
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Sunday, July 20, 2008
Komen Pembaca : Muzakarah: Selesaikan masalah umat Islam dan Melayu
Kita ni banyak yang bercakap macam bagus, nampak macam bagus, nampak macam alim, nampak macam berani SEBELUM DI UJI. Tapi apabila di uji baru le nampak KEBENARAN NYA.
"PAS" ni parti Islam (universal) ke atau parti nasionalis Melayu Islam? Kalau ia nya parti Islam universal maka soal Melayu tidak akan menjadi issue lagi..... TAPI APA YANG SAYA NAMPAK SEMENJAK SEMINGGU 2 INI "PAS" SEOLAH - OLAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN MELAYU LEBIH DARIPADA ISLAM? Kenapa SEKARANG pula (terutama nya selepas PRU 12) tiba2 je "PAS" risau tentang nasib "IMAN" orang2 Melayu....dari pihak UMNO pulak tu. Atau pun sebenarnya "PAS" lebih berminat dengan "AGENDA MELAYU KE KAMPONGAN NYA" LEBIH MENGATASI "AGENDA ISLAM UNIVERSAL" ???!!!!.
Kalau lah niat "PAS" itu lebih kepada ISLAM UNIVERSAL, maka ini lah waktu nya yang paling sesuai SEBENARNYA untuk BERDAKWAH pada kaum NON MUSLIM yang rata2nya meyokong penuh parti2 Melayu (PKR & PAS) yang mengUTAMA KAN KEADILAN, KEBENARAN, KEIKHLASAN, BERANI BERKATA BENAR, ISTIQUOMAH (CONSISTENT), TRANSPARENT-JELAS, BERMORAL, ADA ARAH MASA DEPAN (NOBEL DIRECTION & VISION), YANG LAYAK MENJALANKAN URUSAN (YANG ARIF / MERIT / QUALIFIED) AND ABOVE ALL BEEN SUPPORTED BY THE MAJORITY MALAYSIAN CITIZEN.
Tapi malang nya "PAS" LEBIH MENGUTAMAKAN "MELAYU" LEBIH DARIPADA ISLAM. "PAS" ni sedarkah yang umat SAW itu kena berdakwah kepada umat manusia di seluruh dunia, mengatasi bangsa dan sempadan "Konsep khalifah" bukan untuk bangsa melayu saja. Kenapa tiba-tiba 'PAS" tak boleh nak tidor mengenangkan nasib syurga neraka umat melayu baka Umno ini...jelas2 darah, daging, tulang, makan minum, hata haji dan umrah mereka pun bersubahat dan bercampur aduk dengan rasuah.
Mereka (UMNO) mempercayai yang memberi rezeki kepada mereka ada lah makhluk bernama "PRESIDENT UMNO" bukan ALLAH. Sekurang-kurang nya kaum non Muslim lebih hampir kepada kebenaran...iaitu mereka mempercayai akal, tulang 4 kerat, rajin, bersatu (berpersatuan), merit dan kebolehan(skill) seseorang untuk mendapat rezeki daripada bergoyang kaki (malas) tapi dapat BILLION BILLION duit rakayat dengan jalan Politic haram (rasuah dan rompak duit rakyat).
MALANG SUNGGUH BANGSA MELAYU INI YANG MENGHEBOHKAN KONON MEREKA LAH BANGSA UMAT ISLAM YANG TERBAIK DI DUNIA. Tapi, kita tak boleh nak tipu dunia dan ALLAH.....Berita tersebar luas keseluruh dunia bahkan keseluruh alam bertapa buruk nya perangai dan akhlak munafik bangsa Melayu ini..yang suka makan daging nya sendiri (back step)...lebih buruk lagi daripada Bangsa Yahudi yang tidak sekali-kali memakan daging kaum mereka sendiri. TGNA SENDIRI MENGAKU YANG BANGSA MELAYU ITU LEBIH YAHUDI DARIPADA YAHUDI ITU SENDIRI.
FIKIR2 LAH "KAUM MELAYU PAS" SEBELUM TERLAMBAT.
------------------------------------
ANTARA ORANG ISLAM DENGAN ORANG ISLAM TIDAK DI PANGGIL "DAKWAH", IA DI PANGGIL KAN 'NASIHAT". Untuk non muslim baru ia di panggil kan "DAKWAH"
-senihalus
Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional
This is a letter from my source name Ahli PAS Dalaman and i feel it should be shared with everyone. However, the accuracy of this report is solely the responsibility of the writer, and not this blog. TQ
Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam Barisan Nasional.
Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.
Tawaran tersebut adalah:
a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.
Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:
a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS
Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:
1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik
a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.
d. Segala temujanji dan perjumpaan termasuk perjumpaan di London adalah atas usaha Mustafa Ali
e. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
f. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
g. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.
2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau
3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Khabarnya, beliau dijanjikan jawatan exco sekiranya PAS masuk semula ke dalam BN. Oleh kerana itulah beliau adalah antara ang begitu kuat berusaha di dalam membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.
a. Beliau berjaya mempengaruhi Dewan Ulama PAS Pusat bagi menyokong usaha kerjasama ini.
b. Beliau juga berjaya mempengaruhi Dewan Muslimat PAS Pusat melalui isteri beliau yang menjadi Ketua Dewan Muslimat Terengganu.
Dan, antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:
1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.
a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.
f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.
2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali. Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian.
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.
Nasib baiklah pimpinan Ikhwan telah menyatakan rasa tidak senang hati mereka terhadap cadangan puak2 ini untuk menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Juga, antara yang menentang cadangan ini adalah Mursyidul Am sendiri, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tok Guru amat tidak bersetuju dengan usaha ini kerana:
a. UMNO akan belot kepada PAS seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. PAS adalah saingan kepada UMNO. Sekiranya UMNO sudah kembali gagah dan perkasa, apa perlu lagi UMNO kepada PAS. Dan, PAS kelak terpaksa dibersihkan oleh UMNO kerana PAS adalah saingan semula jadi UMNO
b. PAS juga akan mungkir janji kepada mereka yang memberi mandat kepada PAS, terutamanya orang bukan Islam yang telah mula berjinak dengan PAS. Sifat mungkir janji bukan sifat yang diajar oleh Islam
Saya amat yakin majoriti ahli PAS tidak bersetuju dengan tindakan drastik ini. Tindakan ini adalah satu tindakan yang tidak matang, begitu bersifat khianat dan juga bersifat mungkir janji kepada mereka yang mengundi kita.
Juga, UMNO itu sendiri tidak boleh dipercayai dan kekalahan mereka baru-baru ini adalah disebabkan sifat korup dan zalim mereka. Tiada apa yang PAS dapat capai sekiranya PAS mengikut kehendak UMNO selain dari mengekalkan sebuah rejim yang korup dan tidak berguna seperti UMNO.
PAS juga akan kehilangan kepercayaan orang bukan Islam buat selamanya sekiranya PAS mengkhianati kepercaayan mereka. Dan apabila PAS dikhianati oleh UMNO nanti, dimanakah PAS akan bergantung harap?
Hujjah Ustaz Nik Aziz itu amat benar. PAS telah pun dikhianati sekali, tiada jaminan yang PAS tidak akan dikhianati sekali lagi.
Marilah kita semua ahli PAS mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pimpinan kita tidak mengkhianati kepercayaan yang kelak akan merugikan PAS di masa hadapan.
PAS harus disedarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpegang teguh dengan janji dan PAS tidak seharusnya memungkiri janji mereka.
Ahli PAS Dalaman
18/07/2008
Presiden: 32 cawangan calon Ku Li
Jul 20, 08 6:19pm Sebanyak 32 cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tahunan semalam, sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Ahli Parlimen dan Ketua Umno bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan presiden Umno Disember ini.
Ia terdiri daripada 17 cawangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sembilan cawangan dalam DUN Paloh dan enam cawangan dalam DUN Galas. Umno Bahagian Gua Musang mempunyai 116 cawangan.
Bagaimanapun, semua cawangan terbabit tidak mengusulkan sebarang nama bagi jawatan timbalan presiden Umno dan lain-lain jawatan kerana perkara itu terserah ahli ahli Umno di cawangan lain di seluruh negara.
Kesemua cawangan berkenaan juga mencalonkan supaya jawatan Ketua Umno bahagian dan Timbalan dikekalkan yang kini diterajui Tengku Razaleigh dan Mohamad Saufi Deraman manakala jawatan Naib Ketua dicalonkan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Yusof Ab Ghani.
Sebelum ini, menurut laporan Bernama, jawatan naib ketua disandang oleh Pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohamad Hamzah dan Ketua Penerangan Umno Bahagian itu juga kekal diterajui, ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.
Sementara itu, semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan Umno Cawangan Kijang Bahagia, di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh Satu, semalam, Nozula mahu setiap anggota Umno menyokong usul untuk Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden Umno.
"Ini kerana kita mahu pemimpin dari Kelantan pula mengambil alih kepimpinan negara berikutan rakyat sudah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya juga yakin, Ku Li yang menawarkan diri bertanding untuk merebut jawatan itu sudah mendapat restu ahli Umno peringkat akar umbi dan akan menempah sejarah kemenangannya nanti," katanya.
Beliau juga mahu anggota Umno bertanding secara sihat bagi jawatan tertentu yang mungkin dipertandingkan dalam bahagian Gua Musang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Kita kena ada etika supaya dapat mematuhi semula garis panduan pertandingan itu dan selepas pada itu perlu bersatu kembali demi kekuatan parti untuk orang Melayu," katanya.
Umno minta balik Tapah
Sementara itu di Tapah pula, Ketua Umno bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan bimbang kerusi Parlimen Tapah - yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) - mungkin terlepas ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, jika ia tidak dikembalikan kepada calon Umno.
Katanya, Umno telah menyerahkan kerusi berkenaan selama lima penggal kepada parti komponen sejak 1981 dan kini wujud desakan yang kuat dari akar umbi supaya ia dikembalikan kepada Umno.
"Ini bukan ugutan atau amaran tetapi saya cuma menzahirkan hasrat dan kehendak ahli-ahli parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat cawangan Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian berkenaan hari ini.
Samsudin berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai usul mendesak BN menyerahkan kerusi Parlimen Tapah kepada calon UMNO pada pilihan raya umum ke-13 yang sebulat suara dipersetujui 83 cawangan UMNO untuk dikemukakan kepada mesyuarat bahagian Oktober depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning itu berkata desakan itu lahir atas kekecewaan anggota UMNO yang telah dijanjikan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-12.
"Pada pilihan raya umum ke-12 tidak selesai juga isu penyerahan balik kerusi kepada UMNO...kita khuatir pada pilihan raya akan datang kawasan ini tidak lagi menjadi kubu BN," katanya.
Pada pilihan raya lepas, calon BN dari MIC Datuk M. Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan memenangi kerusi Parlimen Tapah dengan majoriti 3,020 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Seng Toh.
Samsudin berkata, kawasan Parlimen Tapah yang mempunyai kira-kira 40,000 pengundi adalah kawasan majoriti pengundi Melayu, sebanyak 51 peratus.
Selain DUN Ayer Kuning, satu lagi kerusi negeri iaitu Chenderiang diwakili oleh calon BN daripada MCA.
"Pengalaman dalam pilihanraya umum lalu amat berguna kepada kami, nasib baik Umno Bahagian Tapah sentiasa bersatu dan setia kepada BN, kalau tidak calon-calon kita mungkin kalah seperti di bahagian lain," katanya merujuk kepada prestasi buruk BN apabila terlepas Perak kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum.
Kluang: Md Jais tawar diri
Sementara itu, di Kluang pula, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Md Jais Sarday menawarkan diri untuk jawatan ketua Umno bahagian, selepas jawatan itu dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Gapar Gurrohu.
Md Jais, 41, yang juga Exco Penerangan, Belia dan Sukan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Mahkota, berkata pengalamannya bertugas di peringkat negeri serta pusat adalah aset yang penting kepada Umno bahagian.
Beliau adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno dan bekas pegawai khas kepada Datuk Mohamed Khaled Nordin, ketika menjadi Menteri Pembangunan Usahawan.
"Dengan pengalaman yang diperoleh di peringkat pusat dan negeri, saya berkeyakinan jika dipilih (sebagai Ketua Umno Bahagian), maka sumbangan kepada Umno Bahagian Kluang dan orang Melayu khususnya akan menjadi lebih berkesan," katanya hari ini.
Beliau berpendapat jika jawatan Ketua Umno Bahagian dan Adun dipegang oleh individu yang sama, ia akan memudahkan lagi kesinambungan urusan untuk membangunkan daerah dan taraf ekonomi orang Melayu.
Md Jais merupakan ketua pemuda Umno bahagian selama dua penggal. Umno Bahagian Kluang mempunyai 67 buah cawangan.
-malaysiakini
PM sudah jumpa pemimpin tertinggi PAS
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui hari ini bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan keagamaan.
Beliau yang juga presiden Umno, juga mendedahkan bahawa sebenarnya pertemuan dengan PAS telah diadakan sebanyak tiga kali.
Bagaimanapun, kata beliau, pertemuan dengan pemimpin peringkat tinggi itu tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, demikian menurut laporan Bernama.
"Saya dah ada pertemuan sebenarnya, dan pertemuan ini pada peringkat awal. Tak perlulah saya bagi maklumat yang lain, nanti saudara buat spekulasi yang bukan-bukan.
"Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdullah menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai muzakarah dengan PAS seperti yang dicadangkan oleh Abdul Hadi menerusi satu wawancara bersama Harakah, lidah rasmi parti itu, minggu lalu.
Abdul Hadi menerusi wawancara itu menyatakan bahawa PAS berhak mengadakan rundingan bersama UMNO tanpa perlu merujuk dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang untuk menyampaikan mesej Islam.
Tiada syaratMengulas lanjut pertemuan berkenaan, Perdana Menteri berkata antara perkara yang menjadi topik perbincangan ialah kewujudan masalah yang pasti akan timbul sekiranya isu mengenai agama dipolitikkan.
"Kalau hal agama jadi isu politik, ia akan membawa kepada masalah di kalangan orang Islam, itu satu daripada tajuk-tajuknya, ada lagi tajuk yang lain, tak payahlah saya huraikan," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara 2008.
Menjawab soalan sama ada Umno bakal mengenakan syarat-syarat tertentu untuk muzakarah berkenaan dan memikirkan kemungkinan untuk melantik pihak ketiga sebagai pengerusi seperti yang disyorkan oleh Nik Aziz, Abdullah berkata sebarang syarat hanya akan menyusahkan.
"Buat apa kita nak letak syarat, menyusahkan sahaja. Kita bincang dengan ikhlas. Apa juga pandangan-pandangan yang kita fikir wajar, kita bincang, kita bincanglah.
"Biarlah kita pada peringkat ini cakap pada peringkat kita sahaja, belum lagi memikirkan sama ada orang ketiga itu perlu atau tidak," katanya.
Abdullah juga berkata, pertemuan itu berjaya melahirkan pemuafakatan dan persefahaman yang baik antara kedua-dua pihak.
-BERNAMA
TP - terus terang cakap...bengkek, bengkek, bengkek & bengkek...tunggu artikel aku seterusnya.pandangan aku.TGHH...ur nothing...never learn & never listen.
Muzakarah UMNO Pas sudah bermula?
PUTRAJAYA 20 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, muzakarah di antara UMNO dan Pas telah bermula dengan pentemuan di peringkat jawatankuasa yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin tertinggi daripada kedua-dua parti itu.
Tanpa menyebut bila pertemuan itu diadakan, Perdana Menteri memberitahu sehingga kini sebanyak tiga pertemuan telah diadakan oleh jawatankuasa itu.
`Ia membabitkan pemimpin tertinggi iaitu melibatkan mereka yang boleh membuat keputusan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan perisytiharaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan sambutan Hari Koperasi Negara 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.- Utusan.
TP - Kalau muzakarah dengan UMNO untuk masa depan Islam di Malaysia, yes aku setuju ( walaupun dalam hati aku 100% tak setuju ).tapi kalau muzakarah dengan UMNO untuk masa depan "Bangsa Melayu"...100% aku TAK SETUJU.siapa yang tak kenal UMNO?
Binatang "Anjing" kalau dah tersepit lolongannya bisa menghibakan pendengaran pendengar...tapi sekali engkau lepaskan "Anjing" tu dari "kesepitan"nya...kaki engkau yang no wahid akan jadi mangsa taring binatang "Anjing" ni!!!
安華:從2001年到2004年‧醫院有我的8 DNA樣本 ( Anwar: From 2001 to 2004 ‧ hospitals have my 8 DNA samples )
-
安華召開新聞發佈會,吸引大批媒體採訪。(圖:星洲日報)
(雪蘭莪‧八打靈再也)公正黨顧問拿督斯里安華說,吉隆坡中央醫院在他坐牢期間,已經收集了他約8種脫氧核糖核酸(DNA)檢驗樣本。
他說,這些脫氧核糖核酸樣本都是從他身上獲取,包括他的腎脫氧核糖核酸樣本,有關當局是在他過去6年監禁期間取得這些樣本。
“在2001年、2002年甚至2004年,吉隆坡中央醫院擁有我完整的脫氧核糖核酸樣本......這些證據都是可以拿上法庭,是不能被挑戰的。”
安華週六(7月19日)在公正黨總部向支持者發表演講時表示,政府醫院的醫生以“會還他清白為由”,要求他的血液樣本,從中進行脫氧核糖核酸檢驗,但是卻遭到他拒絕。
不過,他說,有關當局以脫氧核糖核酸殘舊為由,要求他重新給樣本的理由無法令他接受,因為脫氧核糖核酸不管過了多少年都是一樣的。
點名針對醫院負責人
他說,他不會指責普通醫生及警員,因為他們都是奉命行事,而且他們也很友善的對待他,他所要針對的人是有關當局的負責人。
他表示,他在接受身體檢驗,脫完身上所有衣物只剩下底褲,但是有關當局也要求他脫掉,以檢查他的私處。
他說,有關當局還要拍照,但是他拒絕,因為他們要的照片在10年前已經有了,根本不需重新再拍照,而且他也擔心他們可能將他的裸照上載至youtube。
“如果我都受到這樣的對待,平民百姓又怎樣?”
另外,他表示,妻子拿督斯里旺阿茲莎勸告他日後聘請助理時不要選擇太年輕或太英俊的,這導致他只能選擇80歲的老頭成為他的助理。
他也呼吁所有支持者不要輕易被警方挑釁。
translation
(Selangor ‧ Petaling Jaya) just party consultant, said that the Central Hospital in Kuala Lumpur during his imprisonment, he has collected about eight kinds of deoxyribonucleic acid (DNA) samples tested.
He said that these DNA samples were obtained from him, including his kidney DNA samples from the relevant authorities in the past six years in prison he achieved during these samples.
"In 2001, 2002 or even 2004, Kuala Lumpur Central Hospital, I have complete DNA samples ...... such evidence can be with the court, can not be challenging."
Anwar Saturday (July 19) at the party headquarters just delivered a speech to supporters that the doctors "will also citing his innocence" and asked him to the blood samples, from which a DNA test, But he was refused.
However, he said, the authorities concerned to DNA dilapidated grounds, asking him to re-sample of the reasons he can not accept, because the DNA regardless of the number of years is the same.
To a hospital for head
He said that he will not be accused of doctors and ordinary police officers, who are Fengmingxingshi, and they are very friendly treatment of him, he is to address the person in charge of the relevant authorities.
He said that he undergo medical examination, from all the clothing on the end only Diku, but the authorities also asked him to take off to check his private part.
He said that the authorities concerned to take pictures, but he refused, because they have to in the photo has been 10 years ago, is not re-photographed, but he also worried that they may be his photos uploaded to youtube.
"If I have been so treated, and how civilians» "
In addition, he said, his wife Wan Azizah Datuk Seri advised him not to the future employment of assistants when the choice is too young or too handsome, and this can only lead to his 80-year-old man chosen to become his assistant.
He also called on all supporters will not easily provoked by the police.
Sin Chew Daily ‧ 2008.07.20MUZAKARAH DITAYANGKAN DALAM TV
Mengikut tradisi PAS, sejak dahulu hingga kini sentiasa berbincang dan bermuzakarah dengan sesiapa sahaja dalam menentukan keuntungan Islam di Malaysia.Pada zaman Ustaz Fadzil Nor dulu pun, sering kedengaran PAS mengajak UMNO bermuzakarah bagi membincangkan beberapa isu, terutama berkaitan dengan Islam dan bangsa melayu.
Pandangan peribadiku, muzakarah ini adalah satu tindakan yang baik, tetapi kadangkala dengan UMNO, bermuzakarah ini perlu diambil sikap berhati-hati.
Jika merujuk kepada sejarah, UMNO akan “mengkambing hitamkan” sesiapa sahaja yang tidak sehaluan fahaman politik mereka. maklumlah, kedegilan mereka seperti kedegilan Bani Israel yang telah dihadapi oleh Musa A.S.
Jika dikala PAS berkuasa di dua buah negeri, iaitu kelantan dan Terengganu, PAS ada menyeru UMNO bermuzakarah, tetapi ditolak oleh UMNO, kerana mereka merasakan bahawa mereka masih lagi kuat, lantaran masih wujud lagi orang-orang MCA dan MIC dalam pakatan mereka.
Di tahun 2004, bertambah jelas lagi kesombongan UMNO dalam berinteraksi dengan parti-parti lawan mereka, disebabkan kemenangan mereka ketika itu boleh disifatkan sebagai “sapu bersih”.
Di tahun 2008, terbukti UMNO telah jatuh menjunam. Jatuh mereka bukan disebabkan gugurnya calon-calon UMNO, tetapi ramainya gugur calon-calon cina dan India dari Parti MCA dan MIC.
Memandangkan UMNO ini dikuasai oleh bangsa cina dan India secara froxy, menyebabkan kejatuhan MCA dan MIC memberi kesan besar terhadap UMNO itu sendiri.
Dengan kekalahan mereka di lima buah negeri, menyebabkan mereka seakan-akan mentikus. ”kereta” mereka sudah rosak teruk, dan kini mulalah mereka memandangkan kereta-kereta pembangkang yang kelihatan gagah, dan mula bertindak seperti “perasit”.
Ah.. itu mungkin sangka jahatku terhadap UMNO, tetapi kalau difikirkan dalam-dalam, tidak ada sangka baik terhadap UMNO, sebab bersangka jahat terhadap orang yang hina Islam adalah satu kemestian.
DALAM TV
Tuan guru Nik Abdul Aziz yang merupakan orang no 1 dalam PAS telah menyatakan kebimbangan beliau terhadap UMNO dalam muzakarah yang akan dilaksanakan.
Tengku Razaliegh juga keluarkan kenyataan, mencadangkan UMNO dan PAS bersatu selepas muzakarah diadakan. Mungkin dia ingat, PAS ni macam Semangat 46 dulu kot. Kalau PAS nak jahanam macam semangat 46, ikutlah pandangan tokoh politik bangang tu…
Padaku, kalau nak terselamat dari sebarang penipuan disebalik muzakarah yang akan diadakan, dicadangkan agar muzakarah ini ditayangkan di semua saluran TV media perdana Malaysia. Dengan ini, baru semua rakyat akan dapat melihat, siapakah yang sebenar-benarnya ikhlas dalam memperjuangkan agama dan bangsa di negara ini.
Kalau diadakan muzakarah ini secara tertutup, ianya akan melahirkan perbincangan dikalangan rakyat, yang dengan itu, kemungkinan besar akan timbullah berbagai-bagai cakap-cakap yang membawa kepada fitnah.
PENUTUP
Muzakarah dengan UMNO memang bagus, tetapi alangkah cantiknya kalau diadakan dulu muzakarah dengan PKR dan DAP. Muzakarah yang membincangkan untuk mencari titik pertemuan dalam berusaha mengharungi bahtera Pakatan Rakyat dalam memerintah Malaysia.
Wallahu ‘Alam
Sekian
Al-Bakistani
http://al-bakistani.blogspot.com/
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
Komplot jatuhkan Anwar, Pak Lah sekali gus!
(Isu tangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pihak polis baru-baru ini - penyunting)
Bagi saya, tindakan ini dibuat tanpa bukti yang kukuh dan satu tindakan yang tidak wajar sama sekali.
Saya rasa, ada semacam satu komplot dalam Umno dan kerajaan sendiri yang cuba untuk mengambil kesempatan daripada suasana yang ada sekarang. Komplot ini bagi saya memang anti Anwar dan juga anti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Berdasarkan maklumat yang saya ada, selepas pertemuan antara isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan Abdullah baru-baru ini, ia menunjukkan Abdullah tidak terlibat dalam apa-apa tindakan terhadap Anwar.

Komplot yang ada nampaknya bertujuan untuk mematikan kedua-duanya sekali. Matikan karier politik Anwar dan matikan juga karier politik Abdullah. Menggunakan seketul batu untuk membunuh dua ekor burong serentak.
Lojiknya adalah, apabila tindakan dibuat terhadap Anwar, jari akan dituding kepada Abdullah selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan.
Mengikut bacaan saya, tindakan ini berjaya diambil kerana kegagalan Abdullah sendiri untuk menguasai seluruh jentera kerajaan. Oleh kerana itulah, komplot ini boleh berjalan sedemikian rupa.
Tindakan ini sebenarnya satu tindakan yang sangat bahaya kepada negara dari sudut keselamatan dan juga keharmonian negara.
Oleh kerana implikasinya besar, satu mekanisma perlu dibuat oleh Abdullah selaku Perdana Menteri supaya ia dapat meredakan suasana yang ada sekarang.
Apa yang boleh dibuat oleh Abdullah adalah dengan menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk membuat siasatan terhadap tuduhan yang dibuat ke atas Anwar supaya rakyat yakin tuduhan itu bukan bermotifkan politik tetapi mencari keadilan untuk semua pihak.
Tanpa suruhanjaya sebegini, rakyat tidak akan yakin dengan sebarang tindakan kerajaan.
-DetikDaily
Anwar tetap dakwa ditelanjang
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur Rabu lalu.
"Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang," katanya.
Mantan timbalan perdana menteri itu menegaskan demikian dalam ceramahnya di kampung Razali, dekat Kuantan, malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.
Anwar, 61, dibawa ke HKL pada hari beliau ditahan pada 16 Julai lalu untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.
Ketua Umum PKR itu kemudiannya dibawa balik ke Ibu pejabat polis Kuala Lumpur pada jam 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan tersebut.
Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.
Pengarah HKL nafi
"Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan," kata Anwar.
Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.
Anwar kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu, kata Dr Zaininah dalam kenyataan kelmarin.
Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis.
"DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar.
-malaysiakini
TP - aku nak pi makan panadol jap...ngan 100 plus...pening...
Anwar patut beri kerjasama, kata Ibrahim Ali
Kepercayaan rakyat akan terhakis terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau masih berdolak-dalik berhubung tuduhan kes liwat terhadapnya, kata ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata, Anwar sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya siasatan mereka berjalan lancar sehingga kes itu dapat dibicarakan di mahkamah.Di samping itu, kata Ibrahim, pihak polis juga telah memberikan jaminan tiada perkara buruk akan berlaku kepada Anwar seperti pernah berlaku ke atas dirinya pada 1998 ketika beliau ditangkap atas tuduhan yang sama.
"Berani kerana benar takut kerana salah," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Pasir Mas malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.
Anwar ditahan Rabu lalu sebelum dibebaskan bagi membantu siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu..
Ibrahim berkata, jika Anwar tidak memberikan kerjasama, rakyat akan membuat pelbagai andaian kononnya dakwaan itu adalah konspirasi kerajaan atau Anwar memang melakukan perkara itu.
Lantik pendakwaraya mahir
Sehubungan itu, beliau yakin Anwar sebagai mantan timbalan perdana menteri akan mengambil langkah untuk bekerjasama bagi membuktikan kebenaran di dalam kes itu.
Beliau meminta agar pihak kerajaan melantik pendakwaraya daripada mereka yang bebas dan mahir di dalam perundangan ketika pendakwaan dibuat terhadap Anwar bagi mencerminkan ketelusan perbicaraan kes itu.
"Pendakwaraya tidak boleh daripada kakitangan kerajaan atau daripada Jabatan Peguam Negara. Ini boleh dilakukan berdasarkan undang-undang yang ada di dalam negara ini," katanya.
Beliau juga meminta doktor peribadi Anwar sendiri melihat proses pengesahan DNA dijalankan bagi memastikan tiada pemalsuan berlaku semasa ujian DNA dijalankan untuk mengesahkan kesahihan keputusan DNA tersebut.
Beliau yakin dengan langkah itu kebenaran akan pasti terserlah kerana tiada siapa di dalam negara ini berada di atas undang-undang.
-malaysiakini
TP - bang brahim, bang brahim......lupeke bang brahim tahun 1999 dulu pun polis bagi jaminan jugak...ketua polis pun bagi jaminan jugak...PM pun bagi jaminan jugak..."SAVE & SOUND"...tengok-tengok...lebam...bang brahim, bang brahim...sekali orang dah menipu bang brahim...sampai bila-bila akan dikenang bang brahim...baik bang brahim duk diam-diam dalam "frame" tu tunggu ani...
