SINGAPURA, 22 Julai (Bernama) -- Had masa tahanan Daw Aung San Suu Kyi akan meliputi enam bulan selepas Mei 2009, kata Menteri Luar Singapura George Yeo.
Yeo, juga pengerusi Jawatankuasa Tetap Asean, berkata beliau dan menteri-menteri luar lain salahfaham kenyataan Menteri Luar Myanmar mengenai had masa tahanan Suu Kyi di bawah undang-undang Myanmar semasa jamuan kerja tidak formal.
"Daripada had meliputi enam bulan dari sekarang, had itu akan meliputi enam bulan dari Mei 2009," iaitu tempoh luput perintah tahanan setahun yang ada sekarang" katanya dalam satu kenyataan.
Yeo berkata penjelasan itu dibuat oleh menteri Luar Myanmar pada Mesyuarat Menteri-menteri Asean (AMM) hari Isnin.
-BERNAMA
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment