"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 25, 2008

Peguam Anwar dipanggil polis

kemaskini 2:49pm
Peguam penasihat PKR dipanggil polis pagi ini berhubung siasatan akuan berkanun pertama penyiasat persendirian yang mengaitkan timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sivarasa Rasiah, yang juga naib presiden PKR, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu-menahu sebab beliau disiasat tentang akuan P Balasubramaniam.

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata kemungkinannya kerana beliau pernah hadir di sidang media mengumumkan akuan yang menggemparkan itu pada awal bulan ini - termasuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengadakan hubungan seks dengan wanita Mongolia itu.

Balasubramaniam bagaimanapun menarik balik akuan awalnya dalam akuan kedua pada keesokannya, 4 Julai.

Beliau hingga kini tidak muncul di media dan dipercayai masih bersembunyi.

Najib sendiri menafikan kandungan akuan Balasubramaniam tersebut beberapa jam selepas ia didedahkan kepada media dalam sidang media bersama Anwar di pejabat PKR, Petaling Jaya pada 3 Julai lepas.

Sivarasa hadir di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi ini dan keluar lebih jam 2 petang.

Di sidang media selepas itu, beliau menjelaskan polis mengambil masa yang lama untuk merekodkan keterangannya melalui komputer menyebabkan beliau berada lama di situ.

Kebanyakan soalan yang dikemukakan sekitar pertemuannya dengan penyiasat persendirian itu - yang pernah diupah dengan Abdul Razak Abdullah Baginda, kenalan Najib, yang kini dituduh bersubahat membunuh Altantuya - dan kandungan akuan pertama.

Hanya satu soalan tentang akuan kedua, tambahnya.

Mengulas ura-ura polis akan mendedahkan rakaman visual soal siasat Anwar di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, Rabu lalu, Sivarasa berkata anggota polis berpakaian biasa merakamkan semua pergerakan bekas timbalan perdana menteri kecuali sewaktu dihantar ke hospital Kuala Lumpur.

Beliau juga menyatakan, sekumpulan anggota pasukan forensik polis masuk ke lokap tempat Anwar bermalam untuk mengumpul kesan-kesan yang ditinggalkannya.

-malaysiakini

No comments: