masyarakat
merangkap ADUN Kota Lama

Pejabat MMK
Kota Darulnaim, Kota Bharu

12 Rabiulakhir 1432H
17 Mac 2011

Thursday, March 17, 2011

Baginda Minda, Ummi Hafilda & "BirthMark"

Ummi cabar Baginda Minda untuk dedahkan dibahagian mana pada tubuhnya terletak "BirthMark" sebagai bukti Ummi pernah mempunyai skandal dengan Baginda.

Aku dok terpikir kalau-kalau sampai masa nanti, mana la tau kot-kot tiba-tiba je Baginda Minda cakap, "BirthMark" Ummi letaknya di"celah" antara 2 peha Ummi... hah...

Mau ka Ummi tayang dekat semua orang "lokasi" yang dikata ada "BirthMark" tu untuk tontonan awam demi menafikan kata-kata Baginda Minda tu nanti..?

Kalau setakat pakai Doktor sebagai saksi mata mampuih orang tak percaya, mesti mau tengok dengan mata kepala... Chai-chai UMNgOk/Beer eNd mesti la nak tengok secara "live".

Mau ka Ummi buktikan..?

Nuklear di Jepun dan Rare Earth di Kuantan

Saya turut serta rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain di dalam solidariti dan menyampaikan ucapan takziah kepada Negara serta rakyat Jepun. Ribuan nyawa manusia telah kehilangan akibat tragedi tersebut. Ribuan manusia bersedih di atas kehilangan dan kematian keluarga tercinta. Malah seluruh dunia berdukacita diatas bencana yang Alam Sekitar dan keselamatan penduduk bukan merupakan satu isu yang selalu mendapat perhatian awam di Malaysia sehinggalah tragedi seperti ini berlaku dan kita semua telah menyaksikan dengan perasaan gerun bercampur terharu serta sedih melalui kaca televisyen tentang bagaimana dasyatnya keadaan di Negara Jepun apabila tsunami melanda.

Sehubungan dengan perbahasan Alam Sekitar ini, saya ingin membawa isu berkenaan refinery plant ataupun logi pemprosesan rare earth kepunyaan Lynas Corp Ltd di Kuantan. Perkara ini telah saya bangkitkan buat pertama kalinya di dewan yang mulia ini pada 18 November 2008 dan seterusnya buat beberapa kali lagi. Namun perkara ini masih belum dianggap penting oleh Kerajaan Malaysia. Projek ini masih diteruskan sehinggalah seorang wartawan NYT, Keith Bradsher telah terbang jauh ke Kuantan untuk membuat penyelidikan dan seterusnya akhbar New York Times pada 7 November 2011.

Apabila masyarakat antarabangsa mula mengambil perhatian tentang perkembangan yang berlaku di Malaysia berkenaan isu ini, maka rakyat di Malaysia juga sudah mula bercakap dan berbahas di kedai kopi serta di media sosial dan internet.

Setelah lebih dua tahun berbahas mengenai isu ini saya masih tidak faham apakah rasionalnya Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Pahang bertegas dan beria-ia mahu meneruskan projek ini. Jelas tiada siapa yang akan mendapat keuntungan dari projek ini.

Memang industri ini merupakan industri yang strategik akan tetapi, wajarkah Malaysia melibatkan diri didalam keadaan tiada keuntungan buat Negara kita? Memang kita tiada mendapat keuntungan langsung. Hanya risiko yang menanti.

Hanya risiko yang menanti

Saya jelaskan dan tegaskan keadaan ini adalah kerana:-

1. LYNAS CORPORATION LTD merupakan syarikat milik penuh Australia (tiada 'local partner' di atas kertas). Maksudnya tiada syarikat milik rakyat Malaysia yang akan mendapat keuntungan dengan projek ini.

2. LYNAS CORPORATION LTD dianugerahkan oleh MITI "Strategic Pioneer Status" - tidak perlu membayar cukai import atau export selama 12 tahun. Maka tiada keuntungan buat Malaysia dari segi cukai korporat yang dikutip. Syarikat LYNAS Corp Ltd akan mendapat US$1.7 billion setahun daripada nilai export rare earth dan Malaysia tidak akan dapat satu sen pun dalam bentuk cukai selama 12 tahun.

3. Logi pemprosesan rare earth di Gebeng apabila beroperasi hanya akan mengambil 450 orang pekerja (tidak 'labour intensive'). Kebanyakan pekerja pula akan merupakan tenaga mahir dari luar Negara dan sedikit sahaja bilangan buruh dari tempatan.

Yang ada kesan ke atas kita, hanyalah risiko di atas sisa buangan thorium yang mengandungi bahan radioaktif. Malaysia mendapat penghormatan menjadi "dumping ground" atau tapak buangan sisa bahan radioaktif dan rakyat Kuantan menjadi mangsa tak pasal-pasal.

Di seluruh dunia, buat ketika ini, selain di Negara China, hanya Negara India yang punyai logi pemprosesan rare earth - itu pun dalam skala yang amat kecil. Malaysia pula merupakan hanya satu-satu Negara di dunia yang akan melibatkan diri dalam pemprosesan rare earth ini di dalam rangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Apabila seluruh dunia sudah punyai kesedaran tentang bahaya rare earth dan menolak untuk memproses bahan ini selama lebih tiga dekad, Malaysia buat keputusan untuk menerima pula?

Cucu-cicit boleh jadi mangsa

Negara China memang ada kepentingan untuk memproses "rare earth", kerana mereka sekarang mengawal pasaran dunia di dalam industri strategik ini. Malah kilang LYNAS di Negara China sebelum ini diarahkan tutup kerana Negara Cina mahu mengawal pasaran dunia. Sekarang ini Negara China juga meletakkan embargo ke atas "rare earth" ini demi untuk menjaga harga di pasaran dunia dan mengaut keuntungan yang lebih banyak.

Negara Amerika Syarikat dan Canada juga mempunyai deposit "rare earth" akan tetapi berhenti melombong bahan ini kerana Negara China dapat menghasilkannya dengan lebih murah. Negara China yang mempunyai lombong "rare earth" mereka sendiri, mempunyai lebih kurang 30% daripada deposit di dunia akan tetapi mengawal 97% dari produk rare earth dalam pasaran. Maka di atas sebab itu mereka ada sebab untuk meneruskan pemprosesannya di sana, walaupun logi pemprosesan mereka di Shanghai sungguh-sungguh tidak menepati piawaian Alam Sekitar yang di tetapkan dunia antarabangsa.

Malaysia tiada lombong "rare earth" dan Malaysia tidak PERLU untuk proses "rare earth" ini. Seluruh dunia selama tiga dekad sudah pun menolak untuk memproses bahan ini.

Penegasan dari saya ialah Negara Malaysia mahupun Kerajaan Negeri Pahang tidak mendapat keuntungan dari jumlah export LYNAS CORP sebanyak US$1.7 billion setahun hasil dari pemprosesan bermula pada penghujung tahun ini.

Apa yang rakyat Malaysia, khususnya warga Kuantan hanya akan dapat ialah sisa buangan yang mengandungi thorium. Satu bahan yang radioaktif serta juga carcinogenic (boleh menyebabkan cancer).

Yang paling merisaukan ialah, kesan-kesan negatif dari bahan buangan radiaoaktif bukan sahaja akan berlarutan selama satu atau dua tahun - tetapi beribu-ribu tahun!!! Ini bermaksud, Cucu kita, cicit kita, dan cucu kepada cicit kita juga boleh menjadi mangsa!

Kenyataan PM dan TPM

Saya di fahamkan bahawa Malaysian Atomic Energy Licensing Board (AELB) hanya mengeluarkan lesen kepada LYNAS Corp Ltd untuk bina logi pemprosesan di gebeng Kuantan akan tetapi belum lagi mengeluarkan Lesen untuk beroperasi memproses rare earth. (Memetik Kenyataan Ketua Pengarah AELB)

Timbalan Perdana Menteri juga berkata beliau tidak pasti samada logi Lynas di Gebeng sudah mendapat kebenaran beroperasi atau tidak. Timbalan Perdana Menteri juga berkata beliau akui bahawa ada kerisauan rakyat berkenaan pembinaan logi rare earth di Gebeng Kuantan ini.

Akan tetapi Perdana Menteri sudah pun membuat kenyataan bahawa semua langkah keselamatan telah diambil di logi Lynas Gebeng. Mana mungkin PM membuat kenyataan demikian di dalam keadaan AELB masih lagi meneliti prosedur keselamatan berkenaan pengurusan sisa buangan di logi Lynas.

Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada AELB selain dari laporan dalaman agensi, adakah AELB sudah berusaha mendapatkan laporan dan kajian dari Badan Bebas (Independent Risk Assessment) berkenaan risiko yang akan kita bakal hadapi dan impak daripada bahan sisa buangan yang mengandungi thorium ini. Selama ini apabila saya menuntut satu DEIA dibuat ke atas projek ini, pihak Kementerian buat tak tahu juga.

Tregedi Bukit Merah

Buat masa ini LYNAS masih belum ada perancangan konkrit berkenaan bagaimana sisa yang mengandungi thorium itu akan diselenggara.

Saya tegaskan di sini bahawa apa yang terbaik patut dilakukan oleh AELB ialah hentikan segala niat untuk keluarkan lesen memproses rare earth kepada LYNAS. Logi LYNAS kini masih di dalam binaan dan belum bermula operasi sehingga penggal terakhir tahun ini. AELB masih sempat balik ke pangkal jalan dan buat keputusan yang terbaik demi rakyat.

Adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yang lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak? Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada Kerajaan Malaysia?

Pada ketika ini, kebanyakan rakyat Kuantan sudah pun menyedari risiko yang dibawa oleh logi Lynas ini dan sedang bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Sekiranya selama ini pihak MOSTI, Kerajaan tempatan mahupun LYNAS mampu memperkecilkan isu ini dengan membuat "PR exercise", kini tidak lagi.

Selaku wakil rakyat di Kuantan usaha saya membela keselamatan rakyat Kuantan akan saya teruskan sehinggalah logi pemrosesan LYNAS yang kini dalam binaan ditutup dan kita hantar mereka balik ke Australia. Kalau mereka terdesak sangat mahu memproses rare earth mereka, buat lah logi pemprosesan di Negara mereka sendiri.

Sehubungan dengan itu, saya gesa sekali lagi, AELB, untuk hentikan serta merta segala usaha yang menjurus kepada pengeluaran lesen kepada LYNAS untuk beroperasi. Malah pada saya isu ini tidak seharusnya timbul untuk dibahaskan kerana Kerajaan Malaysia sepatutnya sudah awal-awal lagi menolak projek yang tidak mendatangkan manfaat serta tidak membawa keuntungan serta faedah di dalam semua aspek kepada Negara ini.

Latar belakang maklumat Pemprosesan bahan yang sama di Malaysia sebelum ini:

1. November 1979: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Sisa buangan yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.

2. Jun 1982: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE. Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru. Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

3. 24 Mei 1985: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kemudian seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu. Pelbagai tunjuk perasaan telah diadakan oleh masyarakat setempat sebagai membantah tindakan kerajaan ini.

Kemudian pada 19 September 1985, sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengunjungi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

4. 11 Januari 1985: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu. Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Kemudian Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

5. Kemudian pada 19 Januari 1994 ARE telah memberhentikan operasinya.

*Fuziah Salleh ialah ahli parlimen Kuantan, merangkap Naib Presiden PKR. Tulisan ini disedut daripada ucapan Perbahasan Titah DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung sidang parlimen Penggal Ke-4, Parlimen Ke-12.

Wednesday, March 16, 2011

Review: Tragedi Chernobyl - Pengajaran Kepada KERAjaan Malaysia

Loji nuklear: Malaysia pastikan 'keselamatan'

Malaysia, yang merancang membina dua loji tenaga nuklear akan mengambil iktibar dari Jepun yang dilanda kebocoran radiokatif setelah negara itu dilanda gempa bumi dan dibadai tsunami, minggu lalu.

NONETimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengkaji program nuklearnya berikutan apa yang dialami Jepun jelas tidak memberikan jawapan yang terus terang.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.

Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di Putrajaya hari ini berkata agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.

Berikutan magnitud 8.9 pada skala Richter yang menggoncang Jepun, tiga daripada reaktor nuklearnya di Fukushima, yang hanya kira-kira 250 km dari Tokyo menghadapi kemungkinan musnah.

NONEPuluhan ribu masyarakat yang tinggal berhampiran pusat itu juga terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi.

Sebelum ini, Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin pada Disember lalu mengumumkan Malyasia akan membina dua loji tenaga nuklear yang mampu menjana 1,000 megawatts setiap satu. Loji pertama dijadual beroperasi pada 2021 manakala yang kedua setahun kemudian.

'Tidak pasti'

Chin juga dilaporkan berkata semalam bahawa Agensi Nuklear Malaysia akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji di Jepun itu.

NONEDitanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia, dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti.“Kami faham penduduk bimbang tetapi beberapa syarat mesti dipatuhi seperti soal keselamatan dan alam sekitar.

“Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti,” katanya.

Minggu lalu, akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia.

NONEPusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.
http://www.youtube.com/watch?v=uoEgkGNO-sQ
http://www.youtube.com/watch?v=Qe_sD7bPSvg
http://www.youtube.com/watch?v=WEO9JAMfWUc
http://www.youtube.com/watch?v=CLlrxplNnbI
http://www.youtube.com/watch?v=OwEIX4KU7r8
http://www.youtube.com/watch?v=-iDqzsTb3OM

Sunday, March 13, 2011

Lagu UMNgOk: "Dulu, Kini & Selamanya" (Bongok)

Lagu UMNgOk "Bersatu" Dulu...

Lagu UMNgOk "Bersatu" Kini...

Lagu UMNgOk "Bersatu" Selamanya...

UMNgOk - "Dulu, Kini & Selamanya" Bongok...

Saturday, March 12, 2011

AMARAN...!!! 30% Rakyat Malaysia Diancam Masalah "Obesiti"..!

30% rakyat Malaysia dijangka alami obesiti tahun ini
11/03/2011 5:56pm

TUMPAT 11 Mac - Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif LPKM, Dr. Yahya Baba berkata, angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainya tidak dilakukan secara serius, peratusannya mungkin lebih daripada itu.

"Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.

"Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Pantai, Sihat Tanpa Obesiti anjuran Persatuan Rekreasi Negeri Kelantan di Pantai Sri Tujuh di sini hari ini.

Yahya berkata daripada jumlah itu, 16 peratus membabitkan pelajar sekolah.
TPU - KERAjaan telah mengenal pasti tindakan susulan yang akan diambil demi menyelamatkan sejumlah 30% rakyat Malaysia dari mengalami masalah "Obesiti". tindakan yang akan diambil ialah...

Naikkan harga Gula, Susu, Minyak masak, Gandum, Beras & lain-lain...

Alaaa... skrip lama la... dah laaamaaa daaahhh...!!!

Thursday, March 10, 2011

Keadilan Untuk Saiful Bukhari Azlan: Ini Semua Fitnah jahat...!!!


Woi..! korang tak nampak ke tanda hitam dekat dahi Saiful Bukhari Azlan tu..? tu tanda hitam yang terhasil kerana rajin sujud kepada Allah... itu tanda ketaqwaan beliau kepada Allah... itu tanda seorang Muslim yang sejati..!

Mana mungkin seorang yang bertaqwa & beriman macam Saiful Bukhari Azlan ni melakukan perkara-perkara terkutuk..?

Aku tau & aku yakin bahawa Saiful Bukhari Azlan TIDAK PERNAH meninggalkan SELUAQ DALAM jenama Levi's nya di rumah tunangannya.

Aku yakin ini adalah SABOTAJ dari pihak-pihak yang dengki dengan ketaqwaan Saiful Bukhari Azlan..!

Aku sikit pun tak percaya bahawa SPERM Saiful Bukhari Azlan boleh berada dibahagian depan SELUAQ DALAM jenama Levi's nya..!

Saiful Bukhari Azlan ni seorang yang beriman & bertaqwa beb, aku yakin sebagai seorang yang beriman & bertaqwa, Saiful Bukhari Azlan akan dapat menahan NAFSU SYAHWATnya.

Tengoklah tanda taqwa di dahi saiful Bukhari Azlan beb..!

Tak kan korang tak dapat bezakan mana yang baik & mana yang buruk..?

1 lagi, tu gambar dekat atas tu, lagi 1 bukti ketaqwaan Saiful Bukhari Azlan... hanya orang yang beriman & bertaqwa SAHAJA yang mampu sampai & beribadat di Tanah Suci Meqah.

Jahat betul la orang-orang yang memfitnah seorang yang bertaqwa seperti Saiful Bukhari Azlan ni..!

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...!!!

Rare Aerth Plant di Pahang: Kenyataan Media DPPP

KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
10 Mac 2011 (Khamis)

"Rare Aerth Plant di Pahang"

1. Penduduk sekitar daerah Kuantan dan Gebeng sekali lagi terdedah kepada ancaman sisa radioaktif yang bakal terhasil apabila sebuah Syarikat Australia Lynas Corp. akan membina Pusat Pemprosesan Tanah Jarang [rare earth] yang terbesar di dunia dengan nilai RM 700 juta.

2. Kilang serupa pernah cuba dibina di Bukit Merah Negeri Perak pada tahun 80an [82 - 87] yang lalu, namun mendapat bantahan hebat dari pelbagai pihak kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk seperti cancer, leukemia, cacat malah ada yang meninggal dunia. Sekarang mereka membinanya pula di Pusat Industri Gebeng Kuantan Pahang yang letaknya tidak jauh dari kawasan penempatan awam yang besar di daerah Balok , Beserah dan Pelindung.

3. Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat. Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang [rare eart] ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia ? kenapa perlu pindahkan ke Gebeng Kuantan melepasi 2500 km jauh jaraknya.

4. Saya difahamkan seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau sendiri kurang yakin dengan kenyataan itu. “Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,”

5. Saya melihat projek seperti ini sangat mengundang risiko kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan Taman Perumahan penduduk . Sisa buang yang akan tersalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat. Apakah seluas - luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar - benar didakwa selamat.

6. Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.

1979

November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.

1982

Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.

30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.

11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

1983

November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan

1984

24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.

5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.

18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.

28 Jun: Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.

1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.

4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.

18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.

29 Ogos: Michael O ‘Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.

19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.

21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.

7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.

28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.

12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.

1985

11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.

1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

1986

22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.

5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.

28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.

16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.

26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.

1987

6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.

10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.

12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.

24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.

23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.

Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.

7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.

11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.

18 Spetember: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.

27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.

November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.

1988

25 Januari: Perbicaraan disambung semula.

1990

13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.

1992

11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.

23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.

24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.

3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana ‘tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.’

5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.

1993

15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.

7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

1994

19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.

Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Tuesday, March 08, 2011

Politik Baru: Media ke-3

9hb. Mac, 2009 aku mula aktif blogging, masa tu cuma bergantung pada Blogger.com, dekat 100 kali blog aku kena "spam" dekat puaka-puaka UMNgOk/Beer eNd yang masa tu & sampai sekarang tak pandai-pandai nak gunakan kelebihan media alternatif untuk berkempen & mempengaruhi majoriti rakyat Malaysia padahal teknologi ni semua dibawa oleh rejim UMNgOk/Beer eNd.

Bagi aku benda ni biasa la... semua Diktator & orang-orang bodoh pasti ada nasfu serakah "aku nak jadi yang terawal" dalam apa sahaja teknologi terbaru tapi kebiasaannnya "yang terawal" tu lah yang paling bodoh tak pandai nak explore teknologi.

Gah cuma pada label "terawal" tapi praktikal exploration memang fail gila babi.

Zaman politik baru, Facebook, Twitter dah jadi media alternatif yang terlaju dalam menyampaikan maklumat & berhubung tapi masih jugak rejim UMNgOk/Beer eNd jadi yang "terawal' tapi masih gagal untuk explore ke 2-2 media ini.

Biasa la beb... kalau umur pun dah lebih 53 tahun, macam-macam penyakit "tua" melekat.

Hari ni Pakatan Rakyat ada banyak saluran media alternatife tapi dari segi kebebasan media sebenarnya tak pernah wujud sama seperti apa yang berlaku didalam UMNgOk/Beer eNd.

Media UMNgOk/Beer eNd lebih cenderung menyebarkan berita-berita "kebaikan" pimpinan UMNgOk/Beer eNd, manakala media Pakatan Rakyat juga berada dalam situasi yang sama, boleh dikatakan 100% menyebarkan berita-berita "kebaikan" pimpinan Pakatan Rakyat.

Kebebasan bersuara hanya jadi amalan pengamal media yang benar-benar bebas & tidak terikat dengan mana-mana parti politik. pengamal media yang bebas yang benar-benar bebas kebanykannya bukan "orang atas pagar" macam aku, tapi lebih cenderung juga pada parti politik tapi dalam perjuangan yang berbeza iaitu perjuangan rakyat.

Untuk pasca PRU-13, aku namakan media ini sebagai Media ke-3 atau dalam bahasa "mi no spik inglish"nya ialah - 3rd Voice.

Media-media yang dipengaruhi parti-parti politik pada masa ini mengalami penurunan hits, jualan akhbar seperti Harakah & Suara KeADILan menurun dengan agak drastik, media yang lebih bebas seperti Sinar Harian yang lebih bersifat terbuka menjadi bahan bacaan semua peringkat umur.

Ramai yang tak perasan akan hal ni sebab mungkin ramai yang "perasan" atau "syok sendiri".

Untuk hari ni aku tak nak ulas panjang-panjang. kita layan dulu 1 lagi media baru, Radio DurianFM.com... klik pada gambar dekat atas... nanti aku sambung yang seterusnya...

Ulang Tahun Ke-3 Tsunami Politik Malaysia

Hari ni genal 3 tahun Tsunami Politik Malaysia... 3 Tahun dulu pada hari ini, Barisan Nasional kehilangan 4 Negeri yang sebelumnya berada dibawah naungannnya. Pulau Pinang, Kedah, Perak & Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat manakala Kelantan kekal ditangan Pakatan Rakyat dengan penambahan kerusi DUN.

Selepas 3 tahun Tsunami Politik di Malaysia berlaku, Pakatan Rakyat nampaknya semakin jauh dari Putrajaya.

Jauh bukan sebab kegagalan dalam pentadbirannya di Negeri-Negeri bawah Pakatan Rakyat, tetapi makin jauh kerana Pakatan Rakyat yang ada hari ini tidak lagi efektif & punya "tarikan" seperti 3 tahun dulu.

Perjuangan masih kekal, tetapi Pakatan Rakyat tidak lagi punya daya tarikan. apa dah jadi dengan Pakatan Rakyat..?