"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 22, 2008

SMM bidas PKPIM sokong muzakarah

Jul 22, 08 12:38pm

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang merupakan gabungan mahasiswa berbagai bangsa, merasakan tindakan Persatuan Kebangsaan pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa pemimpin Melayu bermuzakarah tentang nasib umat Melayu, sebagai tidak sesuai.

"Kami memandang ini adalah satu tindakan yang kurang prihatin terhadap perasaan kaum lain di Malaysia," kata Pengerusi SMM, Sheikh Omar Ali.

Pada 17 Julai lalu, PKPIM menyokong semua pemimpin Melayu dari Umno, PAS, PKR, serta barisan cendekiawan, ulama dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) untuk duduk semeja dan bermuzakarah tentang nasib untung umat Melayu Islam di Malaysia.

Presiden PKPIM, Hilmi Ramli juga dilaporkan berkata ini kerana politik umat Melayu Islam telah berpecah dan sering sengketa, menyebabkan perpaduan tidak dapat direalisasikan.

SMM, kata Sheikh Omar, sebaliknya berpendapat bahawa pemimpin negara harus sentiasa memikirkan nasib seluruh rakyat tanpa membezakan kaum.

"Negara kita sebenarnya tidak memerlukan perpaduan sesuatu kaum untuk mempertahankan hak kaum tersebut. Kita memerlukan sistem yang mempertahankan hak rakyat biasa tidak mengira kaum.

Tolak politik perkauman

"Selain itu, di negara kita tidak menimbul masalah hak umat Melayu ditindas. Padahalnya, rakyat yang miskin dan ia termasuklah orang Melayu terutama yang miskin, ditindas dan dipinggirkan dalam pembangunan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sheikh Omar berkata, kerajaan mengamalkan politik pecah dan perintah, yang telah menyebabkan rakyat tidak dapat hidup bersama dengan harmoni.

"Kita perlu berwaspada, sebab setiap kali kerajaan mengalami kemelesetan ekonomi, perebutan kuasa dan pergolakan dalaman Umno, Barisan Nasional (BN) dan kenaikan harga minyak, BN akan menggunakan isu perkauman untuk mengalih perhatian rakyat," katanya

Sehubungan itu, katanya, SMM memuji Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan kenyataan dalam Parlimen pada 17 Julai lalu bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.

SMM, katanya, menyeru rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat.

"Kita harus bersama-sama menolak politik perkauman. Kita seharusnya membantu rakyat yang dipinggirkan, yang dinafikan peluang dan hak mereka.

"Ia termasuklah orang Melayu, Cina, India, orang asal Sabah Sarawak dan rakyat Malaysia yang lain," katanya.

-malaysiakini

No comments: