"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 19, 2008

ISA: Teresa Kok dibebaskan

kemaskini 3:20pm Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.

Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

teresa kok released from isa 190908 11Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya Kok Kim Tong Pong Seh Kwon (foto kanan), peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi (foto bawah).

DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.

Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.

teresa kok released from isa 190908 05Beliau antara tiga orang yang ditahan minggu lalu bawah kontroversi itu selepas penangkapan editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.



Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.

Teresa, yang juga ahli Parlimen Seputeh, ditangkap kira-kira jam 11.15 malam Jumaat lalu ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.



teresa kok released from isa 190908 10Menurut pemimpin utama DAP Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya.



Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya.



Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata Teresa dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan siasatan dan tiada lagi sebab-sebab untuk terus menahannya.

"Selepas penangkapan dan siasatan dijalankan, polis berpuas hati bahawa tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan lanjut dan memutuskan untuk membebaskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ahli politik popular itu ditahan di hadapan pintu masuk kondominium Pearl Tower, OG Height, Jalan Awan Cina, Kuala Lumpurpada 12 September selepas disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan negara.

3 comments:

Unknown said...

Baguslah dia dibebaskan dari ISA. Saya memang tidak suka ISA. Tetapi walau apa pun Teresa mesti bertanggung jawab terhadap apa yang dilakukanya seandainya ianya melibat mana-mana agama dan kaum.

Soal perkauman memang tidak boleh dikompromikan.

Putra IJ80 said...

Elok lah sudah di bebaskan.

Kita orang Islam pun ada tolong doakan ,atas sifat setia kawan.

Lepas ni...buat YB Teresa,.tolong buat kerja ikut peraturan,.

Jaga tata susila ,adat resam bangsa lain ,jangan di permain mainkan.

Kita dalam Malaysia,mesti ada persefahaman,dan kekalkan perpaduan.

Selamat menjalankan tugas,jangan lupa bikin kenduri,bagi semuer jemputan,bole makan.

Anonymous said...

Apasal sebab Teresa Kok orang Pakatan Rakyat mempersendakan agama islam tidak mendapat tentangan hebat oleh orang orang islam di Malaysia lebih lebih lagi PAS. Kalau isu ini dibangkit oleh MCA atau MIC confirm kena bambu punya silap silap buat demo lagi kat dataran merdeka.

Ape nak buat.. ditelan mati mak... diluah mati bapak... Pas dan orang Islam Pakatan Rakyat aminnn kan sahaja.... poohhh keee markkk!!!!