"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, July 22, 2008
TERBARU :Sudah ribuan kes... tiada yang pergi ke suratkhabar dakwa diaibkan – Dr Latif
Semasa bercakap kepada para wartawan lepas membuat lawatan ke Hospital Jasin di Melaka petang Isnin Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Latiff Ahmad berkata ribuan pemeriksaan perubatan kes melibatkan jenayah seks sama ada rogol atau liwat telah dikendalikan oleh pakar perubatan mengikut prosedur Kanun Acara Jenayah dan Prosedur Operasi Standard Perubatan selama ini berjalan dengan baik dan telus.“Tidak pernah ada orang pergi pada surat khabar bercakap dia dibogelkan, dia dianiaya dan dia diaibkan.“Kalau ada beribu orang yang menghadapi tuduhan sebegini rupa dan yang sekarang ini menunggu proses pendakwaan, menjelajah ke seluruh negara berkempen macam Anwar, apa akan jadi pada negara ini,” katanya mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau dibogelkan ketika dibawa untuk pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.Dr Latiff berkata, tuduhan meliwat ini merupakan kes peribadi dan sepatutnya Penasihat PKR menyelesaikannya sendiri tanpa melibatkan orang lain dengan pelbagai tuduhan.“Pegawai saya (di hospital) bukan ada mata bionik untuk melihat begitu saja untuk tahu berapa luas, berapa lebar, berapa banyak...pegawai saya tidak ada keistimewaan itu, dia kena tengok sendiri,” katanya - 21/7/2008
Labels:
Liwat 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kalau korang dibogelkan dihospital atau lokap korang nak bagi tahu satu dunia? Buat malu saja. Tambahan pulak kalau sendiri bersalah. Tapi baguslah DSAI telah dedah perkara ini walaupun pembogelan itu prosedur standard bagi menyiasat kes-kes liwat dan rogol. Sebagai seorang yang terkenal DSAI mesti merasa aib diperlakukan begitu.
Jadi pihak hospital boleh lah nafi sebab takde siapa berani complain. Standard procedure lah katakan.
Post a Comment