"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 21, 2008

Contohi Cara Giant Jual Arak

Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini , setiap penganut agama mempunyai hak mereka sendiri. Mereka yang bukan Islam mempunyai hak untuk makan dan minum perkara-perkara yang tidak dibenarkan keatas umat Islam , antaranya arak. Dan umat Islam pula mempunyai hak agar mereka dihormati dalam perkara pengendalian arak.

Dalam perkara ini Pasaraya Giant di Senawang harus diberi pujian dalam cara mereka mengendalikan penjualan arak. Walaupun sebelum ini beberapa teguran telah diberikan secara tidak langsung dalam penjualan arak dan penggunaan troli yang mempromosikan arak , namun pihak Pasaraya Giant pada ketika ini telah banyak melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka.

Penjualan arak di sini dilakukan di satu sudut yang agak tertutup dan terpampang dengan jelas papantanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan. Lebih menarik lagi kaunter penjualan arak di sini dikendalikan oleh orang yang bukan Islam.

Alangkah indahnya , sekiranya semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam mencontohi cara Pasaraya Giant menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja , menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan?
  • Herman-Islam tidak menghalang penganut agama lain meminum arak, larang itu hanya untuk umat Islam. Arak itu banyak keburukkannya tapi kalau mereka (bukan Islam) nak minum juga Umat Islam tidak halang. Semoga apa yang berlaku di Giant ini akan dicontohi oleh premis dan pusat beli belah yang turut menjual arak!
-DPP Wilayah Persekutuan

No comments: