"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 25, 2008

PM: PAS ditawar kongsi kuasa

Muda Mohd Noor | Jul 25, 08 6:30pm
kemaskini 8:10pm

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan bahawa pertemuan pertama dengan PAS memang bertujuan menubuhkan kerajaan campuran di Selangor.

"Pada ketika itu (beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac), Umno ada hak untuk mencari sebarang parti untuk menubuhkan kerajaan.

"Jadi tidak salah untuk Umno mencari pakatan dan kerjasama dengan parti-parti lain," kata perdana menteri kepada pemberita selepas majlis Anugerah Akademik Negara di Putrajaya, petang ini.

Menurutnya, Umno tidak ada masalah untuk berjumpa dengan mana-mana parti untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, katanya, PAS tidak bersetuju dengan cadangan Umno, tetapi memilih bersama Pakatan Rakyat.

"Umno rasa, itu yang boleh kita bincang dengan PAS waktu itu. Pakatan Rakyat bukan satu entiti yang kekal.

"Oleh itu, kita mulakan perbincangan dengan mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor," katanya.

Mengulas hasrat Singapura untuk membentuk zon ekonomi eksklusif di sekitar Pulau Batu Puteh, Abdullah berkata, setelah keputusan dibuat mengenai pulau itu, kedua-dua negara setuju mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal.

"Ini bermakna kalau ada yang tidak puas hati atau meragui berkaitan dengan tuntutan, ia dibincangkan oleh jawatankuasa teknikal ini dan tidak perlulah berbalah," katanya.

Ketika ditanya kenyataan setiausaha negara Amerika Syarikat Condoleeza Rice berhubung dakwaan meliwat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri berkata, tindakan kerajaan konsisten dengan undang-undang Malaysia.

Mengulas siasatan polis tentang kes Anwar itu, perdana menteri berkata, siasatan masih belum siap.

"Polis buat apa yang mereka mahu dan polis tahu apa yang mereka hendak buat," katanya.

Disoal dakwaan wujud penyelewengan dalam pelaksanaan Piala Monson anjuran kerajaan Terengganu, Abdullah berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh menentukan siasatannya sendiri jika meragui atau mengesyaki ada unsur rasuah.

Sementara itu dalam ucapannya di majlis itu, Abdullah berkata, universiti tempatan perlu memberi lebih perhatian kepada penyelidikan dan pembangunan supaya boleh meningkatkan kegemilangan.

"Kita kena meningkatkan nilai tambah daripada apa yang kita ada untuk terus maju. Kita tidak boleh leka dengan kemajuan hari ini.

"Kita mesti ada rancangan masa depan kerana idea tanpa rancangan adalah hanya angan-angan," katanya.

-malaysiakini

No comments: