KUALA LUMPUR 20 Sept. - Proses peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dilakukan secara terancang dan tertib serta bukan kerana tekanan daripada pihak tertentu.
Para pemimpin UMNO di peringkat negeri berpendapat, langkah itu bertujuan memastikan parti terus kukuh selaras dengan kedudukannya yang selama ini menjadi tonggak kepimpinan negara.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, peralihan kuasa perlu dilakukan secara terancang dan bijaksana agar prosesnya dapat dilakukan dengan tertib.
-Utusan Malaysia Online
TP - Rancang jangan tak rancang... aku nak tengok je dari jauh macam mana la rancangannya tu... Pakatan Rakyat cerita pasal peralihan kuasa, UMNO pun sibuk cerita pasal peralihan kuasa... kita tengok "kuasa" mana yang beralih... hehehe
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam!
Sepatutnya ayat terbaik yang disenut ialah 'Pelan Rampasan Kuasa' dan bukannya 'Pelan Peralihan Kuasa'...Kita boleh tunggu dan lihat siapa yang sudahkan skrip drama ini...harap2 'happy ending'
thx!
Post a Comment