Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah berkata beliau bersama beberapa pegawai dan kakitangan BPA akan menemui Kok bagi mendapatkan maklumat.

Menurut Bernama, beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan pertandingan bola sepak antara pelajar-pelajar Sekolah Tamil Wilayah Persekutuan dan Selangor di ibunegara hari ini.
Semalam Kok yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangor mendakwabahawa beliau hanya diberi makan dua biji telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari iaitu bagi makan tengah hari dan makan malam.
Murugiah yang bertanggungjawab terhadap BPA berkata seseorang yang ditahan di bawah ISA sepatutnya mendapat layanan yang baik daripada pihak polis.
Beliau berkata pihaknya juga akan melawat ke Balai Polis Jalan Travers untuk menyiasat dakwaan Kok itu.
-malaysiakini
1 comment:
Kita nak tengok sampai mana Mr.T ni bertindak. Atau sekadar cakap2 ,manis saja. Pelik jugak, tak ada menu yang standard ker. Or itu menu standard Kementerian Dalam Negeri??
Post a Comment