Pulau Pinang: Konsep Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri yang baru menjadi isu perdebatan di dalam persidangan DUN yang mula besidang pada 21 Julai 2008.
Ahli-ahli pembangkang DUN kebanyakannya membangkitkan konsep tersebut yang didakwa tidak difahami oleh anggota Adun kerajaan sendiri. Di antaranya ialah Datuk Arif Shah Omar Shah [BN- Seberang Jaya].
Soalan berkaitan dengan ini juga ditanya oleh ahli DUN Pakatan Rakyat sendiri iaitu dari Jagdeep Singh [DAP- Datok Keramat].
Jagdeep mempersoalkan usaha kerajaan negeri dalam mempromosikan konsep berkenaan dan keberkesanannya dalam membangunkan sector pelancongan.
Dalam menjawab soalan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu kecekapan atau keupayaan ahli pentadbir merupakan tunjang keberkesanan sesebuah kerajaan.
"Itulah sebabnya saya berkali-kali menegaskan bahawa kerajaan negeri berkehendakkan sati paradigm politik baru dengan memilih mereka yang paling berkelayakan tanpa mengira kaum, jantina, agama atau pun fahaman politik," kata Ketua Menteri.
Guan Eng juga menambah dengan memberitahu konsep akauntabiliti yang penting demi memenuhi aspirasi dan budaya demokrasi manakala mahu memastikan sebuah kerajaan yang telus dan bersih supaya menjadi lebih makmur daripada kerajaan berasuah.
Konsep kemakmuran ini juga diharap dapat mengkikiskan tanggapan pihak tertentu bahawa pembangunan hanya terjamin sekiranya disusuli dengan rasuah.
"Ini membawa maksud Kerajaan Negeri tidak akan mengamalkan diskriminasi dalam menguruskan pemasalahan rakyat," tambah Guan Eng.
Mengenai konsep daya saing, Guan Eng memberitahu di dalam konsep CAT, ia menjadi satu prinsip yang penting dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada factor penentu daya saing ekonomi sesebuah Negara iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan kelengkapan infrastruktur. Prinsip tersebut menurutnya bleh dilaksanakan melalui sostem penyampaian Kerajaan Negeri yang lebih cekap.
"Melalui CAT, Kerajaan Negeri dapat memantapkan kecekapan sistem penyampaian dengan menangani isu-isu yang dilihat oleh pelabur sebagai karenah birokrasi dan ketidaktelusan yang sering kali dikaitkan dengan integriti," jelasnya lagi.
Tambhanya lagi, sistem penyampaian yang cekap akan meningkatkan daya saing dan mampu memberi keyakinan kepada pelabur untuk memilih Pulau Pinang berbanding dengan Negara-negara lain.
Guan Eng juga melaporkan sungguhpun prinsip CAT yang diamalkan masih baru, Kerajaan Negeri telah berjaya menarik banyak pelaburan ke negeri ini.
Dalam menjawab soalan yang sama, Guan Eng memberitahu bahaa jumlah pelaburan domestik dan asing yang diluluskan oleh MIDA bagi tempoh Januari hingga April 2008 bagi Pulau Pinang ialah RM4.8 bilion berbanding dengan keseluruhan tahun 2007 yang hanya berjumlah RM4.7 bilion.
Di dalam ucapan Perasmian Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abas juga menyatakan prinsip CAT yang mempercayai ianya menggalakkan kemasukan pelaburan tempatan dan asing serta mempergiatkan sektor pelancongan dan secara tidak langsung memberi kesan positif ke atas perkembangan ekonomi Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment