"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 22, 2008

Pembangkang gagal pecah-belahkan Pakatan Rakyat Pulau Pinang

Pulau Pinang : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Sharif Shah Omar Shah gagal dalam percubaan memecah-belahkan ahli-ahli exco dalam Pakatan Rakyat dengan pertikaikan perlantikan Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri mengenai jawatan tersebut semasa menajwab soalan lisan persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Sharif memetik laporan akhbar yang melaporkan temuramah Jeff Ooi yang memberi kenyataan mengenai pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang seolah-olah melangkaui kuasa Ketua Menteri.

Daripada soalan tambahan beliau, perlantikan tersebut tidak dibawa berbincang dan mendapat persetujuan daripada anggota- exco negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa menjawab soalan tersebut terus bertanyakan ke semua anggota exco pada masa yang sama di dalam dewan dan tiada sesiapa pun membangkang malah bersetuju dengan perlantikan tersebut.

Menurut Ketua Menteri, jawatan Ketua Staf kepada Ketua Menteri bertanggungjawab ke atas pengendalian dan penyelarasan tugas-tugas yang dijalankan, memberikan input berkaitan strategi dan dasar yang dapat merealisasikan wawasan kerajaan Negeri menjadi sebuah Bandaraya Antarabangsa menerusi sistem Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT).

Guan Eng juga memberitahu bahawa jawatan tersebut menjadi pemudahcara di antara beliau dan kumpulan-kumpulan pakar dalam bidang ekonomi, pelancongan, perubatan dan engkomputeran yang boleh membantu pembangunan ekonomi negeri.

Jeff Ooi yang juga Ahli Parlimen Jelutong berkhidmat secara sukarela tanpa menerima sebarang gaji atau ganjaran.

Guan Eng juga memperli Arif Shah yang sengaja melaga-lagakan ADUN dari Pakatan Rakyat dan menasihati Arif untuk membahaskan isu yang berdasarkan fakta.

-KLpos

No comments: